Nizar Jamaluddin yang sudah menjadi liabiliti buat Pakatan Rakyat kini terpaksa membuat berbagai gaya demi untuk meraih sokongan rakyat kepadanya semula.
Difahamkan sebelum ini Nizar sudah tidak diterima oleh pengundi Pasir Panjang dan Bukit Gantang, jika dia bertanding pun agak sukar untuk menang oleh itu sebagai parti yang mengetuai pembangkang di negeri Perak DAP telah menggugurkan nama Nizar dalam senarai pencalonan PRU13.
Di Pasir Panjang umpamanya apa yang Nizar lakukan untuk rakyat? Hanya sekadar masuk kampung buat ceramah lepas tu kutip derma dan balik itu saja. Pembangunan yang ketara di Dun pasir Panjang adalah pembinaan secara besar-besaran berhala yang tertinggi di Malaysia bukan satu atau tiga tetapi lima patung berhala yang dibina.
Kerusi Dun Pasir Panjang dan Bukit Gantang mungkin akan diserahkan kepada PKR Perak.
Inilah bukti sudah wujud kilang nadir bumi di Shah Alam. Jika pemimpin pakatan rakyat jujur dalam perjuangan mereka sudah semestilah akan membuat demonstrasi secara besar-besaran apabila wujudnya kilang pengeluaran nadir bumi di Shah Alam.
Jika Lynas mereka berpusu-pusu datang ke Kuantan, Perak, Pulau Pinang membuat demonstrasi kenapa mereka tidak buat demonstrasi secara besar-besaran di Shah Alam.
Polis Pahang agak hairan apabila Badrolamin mendakwa dia dipukul oleh 20 samseng tetapi Badrolamin tidak ada membuat laporan Polis tentang itu.
Oleh itu Polis tidak akan membuat sebarang siasatan berhubung dakwaan Dr Badrulamin Bahron kononnya beliau dipukul kira-kira 20 orang ketika ditangkap atas dakwaan berkhalwat baru-baru ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata sebarang siasatan hanya akan dilakukan jika pengadu membuat laporan polis.
"Namun jika beliau (Badrulamin) tidak mahu membuat laporan polis, itu terpulang kepadanya," katanya
Semalam, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata pihak polis hanya menerima laporan daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berhubung tangkapan khalwat Badrulamin dengan Watiwani.
Pihak polis menerima laporan tangkapan khalwat terhadap individu terbabit yang dibuat Jaip pada 25 Feb lepas, di Balai Polis Beserah di sini pada pukul 10.28 pagi.
Sementara itu, pihak pengurusan hotel yang diserbu Jaip berhubung kes khalwat pemimpin terbabit bersedia memberi kerjasama dengan pihak berkuasa jika ia dapat membantu siasatan kes itu.
Menurut jurucakap hotel berkenaan, pihaknya tidak mempunyai masalah jika pihak berkuasa ingin mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Dakwaan Badrolamin kononnya dia dipukul oleh samseng seramai 20 orang hanyalah satu pembohongan untuk mengelakkan dia daripada didakwa berkhalwat.
Buktinya apabila JAIP mengambil dan memeraiksa CCTV yang dipasang oleh pihak pengurusan hotel Swiss Garden mendapati tidak ada kelibat 20 orang samseng seperti yang didakwa oleh Badrolamin.
Menurut suami Watiwani dia tidak pernah membawa orang untuk memukul Badrolamin sebaliknya dia merayu agar Badrolamin 'memulangkan' isteri dan anaknya yang berumur 3 tahun supaya dapat dibawa pulang dengan selamat. Malangnya rayuannya tidak diendahkan oleh Badrolamin yang 'menyimpan' isteri dan anaknya dalam bilik hotel yang disewanya.
Lalu beliau menghubungi pihak penguatkuasan JAIP untuk membuat tindakan lanjut.
Menurut suami Wati yang berumur 28 tahun isteri sengaja membawa anaknya yang berumur 3 tahun bersama ke dalam bilik Badrolamin supaya mengelakkan daripada disyaki berkhalwat.
Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang memberi keterangan kepada pihak JAIP kesal dengan dakwaan Badrolamin kononnya dia menyiksa isterinya, oleh itu isterinya datang berjumpa dengan Badrolamin untuk meminta bantuan.
Dakwaan suami Wati lagi, kenapa harus membuat perjalanan yang sejauh 120km untuk meminta bantuan sedangkan di Rompin mempuanyai tempat untuk dia meminta bantuan.
