Friday, December 28, 2012

Mana Anwar Nak Lari: Semua Mangsa-mangsa Liwatnya tampil bantu Nallakarupan



Mahkamah Tinggi membenarkan Presiden Parti India Malaysia Senator Datuk S.Nallakaruppan dan dua lagi mengekalkan hampir semua penyataan dalam pembelaan bagi kes saman fitnah RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mereka.




Nalla dalam pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang merangkumi lelaki dan wanita bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Antara yang dinamakan di dalam dokumen tersebut ialah Shamsidar Taharin, Norlaila Abdul Majiddan Soma Rodrigo @ Anne.



Masya Allah depa boleh kata "Insya Allah, tak busy ... boleh". Boleh meliwat? 

Selain itu ada juga nama Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan, Dr Munawar Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi, Hairani Mat Nafees dan seorang bernama Rashid.


Meminggir ... ya Sukma

Vazeer Meera membuat keputusan sedemikian dalam permohonan Anwar yang difailkan pada 2 Ogos lalu untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan Nalla dan Utusan.

Nalla dan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd serta Ketua Pengarang Kumpulan akhbar itu Datuk Abdul Aziz Ishak mengemukakan pembelaan justifikasi, perlindungan bersyarat serta komen yang adil, dan mereka bergantung kepada sebahagian pendapat majoriti dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan bagi kes liwat Anwar pada 1998.

Dalam penghakimannya, Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera hanya membenarkan Anwar membatalkan pembelaan justifikasi yang dikemukakan defendan.

Sementara itu, Peguambela Nalla, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu pihaknya tidak akan memanggil individu-individu yang disebut namanya seperti Shamsidar Taharin dalam pembelaan kelak, sebaliknya anak guamnya itu akan memberi keterangan berdasarkan apa yang dilihat.

Tambah peguam tersebut, sekiranya plaintif ingin menyangkal apa yang dinyatakan oleh Nalla itu maka Anwar yang perlu memanggil individu-individu terbabit untuk menafikannya.

Pada 26 Mac lepas, Anwar memfailkan saman terhadap defendan berhubung perkataan Nallakaruppan, yang didakwa fitnah dan mencemar nama baiknya, yang disiar di muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac.

Penyataan tuntutan Anwar mendakwa perkataan berunsur fitnah yang terkandung dalam artikel itu adalah palsu, tidak berasas dan disiar dengan niat jahat.

Selain ganti rugi am sebanyak RM100 juta, Anwar menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Mahkamah Tinggi menetapkan 18 Jan untuk pengurusan kes saman itu – Agendadaily

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.