Monday, December 31, 2012

Ngeh Minta Kerajaan Tarik Balik Projek Yang diberi kepada Ahli UMNO


Demi untuk mengelak daripada beliau dituduh rasuah atau penyelewengan terhadap tanah rakyat Kelantan Ngeh Koo Ham kini mula menuding jari kepada UMNO pula.

Ngeh meminta supaya semua projek yang diberikan kepada ahli, pemimpin Umno perlu ditarik balik, jika mahu beliau menarik balik semua tanah yang diberikan oleh kerajaan Pas sebanyak 10,526 ekar kepada dirinya dan Nga Kor Ming.

Semalam Ngeh Koo Ham menuding jari menyalahkan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kerana diberi banyak projek oleh kepimpinan UMNO, oleh itu tidak salah juga jika kerajaan Pas Kelantan memberi kepada beliau banyak projek demi untuk mengimbangi kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Jika pemimpin UMNO kata Syed Mokhtar banyak berjasa kepada orang Melayu dan Islam beliau juga banyak berjasa kepada parti Pas yang juga ramai orang Melayu, kata Ngeh Koo Ham.

Dalam menjawab dakwaan Ngeh itu, YB Dato Hamidah menafikan semua projek kerajaan diberikan kepada pemimpin UMNO kerana "semua rakyat Malaysia berpeluang menikmati projek dibawah kerajaan Barisan Nasional termasuk pemimpin Pas, DAP dan PKR kerana semua tender yang dibuat tidak langsung mensyaratkan ahli Umno sebagai keutamaan, jelas YB Dato Hamidah. 

"Jika itulah yang didakwa oleh Ngeh, patutkah semua ahli dan pemimpin Umno tidak berhak langsung untuk menimati kehidupan yang selesa dalam negara Malaysia?, kata YB Dato Hamidah lagi

"Rakyat cuma meminta Ngeh Koo Ham jelaskan darimana datangnya sumber kewangan sejumlah RM31juta untuk membeli saham syarikat Upayapadu Sdn. Bhd.", kata YB Dato Hamidah

"Kenapa Ngeh susah sangat untuk menjelaskan kepada rakyat. kerana beberapa pemimpin Pas mempertahankan beliau mengatakan Ngeh sememangnya kaya sebelum menceburi dalam alam politik lagi, itu kata pemimpin Pas, rakyat hendak dengar penjelasan dari mulut Ngeh Koo Ham sendiri," kata YB Dato Hamidah ketika ditemui dalam majlis penyerahan bantuan beg sekolah kepada 150 orang kanak-kanak di Dewan Orang Ramai Kampung Pengkalan Baru, Simpang Pulai.

Sebelum itu YB Dato Hamidah telah menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada 120 orang kanak-kanak di kawasan Kampung Sungai Terap.

Sumbangan beg sekolah ini adalah inisiatif YB Dato Hamidah sebagai Adun Sungai Rapat demi untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibubapa menjelang musim Persekolahan.


0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.