Saya syak isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan Badrolamin sejak 6 bulan yang lepas, sebab itu saya mengekorinya ke Kuantan dan seterusnya ke hotel Swiss Garden.

Mungkin mengikut cara Badrolamin membuat tazkirah pada jam 3 pagi dua penjawat awam yang juga rakan sekerja di sebuah agensi kerajaan di Dungun, didenda RM2,800 atau dua bulan penjara selepas masing-masing didapati bersalah melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah rumah, dekat sini, awal pagi, Disember lalu.
Khairul Mubin Abdullah, 26, dan pasangannya, Laily Norashikin Che Sukeri, 22, menerima pengajaran paling berharga apabila kedua-duanya dijatuhkan hukuman setimpal oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Dungun, apabila masing-masing membuat pengakuan bersalah atas tuduhan membuat persediaan bagi melakukan persetubuhan.
Mengikut fakta kes yang dibaca pendakwaraya, Khairul, seorang Pembantu Kebajikan Masyarakat bersama pasangannya, Laily, kakitangan kerajaan berstatus janda yang beralamat di Ketengah Jaya, Dungun ditahan sepasukan Pegawai penguat kuasa syariah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Sekolah Intan Zaharah Balai Besar, Dungun kira-kira jam 2.10 pagi, 7 Disember 2011.
Selepas pintu rumah dibuka, tertuduh lelaki didapati hanya memakai tuala mandi, dan pemeriksaan lanjut dalam sebuah bilik menemui seorang perempuan tidur dalam keadaan berselimut dengan toto.
Pemeriksaan lanjut juga mendapati perempuan tersebut hanya memakai seluar dalam.
Turut dirampas dalam serbuan itu sebagai barang kes, coli milik tertuduh perempuan.
Soal siasat mendapati keduanya tidak mempunyai hubungan muhrim dan mereka dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut sebelum didakwa melakukan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.
Ketika mengemukakan rayuan kepada mahkamah, kedua-dua tertuduh merayu agar diringankan hukuman dengan alasan kedua-duanya kini sudah mengikat tali pertunangan dan bakal melangsungkan perkahwinan Mac ini.
Bagaimanapun, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah tetap berpendirian bahawa kesalahan dilakukan mereka amat serius, dan kedua-duanya berhak menerima hukuman setimpal atas perbuatan dilakukan.
Khairul yang berasal dari Sarawak bersama pasangannya menjelaskan denda yang dikenakan.
Sumber: Sinarharian
Letchmy yang tinggal di kampung Tersusun Kopisan Baru Gopeng yang mempunyai kad pengenalan 180905-71-5328 yang kini berumur 94 tahun masih sihat, boleh bercakap ketika menerima wang BR1M RM500.00 di Dewan Kg Ara Payung dekat Batu Gajah.
Majlis penyampaian itu telah dilaksanakan oleh YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat.
Letchmy dikatakan datang dari India beberapa tahun sebelum mendaftar sebagai rakyat Malaysia. Oleh itu umurnya dikatakan sudah melebihi 100 tahun.
Sebagai manusia kita tidak akan lari daripada melakukan kesalahan samada kesalahan itu besar atau kecil sahaja. Begitu juga dengan parti keramat UMNO yang selama ini sebagai payung kepada orang Melayu. Janganlah marahkan nyamuk kelambu kita bakar. Biarlah kita pukul sahaja nyamuk itu namun kekalkan kelambu yang telah lama berjasa kepada kita.
Begitu juga dengan persekitaran parti kita, mesti sedikit sebanyak ada yang kurang tetapi dari masa ke semasa kita cuba baiki mana yang kurang, kata YB Dato Hamidah ketika menerima borang kemasukan menjadi ahli UMNO daripada pemuda di Taman Song Choon. Borang itu juga diserahkan kepada AJK Pemuda Bahagian Gopeng.
Kata YB Dato Hamidah lagi,"Pemuda diibaratkan sebagai pelapis kepada pemimpin lama yang akan meninggalkan persada politik tidak lama lagi. Oleh itu pemuda seharusnya diberi peluang bersama-sama dengan pemimpin lama berganding bahu.
Dalam Majlis yang sama YB Dato Hamidah menyampaikan sijil kulinari kepada 7 pelajar yang berjaya menghabiskan pelajaran mereka dalam bidang kulinari.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi Umno.
Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.
Menurut Badrol, Faizal membiarkan isterinya datang ke bilik saya untuk ditangkap khalwat
"Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.
"Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya," katanya Badrol
Pada Ahad Badrulamin tampil menafikan bahawa beliau ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang bernama Zatiwani oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada awal pagi Sabtu di sebuah hotel di Balok.
Dalam pada itu ditanya kemungkinan perangkap yang dimaksudnya itu didalangi oleh ahli PKR dan penyokong pembangkang sendiri, Badrulamin tidak menolak perkara berkenaan mungkin berlaku.
Pada pukul 3 petang ini Badrulamin akan hadir ke pejabat Jaip ditemani bini tua dan peguamnya, Ahmad Nizam Hamid bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrolamin Bahron kini berada di Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), dipercayai untuk membantu JAIP menjalankan siasatan berhubung kes ditangkap khalwat dengan pasangannya Watiwani awal pagi kelmarin.
Dengan ditemani isteri dan peguamnya, Badrolamin tiba di pekarangan kira-kira jam 2.40 petang tadi.
Beliau tidak berkata apa-apa kepada pemberita, tetapi kelihatan agak gelisah semasa gambarnya dirakamkan oleh jurugambar.
Dalam pada itu, pasangannya Watiwani tiba jam 3.05 petang dengan ditemani dua orang sahabat.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
Kertas hasil siasatan tersebut akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.
Kejadian itu dikatakan berlaku pada kira-kira pukul 3 pagi kelmarin di bilik sebuah hotel di Balok di sini.
Menurut seorang saksi mengatakan sudah tiga hari Watiwani bermalam dibilik Badrulamin kenapa malam ketiga baru nak bagi tazkirah.
Kata saksi itu lagi dakwaan Badrulamin kononnya dia dipukul oleh 20 orang samseng upahan suami Zatiwani adalah satu pembohongan. Setahu saya, saya dan suami Zati sahaja yang datang berjumpa dengan Badrulamin meminta dia melepaskan isteri Fazli Pungut tetapi Badrulamin enggan berbuat demikian sehingga menaikkan kemarahan suami Zatiwani.
Sebagai suami kepada Zati yang tidak mahu dianggap dayus, beliau terpaksa melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Pahang untuk membuat tindakan lanjut setelah beberapa rundingan dengan Badrulamin gagal.
Menurut penguatkuasa JAIP semasa tangkapan dibuat Zati sedang menyorok didalam almari. Penguatkuasa mendapati ada satu lagi tuala basah berada di atas katil dan satu lagi sedang digunakan oleh Badrulamin, ini menunjukkan ada seorang lagi yang tinggal bersama Badrulamin di dalam bilik hotel itu.
Adun DAP Pinji Thomas Su berjanji kepada beberapa penyokong Pas bahawa lebih banyak masjid akan dibina jika DAP berjaya menerajui Pakatan Rakyat dan memerintah Perak.
Katanya lagi, semasa 11 bulan memerintah Perak DAP tak sempat untuk membantu umat Islam di negeri Perak kerana kesuntukan masa.
Thomas Su berkata ketika berceramah di tanah perkuburan Islam Changkat Larang semalam. Pihak PAS hanya membenarkan penyokong tegar Pas sahaja mengikuti ceramah ini dan foto dan video dilarang sama sekali diambil bagi mengelak rahsia Pas dan DAP terlepas keluar.
Pas Sungai Rapat kini sibibuk mengundang penceramah cina bagi mentarbiah penyokongnya yang tinggal beberapa kerat sahaja sejak tsunami Datuk Dr Hasan Ali melanda Pas menyebabkan ramai penyokongnya meninggalkan parti Pas.
Anwar hilang telur apabila mendengar Umi Hafilda menunggu beliau di Kg Ara Payung dekat Batu Gajah sebentar tadi. Anwar Ibrahim yang sepatutnya berceramah di Kg Muhibah Face to face dengan Umi Hafilda terpaksa membatalkan niatnya apabila mendengar Umi akan berhadapan dengannya.
Itulah sifat Anwar yang digelar oleh Umi sebagai dajal yang merosakkan umat Islam di Malaysia.
Ceramah sebentar tadi disertai juga oleh En Lokman Adam yang merupakan orang kuat kepada Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu berjaya membongkar dan mendedahkan apa yang Anwar lakukan semasa menjadi ketua pembangkang.
Lokman Adam mendedahkan bagaimana Anwar mendapat dana yang berjumlah jutaan ringgit daripada pemimpin Israel demi untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional/UMNO.
Lokman juga mengatakan jika Anwar berjaya memerintah Malaysia maka ini merupakan malapetaka kepada umat Islam dan rakyat Malaysia amnya kerana Anwar telah berjanji dan berikrar akan mengikut segala perintah yahudi apabila memerintah Malaysia.
