Tuesday, January 31, 2012

Jom Memancing Udang Di Sungai Perak Hadiah RM5,000 menanti anda


Hadiah lumayan RM5,000 menanti juara kategori udang terberat sempena Fiesta Memancing Udang Antarabangsa Sungai Perak yang dijadual berlangsung pada 18 hingga 19 Februari depan.

Fiesta itu juga dilihat berpotensi besar menjadi acara tahunan pelancongan negeri Perak, sekaligus memperkenalkan Teluk Intan sebagai antara destinasi terbaik di kalangan kaki pancing.

Exco Pelancongan negeri, Dato Hamidah Osman, berkata fiesta dua hari itu bukan sahaja dapat menarik kunjungan kaki pancing tempatan tetapi juga pelancong luar negara.

“Penganjuran fiesta ini bertujuan merancakkan aktiviti sempena Tahun Melawat Perak 2012 selain mempromosikan produk pelancongan menarik di Daerah Hilir Perak,” katanya pada pelancaran fiesta tersebut di Ipoh, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perak Tourism, Ahmad Fathil Abdul Ghani dan Pegawai Daerah dan Tanah Hilir Perak, Ahmad Zainudin Yeop Shamsudin.

Dalam perkembangan berkaitan, Hamidah berkata, pihak penganjur telah menyediakan 300 bot untuk peserta yang mengambil bahagian dalam fiesta itu.

Jelasnya, setakat ini, seramai 60 peserta telah mengesahkan penyertaan mereka dan jumlah itu dijangka meningkat menjelang tarikh tutup penyertaan pada 18 Februari ini.

“Selain peserta tempatan, kita juga menerima penyertaan peserta dari negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

“Pelbagai hadiah menarik menanti pemenang pada pertandingan yang akan bermula 8 pagi bertempat di Sungai Pakalong sehingga Jeti Jabatan Laut Shahbandar.

“Hadiah keseluruhan sehingga RM10,000 menanti para peserta di mana ia melibatkan dua kategori iaitu kategori individu dan berkumpulan,” katanya.

Selain itu, setiap peserta juga tegas Hamidah, boleh memilih sama ada mahu menggunakan bot penganjur dengan yuran penyertaan sebanyak RM60 dan RM40 bagi peserta yang menggunakan bot sendiri.

Orang ramai yang berminat menyertai pertandingan itu boleh menghubungi Rahmat (019-5473964), Tarmizi (019-5592909) dan Azmi (019-5752699) atau memuat turun borang penyertaan di ppmhp.blogspot.com.

Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan bayaran wang tunai atau melalui akaun PPMHP BIMB 08031010044290.

Sumber: Perak Today

Kenyataan Anwar dalam WSJ akan beri gambaran negatif



Kenyataan Anwar Ibrahim dalam Wall Street Journal (WSJ) bahawa beliau akan mempertahankan keselamatan Israel baru-baru ini, akan memberi gambaran negatif di kalangan bukan Islam dan menunjukkan seolah-olah umat Islam tidak bersatu dalam memperjuangkan isu membabitkan Palestin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata apa yang diperkatakan Ketua Pembangkang itu sangat serius, merbahaya dan akan memberi mesej yang salah kepada umum kerana kenyataannya boleh disalah tafsir kelak.

"Apabila Anwar berkata dia menyokong kedaulatan negara Israel dan sanggup mempertahankan keselamatan negara itu, ia seolah-olah memberi mesej berkaitan strategi iaitu strategi agar Israel menyerang negara lain demi mempertahankan negara sendiri," katanya.


Dalam temubual dengan akhbar WSJ baru-baru ini, Anwar menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan Israel. 

Haron Din Diperguna Setelah Pas Terdesak Akan Kalah Teruk PRU13


Pas Perlis cuba mempergunakan nama Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din untuk meraih undi sekali gus optimis yakin penyokong Pas akan kembali menyokong.

Pesuruhjay Pas Perlis membuat pengumuman bahawa kononya Haron Din telah dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya.

Ini semua adalah strategi daripada Anwar dan parasi-parasit yang berkeliaran dalam Pas mendesak agar Pas Perlis mengumumkan pencalonan Haron Din agar dapat mengembalikan kepercayaan penyokongnya yang sudah berpaling tadah.

