Orang inilah yang pertama menyebarkan fitnah babi, Beliau juga adalah ketua cawangan PAS Kampung Sungai Rokam. Kalau tengok muka macam tak percaya takkan orang tua seusia begini tergamak membuat fitnah haram itu. Tetapi itulah hakikatnya dalam Pas semuanya boleh jadi halal.
Siapa sangka cikgu Ali yang berusia lebih 66 tahun masih berperangai kebudak-budakan mengeluarkan kata-kata biadap dan cukup kurang ajar. Sebagai seorang yang 'bertitle' Haji tidak sepatutnya membuat fitnah sedemikian.
Saya tidak berminat untuk menyerang dari segi akhlak Haji ini kerana banyak info yang saya dapat dan saya akan keluarkan satu persatu jika perlu.
Akan tetapi sebagai maklumat dan rujukan saya perlu nyatakan juga sebab jika anda sendiri melihat dia berkopiah dikepalanya sudah tentu anda juga tidak percaya langsung blognya dipenuhi dengan fitnah, maki-hamun, caci-mencaci dan banyak lagi yang tidak terfikir dalam fikiran manusia biasa macam kita.
Dalam masa 4 hari sahaja si Anjing kurap DAP ini telah membuat 7 posting yang semuanya berunsur fitnah demi untuk menjatuhkan reputasi dan imej YB Dato Hamidah Osman sebagai Adun Sungai Rapat dan Exco Kanan kerajaan Negeri Perak.
Harus diingat rakyat bukannya bodoh kalau setakat hanya dengan memfitnah sahaja tidak akan mampu menang pilihanraya ke-13 nanti. Apa yang rakyat mahukan adalah perkhidmatan kepada mereka, dekati mereka, kenali masalah mereka dan seterusnya menyelesaikan masalah mereka. Bukan setakat turun ke satu dua rumah sampaikan risalah memfitnah kemudian rakyat akan undi kita...sorryla rakyat tidak sebodoh yang disangka oleh pakatan rakyat.
Berbalik kepada posting, posting-posting yang dibuat oleh cikgu Ali pecacai DAP ini hanya berlandaskan andaian dan imaginasi sahaja dengan dua isu iaitu kejadian meroboh kedai haram dan PKR ganggu majlis keagamaan Cina seperti berikut:
1. Upacara Sembahyang Yang Pelik Bersama Melayu Yang Pelik Bertarikh 28 April 2012
2. Hamidah Osman jaga Peniaga Melayu, Thomas Su Berjaya Jaga Peniaga Cina bertarikh 27 April 2012
3. Hamidah Semakin Celaru jadinya- tindak tanduknya semakin tak menjadi bertarikh 27 April 2012
4. Oh, Begini Kerja Kau Hamidah? Merobohkan Gerai Makan Orang Melayu bertarikh 26 April 2012
5. Hamidah Menzalimi Peniaga Melayu bertarikh 26 April 2012
6. Roboh kedai makan Melayu – Hamidah Main wayang cina
bertarikh 26 April 2012
7. Hidangan Arak dan Khinzir Panggang Oleh Hamidah bertarikh 24 April 2012
Dalam isu majlis keagamaan
Pihak Persatuan Penduduk kesal dengan sikap PKR yang mengganggu majlis keagamaan mereka. Berikut kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Desa Pakatan Lee Kok Beng:
Persatuan Penduduk Muhibbah Pasir Pinji (PPMPP) melahirkan rasa kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye yang didakwa bersikap ala samseng dengan menyerang satu jamuan makan malam dan upacara sembahyang kaum Cina di Taman Desa Pakatan.
Seorang ahlinya, Loh Kok Beng, 48, berkata, majlis itu adalah sebahagian aktiviti tahunan PPMPP dan mereka telah dikepung oleh kira-kira 50 orang yang memakai baju Bersih serta parti politik Keadilan Rakyat Malaysia (Keadilan) dan Pas pada sekitar jam 10.30 malam.
"Penyokong parti pembangkang berkelakuan ala kumpulan samseng dan ketua mereka (Lim Boon Chye) bertanya siapa yang bertanggungjawab mengendalikan majlis ini lalu saya menjawab ‘sayalah pengerusi majlis itu’.
"Dengan nada keras, Boon Chye mengarahkan supaya suara speaker ditutup tetapi saya menjawab orang yang mengendalikan pembesar muzik telah keluar dan berkemungkinan dalam perjalanan balik.
"Saya meminta mereka tidak mengganggu majlis PPMPP kami tetapi Boon Chye dengan tidak sopannya, terus memarahi saya,” katanya.
Berikut pula kenyataan dalam akhbar:
Pada 23 April lalu, kira-kira 500 ahli PPMPP termasuk keluarga serta penduduk sekitarnya berkumpul di Padang Desa Pakatan di sini pada pukul 9 malam sambil dihiburkan dengan iringan persembahan nyanyian, tarian singa, naga dan bunga api.
