Monday, November 26, 2012

Siapa Kata Orang Muda Tak Mahu Mendekati UMNO?


Siapa kata golongan muda tidak mahu mendekati UMNO? Mungkin selama ini kita tidak memberi peluang dan tunjukajar kepada mereka sebab itu mereka terasa diri mereka tidak dihargai.

Baru-baru ini Pemuda UMNO Gopeng dengan kerjasama JASA telah mengadakan sesi kursus motivasi gerak gempur kepada hampir 200 anak muda disekitar Bahagian Gopeng bagi mengenali dengan lebih dekat lagi teknik berpolitik dan teknik menghadapi peperangan pilihanraya.

Dalam sesi ceramah juga anak-anak muda ini telah diajar bagaimana untuk mengahdapi pakatan pembangkang yang semakin hari semakin ganas. Mereka juga diajar serba sedikit teknik peperangan politik dan peperangan siber supaya mereka dapat menyesuaikan diri mereka dalam pilihanraya yang sebenar.

Kebanyakan anak muda ini belum lagi menjadi ahli UMNO dan sekaligus mendaftar sebagai ahli UMNO Bahagian Gopeng.

Menurut YB Dato Hamidah, saya melihat mereka begitu berminat untuk bersama-sama UMNO/Barisan Nasional bagi menghadapi pilihanraya yang ke-13 yang dikatakan cukup mencabar, katanya ketika ditemui semasa perasmian penutupan kursus "peranan Gerak Gempur UMNO Gopeng" di Kem Murni Jahang Gopeng Perak.

Beberapa peserta rata-rata begitu ceria dan seronok dengan kursus ini kerana selama ini mereka sebagai anak muda tidak didedahkan oleh pemimpin UMNO.

Menurut seorang peserta, "kami sudah bersedia dan kami akan setia dengan UMNO/Barisan Nasional dalam PRU13 nanti, sebab kami tahu PRU13 adalah PRU yang paling sengit".

Menurut YB Dato Hamidah lagi, "anak-anak muda ini akan diserap dalam jentera parti ketika menghadapi PRU13 nanti, jika Pakatan pembangkang ada unit amalnya kita juga mempunyai sekumpulan anak muda yang sedia menghadapi cabaran dalam apa jua situasi"

Oleh itu marilah kita hargai orang muda kerana mereka juga sebahagian daripada aset pada masa hadapan dan bakal pemimpin masa depan.

3 comments:

Anonymous said...

Selama ni UMNO ada tall poppy syndrom kut. Masing-masing nak tongkat langit kan.

Anonymous said...

Betul

Anonymous said...

Umno kena anjurkan kursus pra persaraan kpd ketua-ketua umno supaya tak diserang sindrom takut turun kuasa

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.