Sebelum ini Haron Din pernah membuat kenyataan bahawa dia tidak akan bertanding pada PRU13 atas masalah kesihatan. Itu pun setelah Haron Din meneliti bahawa senarai namanya tidak disenaraikan dalam senarai pencalonan calon PRU13.

Haron Din juga merupakan salah seorang individu yang 'dicap' menyokong kerajaan perpaduan bersama Haji Hadi dan Ustaz nasharuddin Mat Isa.

Akibat momentum pemecatan Dr Hasan Ali terlalu kuat yang menarik minat ramai penyokong Pas, ini memaksa kuncu-kuncu Anwar membuat sesuatu walau pun pada hakikatnya Dr Haron Din sudah boleh diumpama 'tikar buruk'

Ingat apa sahaja tindakan yang pas ambil itu semua adalah arahan Anwar Ibrahim dan manakala Presiden dan Timbalan Presiden tidak ada kuasa



Seks Luar Tabii: Guru Dibebas Lepas

Seorang guru sekolah rendah hari ini dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada dua pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii dengan seorang pelajar lelaki sekolah menengah di sebuah rumah di Rantau Panjang, Klang, empat tahun lepas.

Hakim Slamat Yahya melepaskan dan membebaskan Badrul Akmal Ishak, 33, tanpa memanggilnya membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie bagi pertuduhan mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang dikenakan terhadap tertuduh.

Hakim itu berkata, mahkamah mendapati keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan terutama keterangan mangsa sendiri bertentangan dengan keterangan sokongan khasnya keterangan ahli kimia dan keterangan perubatan yang mengatakan tiada tanda-tanda mangsa diliwat.

Hakim Slamat berkata, pakar bedah, Dr. S. Manimaran, telah memberi keterangan bahawa tidak terdapat kesan luka pada dubur mangsa manakala Dr. Chan Swee Sing yang memeriksa mangsa, juga mendapati tiada kesan atau tanda-tanda mangsa telah diliwat.

Ahli kimia P.Revathi pula menyatakan hanya DNA Badrul Akmal yang diambil daripada keratan kain dari biliknya dan tiada DNA mangsa didapati di atas katil atau dalam bilik tertuduh, kata Hakim Slamat.

Beliau berkata, kes itu berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa yang telah membaca mesej pesanan ringkas dalam telefon bimbit mangsa.

Badrul Akmal dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu masing-masingnya pada 1 pagi dan 3 pagi 24 Ogos 2008 di rumah No 53 Jalan Genting 5/KU 4 Taman Kembara 2, Rantau Panjang, Klang.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamaruddin manakala Badrul Akmal diwakili peguam bela, Gerard Lazarus.

Tertuduh yang terharu dengan keputusan mahkamah memeluk Lazarus sambil menangis teresak-esak.

Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun bagi setiap pertuduhan


Bernama

Malam Ini Dr Hasan Ali Di Bandar Baru Bangi, Hadirlah demi Islam






Pada malam ini Datuk Dr Hasan Ali dijangka akan berceramah di Seksyen 2 Bandar Baru Bangi. Kepada umat Islam yang ada kelapangan, lebih baik pergilah dengar sendiri pendedahan Dr Hasan mengenai bagaimana parasit yang cuba merosakkan Islam dan Pas.


Walaupun ustaz Nasharuddin Mat Isa membuat kenyataan bahawa dia tidak terlibat dengan 'Road Show' Dr Hasan Ali tetapi saya pasti dalam hati kecilnya dan rohnya sudah pun bersama Dr Hasan.

Saya yang telah menghadiri ceramahnya yakin tidak ada sekelumit dan sepatah perkataan pun maki hamun, caci-mencaci yang keluar daripada mulut Dr Hasan Ali. Semuanya berunsur nasihat dan kata-kata semangat untuk umat Islam agar terus bersemangat memperjuangkan Agama Islam khasnya, bangsa dan Negara.

Kadang-kadang tanpa disedari air mata akan berlinang dipipi anda apabila mengenangkan apa yang telah didedahkan oleh Dr Hasan Ali.

Bagi penduduk Bangi usah peduli apa kata parasit Pas yang tidak mahu Islam bersatu, teruskan tekad anda pergilah dengar sendiri apa yang akan diperkatakan oleh Dr Hasan Ali.

Semoga Allah meredhai apa yang akan kita lakukan. 

