Friday, November 2, 2012

Kejadian Yang Sungguh Menyayat Hati

Kawasan ini memang terkenal dengan kemalangan maut kerana treller yang keluar dari simpang selalu bersikap kurangajar tanpa menoleh kekiri dan kekanan dan akhirnya inilah padanya.

AL FATIHAH: Ketua Polis Negara dan seluruh warga PDRM mengucapkan salam takziah kepada keluarga Konst. Mohd Nor Adrizan b. Mat Desa dan Konst. Mohd Zaihasrul Reza b Mohd Zaini yang meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangi mereka ketika sedang melakukan rondaan dirempuh sebuah treler di Jalan Lahat, Simpang Pulai, Ipoh, malam semalam.

Allahyarham Konst. Mohd Zaihasrul Reza,22 meninggal
dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada keseluruhan anggota badan manakala Allahyarham Mohd Nor Adrizan,22 meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Semoga keluarga Allahyarham Konst. Mohd Zaihasrul Reza dan Allahyarham Mohd Nor Adrizan tabah menghadapi dugaan daripada Allah s.w.t dan di hari Jumaat yang mulia ini, marilah bersama kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada kedua-dua Allahyarham agar roh mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman... Amin.

*Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran atau IPD Ipoh di talian 05-254 2222 bagi membantu siasatan.

1 comments:

Anonymous said...

Tiada orang dari PKR/DAP/PAS/SUARAM/BAR COUNCIL dan NGO2 pembangkang lain yang akan bersedih atas kematian dua anggota polis ini. Mereka hanya akan bersedih apabila penyangak, perompak, pembunuh, penjenayah yang mampos.Dan kemudian mereka akan bedemonstrasi atas kematian penyangak2 ini.

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.