Saturday, June 30, 2012

Ikhwan Muslimin Dan PR Bagai Langit Dengan Bumi


Kemenangan Parti FJP yang meletakkan calon dari Ikhwan Muslimin, Dr. Mohamed Morsi dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai insipirasi. 


Menurut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, seperti yang dilaporkan oleh sisipan akhbar Harakah@haprak, iaitu Fikrah, kemenangan Dr. Morsi dan perubahan yang berlaku dalam negara Arab hari ini boleh merebak kepada Malaysia dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat hari ini.

Secara tidak langsung, Anwar juga membuktikan apa yang dituduh ke atasnya iaitu beliau sememangnya berniat untuk menggulingkan kerajaan dengan cara keganasan sepertimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir.

Kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri Anwar sering berangan-angan membayangkan dirinya seperti tokoh-tokoh pembebasan lain seperti Aung Suu Kyi, Ghandi dan sebagainya. 

Dan apabila Mesir mengalami pemberontakan serta Morsi diangkat menjadi Presiden, Anwar pantas menyamakan dirinya dengan Morsi, dan partinya, Pakatan Rakyat, umpama Ikhwan Muslimin pula.

Sedangkan Morsi dan Anwar adalah jauh panggang dari api. Dan Parti FJP dengan Pakatan Rakyat adalah bagai langit dengan bumi. Manakala PKR, malah PAS juga, iaitu parti yang kononnya ëpaling Islamikí dalam PR, langsung tidak menyamai Ikhwan Muslimin.

Pertamanya, dalam era pemerintahan Mubarak, calon dari parti Ikhwan Muslimin hanya boleh bertanding atas tiket bebas kerana pertubuhan itu tidak diiktiraf. Sedangkan Anwar dan apa saja nama parti yang ditubuh atau digabungkannya tidak pernah dinafikan hak untuk bertanding atas tiket parti.

Walaupun Ikhwan Muslimin membawa imej Islam konservatif tetapi ia tidak pula menyamai PAS. Ikhwan Muslimin tidak menggadaikan prinsip perjuangan mereka hanya kerana ingin memenangi pilihanraya. 

Ia kekal meletakkan Islam sebagai platform tetapi dengan pendekatan lebih terbuka. Jika dulu parti ini membelakangkan terus peranan wanita, hari ini Ikhwan Muslimin hanya menghadkan kedudukan wanita dalam politik dan tidak membolehkan mereka menjadi calon tetapi mereka dibenarkan untuk menjadi anggota kabinet.

Justeru, menjadikan parti ini jauh lebih berbeza dengan PKR yang meletakkan Wan Azizah, isteri Anwar sendiri sebagai Presiden.

Oleh kerana platform Ikhwan Muslimin adalah Islam, maka parti tersebut tidak membawa aspirasi terbuka dan liberal sepertimana PKR yang mengambil sikap ëmesraí dengan golongan songsang dan mengiktiraf perjuangan golongan ini di bawah hak asasi manusia.

Morsi, Presiden baru Mesir adalah seorang pemimpin yang berkaliber dan mempunyai keperibadian baik, yang mana amat jauh berbeza dengan Anwar yang telah terbukti meliwat dan menyalahguna kuasa. Morsi juga tidak mempunyai skandal dengan pelacur seperti Anwar.

Oleh itu, bagi Anwar untuk meletakkan diri dan partinya menyamai Morsi dan Ikhwan Muslimin adalah satu penghinaan kepada Morsi dan Ikhwan Muslimin.

Rakyat Mesir memberontak akibat dari tekanan ekonomi. Itupun, keadaan hidup rakyat selepas pemberontakan adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya. Pada awal tahun ini, rizab matawang asing negara tersebut hanya tinggal USD10 billion daripada USD36 billion sebelum pemberontakan. Pelaburan asing juga terhenti terus dan jumlah pelancong menurun secara drastik.

Akibatnya, subsidi terpaksa ditarik balik dan harga makanan dan kemudahan asas di Mesir menjulang tinggi sehingga dua kali ganda. Penarikan subsidi juga menjejaskan harga minyak sekali gus semua harga barangan lain. Kadar pengangguran pula berada di tahap 12 ñ 24 peratus berbanding 9 ñ 12 peratus sebelum pemberontakan.

Rakyat Malaysia tidak mengalami semua masalah ini. Malah kehidupan rakyat Malaysia adalah antara yang termewah di rantau ini. Justeru, untuk kita memberontak dan meletakkan diri kita dalam keadaan yang lebih buruk dari ini sepertimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir, semata-mata untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang amat bodoh sekali.

Pun begitu, belum ada kepastian bahawa Morsi mampu menerajui Mesir dengan lebih baik dari Mubarak. Jika dilihat dari 4 langkah pertama yang diumumkan akan dilakukannya sebagai Presiden, kita akan dapati bahawa beliau tidak mempunyai visi yang jauh.

4 langkah tersebut ialah:

1. Menyumbangkan wang gajinya untuk kebajikan rakyat

2. Melarang penggantungan gambarnya di bangunan kerajaan dan melarang menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di dalam akhbar.

3. Berjanji untuk menghukum mereka yang membunuh para peserta perhimpunan dengan mendakwa semula bekas Presiden dan Menteri Dalam Negeri.

4. Mengarahkan pihak keselamatan mengurangkan kenderaan pengiring Presiden agar tidak berlaku kesesakan lalulintas.

Ini adalah gambaran awal pemikiran Morsi dan jika gambaran ini boleh dijadikan ukuran gaya pemerintahannya maka nampaknya Mesir akan berada dalam keadaan yang statik untuk beberapa lama sebelum merosot perlahan-lahan dan tidak mustahil akan mencetuskan satu lagi pemberontakan.

Justeru, rakyat Malaysia wajar berfikir beratus kali sebelum memperjudikan nasib dan nyawa sendiri dengan menyahut seruan Anwar agar mengikut jejak langkah Mesir. 

Walaupun Pas Menghasut Penduduk Islam supaya jangan keluar, Demo Tetap diteruskan Esok



Begitu jahatnya aksi Pas Gopeng yang diterajui oleh Radhi Zainon setelah membantu penduduk cina membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat kini Pas mula menghasut penduduk Taman Desa Aman dan Pegoh Aman supaya jangan keluar rumah esok.


Difahamkan beberapa kumpulan penganut Pas telah berkunjung dari rumah ke rumah hanya untuk memberitahu rakyat supaya jangan sertai demonstrasi yang akan dilakukan oleh 40 NGO Islam kerana kata mereka NGO itu semuanya politik.


Begitulah jahatnya niat Pas yang pada mulanya hanya untuk menjadi hero kaum cina tetapi apabila kantoi mereka menghasut penduduk dengan berbagai perkataan fitnah.


Walau apa pun berlaku hati umat Islam sudah terguris, Sekolah Agama yang ciput pun mereka nak bantah. Kesabaran umat Islam mesti ada hadnya jika tidak umat Islam akan dianggap bacul dan pengecut.


Mengambilkira inilah beberapa NGO yang masih teguh untuk mempertahankan Islam tetap akan melakukan demonstrasi dihadapan rumah penduduk kaum cina di Taman Pegoh Aman yang membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat.


Esok tepat jam 9 pagi satu demonstrasi bantahan ke atas gangguan penduduk cina terhadap pembinaan Sekolah Agama Rakyat akan diadakan bersebelahan dengan Sekolah Agama Rakyat.


Matlamat demonstrasi ini bukan untuk menunjukkan kehebatan tetapi menunjukkan rasa sensitif umat Islam terhadap gangguan biadap penduduk cina termasuk Lee Bon Chye dan Pas Gopeng ke atas pembinaan Sekolah Agama Rakyat.


Semua Umat Islam Dijemput Hadir!


Kepada Ibubapa yang anaknya bersekolah di Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman/Pegoh Aman diwajibkan hadir kerana kami membantu untuk keselesaan anak-anak anda. Jangan percaya hasutan jahat PAS, fikirlah masa depan anak-anak anda.


Jangan biar orang lain mempertahankan sekolah Agama Rakyat anak-anak anda sedangkan anda tidak sedikit pun mahu berbuat apa-apa untuk anak-anak anda.


Sepatutnya anda berasa malu apabila orang lain mempertahankan sekolah yang menempatkan anak-anak anda.


Anggaplah Hasutan Penganut Pas adalah Hasutan Syaitan!

Sheikh Anwar kata Allah Untuk Semua Tapi Ustaz Haron Din Kata Allah hanya Untuk Islam Sahaja



Mana satu nak ikut antara fatwa daripada Sheikh Al-Anwar atau Ustaz Haron Din. Fatwa Anwar Allah boleh digunakan dimana-mana sahaja kerana Allah semuanya sama.