Kerajaan Cina Di Perak Adalah Benar, Guan Eng Buat-Buat Terkejut




Guan Eng Menunjukkan angka 18, bermaksud 18 Dun DAP sudah pasti menang



Lim Guan Eng buat-buat terkejut kononnya MCA menuduh Pakatan Rakyat bercita-cita untuk menubuhkan sebuah 'Kerajaan Cina' di Perak jika menang dalam pilihan raya umum akan datang.


Bagi Dr Chua pula sebelum beliau memperkatakan sesuatu beliau mendapat maklumat yang terperinci daripada sumber-sumber yang dipercayai.

Pembangkang terutamanya DAP sudah mula berkempen kepada masyarakat Cina  bahawa orang Cina akan dijadikan 'taiko' sekiranya mereka memerintah Perak.

Sebelum ini mereka sudah pun menjadi 'taiko' selama 11 bulan tetapi dengan berkat doa rakyat khususnya umat Islam Perak dapat dikembalikan kepada pemerintah Islam.

Menurut sumber dalaman, DAP telah cuba meyakinkan masyarakat Cina supaya menyokong kerajaan cina DAP kerana walaupun menteri besar yang lalu diserah kepada Pas tetapi Nizar juga berdarah Cina dan mempunyai hubungan yang akrab dengan Cina.

"Jika dilihat pada pilihan raya umum 2008, DAP mempunyai 18 wakil rakyat sementara PAS  6 dan PKR hanya 7 orang, jika ini masih berlaku DAP tetap akan menjadi 'taiko' di negeri majoriti umat Islam.

Lagi Blogger Pakatan rakyat Belasah Anwar


Ada lagi blogger pakatan rakyat yang tidak tahan kerenah Anwar yang suka membuat perangai buruk dan keji diluar. Mereka sudah tidak tahan untuk mempertahankan Anwar Ibrahim yang terlalu banyak krisis moral.

Terkini ekoran kenyataannya, Anwar secara terang tanpa selidung-selindung memberi keyakinan kepada pemerintah Israel bahawa jika pakatan Rakyat memerintah Malaysia beliau akan mengiktirafkan negara Israel sebagai negara baru dalam lanskap dunia hari ini.

Ini yang mengusarkan blogger pakatan rakyat kerana kenyataan Anwar dibuat bukan dengan TV3, RTM,NTV7, Utusan Malaysia tetapi dengan akhbar Wall Street Journal sebuah akhbar yang paling dipercayai oleh Anwar.

Politik, Politik Juga Adun Perlu Selalu Turun Jumpa Rakyat.



Dalam kita rancak kita berperang di pentas politik tanggungjawab kita sebagai Adun perlu diteruskan demi untuk kesejahteraan masyarakat kawasan yang diwakili oleh Adun-Adun BN.


Mengambil kira hal ini YB Dato Hamidah pagi-pagi lagi lebihkurang jam 7.30 pagi sudah berada bersama dengan Guru dan murid-murid di Dataran perhimpunan Sekolah Kebangsaan Kampung Seri Rahmat.


Tujuannya adalah untuk merasmikan pelancaran Satu Kompang Satu Murid yang diihamkan sendiri oleh YB Dato Hamidah Osman selaku Adun Sungai Rapat.


Adalah amat bertepatan apabila Adun seperti YB Dato Hamidah Osman bersungguh-sungguh mengambil berat hal dan masalah guru dan murid-murid sekolah dalam kawasannya. Tidak salah jika memasuki sekolah hanya dengan niat untuk membantu dan sudah pasti Sekolah Kebangsaan Kg. Seri Rahmat sudah mendapat sentuhan YB Dato Hamidah.


Dalam majlis yang ringkas tapi penuh makna YB Dato Hamidah sudi melapangkan masa memberi sijil kepujian dan tauliah pengawas kepada 47 murid.


Secara peribadi Sungai Rapat Online memuji sikap YB Dato Hamidah Osman walaupun beliau seorang exco kanan kerajaan negeri Perak yang terlibat dengan program yang lebih berprestage tetapi beliau sanggup turun walau kemana sahaja dalam kawasannya. Beliau juga tidak pernah memilih program asal sahaja ada program dalam kawasannya dia akan terus turun tanpa banyak cakap. Mungkin inilah yang mengusarkan pembangkang Dun Sungai Rapat kerana tidak ada lagi isu masyarakat untuk diketengahkan.


