Tuesday, July 31, 2012

Patutnyer YB yang suka mengHaramjadahkan orang itu padan dengan Mak Lampir jer


Habis madu sepah dibuang! Abdullah Sani Abdul Hamid (Ahli Parlimen PKR Kuala Langat Selangor) yang terlalu suka mengharamjadahkan orang lain sejak kenali Faizah Ariffin..

Halimah Mohd Sahat 48, telah mendirikan rumahtangga dengan Abdullah Sani Abdul Hamid , dimana suaminya kini merupakan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat Selangor.

Mereka dikurniakan enam orang anak. Seorang menantu dan seorang cucu. Sebelum ini Halimah hidup aman bahagia bersama suami dan anak-anaknya.



Bagaimanapun suasana telah berubah selepas suami bergelar YB apabila memenangi pertandingan dalam Pilihanraya umum ke 12 untuk kerusi Kuala Langat (Banting) atas tiket PKR.

Pada peringkat awal bergelar YB tidak ada masalah yang timbul. Suasana berubah tidak berapa lama kemudian apabila YB PKR itu berkenalan dengan seorang Wanita PKR Hulu Selangor yang dikenali sebagai Faizah Ariffin (lihat bulatan dalam gambar di bawah), yang juga merupakan seorang Mak Andam.

Sikap suaminya mula berubah dan berlaku penderaan secara mental terhadap Halimah. Faizah juga sering mengganggu hidup Halimah termasuk mencabar Halimah menerima dirinya sebagai madu....!


Halimah hidup dalam keadaan tertekan kerana tidak dipedulikan suami, ditengking dan dimarahi dalam tempoh yang agak lama. Halimah mengadu kepada kepimpinan PKR peringkat pusat.

Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin diberi tanggungjawab oleh PKR Pusat untuk menyelesaikan kes rumah tangga Ahli Parlimen mereka. Zuraida pernah berkunjung ke rumah Halimah di Banting pada 2011. Namun sekadar hanya meminta supaya Halimah bersabar.


Faizah Ariffin juga mempunyai hubungan yang baik dengan Zuraidah....

Dalam kes ini Zuraidah telah menjadi kapak dua mata. Dengan Halimah dia minta supaya bersabar dan berjanji akan menolong. Manakala dengan Faizah pula, dia galakkan supaya bernikah dengan Abdullah Sani atau yang dia panggil Dollah.

Akhirnya Abdullah Sani telah bernikah dengan Faizah Ariffin pada 18.03.2011 di Songhkla Thailand. Pernikahan mereka disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songhkla melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Konsul berkenaan.

Selepas bernikah Faizah dengan penuh lagak dan sombong pergi ke rumah Halimah bersama-sama surat nikah untuk memaklumkan dia telah bernikah dengan suami Halimah.

Halimah hidup dengan penuh sabar kerana mengenangkan anak-anak walaupun suaminya telah melakukan beliau seperti anjing kurap.

Kemuncak kepada krisis Halimah bersama suaminya adalah pada seminggu sebelum Ramadhan 1433H yang kita sedang lalui sekarang. Seminggu sebelum Ramadhan Halimah mendapat perkhabaran dari adik beradiknya tentang kesihatan bapanya di kampung yang agak tidak berapa baik.

Halimah megambil keputusan untuk melawat bapanya memandangkan ibunya telah meninggal dunia. Suami Halimah yang juga Ahli Parlimen PKR enggan turut sama pulang melawat bapa Halimah. Lalu Halimah mengambil keputusan untuk pulang berseorangan ke kampung dengan menaiki bas ekspress.

Selama seminggu berada di kampung dan pada hari pertama Ramadhan, Halimah mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya di Banting. Maklumlah tanggungjawab sebagai isteri dan ibu akan meningkat di bulan puasa...

Halimah memikirkan tanggungjawabnya terhadap suami dan anak-anak, sebab itu beliau tinggalkan bapanya yang sedang uzur untuk pulang menunaikan tugas tugasnya.

Dari kampungnya di Changkat Jering Perak, Halimah pulang dengan menaiki bas ekspress menuju ke Klang. Sebaik tiba di Klang Sentral lebih kurang jam 2 petang, Halimah telah menghubungi suaminya untuk meminta mengambilnya di Klang Sentral dan pulang ke rumah mereka di Banting.

Namun jawapan suaminya sungguh mengejutkan dan perkara tersebut tidak patut berlaku di bulan Ramadhan, apatah lagi di hari pertama Ramadhan dan dilakukan oleh seseorang yang bertaraf pemimpin...!

Dalam perbualan telefon tersebut, Ahli Parlimen PKR berkenaan telah menengking Halimah dengan berkata " AKU DAH HALAU HANG, PASAI APA HANG NAK BALIK SINI LAGI, EHHH AKU DAH TAK SUKA KAU LA...."

Apa yang diungkapkan oleh Ahli Parlimen PKR itu dinyatakan oleh Halimah dalam laporan polis yang dilakukannya. Halimah melakukan laporan itu bagi melindungi keselamatan dirinya.

Selepas suaminya enggan menjemputnya di Klang Sentral , Halimah menghubungi pula beberapa orang anaknya. Malang sekali, mereka juga enggan!

Akhirnya anak sulung Halimah datang juga menjemputnya. Namun apa yang memelikkan Halimah apabila anak-anaknya menghubunginya dan mengahalang dia dari pulang ke rumahnya di Banting.

