Sunday, December 30, 2012

Isu beri tanah: Inilah Punca Kerja Jahat Puak Pakatan Haram sukar diambil Tindakan


Isu penyelewengan tanah di negeri Kelantan sudah memasuki hari ke-12 daripada pendedahan tetapi sehingga kini Suruhanjaya Pencegah Rasuah(SPRM) gagal menyiasatnya. 

Rakyat Malaysia menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu pemberian tanah bernilai puluhan juta ringgit di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP Perak.

Kenapa SPRM mengambil terlalu lama untuk menyiasat penyelewengan terbesar di Malaysia yang melibatkan tanah rakyat Kelantan seluas 10,526 ekar bernilai 30juta lebih.

Rakyat kini perlu tahu apakah Nik Aziz buat sehingga tanah rakyat Kelantan sebegitu luas terlepas ke tangan pemimpin cina DAP selama 70 tahun.

Rakyat Kelantan dan Malaysia yang sayangkan negara Malaysia perlu tahu:

  1. Bagaimana kelulusan dibuat adakah secara rundingan terus atau perbicangan antara pemimpin Pas dan DAP
  2. Jika benar Nga dan Ngeh membeli dipasaran terbuka, dimana yang dimaksudkan pasaran terbuka, kalau setakat diportal yang langsung tidak ada ada orang membacanya bukanlah pasaran terbuka.
  3. Jika benar Nga dan Ngeh membeli atau memajak tanah tersebut berapa nilai pajakan setahun atau Ngeh dan Nga dapat percuma daripada kerajaan Pas dibawah perintah Nik Aziz.
  4. Adakah tidak ada lagi syarikat bumiputera yang berminat untuk memajak tanah rakyat Kelantan tersebut sehingga memilih Nga dan Ngeh 
  5. Apakah tiada kaitan dengan kepentingan politik Pas dan DAP semasa menubuhkan kerajaan rejim DAP Perak selama 11 bulan.
  6. Apakah menteri besar Nik Aziz tidak terlibat langsung dalam kerja-kerja menggadaikan tanah kepada cina DAP
  7. Dimanakah Nga dan Ngeh mendapatkan duit untuk memajak dan seterusnya menanam pokok kelapa sawit.
  8. Bagaimanakah dengan kayu balak dalam tanah tersebut yang telah gondol, siapa yang bedal?

Banyak transaksi yang berlaku menimbulkan banyak keraguan dan memerlukan siasatan segera bagi mengetahui perkara sebenar di sebalik pemberian tersebut.

Dua pemimpin DAP yang didakwa terlibat ialah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya, Nga Kor Ming.

Selain Koo Ham dan Kor Ming, SPRM wajar menyiasat Nik Aziz yang merupakan individu bertanggungjawab terhadap hal ehwal tanah di Kelantan.

Rakyat Malaysia berharap agar SPRM tidak melihat Nik Aziz sebagai Tok Guru mengajar AlQuran tetapi sebagai menteri besar dan terlibat dalam parti Pas yang menjadi penyokong kuat kepada cina DAP.


Walaupun Pengarah SPRM Perak mempunyai hubungan baik dengan pembangkang terutamanya pemimpin parti Pas yang sentiasa memberi peluang kepada parti Pas untuk membuat kunjungan mesra dan memberi hadiah lagi kepada pengarah SPRM Perak, tetapi itu rakyat Perak tidak mahu sentuh kerana itu hal peribadi pengarah SPRM Perak dengan pihak pembangkang.
Pengarah SPRM boleh duduk berbincang pula dengan pembangkang
Difahamkan juga pemimpin pembangkang ada buat presentation kepada Pengarah mengenai apa pun rakyat tidak mahu tahu kerana itu urusan peribadi Pengarah SPRM Perak dengan Pembangkang.

Yang paling rakyat risau Pengarah SPRM Perak termakan hasutan dari pihak pembangkang yang mengatakan kononnya mereka terlalu baik.
Pengarah SPRM Perak menerima hadiah daripada pemimpin pembangkang
Demi rakyat, demi tugas, pengarah SPRM Perak perlu bertindak segera menyiasat penyelewengan terbesar tanah orang Melayu di Kelantan, jangan sampai rakyat sendiri yang menjadi SPRM turun padang menyiasat bagi pihak SPRM.

Ironinya wajarkah sebagai seorang Pengarah SPRM Perak menerima hadiah daripada pertubuhan politik tertentu yang terlibat dalam kes penyewengan dan rasuah dan masih dalam penyiasatan?

Senario inilah yang membuatkan SPRM 'membakulsampahkan' segala tuduhan yang dibuat ke atas pemimpin Pakatan Rakyat

2 comments:

Anonymous said...

Kedah pun cam jugaaaa.... Pengarah SPRM bersaudara dengan Ustaz Azizan. Semua lapuran yang perlu di siasat dibakulsampahkan oleh SPRM Kedah. Kes rongkah bukit Kaci dekat Sintok dibakulsampahkan. Kes gondol bukit Gunong Inas juga dabakulsampahkan. Kes gondil bukit Dekat Ampangan Pedu lagi teruk, dipijak-pijak terus oleh SPRM Kedah.

Ketua Pengarah SPRM? cakap je banyak. Nak didik masyarakat konon. Penyangak PAS kedah dan Iblis DAP Perak sentai segala macam khazanah rakyat dan rasuah segala pemimpin PAS yang berkuasa, macam Nik Aziz dan Ustaz Azizan, Abu Kassim KP SPRM tutup mulut dan semua lapuran simpan dalam laci. TIADA TANGGUNGJAWAB.

Anonymous said...

banyak juga maklumat mu...

andaian pon macham2...Hmmmm



Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.