Wednesday, December 12, 2012

Dendam Menantu Hantu Hadi Awang Terhadap Fauzi terus meluap-luap


Sungai Rapat Online mendapat maklumat daripada penyokong Pas Larut sendiri bahawa dendam menantu Hadi Awang Presiden Pas terhadap Dato Fauzi tidak pernah padam.

Dalam satu program bersama penyokong India di daerah Larut yang diadakan di Markas Pas Daerah Larut Dato Fauzi telah dijemput oleh Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong Pas Perak (DHPP) Perak, Encik S Naliraja kononnya untuk bersama masyarakat India yang akan mengundinya sebagai calon Adun Selama. Kata S Naliraja, semua bantuan telah disediakan oleh Pas Pusat, Fauzi cuma menyampaikan sahaja kepada masyarakat India. Bantuan itu seperti beras 5kg, Tepung, Kopi seolah-olah meniru bantuan sebagaimana UMNO berikan.

Sebaik sahaja Dato Fauzi sampai ke Markas Pas Larut hampir 50 masyarakat India sedang menunggu untuk menerima bantuan. Dato' Fauzi kelihatan terkejut kerana turut kelihatan bersama masyarakat India adalah menantu hantu Presiden Pas Hadi Awang, Mohd Akmal Kamruddin.

Apabila  Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong Pas Perak (DHPP) Perak, Encik S Naliraja melihat Dato Fauzi tidak senang dengan kehadiran Mohd Akmal, beliau terus cuba menenangkan keadaan dan berjaya atas sikap profesional Dato Fauzi sebagai Pengarah JSJ.

Sekali lagi Dato Fauzi terkejut biawak dalam keadaan untuk menenangkan kekalutan S Naliraja terus mengumumkan bahawa masyarakat India menyokong penuh Mohd Akmal menantu Haji Hadi Awang sebagai calon Adun Selama. 
S. Naliraja juga mengumumkan Dato Fauzi juga menyokong kerana itu pilihan presiden parti. Terkejut giler Dato Fauzi, pandai sungguh menantu hantu Presiden Pas berpolitik jijik. 



Sekali lagi Dato Fauzi terkejut kerana yang menyampaikan bantuan bukannya dia tetapi Mohd Akmal, sedangkan dia hanyalah sebagai pemerhati sahaja.


Untuk tidak mengecilkan hati orang tua yang bertaraf pencen, S Naliraja meminta Dato Fauzi memegang bantuan yang disampaikan oleh Mohd Akmal.

Dan akhirnya Dato Fauzi dimalukan oleh Mohd Akmal yang juga menantu Presiden parti Pas Hadi Awang dihadapan penyokong India.

Kejadian ini sebagai tindakan membalas dendam di atas tindakan Pas Negeri yang mencalonkan Dato Fauzi sebagai calon Adun Selama bagi menggantikan Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Mohd Akmal Kamaruddin.

Selepas mendapat tekanan dari Pas Pusat, Pas Negeri menerusi Pesuruhjayanya, Abu Bakar Hussain terpaksa mengumumkan semula Mohd Akmal adalah calon Pas Dun Selama.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.