Pegang Banner Bertulis "Bangunan Tanpa Kelulusan Rampas Padang Rakyat" adalah menyokong pembinaan SAR?



Memang lawak betullah bakal calon Pas Dun Sungai Rapat Radhi Zainon, dalam majlis penerangannya bersama Lee Bon Chye, Radhi berkata "kami tak bantah pun pembinaan Sekolah Agama Rakyat, malah kami memang menyokong, tapi kami cuma pegang jer banner yang bertulis "Bangunan Tanpa Kelulusan Rampas Padang Rakyat".


Itu tandanya menyokong bukan membantah, kata Radhi Zainon
Gambar ini Radhi Zainon kata bukan Demo membantah tapi kami menyokong Pembinaan Sekolah Agama Rakyat


"Bangunan Tanpa Kelulusan Rampas Padang Rakyat" itu bermaksud menyokong pembinaan Sekolah Agama Rakyat. Radhi Zainon bersama Lee Bon Chye memang menyokong pembinaan SAR ini boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kaum cina datang mengambil gambar, malah bukan waktu siang sahaja malam pun mereka datang melihat dan mengambil gambar.


Kata Radhi Zainon lagi, "saya tak bantah pun depa nak bina Sekolah Agama Rakyat tapi saya cuma bantah depa rampas tanah depan rumah cina sahaja"


Saya bukan buat demo pun, saya cuma angkat banner tunjuk kepada umat Islam lain bahawa saya bersama penduduk kaum cina menyokong sangat pembinaan Sekolah Agama Rakyat seperti gambar diatas. 




Sebagai umat Islam buat apa nak keliru, kan kita dah kata itu Sekolah Agama Rakyat, takkan nak buat Sekolah Agama Rakyat pun beriya-iya nak membantah.


Kita perlu lebih kasihankan anak-anak umat Islam yang belajar dalam bilik yang begitu sempit dan panas bukannya kasihankan kaum cina yang sakit mata memandang Sekolah Agama Rakyat dihadapan rumah mereka.


Satu lagi perlu dijelaskan kenapa Radhi Zainon dan Lee Bon Chye dihalau daripada Majlis dialog. Sebenarnya bukan dihalau tetapi pihak keselamatan yang ditugaskan semasa majlis dialog mendapati Radhi, Lee Bon Chye, Mej(B) Yaakub, Megat Ikhmal telah membawa bersama 70 penyokong cina dari Gopeng dan menceroboh masuk ke dalam khemah yang dikhaskan untuk penduduk Taman Pegoh Aman/Desa Aman. 


Walaupun urusetia berkali-kali telah cuba menghalang mereka dari memasuki khemah tetapi mereka tetap degil malah diajak bergaduh pula dan akhirnya YB Dato Hamidah terpaksa menyuruh mereka beredar jika tidak majlis dialog akan dihentikan.


Dalam hal Sekolah Agama Rakyat ini siapa sebenarnya yang membuat fitnah!


Pada mulanya Radhi mengganggap, dia bersama Lee Bon Chye akan menang, bangunan SAR akan dirobohkan, umat Islam akan menyokongnya, maka undi kaum cina pun semuanya akan berpihak kepadanya kerana berjaya menjadi hero kaum cina.


Tetapi Allah Maha Mengetahui niat sebenar Radhi Zainon ini maka Allah memberi kekuatan kepada beberapa kerat umat Islam untuk mempertahankan Intitusi Agama ini.


Ini adalah bumi Allah, kenapa kaum cina didahulukan oleh Radhi Zainon.


Gambar-gambar di bawah ini semuanya Pas kata fitnah





SATU SIARAN FITNAH AKAN DISIARKAN PADA 6 HINGGA 17 JULAI 2012 DI TV1





Menurut penyokong pembangkang terutamanya penyokong Tegar PAS, RTM yang menjadi penyiar rancangan-rancangan fitnah dalam saluran TVnya iaitu TV1 dan TV2 akan menyiarkan satu lagi rancangan fitnah yang akan ditayangkan secara langsung dari 6 hingga 17 Julai 2012.

Di sana sini orang PAS dan juga pencacai PAS kata RTM dan Utusan saban waktu menyebarkan fitnah. Kandungan akhbar dan siaran cuma dipenuhi fitnah. Tiada satu pun yang benar di dalam kandungan Utusan Malaysia atau siaran RTM malah TV3.

Antara siaran berunsur fitnah yang dikatakan oleh pencacai dan penyokong PAS ialah

1. Laungan Azan 5 kali sehari,
2. Bacaan Al-Quran,
3. Taalim,
4. Tilawah Interaktif,
5. Hafazan Al-Quran,
6. Forum Perdana Ehwal Islam,
7. Siaran Langsung Solat Jumaat

Dan banyak lagi siaran berunsur agama yang disiarkan oleh RTM dan TV3 juga dianggap fitnah.

Itulah antara kesesatan yang ditanam di dalam minda pencacai dan penyokong PAS. Kata pemimpin mereka haram menonton siaran RTM dan TV3 kerana siaran dipenuhi fitnah. Begitu juga haram membaca Utusan Malaysia kerana akhbar tersebut memaparkan semata2 fitnah.

Tapi yang peliknya Nik Aziz dan Hadi Awang baca pulak Utusan Malaysia. Tak haram ke?? Atau kedua-dua mereka ni tak tau apa itu halal atau haram. Cuma mereka pandai sebut sahaja.

Diplomat Singapura hadir di perhimpunan haram Bersih Hanya Pemerhati kata Pemerintah Singapura

Friday, June 29, 2012

DUN Chempaka Kekal Milik Nik Aziz sampai mati


Pas kelam-kabut menolak khabar angin bahawa Mursyidul Amnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertanding di kerusi Parlimen seterusnya mewariskan kerusi Menteri Besar kepada muka baru.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai karut, Timbalan Pesuruhjaya III,IV,V,VI, VII Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ia juga hanyalah spekulasi liar menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Jadi pas telah memutuskan akan mengekalkan Nik Abdul Aziz sehingga akhir hayatnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka seterusnya mengepalai pentadbiran kerajaan negeri.


Kerana dengan adanya Nik Aziz banyak pemimpin DAP telah pun berjaya diIslamkan termasuk Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Sudah berpuluh tahun Nik Aziz menjadi wakil rakyat dan turut menyandang jawatan Menteri Besar Kelantan. Dalam tempoh tersebut beliau sudah beberapa kali bertukar ganti kereta rasmi MB.

Gaji dan elaunnya juga sudah meningkat, jadi jika di ambil kira tempoh lama beliau sebagai YB kawasan DUN Cempaka juga sebagai MB Kelantan paling lama tentu sekali banyak jasanya kepada rakyat setidak-tidaknya untuk penduduk kawasan beliau sendiri.

Kemenangan nyata milik Pas apabila hasil protes senyap rakyat terhadap Pak Lah & menantunya Khairi di tambah pula dengan janji kerajaan negeri utk membina Bazar Tok Guru, maka dalam pilihanraya umum tersebut Parlimen Kota Bharu kembali ke tangan Pas dgn majoriti agak besar.

Kini kita pergi pula menyelusuri keluh kesah penduduk di dalam DUN Chempaka yg diwakili oleh Nik Aziz sendiri. Khabar terbaru rupanya setelah lama bersabar, akhirnya rakyat bangkit meluahkan perasaan apabila mereka mengadakan perhimpunan aman mendesak Nik Aziz dan kerajaan negeri menyelesaikan masalah jalan-jalan yg rosak sejak 7 tahun lampau.

Seramai 50 orang penduduk mewakili sejumlah 5000 penduduk daripada 5 buah kampung telah hadir meluahkan perasaan mereka selama 20 minit di Kampung Pantai Sabak.

Agaknya betul bagai dikata ramai orang, Nik Aziz hanya gah bila memegang microphone dan nampak jujur amanah bila berceramah, hakikatnya beliau tetap seorang politikus yg hanya mahir berucap tapi gagal bila berkhidmat.

Pelawak Osman Kering Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Otak Sebentar Tadi



Pelakon dan pelawak Osman Kering,58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang, Jumaat.

Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak selepas mengalami batuk berdarah di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 11 Jun lalu.

Beliau meninggal dunia di sisi isterinya Che Norhayati Che Omar,48, dan tujuh orang anak berusia antara 10 tahun hingga 28 tahun.

Anak kedua Allahyarham iaitu Nur Ain,25, yang dihubungi mStar Online petang Jumaat berkata, sejak dimasukkan ke hospital, ayahnya berada dalam keadaan tenat serta tidak sedarkan diri sehinggalah dia meninggal dunia.