Beliau juga pun tidak pernah memikirkan apakah beliau akan dicalonkan semula pada PRU13 nanti? padanya yang penting perkhidmatan sebagai wakil rakyat perlulah berkesan kepada masyarakat dalam Dun Sungai Rapat kerana ini merupakan amanah rakyat kepadanya.


Beliau hendak pastikan segala masalah masyarakat dalam Dun Sungai Rapat akan diselesaikan jika tidak semuanya pun sekurang-kurangnya 90% selesai.

Siapa Sebenar Nizar Jamaluddin? Tunggu Pendedahannya oleh YB Dr Hasan Ali di Pengkalan Pegoh



Nizar Jamaluddin bekas Menteri Besar boneka DAP cuba memfitnah Datuk Dr Hasan Ali kononnya beliau tidak pernah membantu orang Melayu. Sedapnya dia bercakap", kata Dr Hasan Ali

Tunggu pendedahannya tentang siapa sebenar Nizar Jamaluddin pada 10 Feb 2012 dalam ceramahnya di Pengkalan Pegoh, Ipoh Perak. Ceramah itu akan disertai oleh Ustaz Kazim Elias.

Datuk Dr Hassan Ali seorang yang cukup bersih, dari seorang motivator yang berjaya sebelum Datuk Dr Fadhilah Kamsah dia terjun ke dunia politik semata-mata untuk mencari keradhaan Allah. Rupa-rupanya Dr Hasan salah terjun, beliau telah terjun ke lubang yang dipenuhi parasit dan najis yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim.


Apa pun kita kena radha dengan ketentuan Allah, jika tidak ada pejuang seperti Dr Hasan Ali mana mungkin mampu memecahkan tembok parasit yang agak kukuh.

Ingatlah, kezaliman yang dilakukan ke atas Hassan Ali mungkin akan menyebabkan kejatuhan PAS tidak lama lagi Insyallah.

Tajuk Video Terbaru: How Are U today Mr Anwar akan berada di pasaran...Tunggu!!


Video yang bertajuk How Are You Today Mr Anwar akan berada di pasaran sedikit masa lagi, dan kali ini kita lihat apa helah Anwar dan kuncu-kuncunya seterusnya selepas ini.


Keadilan Rakyat melalui portal pecacainya terus menuduh blogger UMNO memfitnah Anwar Ibrahim bahawa dalam video seks yang didedahkan bukannya Anwar.


Yang mejadi peliknya kenapa sehingga ke hari ini mereka tidak mencari siapa sebenar yang beraksi bersama cina doll jika itu bukan Anwar Ibrahim.

Anwar pula terus menunjukkan perutnya yang dikatakan tidak sama tetapi muka sama, secara lojik jika memakai seluar sudah pasti keadaan perut lebih kempis cuba minta Anwar buka seluar dihadapan kamera sudah pasti perutnya akan turut terjojol keluar.

Baru-baru ini Datuk Shuib Lazim yang pernah mendedahkan video seks Anwar sebelum ini dikatakan akan mendedahkan satu lagi video seks yang menunjukkan Anwar beraksi bersama dua orang Siam Doll ketika di Bangkok.

Kita lihat apa pula helah Anwar kali ini.

Kali ini sudah pasti seorang yang digelarkan 'imam mahadi' oleh Badrul Amin sedang menggigil ketakutan.



Selajutnya baca disini dan disini

Ramai Musuh Berjaya Menyusup Masuk Ke Program UMNO dan Islam! Kenapa?





Tiga gambar di atas sepatutnya memberi pengajaran kepada kerajaan dan UMNO khususnya umat Islam bahawa musuh sekarang sudah berani menyusup masuk ke majlis khas UMNO dan Islam.

Walaupun majlis itu dianggap tertutup tetapi sebenarnya ia lebih terbuka kepada bahaya yang akan menanti UMNO dan kerajaan.

Memang agak susah untuk mengenali musuh dan sahabat dikala ini, kadang-kadang musuh berada dalam UMNO sendiri. Tetapi atas pengajaran di atas sekurang-kurangnya UMNO perlu lebih berhati-hati dengan taktik dan strategi musuh yang sentiasa tidak pernah melupakan lawannya diibaratkan 'jerat tidak pernah lupakan pelanduk tetapi sebaliknya pelanduk yang lupakan jerat.

