Thursday, May 31, 2012

Demi kuasa mereka sanggup menentang pembinaan SAR Taman Desa Aman


Gambar di atas menunjukkan Lee Bon Chye menunjukkan senarai tandatangan 30 penduduk Cina bagi membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman. Yang paling sedihnya Radhi Zainon pun setuju bantahan penduduk Cina hanya kerana undi pada PRU13 nanti.

Hadis Rasulullah S.A.W

"Sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya adalah syahid, sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan maruahnya adalah syahid, sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya adalah syahid dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya adalah syahid."

(Riwayat Abu Daud, An Nasai dan At Tirmizi).


Jika dihayati Hadis di atas sudah cukup bagi seorang umat Islam wajib menentang pihak yang menghalang Institusi Agama Islam daripada berkembang.

Jika kita ditakdirkan mati ketika mempertahan Sekolah Agama Rakyat ini kita akan mati syahid.

Jadi entah apa yang ada dalam kepala otak bekas calon Pas dun Sungai Rapat sehingga bersama-sama dengan Lee Bon Chye menentang pembinaan Sekolah Agama Rakyat ini.

Ternyata Pas kini sudah kehilangan arah, makin kerap Pas membuat sembahyang hajat dana majlis munajat semakin banyak pula kejadian seperti ini berlaku seolah-olah Allah tidak redha apa yang Pas telah lakukan kepada umat Islam.

Saya Sanggup mati demi mempertahankan sekolah agama rakyat- Ust. Haji Jamaluddin


"saya sanggup mati demi mempertahankan Sekolah Agama rakyat ini" -tegas Ustaz Tuan Haji Jamaluddin gurubesar Sekolah Agama Rakyat Taman Desa Aman.

"Bagaimana susahnya untuk memberi ilmu Agama kepada anak-anak dikala umat Islam sendiri menentang perjuangan Islam sebegini. Saya ingat zaman komunis sahaja berlaku iaitu ketika darurat dimana tidak seorang pun umat Islam dapat memperlajari Agama Islam secara terbuka.

Tetapi saya cukup kesal setelah hampir 55 tahun kita merdeka minda penjajah masih berada dalam kepala otak pemimpin Islam sehingga sanggup bersama-sama pemimpin kafir bagi menentang pembinaan Sekolah Agama Rakyat ini.

Walaubagaimana politik sekalipun janganlah kita gadaikan Agama islam demi kepentingan untuk berkuasa, kata Ustaz Jamaluddin lagi.

Sebagai umat Islam dan sebagai orang yang lebih tua saya menasihati Radhi Zainon, Mej(B) Yaakob dan saudara Megat supaya bertaubat dan kembalilah ke pangkal jalan..takut-takut nanti amalan kita tidak diterima oleh Allah SWT.  

Inilah antara punca serangan puak-puak Radhi Zainon Terhadap tapak Ceramah UMNO


Inilah gambar yang membuatkan beberapa penceramah PAS termasuk calon DUN Sungai Rapat Radhi Zainon terlalu marah kepada YB Dato Hamidah. Lihat baik-baik gambar di atas hanya ada 3 sahaja muka Islam yang turut membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat.

Gambar di atas menunjukkan bagaimana Radhi Zainon Tim. YDP Pas Gopeng, Ketua Pas Cawangan Taman Desa Pelancongan Mej(B) Yaakob dan Lee Bon Chye bersama beberapa penduduk cina di Taman Desa Aman telah bertindak membantah sekeras-kerasnya tindakan pihak kerajaan membina Sekolah Agama Rakyat tersebut di Taman Desa Aman.

Ini menunjukkan sikap hipokrit PAS terhadap umat Islam yang mereka anggap menjadi hanya kumpulan minoriti di Taman Desa Aman sedangkan mengikut komposisi kaum Melayu mempunyai 85% di Taman Desa Aman.

