Sunday, September 30, 2012

Din Puduraya guna Taktik Anwar untuk tarik simpati rakyat

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga terkenal dengan nama Din Puduraya bakal MB Johor sekiranya pakatan Rakyat menang besar diJohor mendakwa kononnya kereta yang dinaiki olehnya kepunyaan Datuk Seri Abdul Rahman Maidin dipecahkan manakala dua tayar ditoreh di Sungai Rengit, Pengerang tengah hari tadi.

Din Puduraya mendakwa perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang tidak senang dengan Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit pagi tadi.


Samada sedar atau tidak cara dan modus operandinya sama dengan cara seperti yang Anwar lakukan ketika membuat program Jelajah Merdeka menggunakan Bas Mewah milik Khalid Gagap.

Hasilnya setiap program yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim penuh sesak denga hadirin yang cukup bersimpati dengannya.


Sebelum itu Din Puduraya dicabar berdebat dengan Datuk Seri Azlina mengenai projek RAPID Pengerang yang dikatakan menganiaya penduduk malangnya Din Puduraya tidak berani menyahut cabaran Azlina.

Bagaimana nak jadi MB Johor jika berdebat pun tak berani kemudian menjemput warga Singapura membuat demo bersama-sama dengan penyokong DAP.

Apa kena mengena dengan warga Singapura dan kampung tradisi?

Fakta Mengenai RAPID Pengerang Yang Perlu Rakyat Tahu


Pengerang, terletak kira-kira 45 kilometer dari bandar Johor Bahru yang mana sebahagian besar kawasannya, iaitu 70 peratus adalah tanah rancangan FELDA sementara 30 peratus adalah kampung tradisional.

Disebabkan lokasinya yang terletak di kawasan pedalaman, Pengerang pernah dilabel sebagai “tempat jin bertendang”. Apa tidaknya, kerana sepanjang perjalanan hanya kelihatan tanaman kelapa sawit, kelapa dan getah.

Aktiviti utama penduduk Pengerang ialah pertanian dan perikanan dan tarikan utama pelancong ialah pusat peranginan Desaru. Bagaimanapun pada waktu malam tidak ada banyak aktiviti berlaku dan ianya agak sunyi.

Bagaimanapun, Pengerang bakal bertukar wajah mulai 2013 apabila Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) di kawasan seluas 8,000 hektar, dimulakan.

Kompleks itu akan menempatkan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang dimajukan oleh Petronas dan Terminal Petroleum Laut Dalam Bebas oleh Kumpulan Dialog dan Royal Vopak dan Setiausaha Kerajaan Johor Diperbadankan (SSI).

Apabila kedua-dua projek itu siapdan memulakan operasi masing-masing pada 2017, Pengerang akan berubah wajah sebagai hab minyak dan gas terkemuka di Asia Pasifik dan barangkali, setanding dengan Rotterdam, Belanda.
Tetapi apa yang lebih penting, perlaksanaan projek-projek terbabit sudah pasti memberi kesan besar dan positif kepada lonjakan ekonomi di negeri Johor khasnya dan Malaysia, khasnya.

Untuk RAPID, Petronas dilaporkan akan melabur sebanyak RM60 billion untuk membina dua buah pusat penapis minyak yang dapat menghasilkan 450,000 tong sehari dan perekah nafta sebanyak 3.8 juta tan setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Mei lalu mengumumkan industri minyak dan gas di Pengerang bakal menerima pelaburan keseluruhan RM120 billon dalam tempoh llima hingga enam tahun.

Manakala PEMANDU menganggarkan RAPID bakal menyumbang RM17.7 billlion kepada Pendapatan Kasar Dalam Negara (KDK) menjelang 2020.

Jurong di Singapura dan Rotterdam, tidak mempunyai sumber gas atau minyak, tetapi boleh berjaya menempatkan diri mereka sebagai negara pengeluar gas dan minyak terbesar dunia, jadi tidak ada sebab mengapa Pengerang, yang memang kaya dengan sumber berkenaan tidak boleh mencapai taraf yang sama.