Halimah tetap berkeras untuk pulang juga ke rumahnya...!

Dalam keseluruhan cerita Halimah, disinilah saat yang amat-amat menyedihkan....

Satu perkara yang tak terfikir dek akal dilakukan oleh seorang suami yang juga seorang wakil rakyat. Sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti akan meremang bulu roma.... Inilah kecelakaan dan haram jadah seorang pemimpin PKR...!!

Setibanya di rumahnya Halimah terkejut apabila melihat beberapa barang-barangannya berada di luar rumah. Beliau masih mampu bersabar....

Beliau melangkah masuk ke dalam rumah dan melihat ada beberapa perubahan dalam rumahnya. Beliau masih mampu bersabar.....

Namun apabila beliau naik ke tingkat atas dan melangkah masuk ke dalam kamar tidurnya, disinilah bermula peristiwa yang tidak terfikir dek akal.

Halimah terasa bagaikan dipanah halilintar apabila melihat cadar tempat tidurnya telah ditukar dengan cadar milik orang lain....!

Kemudian apabila dibuka almari pakaiannya, bertambah mengejutkan..!!

Halimah mendapati pakaiannya yang disimpan dalam almari berkenaan telah dikeluarkan dan digantikan dengan pakaian betina lain.... Apa yang lebih memilukan Halimah apabila melihat pakaiannya yang dikeluarkan dari almari dan diisi dalam plastik sampah.

Kegembiraan yang dirancang untuk berbuka puasa bersama keluarga pada 1 Ramadhan hancur luluh buat Halimah....

Beliau turun ke bawah dan menuju kebahagian dapur. Sekali lagi beliau terkejut kerana melihat terdapat seorang 'pembantu rumah' didapurnya. Sedangkan sepanjang hidupnya berumah tangga bersama Abdullah Sani 27 tahun tidak pernah sesekali pun mereka ada pembantu rumah.

Di dapur juga Halimah melihat pinggan mangkuknya telah ditukar dan pinggan mangkuk miliknya telah diletakkan di luar rumah.

Dengan hati yang hancur remuk Halimah melangkah keluar dari rumah tersebut untuk menumpang di rumah saudaranya.

Tidak terfikir dek akal yang waras bagaimana mungkin seorang suami boleh bawa masuk isteri muda ke dalam rumah dan ke dalam bilik tidur isteri tuanya disaat beliau masih hidup dan mereka belum bercerai....!!

Mengikut maklumat yang kami dapat, sikap anak-anak Halimah juga turut dikesali. Kebanyakan mereka telah dewasa dan dapat berfikir dengan waras. Tetapi oleh kerana sikap pentingkan diri dan bernafsukan wang, mereka tinggalkan ibu mereka berjuang terkontang-kanting seorangan.

Mereka selalu berpesan kepada ibu mereka jangan lakukan itu atau ini kerana nanti abah tak bagi duit.

Kepada anak-anak Halimah, kalian semua tolong ingat, syurga di bawah tapak kaki ibu. Duit bapa kamu tidak akan membawa kamu ke syurga.

Puan Halimah sekarang sedang berjuang di Mahkamah Syariah bagi menuntut haknya. Namun beliau tidak ada wang untuk mendapatkan khidmat peguam. Beliau kini hidup dalam keadaan tertekan. Sudilah sekiranya ada pihak-pihak pertubuhan wanita atau mana-mana NGO boleh membantunya.

Siapa kata Kereta Mewah? Ini bukan Kereta Mewah, bodoh betuila hangpa - Azizan Razak




Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Negeri ada membeli sebuah kereta Mercedes Benz model S Class bernombor KCX 8 tetapi menafikan ia untuk kegunaannya sendiri.


Saya tidak pernah pun bawa kereta tu!, kata Azizan lagi

Azizan menjawab kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang mendakwa kerajaan Kedah telah menggunakan duit rakyat bagi berbelanja mewah dengan membeli kenderaan rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Menurutnya, beliau mendapati maklumat bahawa kerajaan negeri telah membeli kereta Mercedes- Benz S350 pada akhir tahun lalu bagi menggantikan kereta rasmi menteri besar yang digunakan kerajaan negeri sebelum ini, iaitu Proton Perdana V6. Kata beliau, tindakan ini menggambarkan kerajaan yang ditadbir PAS hipokrit lantaran pernah mengkritik pemimpin Barisan Nasional membeli kereta mewah dengan menggunakan wang rakyat.

"Saya dapati kerajaan Kedah beli kereta Mercedes terbaru, S350, harga pasaran RM850,000 untuk kegunaan rasmi MB Kedah. Saya rasa ini ganjil kerana PAS sebelum ini selalu kritik mana-mana pemimpin BN yang membeli kereta sebegini.

Walaupun dibantah keras oleh PAS dan Cina PKR akhirnya Sekolah Agama Rakyat 90% siap



Inilah Sekolah Agama Rakyat di Taman Pegoh Aman/Taman Desa Aman yang mendapat tentangan keras daripada beberapa pemimpin Pas dan pemimpin PKR termasuk Ahli Parlimen Gopeng Lee Boon Chye.

Mengimbau kembali kejadian bantahan keras ini yang dilakukan sebaik sahaja upacara doa selamat dan perasmian pecah tanah pembinaan Sekolah Agama Rakyat itu yang dilaksanakan oleh YB Dato Hamidah Osman. 