Anuar Mohd Nor terus bebas menyertai program blogger-blogger pro BN tanpa ada sebarang halangan atau sekatan di PWTC

Susan Loone, portal pro-pembangkang yang sering putar belit dan bohong! pula berjaya berada disekelingi umat Islam yang menentang murtad di Kepala Batas Pulau Pinang.

Wartawan Malaysia Insider portal milik pembangkang berjaya menyusup masuk ke program motivasi Puteri UMNO dengan Biro Tata Negara.


Adakah UMNO bersedia melakukannya sedemikian?

Semua bukti itu sudah cukup menunjukkan bahawa musush sudah bersiap sedia untuk berperang dengan kita bila-bila masa sahaja.

Baca selanjutnya di sini.

Prof. Bari Selepas Ini akan digelar Prof Kangkung secara sah apabila status Prof ditarik balik


Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu.

Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.

''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca Utusan Malaysia, SAKINAH melalui ruangan Forum akhbar itu pada Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang memberikan pengiktirafan kepada Abdul Aziz sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan.


Sumber: Utusan Malaysia

Monday, January 30, 2012

Terkini: Ceramah Dr Hassan Di Shah Alam, 5000 membanjiri kawasan Ceramah




Datuk Dr Hassan Ali meneruskan sesi ceramahnya pada malam ini yang diadakan di Seksyen 17 Shah Alam. Seramai hampir 5,000 orang telah hadir untuk mendengar ceramah dari Dr Hasan sendiri.

 Semakin lama semakin ramai yang hadir, alhamdulillah berkat kesabaran YB Dr Hasan Ali dia kini tidak keseorangan seperti yang didakwa oleh Azmin dan parasit dalam Pas.

Hadirin yang adalh sebahagian yang menyokong Dr Hassan secara ikhlas untuk berjuang ke Jalan Allah bersama YB Datuk Dr Hasan Ali.

Kebanyakan yang hadir terdiri daripada penyokong Pas yang sudah pun berpaling tadah.

Dr Hasan berdoa bahawa demi Allah, demi Rasul pada malam yang hening ini marilah kita berjanji bahawa kita tidak akan sekali-kali memberi walau satu undi pun kepada DAP, kerana apa kerana DAP adalah musuh Islam.

Dr Hassan menceritakan bagaimana Pas Pusat memecat beliau  tanpa diberitahu tentang pertuduhan terhadapnya dan beliau juga tidak dibenarkan untuk membela diri.

Bertapa zalimnya parasit berkiblatkan Anwar yang sengaja mahu 'menendang' Dr Hassan supaya cepat keluar daripada Pas secepat yang mungkin.

Beliau juga diberi amaran oleh Anwar apabila terlalu kerap membenteras rumah-rumah urut, judi, kedai-kedai arak, membenteras penzinaan kerana bagi Anwar biarlah mereka berehat kerana waktu siang mereka teruk bekerja untuk menaikan ekonomi Selangor, kata Anwar.






Tolong jangan Bagi Undi walaupun satu Undi pada DAP - Nasihat Dr Hassan



Datuk Dr. Hasan Ali menasihati para hadirin supaya jangan bagi walau satu undi pun pada parti DAP kerana DAP merupakan musuh Islam.


DAP pada luarannya nampak tenang tetapi hati dan matlamat mereka hanyalah untuk memastikan Agama Islam bukan agama rasmi di Malaysia.


Kerana DAP lah hampir keseluruhan pemimpin Pas termasuk ulamak jadi bisu dan pekak tentang kemusnahan akhlak umat Islam di negeri Selangor, kata Dr Hassan sewaktu ceramahnya di dataran Bukit Gantang.


Sebagai umat Islam, kita perlu memberitahu kepada anak cucu kita tentang bahayanya matlamat DAP ini, kata Hasan lagi.

Kenyataan Anwar menyokong Israel dipandang remeh oleh Pok Nik


Mursidul Am Pas Ni Aziz enggan mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap usaha melindungi keselamatan negara Israel yang dianggap mengkhianati Palestin dan umat Islam sedunia.

Nik Aziz melalui Setiausaha Sulitnya hanya berkata bahawa 'ambo tak ada mod untuk menjawab'

Bagimana jika yang membuat kenyataan keluar daripada pemimpin UMNO sudah semestinya 'ambo akan gasak habih berserta dengan ayat-ayat Alquran lagi'

Itulah ulamak Pas yang dipandang terlalu tinggi oleh pengikut taksub Pas. Tidak hairanlah jika PR memerintah  Islam akan terus terhakis.