Malam tadi apabila YB Dato Hamidah memulakan ceramah, PAS sudah tidak senang duduk beberapa beberapa jurugambar PAS sudah bersedia bersama-sama beberapa samseng untuk membuat provokasi terhadap tapak ceramah Pas.

Memang sudah diduga, sebaik sahaja YB Dato Hamidah menyentuh isu berkenaan Sekolah Agama Rakyat maka beberapa jurugambar termasuk samseng upahan terus menerjah ke tapak ceramah dimana YB Dato Hamidah berucap. Maka berlakulah satu pergelutan bagi menghalang mereka meluru ke meja hadapan.

Tapak ceramah UMNO dan Pas berjarak kira-kira 30 meter dan kedudukan tapak ceramah UMNO lebih rendah daripada tapak ceramah PAS membuatkan mereka lebih mudah untuk mengambil gambar, jika mareka mahu. Tetapi hampir 10 orang termasuk seorang pekerja Public Bank cuba menerpa ke arah YB Dato Hamidah dengan agak ganas. Beberapa 'security' yang mengawal tapak ceramah Umno ditolak oleh mereka dan lalu berlakulah pergelutan.

Namun beberapa minit kemudian pergelutan itu dapat dileraikan oleh beberapa pihak polis yang memakai pakaian preman.

Agak kecewa juga dengan sikap pemimpin PAS yang langsung tidak boleh menerima hakikat bahawa negara kita adil, kita boleh buat seberapa banyak pun ceramah asalkan jangan ganggu ceramah orang lain. Kita boleh bawa sesiapa pun berceramah, Shamsidar ker, Anwar ke bawalah tetapi asalkan jangan bergaduh. 

Inilah sikap munafik PAS sejak tidur sebantal dengan DAP dan PKR. Lihat sahaja ketua pembangkang Anwar Ibrahim yang penuh dengan gejala moral yang cukup menjijikkan, gejala ini sudah menular kedalam PAS sekarang.

Pada malam tadi di tapak ceramah UMNO pada mulanya agak ramai tetapi selepas berlakunya insiden pergaduhan beberapa penduduk tempatan terpaksa meninggalkan tapak ceramah takut dipukul oleh samseng Pas yang terlalu hampi dengan khemah UMNO.

Gambar di atas menunjukkan skrin memaparkan bagaimana Radhi Zainon dan PAS Gopeng bersama Lee Bon Chye serta penduduk cina Taman Desa Aman membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat ini dibangunkan.

Ketika inilah khemah ceramah UMNO diserang oleh samseng-samseng Radhi Zainon dengan harapan supaya YB Dato Hamidah memberhentikan ceramah berkenaan isu ini.

Untuk rekod pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat masih belajar di bawah khemah seperti di bawah, jika bantahan dibuat berhasil maka pelajar ini akan selama-lamanya berada di bawah khemah.


Inilah keadaan Sekolah Agama Rakyat sekarang, agak hairan PAS yang kini melaung-laungkan memperjuangkan Agama Islam kini menentang pembinaan Sekolah Agama Rakyat.


Ceramah UMNO diserang oleh kumpulan samseng yang diupah oleh Radhi Zainon



Sebentar tadi berlaku satu pergelutan dimana beberapa samseng PAS Sungai Rapat telah menceroboh dan memasuki kawasan ceramah UMNO. Apabila dihalang salah seorang yang dipercayai ketua samseng ini telah mencekik petugas dalam tapak ceramah UMNO.


Beberapa samseng telah dikenalpasti seperti Haji Ali Bin Hussin yang bersongkok putih, Azizul Nizam pekerja Public bank Jalan Yang Khalsom, seorang pemuda yang hanya dikenali nama Paeh tuanpunya blog Batu Gajah Mari dan beberapa samseng telah memasuki ruang tempat duduk wanita cuba membuat kekecohan ketika YB Dato Hamidah Osman sedang berceramah.


Perbuatan biadap ini mencerminkan Radhi Zainon dan Lee Bon Chye terlalu takut dengan isu Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman dimana mereka mahu Sekolah Agama Rakyat itu diruntuhkan.