“Keadaan ayah amat kritikal dan tidak menunjukkan tanda-tanda dia akan sembuh sehinggalah dia meninggalkan kita semua,” katanya.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al-Najihin, Taman Tasik Permaisuri, Cheras selepas solat Maghrib dan jadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang, di sini.

Allahyarham yang berasal dari Bachok, Kelantan aktif berlakon sejak tahun 1986 dan membintangi lebih daripada 20 buah filem dan drama.

Filem terakhir beliau ialah Kantoi, arahan Mat London dan memegang watak sebagai pelakon pembantu.


Sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman - Al-Fatihah

40 NGO Akan Mengadakan Demontrasi Bagi Mempertahankan Sekolah Agama Rakyat Taman Desa Aman


Sejumlah 40 NGO akan mengadakan demonstrasi bagi mempertahankan Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman/Pegoh Aman. 

Demonstrasi itu akan diadakan di perkarangan kawasan pembinaan SAR di Hala Pegoh 6, Taman Pegoh Aman pada 01 Julai 2012 jam 09.00 pagi.

Antara pengisian demonstrasi itu adalah:
  • Bacaan doa
  • Bacaan Selawat
  • Ucapan daripada pihak penganjur
  • Bacaan sajak daripada kanak-kanak SAR
  • Penyerahan Memo bantahan kepada wakil Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam negeri Perak


Lebih 2000 ahli dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan yang berasaskan Islam akan berkumpul di padang hadapan Sekolah Agama Rakyat Taman Desa Aman/Pegoh Aman.

Menurut wakil jurucakap NGO, "sebenarnya kami mememerhati dari jauh perkembangan situasi bantahan yang dibuat oleh beberapa pemimpin politik termasuk pemimpin Islam terhadap pembinaan Sekolah Agama Rakyat Taman Desa Aman dan sudah sampai masanya kami perlu bertindak kerana beberapa perlakuan biadap yang telah pun dilakukan oleh sekumpulan pemimpin politik yang sengaja mahu kita bergaduh".

Katanya lagi, "kami telah bersepakat akan menentang keras terhadap pemimpin politik dan kumpulan yang biadap mengganggu pembinaan Sekolah Agama Rakyat dan Agama Islam".

Beliau mengajak semua umat Islam berhimpun bersama-sama NGO Islam bagi merealisasikan demonstrasi ini pada 01 Julai 2012 jam 09.00 pagi.

Sivarasa dan SUARAM hanya perkakas Anwar Ibrahim



Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Suara Rakyat Malaysia (Suaram) digesa supaya tidak terlalu mengikut telunjuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyebarkan fitnah mengenai pembelian kapal selam negara, Scorpene.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan berkata, Sivarasa dan Suaram perlu segera menghentikan segala pembohongan berkaitan aset ketenteraan negara itu kerana ia memberi imej buruk kepada negara.

Selain itu katanya, Sivarasa dan Suaram secara jelas kini menjadi alat Anwar dalam penyebaran fitnah ke atas pimpinan negara berkaitan perolehan tersebut.

"Sebagai sahabat Sivarasa, saya menggesa beliau dan Suaram supaya segera membebaskan diri daripada terus dipergunakan Anwar.

"Sebagai Ahli Parlimen, Sivarasa perlu bertanggungjawab terhadap para pengundi dan rakyat secara amnya dengan tidak terus menyebarkan fitnah tidak berasas sebegini," katanya di sini hari ini.

Sivarasa dan pemimpin Suaram sebelum ini pernah mengadakan sidang akhbar di Bangkok, Thailand bersama peguam Perancis yang dilantik NGO itu, Joseph Breham.

Mereka mendakwa pimpinan tertinggi negara mungkin akan disapina oleh mahkamah Perancis dalam kes rasuah membabitkan pembelian Scorpene oleh kerajaan Malaysia dari negara Eropah tersebut.

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada sidang Dewan Rakyat kelmarin mengesahkan tiada perbicaraan berlangsung di Perancis berhubung perkara itu termasuk oleh Mahkamah 'Tribunal de Grande Istance'.

Gobalakrishnan menambah, Anwar selama ini menugaskan beberapa MPP PKR untuk mencari serta mencipta isu tertentu mengikut kepakaran masing-masing bagi 'melancarkan serangan' ke atas kerajaan.

"Semasa masih bersama PKR, saya sendiri ditugaskan oleh Anwar untuk mencari dan mencipta isu mengenai masyarakat India dan Sivarasa pula diberi tanggungjawab dalam hal Scorpene dan Suaram.

"Tian Chua (Naib Presiden PKR) pula ditugaskan mencipta gambar palsu Perdana Menteri bersama model Mongolia, Altantuya Shaariibuu namun Anwar tidak berpuas hati kerana hasilnya amat kabur dan mencurigakan, Tian Chua gagal di situ," katanya.

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz menarik balik kenyataan 'Gantung Ambiga'



Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz menarik balik kenyataannya di Parlimen pada Selasa lalu yang telah mencetuskan isu dan dikelirukan oleh pihak pembangkang.

Kenyataan asal Mohamad di dalam Dewan Rakyat menyatakan ‘Apakah Ambiga tidak boleh kita anggap penderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agung dan hukum gantung kepada dia?

Beliau memberitahu bahawa kenyataan tersebut ditarik balik atas semangat Barisan Nasional (BN) yang mendukung Perlembagaan Malaysia dan menghormati prinsip keluhuran undang-undang selain kenyataannya telah diputarbelit oleh DAP untuk mengelirukan rakyat.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Pindaan Jalan Raya di Parlimen hari ini.

Thursday, June 28, 2012

Reformasi Merintis Pergaduhan Antara Kaum dan Agama


Pasca reformasi Indonesia Mei 1998 yang saat awalnya dilaungkan bakal membawa Indonesia ke dunia baru yang lebih selesa dan maju ke depan tidaklah seindah yang disangka.

Selepas kejayaan demonstrasi jalanan berjaya menekan dan menjatuhkan Suharto, hubungan erat pelbagai kaum etnik dan agama yang selama ini baik akhirnya terurai kerana prasangka buruk kian melebar.

Fitnah dan adu domba dalam masyarakat menjadi-jadi. Dengan hanya satu dua kes kecil melibatkan kaum dan agama yang berbeza bila-bila masa sahaja boleh bertukar menjadi besar.

Pada 21 November 1998 misalnya, berikutan pergaduhan kecil antara seorang anak tokoh masyarakat Desa Ketampang, Jakarta dengan beberapa orang pekerja premis judi adalah antara peristiwa awal yang dikaitkan dengan keganasan antara orang Islam dengan Kristian dari Ambon, Maluku.

Rentetan dari situ, sekumpulan 400 orang kaki pukul upahan dari suku kaum Ambon telah dihantar oleh pemilik premis berbangsa Cina pada subuh hari ke Desa Ketapang untuk melakukan kekacauan dan merosakkan rumah penduduk di sana.

Selain menyebabkan kecederaan pada ramai penduduk Islam, beberapa masjid turut mengalami kerosakan dalam serangan mengejut tersebut.

Penduduk lain yang menyedari berlakunya serangan telah bertindak balas dan akhirnya berjaya mengusir samseng suku kaum Ambon itu.

Bagaimanapun keesokan paginya ribuan penduduk Islam dari pelbagai daerah beramai-ramai menyerbu dan merusuh di kawasan China Town Jalan Hayam Wuruk dan Jalan Gajah Mada.

Selepas melakukan rusuhan di sana, kumpulan besar penduduk Islam menghala pula ke arah Jalan Zainul Ariffin, tempat di mana ramai suku kaum Ambon bekerja dan akhirnya berjaya membunuh beberapa orang samseng Ambon.

Dalam tempoh kekecohan tersebut juga para perusuh turut melepaskan geram dengan membakar dan memusnahkan beberapa buah gereja dan sekolah misionari Kristian.

Berikutan rusuhan semakin kuat melanda, akhirnya tentera Indonesia campurtangan dan berjaya meredakan keganasan yang berlaku diikuti dengan langkah menghantar pulang sebahagian pekerja suku kaum Ambon ke Maluku.

Selepas peristiwa tersebut, hubungan antara masyarakat Islam Indonesia dengan Kristian suku kaum Ambon semakin goyah dan kecurigaan semakin bertambah.

Dalam tempoh kurang setahun kemudiannya, rusuhan antara penganut agama Islam dan Kristian di Maluku berlaku secara besar-besaran berlanjutan sehingga tahun 2002.

Laungan indah reformasi ternyata hanya gah pada teorinya sahaja, realiti dan praktikalnya ia merintis kepada detik-detik awal pemusuhan sesama rakyat berbilang kaum, etnik dan agama di Indonesia.

