Saturday, December 8, 2012

Menantu Haji Hadi Awang Ugut Sabotaj jika Datuk Fauzi dicalonkan ADUN Selama


Menantu Haji Hadi Awang Mohd Akmal Kamaruddin merupakan pencatur politik bagi Parlimen Larut. Dengan menggunakan kuasa sebagai menantu Presiden parti Pas beliau yang menentukan siapa akan dicalonkan atau tidak.


Beliau pernah mendoakan kehancuran program yang akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri di Selama Perak sebanyak dua kali. Pada malamnya setelah selesai program lawatan Timbalan Perdana Menteri hujan turun dengan lebatnya beserta dengan ribut yang menerbangkan bumbung 70 buah rumah penyokong Pas.

Kemasukan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai PAS membuatkan menantu Hadi Awang tidak senang duduk apatah lagi apabila Fauzi disokong sebagai calon bertanding Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) oleh ramai penyokong Pas.

Sebelum itu Ust Akmal dalam ucapannya di majlis penyerahan borang Pas oleh Dato Fauzi bulan Julai yang lalu Akmal pernah menyuarakan supaya Dato' Fauzi hanya layak dilantik sebagai Pengerusi Bersih 4.0 bersama Ambiga sahaja dan tidak lebih dari itu.

Memang benar, kehadiran Fauzi di Larut telah mengancam kedudukan Akmal. Pada 15 Julai lepas Akmal telah menghantar satu memorandum ke Majlis Pimpinin Pas Pusat supaya menolak sebarang usul atau pencalonan Fauzi untuk bertanding mana-mana kerusi Pas di Larut.

Dengan menggunakan kuasa sebagai menantu Presiden Pas Pusat terpaksa mengeluarkan satu surat arahan supaya Dato Fauzi tidak boleh dicalonkan. Lihatlah betapa kuatnya pengaruh Akmal dalam pemimpin Pas Pusat.

Pada bulan yang sama juga dengan angkuhnya Akmal menamakan dirinya sendiri sebagai calon kerusi Parlimen Larut, Nazri Din sebagai adun Kubu Gajah dan Dr Dhari sebagai adun Selama. Ini lah rencana Akmal yang tak boleh diganggu gugat oleh sesiapa sahaja termasuk Pas Pusat. Lihat surat dibawah:





Harapan penyokong Pas Larut untuk melihat Dato Fauzi tidak kesampaian apabila agenda jahat Akmal menantu Haji Hadi berjaya mengatasinya.

Terkini PAS Negeri dan Pusat itu telah menimbulkan kekalutan semula selepas Yang Dipertua PAS Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman yang awalnya dipersetujui calon bertanding di kerusi DUN Selama, terpaksa digugurkan.

Calon baru di kerusi DUN Selama pula adalah Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri, Mohd Akmal Kamaruddin yang juga menantu Nik Aziz terpaksa memberi laluan kepada Fauzi membuatkan ahli akar umbi tidak senang duduk.

Semalam menjadi kemuncak bantahan apabila kira-kira 1,500 ahli PAS di enam cawangan utama dalam DUN Selama nekad tidak keluar mengundi pada PRU 13 rentetan pengguguran Mohd Dhari dan Mohd Akmal.

Ketua PAS Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Md Shuhor berkata, PAS Negeri menerusi Pesuruhjayanya, Abu Bakar Hussain telah mengumumkan Mohd Akmal adalah calon PAS Dun Selama.

Menurutnya, pengumuman itu dibuat ketika perjumpaan beliau dengan PAS Kawasan Larut termasuk Majlis Tindakan Dun (MTD) Selama, cawangan-cawangan dan Unit Peti Undi (UPU) Selama.

“Dr Mohd Dhari sebelum ini telah diuar-uarkan dan dipersetujui akan menjadi calon PAS bagi DUN Selama.

“Manakala Mohd Akmal pula sepatutnya menjadi calon untuk Parlimen Larut. Pertukaran berlaku apabila PAS Pusat membawa masuk Datuk Mohd Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai PAS diangkat sebagai calon Parlimen Larut,” katanya pada sidang media di Markas PAS Kampung Tapah, di sini, semalam.

Beliau berkata, semua ahli PAS di cawangan Kampung Tapah, Kampung Garok, Kampung Teluk Mas, Sungai Bayor, Kampung Air Kuning dan Redang Panjang kecewa dan membantah keputusan meletakkan Mohd Akmal sebagai calon bagi Dun Selama.

“Alasan tersebut turut disokong beberapa faktor yang menyebabkan kami di sini menolak beliau sebagai calon.

“Yang pertama, Mohd Akmal bukan anak tempatan Selama tetapi beliau berasal dan tinggal di Batu Kurau, manakala Mohd Dhari ialah anak jati tempatan Selama dan dilahirkan di Kampung Tapah.

“Malah, Mohd Dhari sememangnya telah sekian lama menjalankan kerja-kerja parti di kawasan Larut khususnya Dun Selama hingga beliau sangat dikenali semua peringkat umur masyarakat di sini,” katanya.

Ahmad Zanian berkata, selain itu, dari segi kewibawaan pula, Mohd Akmal masih muda dan belum cukup berpengalaman sedangkan Mohd Dhari begitu banyak pengalaman serta berpendidikan tinggi.

“Lebih mengecewakan apabila kini seperti wujud tindakan mengutamakan kroni kerana Mohd Akmal adalah menantu kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya.

Beliau berkata, penyingkiran Mohd Dhari sebagai calon adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

“Hal ini kerana, menjadi kezaliman, penganiayaan dan penghinaan terhadap beliau yang telah sekian lama mengabdikan diri kepada perjuanganPas,” katanya.

Menurutnya, walaupun telah beberapa kali pihak Pas Cawangan, MTD Selama, dan Pas cawangan-cawangan membuat rayuan dan perundingan dengan Pas Pusat serta Negeri, namun suara di peringkat akar umbi langsung tidak didengari atau diambil kira oleh pihak atasan.

“Sebelum ini sebanyak dua kali rayuan dibuat dan terbaru pada 3 November lalu jam 2 petang satu perjumpaan pihak Jawatankuasa Harian dengan Ketua-Ketua Cawangan dan UPU dalam Dun Selama telah diadakan.

“Pada perjumpaan itu, satu undian telah dibuat dan Mohd Dhari telah mendapat 14 undian manakala Mohd Akmal menantu Presiden hanya mendapat 9 undian.

“Daripada keputusan itu, jelas menunjukkan bahawa kami di sini tetap mahukan Dr Mohd Dhari sebagai calon atas banyak faktor yang sememangnya memberi keyakinan,” katanya.

Dalam kenyataan ringkas Mohd Akmal menyifatkan kehadirang Fauzi cuma memecahbelahkan perpaduan Pas disini, walaupun Fauzi berpengalaman dalam kes jenayah tetapi beliau cetek ilmu dalam politik, kata Mohd Akmal.

Sementara itu penyokong Mohd Akmal akan bertindak mensabotaj parti jika Mohd Akmal tidak dicalonkan.

Untuk rekod dari kecil Mohd Akmal tidak pernah menetap di kampung malah ayahnya pun sejak balik dari Sabah tidak pernah duduk di kampung, sebaliknya menyewa rumah di Batu Kurau. Kini keluarga Akmal menetap di Kampung Jawa, Batu 14 Batu Kurau.

2 comments:

simply said...

Gila kuasa jua lebai-lebai minafik ni.

Mohd Ridzuwan said...

Ugut kalau tak ikut arahan dia.....sama dgn israel le jugok.

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.