Kejadian agak tegang apabila gambar dibawah ditayangkan di skrin di tapak ceramah UMNO.



Gambar ini diambil daripada suratkhabar Nanyang Siang Pau hari ini menceritakan bahawa Pas dan PKR membantah sekeras-kerasnya pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman.

Agak sedih untuk diceritakan iaitu murid-murid Sekolah Agama Rakyat Taman Desa Aman kini belajar hanya dibawah khemah seperti gambar di bawah,

Sekolah tempat anak-anak belajar Agama


Inilah fakta yang diketengahkan oleh YB Dato Hamidah. Sehingga kini para pelajar  masih belajar dibawah khemah. Dengan inisiatif YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat maka sejumlah RM100K peruntukkan diperolehi melalui kerajaan negeri Perak untuk membina Sekolah Agama Rakyat yang baru. Sebelum pembinaan dilaksanakan  tiada bantahan dan pembinaan telah mendapat persetujuan daripada 10 AJK SAR Taman Desa Aman.

Setelah pembinaan  memasuki hampir 30% Lee Bon Chye dan Pas Sungai Rapat yang diwakili oleh Radhi Zainon telah berjaya mengumpulkan tandatangan 30 orang penduduk Cina di Taman Desa Aman untuk membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat tersebut. Taman Desa Aman mempunyai hampir 2000 penduduk, 85% terdiri daripada orang Melayu dan selebihnya adalah Cina dan India. 

Fakta-fakta inilah yang membuatkan Radhi Zainon menghantar samseng menyerang tapak ceramah Umno.

Ceramah Pas yang diadakan berdekatan dengan tapak ceramah Umno menampilkan dua personaliti yang cukup kontroversi iaitu Adnan atau dengan nama panggilan Tok Nan 'mulut cabul' juga bekas pengarah yang meroyan tak dapat projek 'Petrol Pump' Petronas dan seorang lagi penyanyi yang terlalu minat dengan Anwar Ibrahim Dayangku Intan.

Ceramah Pas agak sepi apabila Tok Nan Dan Dayangku Intan hanya menceritakan tentang peribadi mereka sesekali mengutuk kerajaan...kadang-kadang bunyi haram.... kadang-kadang menyanyi.

Melihat kesungguhan samseng Radhi Zainon menyerang khemah Umno menunjukkan mereka terlalu tertekan dengan isu Sekolah Agama rakyat. Rata-rata umat Islam mempertikaikan Pas yang mencanang melaksanakan Islam sebaliknya menentang pembinaan sekolah Agama Rakyat.



Wednesday, May 30, 2012

Ceramah Umno kecoh kerana Diganggu oleh Babi DAP




Tiga ekor babi DAP telah dikesan menceroboh dan cuba mengganggu tapak ceramah UMNO di Kampung Ara Payung Batu Gajah sebentar tadi. Kejadian belaku semasa YB Dato Hamidah mendedahkan pemimpin Pas yang bernama Radhi Zainon telah bersekongkol dengan Lee Bon Chye untuk meruntuhkan Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman.


Oleh kerana mereka rasa tergugat, mereka telah menghantar 3 ekor babi DAP untuk membuat ganggu terhadap tapak ceramah UMNO supaya berlaku insiden yang tidak diingini.


Salah seorang yang dikenalpasti adalah Haji Husin bin Ali Ketua Cawangan Pas Kg Sungai Rokam yang juga digelar sebagai Lebai Tua.

Kes Rasuah: Azmin kata bukan saya yang beri arahan supaya hentikan siasatan


Azmin Ali berkata bahawa bukan dia yang menghentikan siasatan, saya telah memberi segala yang diperlukan berhubung siasatan ke atas pemilikan hartayang dikatakan sehingga jutaan ringgit.

Saya tahu semua dakwaan yang ditimbulkan di blog Malaysia Today adalah benar tetapi bukan salah saya".  Kes itu sudah lama berlalu dan saya telah menyerahkan semua bukti yang diminta oleh BPR ketika disiasat 17 tahun lalu.