Tidak mustahil, perasaan tidak puashati pihak tertentu di Malaysia yang juga timbul kerana perbezaan kaum dan agama boleh mengakibatkan senario yang sama.

Apatah lagi, jika mereka dangkal dalam memahami makna reformasi yang sebenarnya.

Pakatan Pembangkang Kini Menghadapi Isu Perebutan Kerusi, PAS hendak dijadikan mangsa



Pakatan pembangkang sedang dilanda krisis perebutan kerusi kerana banyak kerusi berlaku pertindihan. Sudah beberapa kali mesyuarat peringkat tertinggi bermesyuarat tetapi masalah isu pertindihan kerusi di beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tetap berlaku.


Ini kerana sikap degil parti DAP yang langsung tidak mahu mengalah pada kerusi yang majoriti pengundi Cina. Pakatan Rakyat mahu meletakkan kerusi PKR yang diwakili oleh calon berketurunan Cina bagi menggantikan kerusi DAP tetapi DAP terus berkeras.

Kini Pas terpaksa mengalah, apabila PKR terpaksa mengambilalih kerusi beberapa DUN dan Parlimen dan sekaligus menyebabkan Pas menjadi kumpulan minoriti dalam Pakatan Rakyat.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, dilantik oleh Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan pertiakian kerusi ini dan sehingga kini masalah itu terus berterusan.

Difahamkan PAS enggan menyerahkan lebih banyak kerusi kepada PKR Terengganu pada pilihan raya umum kali ini, kerana kerusi dimana majoriti Melayu sahajalah yang Pas mampu menang.

PKR Terengganu sebelum ini menyuarakan hasrat untuk bertanding di 11 kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen namun ditentang oleh PAS Terengganu.

Walaupun PAS menentang, keputusan muktamad tetap akan diputuskan kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti apabila pertemuan beberapa Pemimpin Pas termasuk Nik Aziz dengan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang akan diadakan tidak lama lagi.

ISU Wang Rakyat 3 Billion: Anwar gerakkan jenteranya untuk putar belitkan fakta



Anwar begitu tertekan dengan isu besar wang rakyat 3 billion yang dilarikan ke dalam 20 akaunnya diluar negeri. Anwar juga telah menggerakkan jenteranya untuk memutarbelitkan fakta yang menuduh Datuk Murad telah memohon maaf kepadanya. Anwar juga telah mendakwa kononnya Datuk Murad di ugut.


Persoalaannya sekarang bekas Penolong Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid telah mengaku Anwar memang ada wang 3 billion diluar negera jika dakwaan itu tidak benar kenapa PKR tidak mendakwa Datuk Murad.

Jika benar kata Rafizi bahawa Datuk Murad dipaksa kenapa PKR tak bawa Datuk Murad ke muka pengadilan bagi membuktikan dakwaan mereka berhubung pengesahan akuan bersumpah palsu membabitkan wang berjumlah RM3 bilion membabitkan Anwar Ibrahim.

Tindakan ini tegas beliau bagi membolehkan setiap pendedahan mereka dapat dibuktikan menerusi perundangan dan bukannya mengaitkan pihak lain termasuk pemimpin politik di negara ini.

Tidak perlu ada jurucakap bagi pihak mana-mana individu kerana ia antara Abdul Murad dan Anwar. Maka, mereka yang sepatutnya selesaikan isu itu. Tetapi apa yang berlaku, pembangkang cuba mengaitkannya dengan UMNO pula, sedangkan ia tiada kaitan

Media sebelum ini melaporkan, Abdul Murad mengesahkan membuat akuan bersumpah mengenai akaun yang didakwanya membabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada 1999.

Ia termasuk dakwaan Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Nampaknya lembu Anwar Rafizi gagal untuk membantu tuannya

FGVH lonjak daya saing negara


Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia hari ini adalah kemuncak kepada pembaharuan strategik kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan melonjakkan daya saing global negara.

Justeru, penyenaraian cabang komersial FELDA itu bukan saja peristiwa penting kepada peneroka, malah kepada rakyat Malaysia secara umumnya.
Bagi 112,635 warga peneroka, selain durian runtuh RM15,000 yang diterima menjelang penyenaraian FGVH serta keuntungan modal yang bakal diraih daripada pegangan saham, pelbagai manfaat lain menunggu mereka. Antaranya adalah:

Potensi hasil lebih tinggi ladang milik peneroka yang diuruskan secara lebih sistematik oleh FGVH.

Bakal menerima dividen tunai setiap tahun daripada dana amanah yang ditubuhkan kerajaan untuk warga peneroka.

Dana amanah itu diberikan 20 peratus pegangan saham dalam FGVH, antara tiga syarikat perladangan sawit senaraian awam terbesar di dunia berdasarkan harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 sesaham yang bernilai kira-kira RM3.4 bilion.

Semua manfaat ini adalah hasil titik peluh lebih 30 tahun warga peneroka memajukan tanah mereka, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGVH, Datuk Sabri Ahmad dalam taklimat media, di sini semalam.
Bagi rakyat Malaysia umumnya, walaupun tidak semua meraih manfaat langsung, penyenaraian FGVH bakal menyaksikannya memainkan peranan lebih besar kepada pembangunan ekonomi negara menerusi pengembangan aktiviti perniagaannya.

Penyenaraian FGVH bernilai RM9.93 bilion iaitu kedua terbesar di dunia tahun ini selepas Facebook, juga bakal menaikkan profil serta kepelbagaian pasaran modal tempatan, sekali gus meningkatkan daya tarikan Malaysia di kalangan pelabur antarabangsa.

Penyenaraian FGVH mercu tanda bersejarah bagi Kumpulan FELDA dan menandakan permulaan program transformasi yang bakal mencarta hala tuju kami untuk tempoh 50 tahun akan datang.

Ia juga bermakna Kumpulan FELDA sedia memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan negara. Jika dulu kerajaan membantu peneroka FELDA meningkatkan taraf ekonomi, kini giliran FELDA pula menerusi pengembangan perniagaannya, menyumbang kepada negara dan membantu menaikkan taraf hidup rakyat lain termasuk generasi kedua dan ketiga peneroka, katanya.

Sebagai permulaan, FGVH sudah pun merangka satu program yang akan menyediakan bantuan kewangan bagi membaiki rumah penduduk miskin di kawasan pinggir tanah rancangan FELDA.

Kami menyediakan peruntukan kewangan bagi program ini. Ia adalah antara program tanggungjawab sosial FGVH, katanya.

Untuk bergerak ke depan, Sabri berkata, FGVH akan menumpukan kepada perniagaan dalam kegiatan huluan industri sawit yang menyediakan keuntungan lebih tinggi, tetapi pada masa masa terus mengembangkan perniagaan dalam sektor hiliran sebagai penyokong.

Sasaran kami dalam tempoh dua hingga tahun ini adalah menjadi syarikat perladangan terbaik. Kami sudah pun menjadi antara yang terbaik dari segi kadar perahan (OER) minyak sawit serta kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Kini kami sedang berusaha meningkatkan kadar hasil sehektar menerusi penanaman semula menggunakan benih lebih bermutu tinggi, katanya.

Pada suku pertama berakhir 31 Mac 2012, FGVH mencatat keuntungan bersih RM192.16 juta, susut 46 peratus berbanding RM359.05 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Datuk Sharifah Aini Ajak Masyarakat daftar mengundi bagi membantu kerajaan


Penyanyi terkenal, Datuk Sharifah Aini menarik perhatian para pengunjung di Pejabat Pos Besar Shah Alam di sini hari ini, apabila beliau hadir mendaftarkan diri sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut beliau, langkahnya mendaftarkan diri sebagai pemilih kerana menyedari ini adalah masa paling tepat untuk menggunakan hak sivil sebagai warganegara bagi memilih kerajaan yang memperjuangkan hak anak seni sepertinya.

''Sebenarnya saya berasa malu dan bersalah kerana baru sekarang mendaftar sebagai pengundi.

Wednesday, June 27, 2012

Bekas Pengarah Siasatan BPR Abdul Razak Idris membuat Akuan Bersumpah atas arahan Anwar


Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris yang mendakwa membuat Akuan Bersumpah (SD) atas arahan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membersihkan namanya.


Akhbar The New Straits Time telah menyiarkan pendedahan Abdul Razak tentang arahan Anwar itu. Apabila Anwar mendapati Abdul Razak sudah tidak menyebelahinya, lalu Anwar mengarahkan Sivarasa membuat tuntutan saman fitnah.

Pada 25 Jun Anwar melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh, memfailkan tuntutan mahu kedua-dua akhbar milik Kumpulan Syarikat The New Straits Time Press (Malaysia) Berhad (NSTP) itu menyiarkan permohonan maaf dalam tempoh 24 jam.