19 April 2012 - Majlis doa selamat dan pecah tanah bagi pembinaan Sekolah Agama Rakyat diadakan dan telah dirasmikan oleh YB Dato Hamidah Osman



20 April 2012 - Pembinaan Sekolah Agama Rakyat dimulakan

29 Mei 2012 - 
Ahli Parlimen PKR Gopeng Dr. Lee Boon Chye, Radhi Zainon(bakal calon Pas Dun Sungai Rapat), Mej(B) Yaakob Ketua Cawangan Pas Taman desa pelancongan, En Megat Ikhmal (ketua ranting PKR taman Razaki/pegawai khas Lee Boon Chye) bersama 30 penyokong cina PKR telah membawa sepanduk sambil berteriak "jangan rampas padang kami" dihadapan jentolak yang digunakan tujuan pembinaan Sekolah Agama Rakyat.

Alasan mereka adalah seperti berikut:

1. PAS dan PKR telah membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat berhampiran Dewan Orang Ramai Taman Pegoh Aman

2. PAS dan PKR mengatakan pembinaan Sekolah Agama Rakyat ini mengganggu penduduk cina yang ada cuma beberapa orang sahaja di Taman Pegoh Aman

3. PAS dan PKR telah mengatakan pembinaan Sekolah Agama Rakyat adalah haram dan wajar diruntuhkan.

4. PAS dan PKR telah mengatakan kerajaan bukan membina Sekolah Agama Rakyat sebaliknya membina bilik gerakan pilihanraya untuk UMNO.


Kemudian YB Dato Hamidah cuba melayan kerenah mereka dengan membuat satu majlis dialog/ramah mesra dengan penduduk di Taman Pegoh Aman/Taman Desa Aman dengan harapan agar mereka dapat diberi penerangan mengenai pembinaan SAR yang dikatakan tanpa kelulusan.

16 Jun 2012 - Majlis dialog telah diadakan bagi mengenalpasti sokongan atau bantahan ke atas Sekolah Agama rakyat. Majlis dialog itu diadakan hanya untuk penduduk Taman Pegoh Aman/Desa Aman dan YB Dato Hamidah.







Malangnya PAS dan PKR telah membawa penyokong cina dari Gopeng untuk menggagalkan program dialog tersebut. Turut hadir adalah Radhi Zainon dan Lee Bon Chye dan beberapa pemimpin Pas Gopeng.

Hasil daripada gangguan itu beberapa penduduk tempatan terpaksa balik untuk menghindarkan daripada pergaduhan.

Pembangkang termasuk PAS telah mengambil gambar dan dimasukkan ke dalam youtube dan memutarbelitkan bahawa YB Dato Hamidah menghalau penduduk tempatan yang hendak berdialog tetapi sebenarnya penyokong yang datang bersama pemimpin PAS dan PKR adalah penduduk cina yang tinggal di Lawan Kuda dan Kopisan berdekatan dengan Gopeng.

Dan kini akhirnya Sekolah Agama Rakyat di Taman Pegoh Aman/Desa Aman sudah dipenghujung pembinaan. SAR ini sudah terlalu letih melihat pemimpin dan umat Islam yang hipokrit dengan membantah sekolah yang akan mendidik anak-anak umat Islam belajar Agama.

Yang paling menyedihkan ada diantara ibubapa juga terpengaruh dengan hasutan pemimpin Pas dan cina PKR sama-sama membantah bersama cina PKR agar Sekolah Agama itu tidak dibina sedangkan anak mereka juga akan belajar di sekolah itu.

Walau apapun rintangan demi anak-anak bangsa dan umat Islam khasnya YB Dato Hamidah cuba sedaya upaya untuk membuat pembinaan sehingga siap.

Pagi tadi selepas YB Dato Hamidah melawat projek jambatan Sungai Kinta beliau sempat meninjau Sekolah Agama Rakyat yang cukup kontroversi pembinaannya dan Alhamdulillah Sekolah Agama Rakyat sudah 90% siap.

Insyaallah selepas Hariraya Aidilfitri ini anak-anak umat Islam di Taman Pegoh Aman dan Desa Aman dapat belajar di Sekolah yang baru.

"Syukur keHadrat Illahi Kau telah memberi kekuatan kepada kami untuk meneruskan pembinaan sekolah untuk anak-anak kami mempelajari AgamaMu, kata YB Dato Hamidah

Demi Rakyat Kerajaan negeri Perak peruntukkan RM8 juta lebarkan jambatan Sungai Kinta




Jalan pasir Puteh-Lahat merupakan jalan yang agak sibuk hampir setiap hari tambahan pula apabila tiba musim perayaan. 

Difahamkan 20,000 pengguna telah menggunakan jalan ini setiap hari. Disamping menghubungkan ke Jalan Ipoh-Lumut jalan ini juga digunakan oleh pengguna terutama pekerja kilang di beberapa kawasan perindustrian berdekatan.

Menurut YB Dato Hamidah, "walaupun jalan ini adalah jalan persekutuan tetapi demi rakyat yang bersusah payah menggunakan jalan ini setiap hari dan akhirnya kerajaan negeri Perak telah meluluskan peruntukkan sejumlah RM8 juta bagi melebarkan jalan dan jambatan Sungai Kinta tersebut"

Kerajaan negeri memandang berat ke atas aduan daripada rakyat mengenai lalulintas yang semakin hari semakin sesak dan kini projek melebarkan jalan dan jambatan akan bermula", kata YB Dato Hamidah Adun Sungai Rapat dan juga exco kanan kerajaan negeri Perak ketika lawatan ke projek tersebut sebentar tadi.