Tidak hairanlah jika Anwar secara terbuka menyokong kerajaan Israel seperti kenyataannya dalam Wall Street Journal. Kenyataan yang dilemparkan oleh Pas terutamanya Nik Aziz kononnya meminta Anwar menarik balik sokongannya terhadap negara yahudi dan Nik Aziz juga meminta Anwar menyaman WSJ jika kenyataannya diputarbelitkan oleh WSJ.
Semuanya itu langsung tidak diendahkan oleh Anwar yang mengganggap Nik Aziz hanyalah tikar buruk yang hanyut oleh arus air.
Badrul Amin akan menyaman semua blog pro-UMNO kerana dikatakan telah memalukannya. 'Ana cuma beri tazkirah dan kaunseling pada Watiwani adakah itu salah',kata Badrul Amin.
Petang tadi sewaktu demontrasi hijau yang diadakan oleh pakatan rakyat tiada kelibat Badrul Amin dalam saf kepimpinan kerana malu untuk berhadapan dengan penyokong pakatan rakyat lebih-lebih lagi penyokong PKR.
Kolej komuniti Rompin ketika dihubungi mengesahkan Zatiwani memang pekerja mereka dan oleh kerana hari ini adalah hari cuti pengesahan mengenai khalwat belum diperolehi.
Malam tadi bertempat di Kg Changkat Larang Wanita UMNO dengan kerjasama penduduk tempatan telah mengadakan ceramah Agama.
Ceramah agama ini telah menampilkan dua penceramah bebas yang dijemput khas. Lebihkurang 1000 orang hadirin telah memenuhi khemah yang disediakan.
Walaupun UMNO mengadakan ceramah Agama Pakatan Rakyat telah tidak puashati dengan ceramah Agama yang diadakan dengan itu mereka telah menghantar beberapa perisik untuk merisik ceramah Agama yang diadakan oleh wanita UMNO.
 |
| Ketua Ranting PKR Pengkalan Pegoh dan penyokongnya |
 |
| Dia ni adalah penyokong tegar Pas yang cuba merakam ceramah menggunakan Telefon Bimbit |
Pasukan polis telah memulakan kawalan lalu lintas sejak seawal 6 pagi sementara lebih 20,000 dijangka menyertai Himpunan Hijau 2.0 anjuran kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan di sini pagi ini.
Himpunan, yang telah berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK 4), dianjurkan bagi membantah loji nadir bumi Lynas di Gebeng.
Setakat pukul 11 pagi ini, kira-kira 500 orang membanjiri padang MPK4 dan kempen dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dengan bacaan doa.
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said juga hadir dan dijangka akan mendeklamasikan sajak Gebeng Yang Luka dan Tazkirah Jam 3 Pagi' khas buat Badrul Amin
Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga juga kelihatan di pentas bersama Samad.
Anwar Ibrahim bersama pimpinan utama PKR tidak akan menghadiri Himpunan Hijau 2.0 kerana malu Badrul Amin ditangkap Khalwat.
Badrul Amin tidak salah kerana beliau mahu menyelamatkan wanita itu dengan memberi tazkirah", kata Anwar Ibrahim sewaktu diakhir ceramahnya di Kuantan sebentar tadi.
Kata Anwar lagi, "Ini semua permainan kotor UMNO yang cuba memerangkap Badrul Amin dalam kes khalwat supaya menjadikan PKR tidak diterima oleh rakyat."
Apabila saya menerima SMS bahawa Badrul Amin ditangkap pukul 3 pagi dalam bilik hotel, saya sudah menjangka ini semua taktik kotor UMNO yang tidak senang dengan kejayaan parti PKR.
Walaupun kes ini sedikit sebanyak memberi kesan langsung kepada parti tetapi persahabatan antara kami semakin kukuh

Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang cukup hebat dengan mulut celupar dengan maki hamun Badrul Amin telah ditangkap khalwat bersama seorang wanita yang bernama Zatiwani berstatus isteri orang dan bekerja sebagai Juruteknik Kolej Komuniti di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.
Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan bahawa isterinya berada bersama Badrul Amin sedang belajar Agama.
"Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya
Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi Badrul Amin masih disoal siasat oleh Jaip kerana banyak fakta yang diberikan tidak betul dan cuba menipu penguatkuasa.