R. Sivarasa membuat ugutan, sekiranya kedua-dua akhbar itu gagal menjawab tuntutan berkenaan dalam tempoh 24 jam, pihaknya tidak teragak-agak untuk meneruskan saman fitnah terhadap isu itu.

Namun, selepas tamat tempoh 24 jam yang dipinta Anwar itu, difahamkan kedua-dua akhbar itu tidak memenuhi ugutan ketua pembangkang itu.

Ironiknya, kenyataan tuntutan mohon maaf dan saman yang sama itu tidak diberikan kepada Abdul Razak, sebaliknya Anwar hanya memfailkan tuntutan kepada NSTP ekoran penyiaran artikel di muka depan kedua-dua akhbar itu bertarikh 21 Jun yang mendakwa ketua pembangkang telah mengarahkan Abdul Razak membuat SD agar tidak mengaitkannya dalam siasatan skandal berkenaan.

Penyiaran artikel itu berdasarkan temu bual wartawan NSTP dengan Abdul Razak di Medan, Indonesia dan dalam temu bual itu Abdul Razak mendedahkan beliau diminta Anwar membuat SD pada tahun 2003 untuk membersihkan namanya di mana ketika itu ketua pembangkang itu sedang berhadapan dengan satu kes saman malu terhadap NSTP berkaitan penyiaran artikel bertajuk ‘Anwar’s link to US lobbyist’ (Hubungan Anwar dengan pelobi AS). .

Artikel yang disiarkan oleh NSTP pada 2 Mac 2002 ditulis berdasarkan rencana dari majalah The New Republic (edisi Mac 2002) dan akuan berkanun Abdul Murad.

Anwar menjadikan SD Abdul Razak untuk memenangi kes tersebut.

Sebelum ini, Anwar juga pernah mengedarkan kepada media salinan SD Abdul Razak bertarikh 10 November 2010 untuk mempertahankan dirinya daripada skandal Akaun Berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid yang mendakwanya mengawal 20 akaun peribadi (Master Akaun) bernilai lebih RM3 bilion.

Abdul Razak dalam kenyataannya kepada akhbar milik NSTP 21 Jun lalu berkata beliau bersetuju dengan permintaan Anwar supaya membuat SD selepas Anwar enggan memasukkan kenyataannya dalam afidavit.

“Beliau (Anwar) takut saya akan menjadi saksi belot, jadi saya diminta membuat SD dan serahkan dokumen itu ketika dalam kandang saksi.

“Saya terbabit dalam siasatan ini dan sepanjang menjalankan siasatan, banyak yang dibongkar dan helaian kertas siasatan saja setinggi kira-kira satu meter.

“Namun, bukti yang tidak mencukupi bagi mendakwa seseorang tidak bermakna orang yang disiasat itu tidak bersalah. Ia juga mungkin bermakna tiada gunanya membuat pendakwaan kerana sudah pasti tidak dapat dibuktikan di mahkamah,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Razak mengesyorkan agar SPRM membuka semula kes yang beliau tutup dulu dan beliau bersedia menawarkan bantuannya dalam sebarang siasatan baru.

AIDC

Berpisah Jua Akhirnya



BERPISAH JUA AKHIRNYA... Setelah 28 tahun melayari bahtera rumah tangga, produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman akhirnya bercerai talak satu dengan suaminya, bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.


Lafaz cerai kedua-dua pasangan itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin. Kedua-dua pasangan tersebut bernikah pada 23 Disember 1984 dan dikurniakan tiga orang anak yang berusia antara 18 hingga 23 tahun. 

Gambar di atas menunjukkan Raja Azmi memberi kenyataan kepada pihak media selepas lafaz cerai sambil diperhatikan bekas suaminya, Jailani Sidek (belakang) dan anak mereka Puteri Suaida

Kafir Harbi sudah bersatu tapi umat Islam masih tunggu dan lihat


Cina didalam gambar ini adalah penyokong kuat DAP yang tinggal di Kopisan dalam daerah Gopeng, dia ini sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menghalang pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Pegoh Aman/Desa Aman.

Mereka ini kalau dalam Islam sudah berjihad dan sanggup mati demi untuk menghalang pembinaan sebuah institusi Islam. Jika tidak meraka tidak sanggup datang sejauh itu.

Bukan itu sahaja mereka berani mencabar umat Islam terutamanya orang Melayu  kerana mereka tahu orang Melayu tidak akan dapat bersatu semula walau apa alasan sekalipun.

Ini jelas apabila isu Sekolah Agama Rakyat ini dimainkan oleh Lee Bon Chye kita boleh lihat siapa yang menyokong beliau dibelakangnya sedangkan yang jadi mangsa adalah anak-anak umat Islam yang masih kecil yang tidak tahu apa-apa tentang politik.

Mereka sengaja menjadikan isu Sekolah Agama Rakyat sebagai isu politik sedangkan matlamat mereka hanyalah untuk mengurangkan pembinaan institusi Agama Islam sendiri.

Sebagai umat Islam apa yang patut kita lakukan, adakah membiarkan Lee Bon Chye dan Radhi Zainon mempolitikkannya.

Mana perginya pertubuhan-pertubuhan yang pro-Islam di negeri Perak? 
Mana perginya pertubuhan dakwah Islamiah(Pekida)? 
Mana perginya pertubuhan-pertubuhan Seni Silat?
Mana perginya persatuan Ibubapa dan guru-guru Sekolah Agama Rakyat?

Setakat sekarang ini saya boleh katakan semuanya hanya mengambil jalan tunggu dan lihat sahaja tentang perkembangan itu tetapi pada pihak kafir harbi yang menentang pembinaan itu sentiasa mencari peluang untuk memburuk-burukkan sekolah Agama Rakyat. Malah amat buruk lagi apabila parti Pas pun bersama-sama dengan kafir harbi dalam membantah pembinaan ini.

Jadi sebagai umat Islam sampai bila kita harus tunggu dan lihat sahaja apakah kita mahu membiarkan isu itu berlalu begitu saha ja tanpa rasa sensitiviti sebagai seorang Islam.

Jika itulah langkah yang diambil oleh orang Islam bermakna bersedialah kita, Malaysia bakal jadi seperti Bosnia.

Setelah Bapanya dihumban ke lembah yang hina oleh Anwar, kini anaknya mengemis jawatan dari musuh bapanya


Betapa hinanya seorang anak yang langsung tidak mengenal budi setelah menyaksikan bapanya Tun Ghaffar baba mati dalam lembah kehinaan akibat perbuatan biadap seorang individu yang kini didewakannya iaitu Anwar Ibrahim.

Jika Tun Ghaffar masih ada, sudah semestinya Tun tidak akan mengaku Tamrin ini adalah anaknya. Masih ingat lagi bagaimana Tun Ghaffar digambarkan oleh Anwar Ibrahim seperti seorang bapa rasuah, kaki betina, kaki dangdut sehingga perwakilan pada masa itu jijik memandang Tun Ghaffar.

Anwar Ibrahim ketika itu membelanja RM 200 juta hanya untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba dari kerusi Timbalan Presiden UMNO dan RM 445 juta digunakan untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir.

Kesemua wang diperolehi dari proksi, kroni dan sahabat beliau, taikun Cina ... Quek Leng Chan. I help you ... you help me, mantap!


Dan akhirnya Tun Ghaffar berjaya dihumban ke lembah kehinaan oleh Anwar Ibrahim.


Tetapi yang peliknya Tamrin menuduh Tun Mahathir yang merancang untuk membunuh karier Tun Ghaffar. Ini kata-kata Tamrin sewaktu berceramah membantu Anwar:


Keputusan Anwar Ibrahim enggan menentang Allahyarham Tun Ghafar Baba dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1993 bertukar sebaliknya apabila Anwar didorong oleh Presiden Umno, Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad sendiri.

“Saudara Anwar ni saya dah kenal lama dari saya Pemuda (Umno) lagi dan saya percaya dia.

“Masa tu dia memang tak nak lawan Pak Ghafar, dia beritahu saya, beritahu Pak Ghafar dia tak nak lawan, tetapi tiba-tiba sahaja berubah.

“Selepas perkara tu berlaku, saya tanya dan arwah bapa saya juga pernah bercakap dengan orang-orang seperti Datuk Mazlan Harun, Mat Sabu.

“Mereka kata, yang mainkan dia tu, Dr Mahathir. Ini cerita sebenar,” ujar Tamrin

“Saya sendiri diberitahu Allahyarham Datuk (kini Tan Sri) Mohamed Rahmat, Allahyarham Datuk (kini Tan Sri) Megat Junid dan Gabenor Melaka sekarang ini, Tun Khalil Yaakob.

“Mereka kata yang menggalakkan Anwar lawan Pak Ghafar ni adalah Dr Mahathir.