Ulama Dalam Pas kini sudah jadi ulamak Bisu disebabkan parasit mengawalnya



Akibat kebebasan bersuara dan menasihati disekat oleh parasit yang berkiblatkan Anwar maka satu komen pun tidak keluar daripada Majlis Syura Pas termasuk ketuanya Harun Taib mengenai kenyataan Anwar menyokong Israel.


Parasit Pas juga memberi amaran kepada Dewan Pemuda PAS Pusat supaya jangan buat apa-apa kenyataan mengenai Anwar Ibrahim walaupun Anwar secara terbuka menyokong penuh penubuhan negara Israel sekalipun.

Berikut adalah pandangan Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut yang menyifatkan kenyataan Anwar Ibrahim secara terbuka menyokong Israel adalah haram dan dilarang dalam Islam.

Datuk Nooh Gadut berkata dalam Al Quran pada Surah Al Baqarah ayat 120 secara jelas menyatakan Yahudi dan Nasrani sebagai musuh Islam. Manakala dalam Surah Hud ayat 118, pula melarang umat Islam cenderung kepada orang yang berlaku zalim.

Apakah kenyataan ini tidak cukup kuat untuk PAS mencari parasit sebenar dalam PAS? Lihatlah sahaja pada Twitter Nasruddin Hassan, beliau sendiri masih takut menyebut nama sebenar orang yang mahu melindungi Israel tersebut. Apakah Dewan Pemuda PAS sudah dikunci mulutnya oleh parasit parasit yang ada dalam PAS?

Betullah kata Dr Hasan Ali jika umat Islam di Malaysia memberi peluang kepada pakatan Rakyat menduduki Putrajaya maka umat Islam juga merelakan Agama Islam dihancurkan oleh parasit ini.

Parasit Pas sudah Mengatur Laluan Keluar Buat Haji Hadi Selepas PRU-13


Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin akan terus kekal sebagai pemimpin boneka Pas hanya untuk menampakkan bahawa Pas masih kukuh politik dalamannya.


Hakikatnya Haji Hadi telah pun diatur laluan keluarnya daripada Pas tanpa memperlihatkan bahawa politik dalaman Pas sudah nazak.

Kini pengatur gerak dalaman Pas bukan ulamak tetapi parasit yang berkiblatkan Anwar yang juga sanggup buat apa saja demi untuk ke Putrajaya.

Haji hadi telah memilih untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah jelas memperlihatkan bertapa buruknya susungalur politik dalaman Pas.

Anwar dan kuncu-kuncunya akan sengaja mengekalkan Hadi sebagi Presiden Pas sehingga selesai piliharaya ke -13 nanti dan selepas itu nasib Hadi belum tentu.

Malam Ini Dr Hasan Ali Di Shah Alam



Malam ini YB Datuk Dr Hasan Ali akan berceramah di Shah Alam dan sudah pastinya mengundang pengunjung yang lebih ramai dari Bukit Gantang.


Kepada yang ada masa terluang eloklah dengar sendiri daripada mulut Dr Hasan bagaimana jahatnya komplot pakatan rakyat yang telah cuba meminggirkan Agama Islam.


Mereka bukan sahaja berkomplot malah sekarang ini sudah mempengaruhi hampir 80% pemimpin Pas.


20% pemimpin Pas adalah terdiri daripada pemimpin yang berada dalam Majlis Syura termasuk Ustaz Haron Din dan Harun Taib yang lain sudah menjadi parasit yang mampu merosakkan Islam jika diberi  kemenangan kepada mereka.


Video ceramah Hasan Ali di Bkt Gantang akan menyusul!

Ini Dia Video Anwar Mabuk Todi!


Ini berlaku ketika Anwar melawat penyokong PKR di Kinta Valley demi undi 'Imam Mahadi' PKR sanggup buat apa saja



Anwar Mabuk Melakukan Aksi Terlampau di Kinta Valley


Semalam sewaktu Anwar Ibrahim @ 'Imam Mahadi' PKR difahamkan telah meracau dengan menari tarian wilwil  di atas pentas dihadapan puluhan penonton kaum India ketika melawat KInta Valley.