"Saya bersumpah saya tidak ada wang sebanyak itu. Namun dengan semua bukti yang saya kemukakan, kenyataan bank, dokuman yang diminta, saya serahkan semuanya kepada pihak berkuasa.

"Mereka patut putuskan apa yang hendak dilakukan selepas itu. (Siasatan dilakukan sejak) 17 tahun lalu.

Azmin turut mengulas dakwaan Raja Petra bahawa Anwar Ibrahim mengarahkan supaya siasatan rasuah itu dihentikan.

Katanya, SPRM yang dikenali dengan nama Badan Pencegah Rasuah pada ketika itu sudahpun mengambil keputusan untuk tidak mendakwa Anwar atas tuduhan tersebut kerana kononnya dikatakan ada campurtangan orang atasan.

Beliau berkata demikian dengan merujuk satu tulisan berhubung kes berkenaan oleh Datin Kalsom Taib yang merupakan isteri kepada bekas pengarah BPR Datuk Shafee Yahya.

Menurut buku bertajuk "The Shafee Yahya Story: Estate Boy to ACA Chief" itu, Kalsom menceritakan bahawa Anwar sepatutnya didakwa kerana mempengaruhi Shafee untuk menutup penyiasatan ke atas Azmin.

Azmin kesal dengan sikap Raja Petra yang mendakwa memiliki "fail rahsia" berhubung siasatan SPRM (Badan Pencegah Rasuah pada masa itu) bertarikh 1995 berhubung transaksi saham, hartanah dan kenderaan Azmin.


Kenapa Raja Petra tidak disiasat?, katanya

Demonstrasi Mempertahankan Sekolah Agama Rakyat berjalan lancar



Demonstrasi mempertahankan Sekolah Agama Rakyat telah diadakan oleh penduduk Taman Desa Aman bagi membantah tindakan Lee Bon Chye dan Radhi Zainon yang dianggap menceroboh SAR dan seterusnya mengganggu pembinaan Sekolah tersebut.


Seramai 50 orang penduduk setempat telah bersama-sama berkumpul menyatakan pendirian mereka dengan menyokong YB Dato Hamidah untuk mengadakan sebuah sekolah Agama bagi anak-anak mereka belajar.


Semalam Lee Bon Chye dan Radhi Zainon mempertikaikan pembinaan sekolah Agama tersebut dibina tanpa persetujuan penduduk. Tetapi pada hari ini penduduk menyatakan pendirian menyokong sepenuhnya pembinaan Sekolah Agama Rakyat tersebut.

Mari Kita Lihat bagaimana Anwar berlakon kononnya dia cukup bersih tanpa rasuah





Dalam video di atas Anwar Ibrahim membahaskan kononnya kerajaan mengamalkan amalan rasuah. Anwar juga mengatakan siasatan BPR selalu tergendala kerana pemimpin tertentu telah campurtangan agar Ketua BPR ketika itu supaya menghentikan siasatan kepada pihak-pihak tertentu.


Rupa-rupanya apa yang dia perkatakan itu adalah menjadi amalannya seperti dibawah ini

Lee Bon Chye Buat Fitnah Terhadap Sekolah Agama Rakyat supaya tidak dibina


Hampir kesemua surat khabar cina pada hari ini melaporkan tentang fitnah oleh Lee Bon Chye dan pemimpin Pas Radhi Zainon terhadap Sekolah Agama Rakyat Taman Desa Aman yang baru dalam pembinaan.

Menurut Sin Chew Daily, Lee Bon Chye mengatakan pembinaan Sekolah Agama Rakyat ini adalah bermotif politik dan akan digunakan oleh pihak UMNO ketika pilihanraya. Menurutnya lagi dengan pembinaan ini padang jadi sempit dan pembinaannya perlu dihentikan dengan segera.