“Sebagai orang muda, kalau saya pun, kalau boss dah bagi jalan saya akan lawan, siapa tak nak jadi Perdana Menteri.

“Ini yang dalam Umno berlawan nak jadi naib presiden, nak jadi ketua wanita tu pasal apa? Nak jadi Perdana Menteri lah tu.

“Kemudian arahkan orang ini, orang itu untuk galakkan lagi Anwar,”

Pada 1993, Ghafar mengambil keputusan berundur daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri apabila kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dicabar oleh Anwar dalam pemilihan parti itu.



Mana sumber yang Tamrin dapat sehingga Anwar langsung tidak ada dosanya

Oleh sebab itu Tamrin masih terhegeh-hegeh mahu berdamping dengan orang yang pernah memperlakukan sedemikian rupa kepada bapanya.

Mungkin Tamrin ingat Anwar akan mengambilnya jadi menteri persekutuan kot...pigiiidah, Anwar tidak terlintas untuk melantik anak kepada musuhnya dulu.

Isu Wang Rakyat 3 Billion: Nalla tahu nafsu Anwar bukan sahaja terhadap Perempuan tetapi wang



Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan mendakwaAnwar Ibrahim kini tertekan atas desakan pelbagai pihak yang memintanya memulangkan wang RM3 bilion kepada rakyat.

Bagaimanapun beliau yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) yakin Anwar tidak akan berbuat demikian malah akan menuding jari kepada pemimpin-pemimpin UMNO kononnya dakwaan itu adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan beliau.

"Saya yakin Anwar tak akan mengaku. Beliau akan tetap menyalahkan orang lain. Cuba teliti kenyataannya sejak 1998. Apa sahaja dakwaan dilemparkan, Anwar akan kata itu konspirasi UMNO.

"Dia mahu tipu rakyat. Berapa lama dia boleh tipu? Saya amat faham perangai Anwar yang angkuh dan tidak akan mengaku salah atas kesilapan diri sendiri. Saya juga tahu tahap nafsu Anwar bukan sahaja kepada perempuan tetapi terhadap wang," katanya

Tuesday, June 26, 2012

Demo bertembung di Kota Bharu, seorang blogger cedera, Pas menggunakan nama Sultan Kelantan


Seorang blogger pembangkang Khairul Nizam Abdul Ghani adalah antara individu yang mengalami kecederaan dalam pertembungan dua kumpulan yang mengadakan perhimpunan serentak di Kota Bharu hari ini.

Khairul yang merupakan pengendali blog Adukataruna dikatakan cedera dan menerima 
tiga jahitan di kepala ekoran kecederaan yang dialaminya.

Khairul Nizam dikatakan memasuki ke kawasan kumpulan pro-UMNO dan cuba membuat provokasi dengan harapan agar dapat menaikkan kemarahan penyokong UMNO.

Malaysiakini melaporkan bahawa demo yang diadakan oleh PAS adalah atas arahan Sultan Kelantan kononnya untuk menuntut wang royalti minyak.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan berlaku insiden tumbuk-menumbuk dalam kejadian di hadapan Kota Darul Naim itu tetapi tidak dapat memastikan pihak mana yang melakukannya dahulu.

Pihak polis tidak menerima sebarang laporan Polis seperti yang dinyatakan oleh Khairul Nizam.

Aziz Satar stabil, Osman Kering kritikal



Keadaan artis veteran Datuk Abdul Aziz Sattar atau lebih dikenali sebagai Aziz Satar, yang menerima rawatan jantung di Hospital Ampang sejak Sabtu lalu, dilaporkan stabil.

Aziz, 87, yang ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) hospital berkenaan, masih tidak boleh menerima pelawat kecuali anggota keluarga terdekat.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil atau dikenali sebagai Zed Zaidi yang berada di hospital berkenaan hari ini bagi menyampaikan sumbangan kepada anggota keluarga Aziz, berkata keadaan artis veteran itu disahkan anaknya.
Aziz dilaporkan dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sakit dada dan tidak sedap badan Sabtu lalu.

Aziz adalah antara pelakon dan pelawak yang popular dan pernah membintangi beberapa filem bersama Seniman Agung Tan Sri P Ramlee seperti Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan Nasib Labu Labi.

Sementara itu, pelakon dan pelawak Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim, 58, pula dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat komplikasi paru-paru, jantung dan saluran darah tersumbat.

Isteri beliau, Che Norhayati Che Omar,48, berkata tekanan darah dan nadi suaminya tidak stabil.
"Suami saya dirawat di HUKM sejak 11 Jun lalu masuk hari ini sudah 16 hari dan doktor juga mengesahkan suami saya terkena jangkitan paru-paru dan jangkitan pada buah pinggang," katanya.

Antara filem yang dibintangi Osman Kering ialah Kantoi, Senario The Movie I, Tentang Bulan dan Man Laksa

Walaupun Sekolah Menengah Lahat berada diluar Dun Sungai Rapat tetapi YB dato Hamidah tidak pernah melupakannya



Walaupun kawasan Lahat adalah diluar dari kawasan Dun Sungai Rapat tetapi YB Dato Hamidah Osman tidak pernah melupakan tentang permasaalah sekolah ini.


Pada mesyuarat Agong PIBG yang lalu sewaktu majlis perasmian yang telah dilaksanakan oleh YB Dato Hamidah Adun Sungai Rapat, pihak pengurusan sekolah telah menyuarakan pemohonan untuk bantuan kewangan bagi membina tempat belajar untuk pelajar ketika waktu rehat.


Perkara itu telah diambil maklumkan oleh YB Dato Hamidah dan hari ini beliau datang sekali lagi untuk menyampaikan sumbangan sejumlah RM10,000.00 kepada pihak sekolah.


Majlis ringkas itu telah dilakukan dihadapan pelajar-pelajar sekolah itu sendiri.


Dalam ucapan YB dato Hamidah beliau menasihatkan para pelajar agar-agar berusaha bersungguh-sungguh untuk kepentingan masa depan. Beliau juga berkata,"tiada apa yang lebih istimewa untuk dihadiahkan kepada ibu dan bapa hanyalah kejayaan anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran".


Oleh itu berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik.


Cek RM10,000.00 itu telah disampaikan kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Lahat.







Monday, June 25, 2012

Berita Yang tiada Pada TV3, RTM dan Astro



Pemimpin peringkat tertinggi PAS sudah sepakat bahawa mereka tidak sesekali akan melaksanakan hukum hudud kerana mengikut perjanjian Pas dengan DAP dan PKR, PAS tidak layak membuat keputusan sendiri. Setiap keputusan bukan Pas yang menentukannya.

Tetapi malangnya penceramah-penceramah Pas masih memainkan isu hudud yang kononnya akan dilaksanakan oleh Pas di ceruk-ceruk kampung sehingga mampu memperdayakan umat Islam dikampung. 

Sikap munafik Pas teserlah apabila mereka juga bersama dengan kafir harbi untuk menentang pembinaan Sekolah Agama Rakyat. itu menunjukkan apabila dihadapan umat Islam mereka akan berbicara tentang hudud dan apabila dihadapan kafir harbi mereka menentang pembangunan Islam.

Apakah Pas sudah menjadi anjing kepada pemimpin cina DAP? Renung-renungkan lah



25 Penyokong Pas masuk UMNO di Merbok


Ekoran sudah muak dengan janji- janji pemimpin PAS yang tidak pernah ditunaikan, seramai 25 orang anggota PAS di Kampung Teluk Che Lela dan Kampung Gelam di Mukim Bujang dekat sini menyertai Umno setelah lebih 15 tahun menyertai PAS.

Salah seorang daripada mereka Abdul Mutalib Jaafar, 55, dari Kampung Gelam berkata beliau mengambil keputusan tersebut setelah berbincang dengan rakan-rakannya.


"Saya sebelum ini sudah tiga kali mengundi calon PAS dalam setiap pilihan raya umum," katanya selepas menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain di Dewan Umno Kampung Teluk Che Lela pada Ahad.

Beliau berkata PAS dilihat masih tidak dapat melakukan yang terbaik kepada anggotanya.

Sementara itu Tajul Urus berkata beliau kagum dengan tindakan berani bekas anggota dan penyokong PAS itu yang bertindak meninggalkan parti berkenaan.

Demi Kesejahteraan Rakyat, Ummi Ajak Pemimpin UMNO Ganyang Sheikh Al-Anwar dan Azmin


Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali tidak gentar dengan ugutan mahupun ancaman, sebaliknya akan terus menyerang dan membunuh segala hipokrasi Anwar Ibrahim dan abangnya, Azmin.

Bagi wanita itu, negara kini berada di tahap kritikal ekoran sikap Anwar serta Azmin yang jika tidak dibendung akan memudaratkan negara.