Anwar dikatakan dilihat seakan-akan mabuk todi menari tarian wil wil dengan penuh keseronokan di atas pentas selama 5 minit.


Video Parasit Pas Melarang Dr Hasan Mencegah Murtad dan Maksiat kerana kata mereka itu adalah hak asasi


Beberapa pemimpin parasit Pas dengan muka yang tidak tahu malu melarang YB Datuk Dr Hasan Ali menjalankan tugas bagi mencegah permurtadan ke atas umat Islam.


Mereka juga melarang samasekali Dr Hasan membenteras maksiat dan minum arak di bilik-bilik hotel, dalam kereta kerananya bagi parasit Pas semua itu adalah bertentangan dengan hak asasi manusia dan kebebasan.


Parasit Pas juga mengatakan kepada Dr Hasan,"biarlah mereka rehat pada malamnya kerana pada siang hari mereka bekerja", ini bermakna parasit Pas yang ada kini merelakan maksiat dilakukan di negeri Selangor.


Semuanya hanya untuk ke Putrajaya. Mereka sanggup melacurkan Agama Islam demi untuk ke Putrajaya.

Pas Pecat Saya tanpa apa-apa tuduhan dan tidak boleh bela diri- Dr Hasan Ali




Dr Hasan Ali mendedahkan bahawa dia dipecat oleh Pas Pusat tanpa apa-apa tuduhan setelah mengikut arahan dari Azmin Ali  yang telah memberi amaran kepadanya sebelum itu supaya jangan tunjuk pandai.


Kenyataan Azmin disokong oleh Anwar Ibrahim dengan memaksa pentadbiran Pas yang sudah penuh dengan parasit yang pro-Anwar agar pecat Dr Hasan dengan segera.


Dr Hasan tidak dibenarkan membela diri pun ketika Pas pusat membuat keputusan memecatnya.


Menurut Dr Hasan sepatutnya Jawatankuasa Displin Parti yang memanggilnya terlebih dahulu sebelum beliau dipecat.


Ini menunjukkan Pas sudah terdesak apabila Anwar dan Azmin memberi arahan kepada pentadbiran Pas supaya bertindak dengan segera.


Pas memberi peluang Hasan untuk membuat rayuan hanyalah gimik sahaja untuk memalukan Dr Hasan sendiri. Menurut sumber dalaman Pas Pusat jika Dr Hasan Ali merayu pun mereka tidak akan melayan kerana beberapa butir terperinci fakta pemecatannya telah disediakan, ini bermakna skrip untuk tidak mempertimbangkan rayuannya telah dibuat.


Mereka menjangkakan Dr Hasan akan buat rayuan memandangkan Dr Hasan adalah Exco dan jika ini berlaku mereka akan mewar-warkan dalam ceramah bahawa Dr hasan terhegeh-hegeh ingin kembali kepada Pas. Ternyata telahan parasit Pas meleset sekali apabila Dr Hasan sudah tahu riak-riak parasit Pas.


Dr Hasan bukannya seorang yang bengong macam parasit dalam Pas beliau adalah golongan profesional yang mempunyai banyak pengalaman.

'Imam Mahadi' PKR Memberi Amaran Kepada Dr. Hassan Jangan Cuba Laksanakan Islam


Dr Hasan Ali mendedahkan bahawa 'Imam' Mahadi' PKR Anwar Ibrahim pernah memberi amaran kepada beliau jika hendak duduk lama dalam Pakatan Rakyat jangan cuba-cuba menjadi seorang hero Islam. 
Ini semua adalah ahli Pas dan PKR yang berada diluar Dataran Bukit Gantang

Ini bermakna bahawa jangan laksanakan Islam, kalau boleh jangan sebut pun perkataan Islam kita sudah bersusah payah menzahirkan negara kebajikan dalam Pas untuk menggantikan Islam kau pula nak menghidupkan semula perjuangan Islam, kata Anwar kepada Dr Hasan Ali. 

Ya Allah...mengucap panjang Dr Hasan apabila diberi amaran sedemikian oleh seorang yang dipandang tinggi oleh penyokongnya kononnya yang berpersonaliti Islam.

Anwar terlalu takut perkataan Islam disebut dalam pakatan rakyat supaya pemimpin DAP tidak berkecil hati, ini akan menyukarkannya untuk ke Putrajaya.