Badrul Amin pernah menggelarkan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan memegang jawatan penting dalam parti itu di peringkat negeri Selangor mendapat elaun lebih RM50,000.00
Menurut kenyataan Badrul Amin kepada JAIP, Watiwani menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya dan sering lari dari rumah dan menemuinya di Hotel Swiss Garden pukul 3 pagi.
Beliau terpaksa memberikan tempat tidur kepada Watiwani untuk bermalam bersamanya dibilik hotel tersebut.
Maklumat terkini berkenaan kes tangkapan ustaz PKR badrul Amin. Difahamkan pihak Jabatan Agama Islam Pahang terpaksa menanti hampir setengah jam sebelum pintu dibuka.
Apabila disiasat didapati Badrul Amin yang hanya bertuala bersama pasangannya isteri orang yang bernama Zatiwani yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kolej komuniti Rompin.
Difahamkan kejadian ini dilaporkan oleh suami wanita tersebut yang bernama Fazli Pungut.
Berlaku sedikit kekecohan apabila beberapa pemimpin PKR cuna merasuah pegawai penguatkuasa supaya kes khalwat ini didiamkan demi parti mereka. Namun Pegawai penguatkuasa tidak menghiraukan rayuan beberapa pemimpin PKR itu.
Kini pihak jabatan agama sedang menyoal siasat Badrul Amin dan Zatiwani.
Maklumat yang baru diterima mengatakan Badrul Amin yang baru kahwin dua di tangkap kes khalwat oleh jabatan agama Islam Pahang dengan isteri orang yang bernama Zatiwani yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kolej komuniti Rompin. Suami wanita tersebut bernama Fazli Pungut
Difahamkan Badrul Amin ditangkap di Swiss Garden, Pahang.
Kekecohan kini berlaku apabila beberapa pemimpin PKR cuba merasuah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang supaya kes ini diselesaikan begitu sahaja tetapi tidak diendahkan oleh pegawai penguatkuasa.
Laporan lengkap akan menyusul
Jusco di Station 18 Pengkalan akan dibuka secara rasminya pada April 2012. Pasaraya Jusco ini adalah antara pasaraya yang terbesar di Perak.
Sebentar tadi pihak Jucso dan Aeon telah mengadakan program menanm pokok diperkarangan pasaraya tersebut. Program itu telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir Menteri besar Perak.
Pasararaya ini terletak diatas tanah seluas 17.4 ekar dan bangunan mempunyai 160 lot kedai pelbagai saiz. Pasaraya ini juga mempunyai 2000 tempat letak kereta dengan ciri-ciri rekaan baru dan moden.
Pasaraya ini mampu memberi peluang pekerjaan kepada 1000 pekerja kepada penduduk tempatan.
Pasukan RELA berikrar akan mempertahankan kerajaan yang sedia ada untuk memimpin negeri Perak pada PRU13. Sebagai sebuah pasukan keselamatan RELA akan bersungguh-sungguh berdiri di belakang kerajaan untuk mempertahankan kerajan yang sedia ada daripada anasir-ansir jahat yang cuba memporak-perandakan masyarakat.

Pemuda Umno mengadakan demonstrasi aman di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat bagi menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan kontroversinya berhubung sokongan terhadap keselamatan negara Israel.
Kumpulan yang diketuai Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid itu turut menyerahkan memorandum berhubung isu berkenaan kepada wakil PKR.
"Kami menyerahkan memorandum ini sebagai bantahan kepada kenyataan Anwar yang menyokong Israel.
"Kami amat kecewa dengan sokongan seorang pemimpin Islam terhadap pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa," katanya di sini.
Bagaimanapun menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rozan Aziz, pihak Ibu Pejabat PKR enggan menerima memorandum berkenaan.
Anwar sebelum ini mempertahankan kenyataannya seperti yang disiarkan The Wall Street Jounal (WSJ) iaitu akan menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel.
Malah menerusi penjelasan Anwar mengenai kontroversi tersebut, beliau tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.
Gambar Dari Blog Rezqeen Hill
Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Selangor dan beberapa Pertubuhan Islam sekarang ini sedang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Nasional (PKR), di Tropicana, Damansara.
Tujuannya berhimpun adalah untuk mengutuk tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong segala usaha menjaga keselamatan Israel dan mentyerah memorandum kepada Anwar Ibrahim supaya menarik balik kenyataannya yang menyokong negara Israel.
Difahamkan Sam ketot telah berjaya membawa Anwar lari ikut pintu belakang.
PKR juga meletakkan beberapa India mabuk yang siap sedia untuk bergaduh dihadapan pintu masuk pejabat PKR