Apatah lagi kedudukan geografi yang strategik dan terlindung daripada angin monsoon, ia menjadi pilihan laluan kapal dagang antarabangsa.

Malah RAPID apabila siap akan lebih besar daripada kompleks sedia ada di Malaysia, iaitu Kerteh, Gebeng dan Melaka disatukan.

Perlaksanaan RAPID dan Terminal Petroleum Laut Dalam itu akan mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan.

Sehubungan itu, cadangan usahasama FELDA, Kementerian Belia dan Sukan serta Petronas untuk menaiktaraf Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) di Bandar Penawar dengan memperkenalkan kursus-kursus berkaitan minyak dan gas, boleh memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan menghadapi masalah mendapat sumber tenaga kerja dalam bidang berkenaan.

Meskipun kedua-dua projek masih dalam peringkat perlaksanaan awal, metamorfosis sudahpun bermula di Pengerang.

Dengan siapnya Lebuhraya Senai-Desaru yang melintasi Sungai Johor, ia memudahkan laluan ke kawasan itu. Kini, perjalanan dari Desaru ke Johor cuma mengambil masa setengah jam, sekaligus membantu meningkatkan industri pelancongan di sekitar Desaru dan Pengerang.

Penduduk yang terbabit dengan kedua-dua projek mega itu akan dipindahkan mengikut fasa bermula Mac tahun hadapan. Penduduk tidak akan berpindah dengan tangan kosong, sebaliknya diberikan pampasan tunai berdasarkan nilai tanah, rumah, tanaman dan kebun sedia ada masing-masing.

Selain itu setiap pemilik tanah masing-masing diberikan 0.8 hektar tanah pertanian, sebuah tapak tanah perumahan seluas 6,000 kaki persegi dan subsidi untuk kos membeli atau membina rumah baru di tapak berkenaan.

Malah untuk memastikan penduduk memiliki rumah baru, Kerajaan Negeri akan memberi subsidi antara RM85,000 hingga RM140,000 seunit di penempatan baru seluas 154.8 hektar di Kampung Dato Abdul Ghani Othman yang terletak cuma 15 kilometer dari kampung asal mereka.

Pemindahan penduduk 
daripada tiga kampung dalam fasa pertama akan bermula Mac tahun hadapan sementara untuk fasa kedua, penduduk empat buah kampung akan berpindah pada Oktober 2013.

Bagi fasa pertama, kampung yang terbabit ialah Sungai Kapal, Teluk Empang dan Langkah Baik, sementara fasa kedua membabitkan Sebong, Batu Mas, Jawa dan Sungai Buntu.

Kedua-dua projek RAPID dan Terminal apabila siap kelak akan mewujudkan rangkaian ekonomi yang besar kepada penduduk. Sejajar dengan pembangunan rapid, Kerajaan Negeri akan menaiktaraf kemudahan awam termasuk jalan raya, sistem pengangkutan awam, bangunan, sekolah, masjid, tempat ibadat dan lain-lain.

Mengikut persempadanan parlimen, dua Dewan Undangan Negeri (DUN) terletak di bawah parlimen Pengerang, iaitu Tanjung Surat dan Penawar. Parlimen Pengerang mempunyai 35,425 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu majoriti adalah melayu, iaitu 87% (31,055), Cina 11% (3,820), India 1% (330) dan lain-lain 1% (220).


Esok Ahli Parlimen BN Jangan ponteng, pertahankan Bajet 2013 daripada diserang oleh Anwar


Sudah Dua hari berlalu Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri yang membawa tema “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah JanjiDitepati”.

Belum apa-apa lagi pembangkang sudah beberapa kali menyatakan mereka akan serang Bajet 2013 pada sesi perbahasan Isnin ini.

Antara orang yang paling lantang adalah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang akan diberi peluang pertama membahaskan Bajet 2013. Anwar bukan sahaja mahu menyerang Bajet 2013 tetapi mahu berdebat dengan Perdana Menteri.