Walaupun begitu, kurang daripada jarak 100 meter dan hanya dipisahkan oleh sebatang jalan kecil, terdapat sebuah lagi majlis ceramah pelancaran kempen Bersih 3.0 dianjurkan oleh pihak pembangkang.
Difahamkan, pihak pembangkang telah meninggikan bunyi pembesar suara mereka biarpun majlis yang dianjurkan oleh PPMPP telah bermula terlebih dahulu.
Disebabkan tindakan pembangkang tersebut, deejay yang mengendalikan majlis PPMPP turut membalas dengan meninggikan pembesar suara mereka sebelum diserang secara tiba-tiba.
Mengulas lanjut, Boon Chye katanya, terus mengarahkan pengikutnya untuk memberhentikan muzik selain bertindak membuka kanopi biarpun tanpa kebenaran kerana tidak puas hati.
Begitulah sikap mereka yang kononnya Bersih duduk dan bantah sahaja tetapi bukan sahaja duduk mereka menyerang seperti samseng. Begitulah yang akan berlaku di Dataran Merdeka nanti.
Itu kenyataan yang dibuat oleh pengerusi Persatuan Penduduk. Ini bermakna YB Dato Hamidah Osman tidak terlibat langsung dalam majlis tersebut. Kenapa pula cikgu Ali mengheret YB Dato Hamidah ke dalam isu ini.
Dalam posting terbarunya cikgu Ali mempertikaikan kenapa Jamil iaitu kononnya orang YB Dato Hamidah berada diantara majlis Bersih dan Majlis keagamaan Cina.
Jawapannya paling mudah, sebagai manusia yang hidup diMalaysia anda bebas masuk kemana sahaja majlis terbuka termasuk juga cikgu Ali pernah dilihat membuat skodeng terhadap ceramah UMNO di Taman Song Choon, ada kita pertikai?
Kalau katakan si Jamil join dengan majlis keagamaan Cina bagaimana pula dengan gambar di bawah?
Pak Lebai ini juga dilihat mundar-mandir dalam majlis keagamaan Cina dan adakah Pak Lebai ini juga makan babi?
Sebagai seorang Islam yang bergelar Haji, tidak sepatutnya membuat fitnah jijik yang sedemikian rupa sehingga merendahkan taraf seorang yang bergelar Haji.
PAS wajar melihat ini sebagai satu isu besar kerana fitnah yang disebarkan oleh seorang Ketua Cawangan Pas Sungai Rokam terlalu besar dosanya, umat Islam mengutuk sekeras-kerasnya fitnah ini.
JANGAN PULA NANTI ORANG MENGGELARKAN HAJI ALI SEBAGAI AJINOMOTO
Dalam isu meroboh kedai haram saya telah memberikan beberapa fakta lengkap mengenai kenapa gerai haram itu perlu dirobohkan seperti disini
Sebagai seorang YB yang berketurunan Melayu tidak terlintas dikepalanya untuk menganiaya peniaga Melayu. Terbukti sudah ramai peniaga Melayu telah dibantu dan ramai yang berjaya. Tuduhan cikgu Ali blogger upahan cina DAP bahawa YB Dato Hamidah tidak membantu peniaga Melayu, langsung tidak masuk akal.
Mereka di atas adalah di antara beratus-ratus peniaga yang mendapat bantuan daripada Pembangunan Usahawan negeri Perak yang diterajui oleh YB Dato Hamidah Osman.
Yang menjadi silapnya En Adnan dimana kedainya terpaksa diroboh kerana terlalu sombong tidak mahu bertanya. Bila jumpa ketua kampung asyik melarikan diri. Bila YB Dato Hamidah turun untuk melihat masalahnya dia melarikan diri seolah-olah menganggap bahawa tiada sesiapa berani roboh gerai haramnya.
En Adnan lebih gemar menggunakan pentas pembangkang untuk memohon bantuan jadi siapa yang salah sebenarnya?
Lagipun En Adnan juga bukannya seorang peniaga tetapi dia adalah penyewa gerai haram. Apa salahnya sebelum gerainya diroboh pergi berjumpa dengan Ketua Kampung En Mansor berbincang bagaimana nak selesaikan masalah ini dan dalam masa yang saa minta bantuan daripada YB Dato Hamidah.
Kerajaan Barisan Nasional bukan zalim seperti kerajaan pakatan rakyat, kerajaan BN bertindak setelah beberapa kali berbincang.
Satu lagi yang saya nak bagitau cikgu Ali untuk menjadi seorang Exco bukan setakat taraf guru sekolah rendah sahaja mlah perlu kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda bukannya daripada Maktab Perguruan, jadi fikirlah dengan fikiran yang waras sebagai seorang yang bergelar Haji.