Setelah siap projek ini pengguna akan menarik nafas lega kerana kesesakkan lalulintas telah dapat diatasi semaksimanya.

Olimpik: Khairul Anuar cemas sebelum mara


Atlet negara, Khairul Anuar Mohamad terpaksa bertarung dalam pusingan tie-break sebelum berjaya menewaskan peserta China, Yu Xing pada pusingan kedua memanah individu Olimpik di Lord Cricket Ground di sini sebentar tadi.

Kedua-dua pemanah terikat pada kedudukan mata 5-5 selepas lima pusingan dan penentuan pemenang dibuat melalui panahan tie-break di mana kedua-dua peserta mendapat sembilan mata.

Bagaimanapun Khairul Anuar diumum sebagai pemenang selepas busurnya lebih hampir dengan pusat bulatan berbanding peserta Yu Xing dengan kiraan 6-5 (28-30, 29-29, 28-27, 28-27, 26-28 T9*-T9).

Lajim Ukin bolehlah kemaskan barang-barang, ambil gaji terakhir kemudian berambus!


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan membatalkan pelantikan Datuk Seri Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkuatkuasa serta-merta.

Demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.


Lepas ini Lajim Ukin bolehlah kemas barang-barangnya, ambil gaji terakhirnya kemudian bolehlah ikut pakar pembohong no. 1 Anwar Ibrahim kemana sahaja kerana dia bukan lagi anggota kabinet.

Abby restu penyokongnya lancar kempen 'jahat' boikot Syarikat tidak sambung kontraknya sebagai duta


Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan seolah-olah merestui sekumpulan penyokong Pas melancarkan kempen memboikot satu syarikat jualan tudung yang didakwa telah menamat kontrak sebagai duta produk mereka dengan Abby.

Kempen jahat itu kini telah pun bermula dan dikesan menerima sokongan lebih 2,000 penyokong Pas semalam. Kempen ini lebihkurang sama seperti kempen boikot kepada roti Gardenia milik usahawan Melayu yang dilakukan oleh penyokong cina DAP. Setakat ini admin kepada Facebook ini belum dikenalpasti samada orang Melayu atau cina yang cuba mengambil kesempatan.





 



Sebagai umat Islam yang baik seperti yang dicanangkan oleh Abby bahawa dia sudah berubah Abby tidak sepatutnya merestui kempen jahat memboikot rezeki orang lain, kenapa Abby  tidak menjalankan perniagaan tudung sendiri tanpa bertindak jahat sedemikian.

Isu penamatan kontrak itu memang sengaja ditulis oleh Abby dalam laman twitternya supaya membangkit rasa benci penyokong Pas terhadap syarikat yang tidak menyambung kontraknya.

Inilah tulisan hipokrit Abby yang berjaya membangkitkan serangan puak penyokong Pas terhadap syarikat tersebut.


"4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.

"Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," katanya.

Kononnya Abby menerima dengan hati yang terbuka(hanya di tulisan sahaja) tetapi dalam diam-diam Abby telah melancarkan serangan hebat untuk membangkrupkan syarikat tersebut yang dimiliki oleh orang Melayu.

Kesesakkan Laluan Pasir Putih-Lahat di Jambatan Sg. Kinta akan selesai


Lebih 20,000 pengguna harian di laluan Pasir Putih-Lahat di sini, bakal menikmati kemudahan jalan raya yang lebih efisyen apabila kerja-kerja menaik taraf jambatan bernilai RM8 juta siap sepenuhnya hujung tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Dato' Hamidah Osman berkata, jambatan menyeberangi Sungai Kinta sepanjang 111 meter itu akan dilebarkan menjadi 23.4 meter berbanding saiz sedia ada iaitu 12 meter.

Menurutnya, kerja-kerja menaik taraf jambatan itu akan dimulakan pada Oktober ini dan mengambil masa sekurang-kurangnya 14 bulan untuk disiapkan.

Bob Lokman jalani pembedahan jantung di IJN


Mohd Hakimi B. Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman iaitu orang yang bertanggungjawab membawa masuk beberapa artis menyertai parti politik Pas difahamkan telah dimasukkan ke wad Institut Jantung Negara Kuala Lumpur bagi menjalani satu pembedahan jantung. 

Perkara ini disahkan sendiri oleh Bob Lokman beberapa hari lalu kepada penyokong-penykong Pas yang berbuka puasa dikediaman beliau.

Tulisan Abby di laman twitternya mengesahkan bahawa Bob Lokman akan menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Semoga Bob Lokman sihat kembali supaya dapat bermuhasabah diri sendiri.

Antara artis-artis yang berjaya di 'PASkan' oleh Bob Lokman termasuk Abby Abadi, Aisyah, Syam kamikaze, Leman Rajalawak, Dayangku Intan dan beberapa artis lagi sedang dalam rundingan.

Penswastaan Pelabuhan P. Pinang ditangguhkan sebab Syed Mokhtar seorang Melayu





Reaksi buruk dari pemimpin cina DAP PulauPinang terhadap langkah Putrajaya untuk menjual Pelabuhan Pulau Pinang kepada jutawan logistik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary membuktikan cina DAP pulau Pinang memag rasis.


Mereka sanggup menangguhkan  penswastaan pelabuhan itu kepada selepas pilihan raya umum (PRU) hanya kerana Tan Sri Mokhtar adalah orang Melayu dan bumiputera.

Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) dan pemimpin cina DAP mahu menyerahkan pelabuhan Seaport Terminal Sdn Bhd itu kepada ahli perniagaan cina sedangkan kerajaan BN mahukan pelabuhan itu dimiliki oleh Syed Mokhtar.

Ini bukti bahawa pemimpin cina DAP bersikap rasis didalam perniagaan dan cuba menyekat bumiputera daripada memonopoli seperti yang mereka lakukan di Malaysia.



Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang disifatkan sebagai khalifah Umar Abdul Aziz oleh pemimpin Pas kini berjaya menunjukkan muka syaitannya yang sebenar enggan menyerahkan pelabuhan itu kepada seorang Melayu.

Presiden PCCC, Tan Sri Tan Kok Ping juga dikatakan merancang untuk memimpin sebuah konsortium serta Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM), dalam percubaan untuk mengambil alih Pelabuhan Pulau Pinang tanpa bidaan.

walaupun mereka tidak berjaya dalam bidaan itu tetapi mereka cuba kaitkan dengan politik dengan harapan pelabuhan tersebut dapat jatuh ketangan mereka.

Karpal Singh Cincang Pas sampai 'Lumat' tapi Pas terus diam ketakutan


Satu artikel yang dipetik melalui portal rasmi pembangkang sudah cukup membuatkan umat Islam di Malaysia terutamanya menyaksikan pemimpin Pas 'dicincang' lumat oleh Karpal Singh.

Memang diketahui umum bahawa pemimpin dan penyokong Pas terlalu takutkan Karpal Singh kerana Pas sentiasa menagih simpati dan bantuan daripada pemimpin DAP.

Penyokong dan pemimpin Pas umpama tikus mondok yang hanya berani berjalan waktu malam tetapi apabila disiang hari penakut nak mampus.


Bagaimana nak berjuang untuk ke Jalan Allah jika dengan Karpal Singh pun takut, bagaimana pemimpin dan penyokong Pas sentiasa mencanangkan Pas memperjuangkan Agama Islam dan negara Islam. 

Karpal Singh berkata sebarang cubaan PAS sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas.

Karpal Singh menganggap Haji Hadi Awang sebagai munafik kerana pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.

Kami membenarkan Pas menyertai pakatan rakyat setelah Pas berikrar melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. PAS, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataan semalam.

Karpal menuduh Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi sebagai pelupa kerana tidak mengetahui pendirian DAP terhadap hudud tetap konsisten iaitu menolak hudud.

Karpal berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan PAS mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.

Karpal berkata Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga seperti yang kita semua bincangkan termasuk Pas.

"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya.

Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.

"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan dan saya akan menntang sebarang usaha Pas untuk melaksanakan negara Islam atau hukum hudud," ujar Karpal. 

"Sebelum sampai ajal kita selagi itu kita tidak akan mati"




Dengar sini...

Sebelum sampai ajal kita selagi itu kita tidak akan mati.

Biar kita mati peluh,jangan kita mati darah.

Kita telah lama bersedia,kita akan MENANG.

INGAT setiap pertempuran satu peluru,satu musuh.

FAHAM!!!!! - Sjn Razak dalam Filem Darah Satria

Sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai 2012 bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dan cintakan negara khususnya di kalangan masyarakat Malaysia supaya memperingati perjuangan dan pengorbanan para pahlawan negara dengan bertemakan 


"Pahlawan Perkasa Rakyat Sejahtera".

Melalui kempen ini, dana dapat dikumpul untuk Tabung Kebajikan bekas-bekas tentera dan keluarga mereka yang memerlukan, terutamanya keluarga prajurit yang terkorban demi mempertahankan negara.

Anda boleh menderma melalui affinOnline.com atau mana-mana cawangan AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC (Akaun: AFFINBANK 105950003201).

Pelancaran tersebut secara rasminya, dapat memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk turut serta dalam menghargai pahlawan-pahlawan negara yang telah menyumbangkan bakti kepada negara dengan menghulurkan sumbangan kepada Tabung Rayuan Hari Pahlawan. 

Setiap penderma akan diberikan sekuntum Bunga Raya sebagai simbol Rayuan Hari Pahlawan ini dan ianya dipakai sepanjang tempoh kutipan dilaksanakan. 

Terima Kasih Kerajaan yang membiayai kami menunaikan Haji Tahun ini


Sebagai menghargai peranan dan sumbangan para imam dan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK), kerajaan telah menyampaikan surat tawaran kepada dua ketua kampung dalam Dun Sungai Rapat yang juga pengerusi JKKK untuk menunaikan haji tahun ini.


En Mohd Ruah, ketua kampung Pisang berkata, "saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan kerana sudi membiayai saya untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun ini, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya"

Encik Ismail Abdullah, ketua kampung Rapat Jaya Tambahan ditemui berkata, "terima kasih kepada kerajaan dan YB Dato Hamidah Osman iaitu Adun Sungai Rapat yang telah memilih kami berdua untuk menunaikan ibadah yang kami impikan selama ini".

"Insyaallah kedua-dua orang kampung dalam DUN Sungai Rapat telahpun dipillih untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun ini dan diharap mereka berdua dapat membuat persiapan untuk melaksanakan ibadah haji ini dengan menyertai pelbagai kursus-kursus yang telah disediakan oleh kerajaan", kata YB Dato Hamidah ketika ditemui di pejabat pusat Khidmat Dun Sungai Rapat dekat Medan Gopeng.