Rata-rata rakyat kurang senang dengan tindakan Anwar Ibrahim yang sering mengugut dan mencabar DS najib supaya hadir pada sidang perbahasan Bajet 2013 Isnin ini sedangkan Anwar sendiri pun tidak ada di kerusi Parlimen sewaktu DS Najib membentangkan Bajet 2013. 

Walaupun Anwar akan menggunakan pentas Parlimen untuk menyerang DS Najib apa yang rakyat@penyokong UMNO/BN mahu lihat perbahasan penglibatan Ahli-ahli Parlimen BN dalam mempertahankan Ketua mereka daripada dimalukan.

Penyokong BN nak lihat esok kehadiran ahli-ahli Parlimen BN semaksima mungkin walaupun DS Najib tidak hadir pada sesi perbahasan.

Penyokong BN mahu lihat kepetahan bercakap daripada ahli Parlimen BN untuk menangkis tuduhan dan fitnah Anwar Ibrahim serta kuncu-kuncunya, biar runtuh Bangunan Parlimen sekalipun ahli Parlimen jangan meninggalkan sidang Parlimen sehingga selesai sesi perbahasan.

Anwar dijangka akan mengambil masa selama 3 jam bagi membahaskan bajet 2013 esok.

GUNA DANA YAHUDI UNTUK LAKSANA HUDUD?



Setelah segalanya terbongkar, SUARAM kini tidak lagi dapat menafikan bahawa pertubuhan itu menerima dana dari NED dan OSI yang diterajui Yahudi Zionis dan penyangak matawang George Soros yang mempunyai matlamat yang sama iaitu menjatuhkan kerajaan berdaulat untuk digantikan dengan pemimpin boneka pilihan mereka.

Di masa yang sama juga Pakatan Rakyat (PR) pula tidak mampu menafikan bahawa begitu ramai pemimpin-pemimpin mereka yang menjadi peneraju SUARAM.

Maka terbuktilah bahawa PR dan SUARAM adalah satu dan jika SUARAM menerima dana asing maka ia juga bermakna bahawa PR yang menerima dana asing.

Kerana itu, kita melihat PR, sama ada PKR, DAP mahupun Pas sama-sama melatah dan gelabah apabila SUARAM didedahkan sebagai agen asing dan bakal berhadapan dengan undang-undang.

Pantas, laman-laman web, portal serta blog-blog dan media rasmi PR bertungkus lumus cuba membela SUARAM dan meremehkan soal penerimaan dana asing.

Kononnya, dana asing perlu bagi membolehkan sesuatu pertubuhan bergerak bebas, tidak terikat dengan agenda tertentu serta berani membongkar kemungkaran kerajaan.

Namun, PR tidak mampu menjelaskan apakah tujuan pihak asing menyumbang dana kepada mereka? Apakah agenda atau matlamat yang dipertanggungjawabkan ke atas bahu PR dengan sumbangan dana yang begitu banyak saban tahun?

Tidak mungkin pihak asing tidak mengharapkan apa-apa balasan atau keuntungan atas sumbangan atau pelaburan yang dibuat.

Sebenarnya, tidak sukar untuk membaca agenda asing puak Yahudi Zionis atau dewa kapitalis si George Soros.

Agenda mereka ialah menguasai sumber dan ekonomi negara, melemahkan pegangan agama Islam di kalangan umat Islam serta menyebarkan cara hidup liberal serta fahaman plural yang bebas dan tiada batasan.

Agenda mereka ini boleh dilihat dengan jelas dengan memerhati ke mana arah aliran wang yang disumbangkan mereka di seluruh dunia dan juga tulisan-tulisan di media-media yang ditaja mereka. Jelas sekali bahawa pihak inilah yang menjadi tunjang perjuangan LGBT selain dalang kejatuhan Mesir, Libya, Syria, Tunisia dan banyak lagi negara-negara lain.

Seperti yang kita sedia maklum, keadaan di negara-negara yang berjaya dijatuhkan mereka bukannya semakin baik tetapi rakyat semakin menderita apabila ekonomi musnah dan terpaksa berhadapan dengan ancaman keganasan yang tiada kesudahan yang tercetus oleh kemarahan dan tidak puas hati di kalangan rakyat sendiri akibat penderitaan yang berterusan.