Dalam ceramah Dr Hasan malam tadi dihadiri oleh 10,000 hadirin majoriti ahli Pas darai daerah Bukit Gantang, Taiping dan Changkat Jering yang dahulunya merupakan 'hard core' Pas dan kini mereka sudah berpaling tadah menyokong perjuangan Dr Hasan.

Ceramah Dr Hasan Ali di Bukit Gantang dihadiri 10,000 orang







Walaupun Pas Bukit Gantang telah memberi amaran kepada ahlinya supaya jangan pergi dengar ceramah Dr Hasan Ali tetapi mereka tetap berdegil demi Islam mereka tetap pergi mendengar ceramah Dr Hasan Ali di Dataran Bukit Gantang.


Ramai dikalangan ahli Pas ingin mendengar sendiri luahan hati nurani daripada Dr. Hasan Ali.


Pas kata Dr Hasan Ali akan keseorangan jikalau dia dipecat daripada Pas...betul ke..jom kita lihat dibawah ini
















 Terbukti untuk memperjuangkan Islam Dr Hasan Ali tidak keseorangan, ramai umat Islam sentiasa akan bersamanya kerana perjuangan menegakkan Islam yang dibawanya adalah satu perjuangan yang suci

Sunday, January 29, 2012

Jika Kasihkan Sesama Islam Jangan bagi undi pada DAP - Datuk Dr Hasan Ali





YB Datuk Dr Hasan Ali mengingatkan umat Islam bahawa jika hendak melaksanakan Islam, jika hendak menjaga anak cucu kita daripada Kristian tolong jangan undi DAP.

DAP merupakan parti yang jelas menentang Islam, mereka menghasut umat Islam agar menerima Islam Liberisasi yang sama rata tetapi apabila kita hendak melaksanakan Islam mereka tentang.

Pada malam tahun baru Dr Hasan telah membuat serbuan dan mendapati hampir 250 pasangan ditangkap meminum arak dan berzina.

Dr Hasan telah disindir oleh rakan pemimpin dalam Pas kerana begitu agresif sehingga memberi kesan kepada ekonomi Selangor.

Parasit dalam Pas diujudkan oleh beberapa pemimpin yang tidak sukakan Islam, mereka semata-mata hanya ingin untuk ke Putrajaya sahaja.

Selagi parasit ini berada didalam Pas jangan harap Pas boleh mengamalkan Islam.

Sekali lagi lampu dipadamkan oleh parasit yang panas telinga mendengar Dr Hasan berceramah

live Dari Dataran Bukit Gantang Ceramah Datuk Dr Hasan Ali


Dr Hasan Ali mendedahkan bahawa Pas mengambil sikap membisu tentang umat Islam yang murtad di Selangor apabila Dr Hasan menjalankan tugas sebagai exco Agama maka beliau ditentang oleh pemimpin DAP dan PKR.

Sekejap lagi Dr Hasan akan mendedahkan bagaimana agenda Anwar dalam Pas untuk mempastikan beliau ditendang keluar dari Pas

Ceramah Dr Hasan Ali di Bukit Gantang di Sabotaj


Ketika Dr Hasan Ali memulakan ceramahnya tiba-tiba lampu di dataran dipadamkan oleh parasit yang tidak mahu mendengar ceramah Dr Hassan.

Dr Hasan mendedahkan bahawa Pas lebih rela mengadaikan Islam dan akidah umat Islam semata-mata untuk bersama-sama DAP dan PKR ke Putrajaya

Live Dari Dataran Bukit Gantang Ceramah Datuk Dr Hasan Ali


Hadirin semakin ramai menghadiri untuk mendengar ceramah Datuk Dr Hasan Ali dianggarkan lebih kurang 10,000 hadirin membanjiri dataran Bukit Gantang Taiping

Live Dari Dataran Bukit Gantang Ceramah Datuk Dr Hasan Ali


Ceramah Road Show Datuk Dr Hassan Ali sedang berlangsung kompleks Dataran di Bukit Gantang. Hadirin semakin ramai membanjiri dataran Bukit Gantang ini . Jalan sesak teruk ketika ini kerana ramai penduduk tempatan keluar untuk mendengar ceramah Datuk Dr Hasaan Ali




 - Mat Styer melaporkan dari Dataran Bukit Gantang untuk Sungai Rapat