Kedua-dua ketua Kampung dalam DUN Sungai Rapat telahpun disenaraikan untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun ini dan mereka akan berangkat selepas hariraya Aidilfitri nanti.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua ketua kampung ini. Semoga selamat berangkat ke tanah suci untuk mendapatkan haji yang mabrur

Berlaku pertengkaran sebelum eksekutif TV9 ditemui mati


Menurut sumber, berlaku pertengkaran di antara mangsa dan suaminya kira-kira jam 7 malam menyebabkan wanita terbabit merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.

Pertengkaran itu dipercayai berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.


Kemudian “Sabarlah duhai hati” itulah kenyataan terakhir dikeluarkan Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, menerusi status BlackBerry Messenger (BBM) miliknya sebelum ditemui mati dengan kesan jerutan di leher di bilik kedua di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Sabtu lalu menguatkan lagi ada pertengkaran antara Syaleza dengan suaminya.

Sementara itu keluarga Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, yang ditemui mati di dalam bilik rumahnya di Apartmen Saujana Damansara Damai, Petaling Jaya kelmarin reda dan menganggap kejadian itu sebagai ketentuan Ilahi, namun mahu punca sebenar kematiannya disiasat.

Bapa mangsa, Jaffar Bakri, 60, berkata, keluarganya yang masih diselubungi perasaan sedih dan terkilan kerana punca dan cerita sebenar mengenai kematian mengejut anak keduanya itu masih belum jelas.

"Saya reda dengan ketentuan-Nya yang mahu anak saya pergi dahulu, namun saya terkilan kerana punca dan cerita sebenar meragut nyawanya masih belum jelas hingga kini.

10 Perkara yang Yahudi Seboleh-bolehnya Tidak Mahu Dunia Tahu


Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom kita nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk Israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di Israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!


5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!



Sumber

Monday, July 30, 2012

Malaysia Ketinggalan 3-0



Pemain Malaysia Mohd Safee Sali berusaha untuk mendapatkan bola dengan pemain Manchester City Abdul Razak semasa perlawanan persahabatan mereka di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur


Malaysia kini ketinggalan 0-3 dengan Manchester City

Transformasi apakah yang Pas laksanakan sehingga ulamak terpinggir



Difahamkan Pas sedang giat menjalankan transformasi di dalam dasar partinya. Terbaru mereka giat menggantikan ulama-ulama mereka di pentas ceramah dengan artis-artis yang popular. 


Artis-artis ini pulak sebenarnya diberi bayaran lumayan setiap kali turun ceramah. Mereka dibayar antara 2500- 3500 mengikut populariti mereka.Angka ini bukan lagi rekaan semata-mata malah ditulis oleh seorang pejuang maya Pas sendiri.

Artis-artis yang hampir 'expired' di dunia hiburan sekrang ini mendapat pentas baru untuk menjana kekayaan iaiatu dengan berceramah di pentas Pas. Dikhabarkan juga mereka ini sedang cuba untuk dicalonkan dalam PRU 13 kelak tetapi mendapatkan tentangan daripada pemimpin setempat yang dikatakan layak menjadi calon.

Mana perginya ulamak-ulamak yang dahulunya merekalah hebat dipentas ceramah.

Dr Asri dedah ada pemimpin Pas tipu orang di Madinah sejumlah 500k?


Dr Mohd Asri telah menuliskan dilaman twitternya bahawa semasa beliau berada di Madinah ada seseorang telah bersembang dengan beliau berkenaan pemimpin Pas.

Difahamkan pemimpin Pas tersebut telah menipunya melalui saham Kohilal sejumlah 500K.

Siapa pemimpin Pas tiu tidak diberitahu oleh Dr Mohd Asri.

PANAS: PKR sedang 'Nazak' diJangka Kalah 16 Kerusi Sedia Ada


Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak kecut untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.

PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi. Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.

Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor.

Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan.

Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas. Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini.

Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN. Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Kolej TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.

Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu. PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali.

Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu.

Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat 'U Turn' dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu. Sebelum ini, PKR seperti juga PAS, telah 'mempersetankan' sahaja perjuangan demi bangsa Melayu. 


Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata malu menjadi Melayu. Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu. Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu.

Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini.

Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka.

Oleh itu, jika PKR serius ingin mengangkat strategi membela Melayu ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah.

Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal ëMelayuí sebelum ini. Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi. Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu:

1. working class yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 dan 45 tahun,

2. golongan muda yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 dan 25 tahun serta 

3. pengundi India yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran.

Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini.

Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian. 

Dengan itu, mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti dan pemimpin mereka tetap ëdiberi mukaí sekiranya PR menang dalam PRU ini.

Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga beradu kekuatan sesama mereka. Kewujudan beberapa kem dan peningkatan rasa curiga serta dingin di antara pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya. 

Eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 Mati dibunuh, suaminya ditahan






Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat dibunuh iaitu lehernya dijerut sampai mati.

Laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun siasatan masih dijalankan.


Susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek telah direman sebentar tadi.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah pada kira-kira 7 malam.
Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.

Syazleza adalah anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun

Kebenaran disebalik penamatan kontrak Abby sebagai duta tudung




Abby Abadi atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan seorang pelakon dan penyanyi yang baru menyertai parti politik Pas telah menulis dalam laman sosial Twitter bahawa kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.