"Seluruh kepimpinan UMNO perlu membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebab kita berada di tahap kritikal kerana Anwar dan Azmin melakukan hipokrasi yang dahsyat di seluruh negara.

"Kita jangan takut pada ancaman, jangan takut pada ugutan dan kalau niat kita betul, perjuangan kita betul, rakyat pasti akan menerima apa yang kita sampaikan.

"Tetapi saya sedih, sebab ramai ahli yang berhormat dalam UMNO tidak turun padang menyerang dan membunuh segala hipokrasi Anwar dan Azmin sedangkan mereka ada jawatan dalam kepimpinan parti," katanya.

Beliau yang baru sahaja habis ceramah bongkar Siapa Pak Sheikh Musang Berjanggut Tali Barut Yahudi di Dataran Perantau Damai, Kawasan Perniagaan Keratong 8, 9 dan 10 di sini mengajak semua pemimpin UMNO ganyang Anwar dan Azmin.

Ceramah selama tiga jam bermula pukul 9 malam itu ternyata berjaya memukau kira-kira 6,000 orang yang hadir dengan kupasan menarik Ummi Hafilda tentang siapa sebenarnya Anwar dan Azmin.

Mereka bukan sahaja tidak berganjak malah tidak berborak kerana semuanya fokus kepada setiap isi yang disampaikan.

Ummi Hafilda juga mampu membuai perasaan penonton sehingga ada yang sebak apabila beliau menceritakan mengenai sejarah dirinya ditangkap 50 anggota polis.

"Malam ini kita dapat lihat lautan manusia yang tidak berganjak sehingga saya tamat berceramah. Inilah yang saya katakan kalau niat kita betul, perjuangan kita betul rakyat pasti akan menerimanya. Walaupun kawasan pembangkang sekalipun, kita jangan takut untuk masuk bagi menyatakan kebenaran.

Anwar Kata Isu Rafizi dan Faekah Bukan Krisis tapi mereka melawak jer



Anwar Ibrahim berkata, isu peletakan jawatan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli daripada pejabat penasihat ekonomi Selangor dan isu sekitar pegawai kanan menteri besar Faekah Husin bukanlah krisis politik tetapi itu satu prosedur biasa.

Rafizi sebelum ini dikatakan berbalah dengan Faekah dalam isu dana Selangorku yang bernilai RM300juta yang difahamkan dibedal oleh Faekah seorang sahaja.


Menteri Besar Khalid Ibrahim juga dikatakan menyokong penuh Setiausaha Politiknya itu.

Ini membangkitkan kemarahan beberapa pemimpin PKR termasuk Azmin Ali.

Rafizi pada 21 Jun membuat keputusan mengejut itu atas alasan perlu berehat, memberi tumpuan kepada ibadat dan ia "tiada sebarang dimensi politik".

Beliau juga berkata, semua pertanyaan selepas itu hendaklah ditujukan kepada kerajaan negeri atau Anwar sendiri.

Sementara itu, Anwar juga ditanya tentang surat menyurat antara Khalid dan Faekah, sebuah firma guaman dan syarikat berkaitan kerajaan Selangor.

Anwar langsung tidak menjawab soalah tersebut.

PKR Selangor Desak Faekah Disiasat, Gantung Kerja



PKR Selangor mendesak Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menggantung sementara Setiausaha Politiknya, Faekah Husin bagi menyiasat kebenaran dakwaan penyalahgunaan kuasa yang dilakukannya berhubung isu penggunaan kepala surat Pejabat Menteri Besar.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie dimana Pengerusi PKR Selangor diterajui oleh Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.

“Saya rasa adalah lebih baik digantung dulu tugas pegawai yang terlibat (Faekah) supaya siasatan dapat dilakukan. Untuk mengelakkan rasa tidak puas hati… saya berpandangan elok digantung dulu seperti kes-kes sebelum ini dan tindakan itu dilihat jauh lebih konsisten.

“Jadi tidaklah nanti menjadi tuduhan-tuduhan besar, Menteri Besar melindungi Setiausha Politiknya,” katanya kepada Antarapos.

Pada 21 Jun lalu, laman sel13.com mendedahkan dua dokumen berupa dua pucuk surat iaitu sepucuk surat dari firma guaman yang bernama Sidrek Zeenat Asyiqin & Associates kepada Faekah untuk memohon agar dilantik sebagai panel peguam kepada GLC negeri Selangor, manakala sepucuk surat lagi adalah dari Faekah Husin kepada Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad, Dato’ Haji Ahmad Bin Omar, menggunakan kepala surat Pejabat MB Selangor meminta agar firma guaman tersebut diberi peluang sebagai panel peguam PNSB.

“Permohonan itu dilakukan oleh salah seorang peguam yang menjadi rakan kongsi kepada firma berkenaan yang bernama Zeenat Asyiqin Binti Dato’ Ahmad Zaki . Surat permohonan yang bertarikh 27 Jun 2011 itu dihantar melalui tangan dan diterima pada 28 Jun 2011 .

“Semakan yang kami lakukan , didapati Zeenat Asyiqin Binti Dato’Ahmad Zaki adalah anak saudara Faekah Husin. Anak kepada abang Faekah, Dato’ Ahmad Zaki Husin yang kami difahamkan beliau adalah bekas Ketua Pengarah BPR satu masa dulu,”lapor sel13.com




Berdasarkan surat itu, Ketua Penerangan PKR Selangor meminta Khalid merujuk kepada perenggan terakhir surat yang ditulis oleh Faekah kepada Ketua Pegawai Eksekutif PNSB itu:

Perenggan itu berbunyi: “Pentadbiran ini (Tan Sri Abdul Khalid) juga berpandangan bahawa peluang HARUS diberikan (kepada syarikat Zeenat Asyiqin & Associates) selagi ia tidak menyalahi mana-mana peraturan syarikat.”

Kata Shuhaimi ayat dalam perenggan itu tidak kena pada tempatnya kerana boleh diibaratkan sebagai cubaan mempengaruhi proses dalaman PNSB melantik panel guamannya.

“Cuma dalam para keempat (surat Faekah kepada PNSB), sepatutnya tidak harus wujud begitu. Dia sepatutnya terus mengatakan mesti tiada halangan meyokong tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan itu lebih lunak dan tidak mengganggu syarikat (PNSB),” kata Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda.

Katanya lagi Khalid juga harus dilihat konsisten dalam tindakannya, di mana dalam kes-kes sebelumnya, mana-mana kakitangan yang melakukan perkara yang sama seperti Faekah akan dikenakan tindakan.

“Kalau kita lihat seperti kes sebelum ini, maka adalah lebih baik kita konsisten dengan keputusan itu dan sewajarnya pegawai yang terlibat digantung daripada tugasnya untuk diadakan satu sisatan dalaman bagi membersihkan nama pegawai yang terlibat,” katanya.

Pada tahun 2010, kerajaan negeri pimpinan Khalid memecat seorang Ahli Majlis Perbandaran Kelang kerana mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat milik anaknya untuk mendapatkan kontrak pungutan sampah.

Sebelum itu, Khalid Ibrahim juga menggantung tugas Pegawai Khas beliau sendiri, Mohd Yahya Sahri kerana menyalahguna kepala surat Pejabat MB Selangor untuk tujuan mengutip derma dari syarikat swasta bagi sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor.

Mohd Yahya Sahri juga dituduh menyalahguna kepala surat berkait dengan kelulusan kontrak pembersihan dan pelupusan sampah di kawasan Petaling Jaya. Beliau meletak jawatan pada Jun 2008.

Shuhaimi berkata Khalid harus konsisten dalam menangani isu penggunaan kepala surat Menteri Besar oleh Faekah demi mempertahankan kewibawaan kerajaan negeri.

Seorang lagi Exco Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad dari PAS turut menyokong gesaan PKR Selangor.

“MB sendiri perlu mempertimbangkan perkara ini. Bukan sahaja surat ini, malah jika ada surat-surat yang sebelum ini, (juga) perlu diteliti. Kenapa surat ini sahaja yang menjadi isu,” katanya.

Iskandar berkata amalan mengeluarkan surat sokongan daripada pejabat Perdana Menteri tidak harus digalakkan.

“Seboleh-bolehnya tidak diteruskan. Surat ini tidak ada makna tetapi rakyat yang akan melihat perkara ini,” katanya seperti dilaporkan Antarapos.

Saya tak kenal pun Sheikh Al-Anwar tapi saya dapat banyak projek daripadanya - Wanita Misteri



"Saya tak kenal pun siapa Sheikh Al-Anwar tapi saya dapat banyak projek daripada Sheikh Al-Anwar". 


Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Anwar Ibrahim tampil hari ini berkata dia tidak pernah kenal dengan Sheikh Anwar.

Wanita ini juga mendakwa banyak mendapat projek daripada Anwar, bukan itu sahaja malah wanita ini menyara kehidupan keluarga Anwar semasa Anwar dalam penjara.

Zaliah Zakaria, 56, bagaimanapun mengakui mengenali rapat dengan isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd.

"Hubungan saya dan Anwar hanya sekadar kawan sahaja tidak lebih dari itu kerana saya dan Anwar meminati sukan yang sama iaitu badminton.

Ummi Hafilda mendakwa, Anwar kenal sangat dengan wanita tersebut yang bukanlah seorang istimewa atau ahli korporat tetapi cukai pendapatannya mencecah RM50 juta setahun.

Selain itu wanita ini memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo kebanyakkan di Pulau Pinang.

Ummi Hafilda meminta Anwar mengeluarkan kenyataan segera bagi menafikan hubungan mereka seperti didakwa pihak tertentu.

Dalam pada itu, Zaliah mendakwa memiliki aset berbentuk wang tunai dan hartanah berjumlah RM100 juta hasil daripada perniagaan lumba kuda yang dijalankannya pada akhir 1990-an atas pertolongan Anwar Ibrahim.

Satu kenyataan yang bodoh dari wanita misteri ini iaitu "bagaimanapun kesemua asetnya bertukar hak milik semasa beliau ke Dubai untuk melupakan kesedihan ekoran kematian anak lelakinya pada Januari 2000".

Menurut Ummi,"Pendedahan yang saya lakukan itu bertujuan untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes pemilikan akaun induk bernilai RM3 bilion oleh Anwar. Saya telah serahkan bukti dan sekarang tugas SPRM menyiasat apa kaitan, hubungan atau penglibatan perempuan itu dengan Anwar."

Laporan Polis bukan untuk suka-suka, hanya pecacai DAP sahaja buat begitu



Sebelum SRO teruskan entri ini satu soalan kepada pihak Polis, kenapa biarkan mereka(PAS) merakamkan gambar didalam Balai Polis sedangkan bila pihak kerajaan mereka menegah dan hanya mampu bergambar diluar Balai Polis sahaja, diharap Ketua Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh jawab soalan ini..........

Gambar kedua satu entri yang cukup bodoh dari lebai tua Kg Sungai Rokam. Menurutnya ada orang tak ada kerja macam dia suka-suka membuat laporan polis...kepala hotak dia. Ingat perangai orang lain macam lebai tua ini ker.

Pemuda tersebut diberitakan telah kehilangan video cam jenis JVC yang dibeli dengan harga RM2000.00. Menurutnya video cam itu telah dirampas oleh kuncu-kuncu Pas semasa ceramah di Lorong Melati Kampung Sungai Rokam iaitu tempat Lebai Tua lepak hingga ke malam.

Beliau menjadikan gambar-gambar yang diambil sebagai hobi untuk disimpan menjadikan koleksi beliau. Beliau bukan sahaja mengambil gambar-gambar ceramah pembangkang malah ceramah pihak kerajaan pun beliau ambil. 

"Tetapi kini video itu sudah dirampas oleh kuncu-kuncu Pas di Sungai Rokam yang terkenal dengan keganasan, maka saya kini sudah tidak mempunyai video cam lagi", katanya lagi.

Beliau bercadang mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak penganjur yang membiarkan pengawal mereka merampas videonya.

Dalam Sinar harian hari ini yang ditulis oleh Razif Rosli mengatakan bahawa semua dakwaan penduduk bahawa ceramah Pas sehingga lewat malam tidak mengganggu penduduk sekitar. Saya pasti laporan itu hanyalah untuk memberi keseimbangan terhadap laporan Polis terhadap ceramah Pas.

Malah bukan itu sahaja puak-puak munafik Pas ni sanggup bersembang dengan suara yang cukup kuat hingga jam 01.00 pagi sambil hilai ketawa. Ketawa mereka mengganggu orang bersebelahan dengan pondok yang mereka guna untuk bilik gerakan Pas.

Hari ini mereka memaksa Sinar harian untuk memasukkan dakwaan fitnah mereka kononnya kamera itu tidak dirampas , mereka baik, bersopan tidak mengganggu orang kampung. 

Akhirnya Sinar harian memasukkan dakwaan mereka tanpa fakta dan bukti kononnya mereka bersih.....orang lain boleh lah kau orang menipu tetapi bagaimana dengan Allah SWT.

Anggaplah berita yang keluar muka hadapan dalam sinar harian hari ini adalah palsu.

Ingat PAS hari Ini Anda boleh menipu Rakyat Dengan Berbagai Alasan Tetapi Ingat Allah maha Mengetahui Segala-galanya.

Isu Bantahan Sekolah Agama Rakyat tidak akan dibiarkan berlalu begitu sahaja umat Islam seluruh Malaysia patut mengutuk tindakan Pas Sungai Rapat yang menyokong Kafir Harbi Lee Bon Chye membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman/Pegoh Aman 

Akhirnya wanita Misteri Keluar juga mengaku, Anwar menggigil ketakutan



Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan kononnya menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Zaliah Zakaria, 56, bagaimanapun mengakui mengenali secara rapat Anwar, ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd.

Katanya, syarikat itu banyak memberi sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.


Wanita ini akui mendapat banyak projek dari Anwar semasa Anwar menjadi menteri kewangan.

Beliau turut mengakui pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Anwar dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

"Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya mengenali Anwar tetapi tidak pernah terlibat dalam politik.

"Oleh itu saya hairan bagaimana nama saya dikaitkan dengan Anwar dan berita ini pernah berlaku pada 13 tahun lalu tetapi saya biarkan.

"Namun kali ini disebabkan wajah saya disiarkan (Mingguan Malaysia) saya tiada pilihan selain untuk tampil menjelaskan perkara sebenar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Wajah Zaliah dipaparkan di muka depan Mingguan Malaysia hari ini berikutan pendedahan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berhubung seorang wanita yang dikatakan sangat dikenali oleh Anwar.

Dalam pendedahannya, Ummi Hafilda mendakwa, Anwar kenal sangat dengan wanita tersebut yang bukanlah seorang istimewa atau ahli korporat tetapi cukai pendapatan mencecah RM50 juta.

Selain itu, Ummi Hafilda mendakwa, wanita itu memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo kebanyakkan di Pulau Pinang.

Berikutan dakwaan itu, Zaliah meminta Ummi Hafilda agar tampil bersama bukti-bukti bagi membersihkan nama beliau dan keluarganya.

Selain itu, beliau juga meminta Anwar mengeluarkan kenyataan segera bagi menafikan hubungan mereka seperti didakwa pihak tertentu.

Dalam pada itu, Zaliah mendakwa memiliki aset berbentuk wang tunai dan hartanah berjumlah RM100 juta hasil daripada perniagaan lumba kuda yang dijalankannya pada akhir 1990-an itupun hasil pertolongan Anwar Ibrahim.

Menurutnya, bagaimanapun kesemua asetnya bertukar hak milik semasa beliau ke Dubai untuk melupakan kesedihan ekoran kematian anak lelakinya pada Januari 2000.

"Seminggu semasa berada di sana (Dubai), pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat serbuan di rumah saya dan menyita 10 buah peti besi di Bukit Jambul, Pulau Pinang mengandungi wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting.

"Pada masa sama, saya dinasihatkan oleh peguam supaya tidak pulang sehinggalah setahun baru saya pulang ke tanah air namun mendapati semua aset termasuk wang tunai berjumlah RM26 juta di dalam bank telah dipindah milik," jelasnya.

Beliau berkata, harta-hartanya yang lain termasuk empat buah rumah di Pulau Pinang bernilai kira-kira RM3.68 juta.

Katanya, pada masa itu beliau turut diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan dengan cukai pendapatan berjumlah lebih RM50 juta hingga beliau diisytiharkan muflis tidak lama selepas itu.

Sementara itu, Ummi Hafilda ketika dihubungi memberitahu, beliau tidak pernah mendakwa mengenali Zaliah secara peribadi.

Katanya, pendedahan yang dibuat adalah bertujuan semata-mata mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kaitan antara wanita berkenaan dengan Anwar.

"Ini bukan isu kenal atau tidak kenal. Saya sendiri tidak pernah mendakwa bahawa saya mengenal perempuan berkenaan (Zaliah) secara peribadi.

"Pendedahan yang saya lakukan itu bertujuan untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes pemilikan akaun induk bernilai RM3 bilion oleh Anwar. Saya telah serahkan bukti dan sekarang tugas SPRM menyiasat apa kaitan, hubungan atau penglibatan perempuan itu dengan Anwar," katanya.