Lee Bon Chye yang juga Ahli Parlimen Gopeng berkata kepada surat khabat Sin Chew Daily bahawa pembinaan Sekolah Agama Rakyat itu menyebabkan semua peralatan permainan telah dibuang.

Untuk pengetahuan umum, ketika ini 100 pelajar sekolah Agama Rakyat sedang belajar di bawah khemah sementara menantikan pembinaan SAR itu siap. UMNO tidak pernah menggunakan SAR untuk tujuan politik.

Pembinaan SAR itu tidak mengganggu pemandangan 5 penduduk cina tersebut. Untuk pengetahuan di Taman Desa Aman terdapat 85% penduduk kaum Melayu beragama Islam dan selebihnya adalah kaum Cina. Oleh itu, tidak harus timbul soal untuk mengganggu mereka.

Dengan itu pada hari ini akan diadakan demonstrasi secara aman untuk mempertahankan Sekolah Agama Rakyat Taman Desa Aman  di Hala Pegoh 9 iaitu di padang di mana bantahan oleh penduduk cina dan pemimpin Pas semalam.

Demonstrasi ini akan diadakan pada jam 2.00 petang selepas solat zohor. Mohon datang beramai-ramai untuk menyertai demo mempertahankan tempat anak-anak kita belajar daripada diliwat oleh Lee Bon Chye dan Radhi Zainon.

Demi Kemaruk Kuasa PAS sanggup bersetuju untuk meruntuhkan Sekolah Agama Rakyat


Nampak tak dalam ramai-ramai peserta demo  tu ada 3 kepala adalah pemimpin Pas Gopeng . Yang agak menariknya calon Dun Sungai Rapat Radhi Zainon sanggup bersengkongkol dengan Lee Bon Chye untuk meruntuhkan Sekolah Agama Rakyat yang sedang dalam pembinaan di padang berhampiran dengan dewan orang ramai.
Semasa sidang akhbar dengan wartawan cina
Menurut sumber Radhi Zainon semasa membuat sidang akhbar oleh beberapa wartawan akhbar cina berkata kononnya bangunan Sekolah Agama Rakyat telah melindungi pandangan masyarakat kaum cina yang mempunyai rumah berhadapan dengan SAR tersebut.

Tinjuan Sungai Rapat Online ke tempat kejadian menunjukkan jarak antara rumah penduduk cina dan sekolah Agama Rakyat lebih 150 meter, ini bermakna kenyataan Radhi Zainon pemimpin Pas adalah salah sama sekali.


Perlu diingatkan bahawa Sekolah Agama Rakyat ini dibina atas persetujuan 10 ahli jawatankuasa SAR Taman Desa Aman yang dipengerusikan oleh Ustaz Azhar. AJK SAR ini telah memilih sendiri tempat dan telah mendapat kelulusan sepenuhnya daripada agensi kerajaan.
Menurut Ustaz Azhar(kanan) pengerusi SAR Taman Desa Aman, Radhi Zainon dan Lee Bon Chye tidak menghormati beliau sebagai pengerusi, dengan membawa lebih 30 orang untuk membantah pembinaan SAR ini. Mereka juga telah beberapa kali menceroboh Sekolah ini sejak masih dalam pembinaan lagi.
Menurut Azhar lagi, penduduk di Taman Desa Aman yang majoritinya kaum Melayu semuanya bersetuju SAR ini dibina di sini, kenapa pula Radhi Zainon tiba-tiba datang membantah. 
Sebagai umat Islam dan akan dicalonkan sebgai Adun Sungai Rapat Radhi perlu bertaubat dan mengucap panjang kerana apa yang dilakukan adalah untuk meruntuhkan institusi Islam, kata Ustaz Azhar.

Menurut Ustaz Idris(kiri) Gurubesar Sekolah Agama Rayat ini, beliau sanggup mati demi mempertahankan tempat anak-anak mencari ilmu akhirat walaupun anak-anak itu bukan anak-anaknya. Saya agak hairan kenapa seorang yang kononnya memperjuangkan Agama Islam cuba bersama kafir harbi untuk meruntuhkan Sekolah Agama sendiri.