Itulah yang diluahkan kepada portal rasmi pembangkang Malaysiakini sehingga seluruh blogger pakatan rakyat menjadi kecoh dan huru-hara kononnya pihak syarikat telah menganiaya Abby sedangkan Abby hendak mendekatkan dirinya dengan Agama dengan memasuki parti politik Pas.

Cerita sebenarnya dari syarikat yang menawarkan Abby menjadi duta tudung lain pulak, menurut mereka pada Mei 2012 yang lalu, Abby Abadi telah dilantik secara rasmi sebagai duta dan jurucakap untuk produk keluaran Al-Humaira Contemporary.

Janji Abby kepada syarikat adalah tidak memasuki mana-mana pertubuhan politik yang boleh menjejaskan nama baik syarikat seperti yang dipersetujui dalam kontrak, jika Abby melanggar kontrak tersebut maka kontrak akan tamat. Tetapi Abby telah melanggarnya.

Menurut pemilik syarikat mereka terkilan dengan perangai Abby dengan penglibatan Abby dalam parti politik tidak kira mana-mana pun parti akan menjejaskan perniagaan saya, jelas Hani Elia pemilik Al-Humaira Contemporary.



Sebagai pemilik sudah semestinya tidak mahu reputasi yang tidak baik terhadap produknya tambahan pula mulut Abby yang agak celupar mempertikaikan semua orang yang tidak menyertai parti politik Pas.

Tetapi kontrak Abby dengan syarikat Al-Humaira Contemporary kini sudah pun tamat secara rasmi pada 4 Julai 2012 yang lalu kerana pelanggaran perjanjian yang telah ditandatangani dan dipersetujui bersama.


Tetapi dalam laman twitternya Abby seolah-olah meminta simpati daripada penyokong pakatan rakyat agar menyiarkan penamatan kontraknya itu dengan alasan "tak kan saya nak mendekati Agama pun nak ditamatkan kontrak"

Dengan tersiarnya penamatan kontrak Abby ini maka ramailah ahli perniagaan bersimpati akan mengambil Abby sebagai duta mereka

Kenapa Pemimpin Cina DAP Pulau Pinang terlalu marahkan sangat kepada Mohd Ridzuan


Difahamkan poster ini telah banyak dipaparkan dalam wall-wall di Facebook  pemimpin cina DAP Pulau Pinang. Kenapa begitu teruk sangat geramnya pemimpin cina DAP kepada Mohd Ridzuan.

Difahamkan juga Mohd Ridzuan adalah seorang ahli Perkasa di Pulau Pinang  yang sangat aktif untuk memdedahkan pelbagai kepincangan kepimpinan cina DAP Pulau Pinang sehinggakan cina DAP di Pulau Pinang terlalu fobia bila lihat wajahnya.

Untuk memalukan Mohd Ridzuan beberapa pemimpin cina DAP Pulau Pinang telah meletakkan gambar-gambar ini di wall Facebook mereka dengan harapan agar untuk memalukan Mohd Ridzuan.

Akan tetapi disini lahirnya kebodohan pemimpin cina DAP yang memuatkan dalam wall Facebook mereka kerana ejaan pada poster itu pun tidak betul. Rakyat Malaysia jadi rakyat Malayaia dan pengganas jadi pengganasan.

Sudah lama cina DAP tinggal di Pulau Pinang tetapi mereka tidak pernah memperbaiki tulisan dan percakapan dalam Bahasa Melayu dan ada yang tidak tahu langsung berbahasa Melayu. Sebab itu mereka mahu jadikan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Cina.

Misteri Pasangan Berkepit di Tanah Suci Terbongkar!




Pernahkah kita tengok gambar pasangan berkepit ketika melaksanakan ibadah di tanah suci seperti di bawah ini?


gambar ini yang suatu ketika dahulu pernah menghiasai di wall-wall Facebook seluruh dunia. Mungkin jika pertama kali kita lihat timbul juga rasa pelik. 

Selepas tengok gambar kedua dibawah baru kita faham kenapa pasangan ini berkepit.

Cuba kita lihat  gambar di atas ini lebih-lebih lagi pada anak panah yang ditunjukkan.

Walaupun ramai diantara kita tidak faham dalam bahasa Arab tetapi saya pasti dengan anak panah yang ditunjukkan bahawa silelaki yang sudah pasti sisuami kepada wanita ini tidak mempunyai kaki tetapi masih mahu beribadat bersana Isterinya.

Korang ni kalau Tak buat Fitnah tak boleh hidup ke?


Inilah perkara yang paling orang tak suka tetapi telah ditanam oleh pemimpin Pas pada penyokong dan blogger mereka iaitu fitnah. Satu pertanyaan aku siapa blogger Dato' Hamidah yang kamu maksudkan dan dimana perkataan yang blogger tu hina Emak kamu. 

Cuba kau buktikan dulu mana perkataan yang blogger Dato Hamidah hina Emak kamu, jangan hanya tulis ikut sedap kau sahaja.

Apakah ini cara untuk nak melahirkan persepsi buruk kepada blogger Dato Hamidah dan Dato Hamidah sendiri. 

Buatlah perkara-perkara yang baik dalam bulan Ramadhan ini jangan memfitnah tak tentu hala.

Tak ada sesiapa yang nak hina Emak kamu malah kerajaan tetap bantu lagi menyediakan tempat untuk berniaga di Bazar Ramadhan dan di gerai Mara walaupun pada dinding kedai ada banyak poster ceramah pembangkang.

Kerajaan tidak pernah zalim pada rakyatnya.

Sejak Bila DAP Perjuangkan Hak Orang Melayu?



Di Dataran Ipoh malam tadi, kita dikejutkan dengan suara dari ‘hailer’ dari sebuah kenderaan pacuan 4 roda. Seperti biasa isu-isu yang dibangkitkan adalah bersangkut paut dengan politik atau lebih khusus lagi kelemahan parti BN.

Terdapat 2 persoalan disini, iaitu sejak bila Dataran Ipoh mewujudkan ‘speaker corner’ dan yang lebih utama lagi sejak bila pula DAP memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

Kumpulan ini juga menyebarkan risalah-risalah yang kononnya UMNO sudah 54 tahun mengkhianati orang-orang Melayu. Sungguh mengejutkan kerana sudah seperti berada dalam kempen pilihanraya pula.


Mereka tidak segan silu memberikan risalah itu pada setiap pengunjung yang lalu-lalang dikawasan Dataran Ipoh.

Malah tertera secara jelas dan terang dari mana datangnya risalah-risalah ini iaitu dari pejabat DAP di Medan Istana. Perkara yang berbangkit di sini adalah kenapa baru sekarang dan secara tiba-tiba DAP mahu menampilkan imej sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan nasib hak-hak Melayu.

Amat janggal bila dilihat pada risalah tersebut, yang diperjuangkan, yang dijadikan isu hak orang Melayu tapi yang memperjuangkannya pula adalah satu parti yang lebih dikenali sebagai satu parti chauvinis Cina?

Sepatutnya komuniti Melayu sedar secara cepat yang semua ini hanyalah satu perbuatan untuk menangguk di air yang keruh. Semuanya hanya untuk kuasa politik. PRU13 yang semakin hampir ini dapat dilihat akan menjadi pertembungan yang amat hebat berbeza dengan pilihanraya-pilihanraya sebelum ini.

Sudah pelbagai cara yang hendak digunakan dari ‘cyber warfare’ hingga kepada perancangan mini ‘Tahrir Square’ di Dataran Merdeka tempoh hari, namun syukur kepada Tuhan kebanyakan masyarakat Melayu masih boleh berfikir dengan waras dan tidak terpengaruh dengan sentimen-sentimen yang tidak masuk akal yang dimainkan oleh mereka.

Pihak berkuasa tempatan juga patut memberi perhatian kepada perkara-perkara seperti ini kerana Dataran Ipoh yang menjadi tumpuan masyarakat Ipoh untuk menjamu selera pada waktu malam tidak sepatutnya menjadi sebuah medan pertempuran politik untuk parti-parti seperti ini.

Jangan jadikan Dataran Ipoh seperti Dataran Merdeka ketika Bersih 3.0 dahulu.

Kematian Kakitangan TV9 diklasifikasikan sebagai mati mengejut




Nur Syaleza Jaffar

Polis setakat ini mengklasifikasikan kematian kakitangan TV9, Nur Syaleza Jaffar, 29,(gambar) di rumahnya di Pangsapuri Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, malam kelmarin sebagai mati mengejut.

Ditemui tak sedarkan diri

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata Nur Syaleza, ditemui tidak sedarkan diri oleh suaminya, Norazman Bashah, dalam salah sebuah bilik di kediaman pasangan itu jam 7 malam.

“Suaminya kemudian menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan dan wanita itu dikejarkan ke Hopsital Sungai Buloh (HSB) sebelum disahkan meninggal dunia. Siasatan awal polis mendapati tidak ada unsur jenayah dan buat masa ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya semalam.

Polis sudah merakam percakapan dari suaminya selain keterangan beberapa saksi termasuk jiran mangsa.

Bapanya, Jaffar Bakri, 60, yang ditemui di bilik mayat HSB berkata, dia dimaklumkan mengenai kematian jam 9.30 malam sebelum bergegas ke hospital berkenaan dari Segamat, Johor.
“Nur Syaleza ada menghubungi saya Jumaat lalu dan kami berbual seperti biasa dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya.

Kali terakhir bertemu anak keduanya itu ketika dia pulang ke kampung bersama suami dan anak lelakinya berusia tiga tahun, sebulan yang lalu namun tidak melihat sesuatu yang mencurigakan.

Sementara itu polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya atau menghubungi Rakan Cop Polis Selangor, talian 03-20529999 bagi membantu siasatan.

Burj Al Arab: Satu-Satunya Hotel 7 Bintang yang Termewah Didunia


Hotel Burj Al Arab yang dibuka pada tahun 1999 ini adalah satu-satunya hotel bertaraf 7 bintang dan dilabel sebagai hotel termewah di dunia. Dengan ketinggian 321 meter, ia juga merupakan bangunan kedua tertinggi yang digunakan sebagai hotel.



Berbentuk seperti kapal layar, ia terletak diatas pulau buatan manusia dan dihubungkan dengan tanah besar melalui sebuah jambatan melengkung. Hotel yang menelan belanja USD 650 juta ini adalah salah satu ikon transformasi kemodenan Dubai. 

Walaupun bersaiz besar, cuma terdapat 202 bilik penginapan di dalamnya. Kos penginapan di Burj Al Arab bermula dengan USD 1000.00 satu malam manakala untuk Royal Suite, harganya ialah USD 28,000.00 satu malam.

 .