Esok Ustaz Azhar, Gurubesar, guru-guru Agama, anak-anak murid dan ibubapa akan membuat satu demonstrasi secara besar-besaran bagi menyatakan pendirian untuk mempertahankan Sekolah Agama Rakyat daripada diruntuhkan oleh Radhi Zainon, pemimpin Pas dan Lee Bon Chye.

Demonstrasi itu akan diadakan selepas solat zohor  dan akan diketuai oleh ustaz Azhar sendiri selaku pengerusi Sekolah Agama Rakyat.

Tuesday, May 29, 2012

Benarkah Datuk Shafee Yahaya KP BPR bersengkongkol dengan Anwar, Hentikan siasatan terhadap Azmin?





Saya mendapat sumber  tentang satu pendedahan bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya pada tahun 1998 kononnya seorang yang baik, berintegriti telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar.


Jika benar pendedahan ini SPRM perlu membuka semula kertas siasatan bagi menyiasat kes Azmin Ali, Datuk Shafee Yahaya dan Anwar Ibrahim.

Selama ini Anwar mencanang diseluruh pelusuk dunia bahawa kerajaan Malaysia penuh dengan rasuah dan kini tibalah masanya rakyat perlukan keadilan dengan menyiasat kembali kes Azmin Ali yang memiliki harta diluar kemampuan.






















Nizar Isytihar perang terhadap Sultan Johor, rakyat Johor jemput Nizar datang ke Johor kalau berani


Nizar bekas Menteri Besar Perak boneka rejim cina DAP secara tidak langsung mengisytiharkan perang terhadap Sulatan Johor dengan menunjukan sikap kurang ajar menuduh Sultan Johor menggunakan duit rakyat demi membeli nombor WWW1.




Mari kita lihat apa penjelasan dari Tuanku Sultan Ibrahim berkenaan pembelian no plat kenderan yang bernilai RM 520,000.00 harga bidaan terhadap no plat WWW 1,


Mengapa perlu mempertikaikan,sedangkan Tuaku Sultan Ibrahim tidak mengunakan duit kerajaan untuk no plat berkenaan.Tuanku Sultan Ibrahim juga tidak mengunakan duit rakyat untuk membeli. sedangkan apa yang kita tidak tahu,Tuanku Sultan Ibrahim mempunyai perniagaan sendiri.

Nizar sengaja mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai Tuanku Sultan Ibrahim bagi membangkitkan semangat menentang sistem raja-raja yang diamalkan sejak dahulu lagi. Berkenaan bidaan WWW1 yang heboh diperkatakan semenjak malam tadi yang telah menjadi milik Tuanku Sultan Ibrahim, ramai yang membuat tanggapan sendiri. Malah ada yang berkata Sultan Johor membeli plat nombor kereta guna duit Rakyat. CTS berpendapat kalau orang biasa yang mampu membeli nombor plat mahal dikatakan orang itu berkerja keras, sebaliknya kalau pemerintah beli nombor plat mahal dikatakan pemerintah itu makan duit rakyat? Mana keadilannya.

Sebenarnya Keluarga Diraja Johor dari dulu lagi ada bisnes sendiri. Semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar lagi kita sudah disajikan dengan cerita yang memeranjatkan seperti Yang Dipertuan Agong Ke-8 mendermakan kesemua elaun kepada badan kebajikan sebanyak RM3.8 juta sehinggakan Almarhum dilabelkan sebagai "Raja Yang Tak Bergaji". Sifat ini diwarisi oleh Sultan Ibrahim, contoh yang kita tahu Sultan Johor kurnia 11 kereta, 8 Harley Davidson kepada PDRM. Jika difikir logik, mengapa hendak membeli kereta atau nombor plat menggunakan duit rakyat?

Kini rakyat Johor mencabar Nizar Jamaluddin supaya menjejak kaki ke negeri Johor jika beliau seorang berani.