Ketidakstabilan ini lambat laun akan mengundang penjajahan secara langsung atau tidak langsung oleh pihak asing tadi dan inilah yang ditunggu-tunggu mereka.

Justeru, rakyat Malaysia perlu faham bahawa segala sumbangan pihak asing kepada PR melalui SUARAM atau yang sewaktu dengannya seperti BERSIH, adalah membawa agenda dan matlamat yang sama.

Kita pasti DAP dan PKR cukup maklum akan agenda asing ini dan mereka tidak punya masalah untuk ‘menyesuaikan’ diri dengan liberalisme mahupun pluralisme.

Yang kita tidak pasti ialah sama ada saudara-saudara kita di dalam Pas benar-benar kurang arif, kabur atau sememangnya tidak peduli lagi berkenaan dana dan agenda asing tersebut.

Harakahdaily memaparkan tulisan Aspan Alias yang cuba mengalih isu SUARAM dengan membangkitkan soal Altantuya dan rasuah dalam pembelian kapal selam. Kononnya, kerajaan berada dalam keadaan ‘mandi tak basah dan tidur tidak lena’.

Namun, tulisan Aspan yang ‘malu-malu’ untuk menyebut mengenai SUARAM menerima dana dari Yahudi dan George Soros, dengan sendirinya membuktikan bahawa PR yang sebenarnya berpeluh-peluh cemas.

Kes Altantuya serta pembelian kapal selam telah lama dijawab oleh kerajaan dengan konsisten dan terperinci serta jawapan tersebut juga adalah selari dengan apa yang dikemukakan oleh pihak Perancis, iaitu polis dan juga mahkamah.

Yang tidak konsisten dan sentiasa berubah ialah kenyataan dan tuduhan SUARAM, termasuk akuan bersumpah dan artikel berkenaannya yang ditulis oleh para penulis pro-PR. Akhirnya, penipuan SUARAM telah pun terdedah luas, dan motif serta dalangnya juga sudah terbongkar.

Maka, bola kini berada di kaki Aspan atau PR, bukan kerajaan. Pembaca kini tertanya-tanya, kenapa Aspan mengelak dari mengulas mengenai dana asing?

Oleh kerana kita telah mengenepikan PKR dan DAP dalam membicarakan soal agenda musuh Islam, maka persoalan seterusnya ditujukan kepada Pas, iaitu kenapa Harakahdaily menyiarkan artikel Aspan tersebut?

Apakah kerana Pas tidak peduli lagi serta benar-benar percaya bahawa ‘wang dari darah umat Islam’ yang disumbangkan oleh Yahudi Zionis dan penyangak matawang George Soros mampu membantu mereka memerintah Malaysia, menegakkan agama Allah serta melaksanakan hudud?

Apakah kedudukan ‘halal-haram’ menerima wang dari sumber yang jelas haram kerana datang dari musuh yang menindas, membunuh dan merampas tanah umat Islam?

Apakah semua itu tidak penting lagi, sepertimana slogan yang dibanggakan Pas iaitu, ‘Asal Bukan UMNO’, maka Yahudi hatta syaitan pun tak apa?

Musa Mahu Wanita Umno Sabah Sokong Semua Calon BN Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13


Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta semua pemimpin wanita Umno Sabah memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, walaupun calon itu bukan dari Umno.

Beliau yang juga pengerusia BN negeri berkata ini bagi memastikan BN meraih kemenangan besar pada pilihan raya umum itu.

"Apa yang penting ialah semua kawasan yang ditandingi oleh calon BN menang. InsyaAllah kami mahu pastikan kemenangan besar untuk perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kerajaan BN," katanya berucap pada majlis pelancaran Program Salam Sayang Wanita Umno Sabah di Bangunan Umno, di sini, hari ini.

Pada pilihan raya umum lepas, BN hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kerusi Parlimen dan hanya kalah kerusi DUN Sri Tanjung (Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu.

Musa berkata rakyat Sabah wajar memberi sokongan padu kepada kerajaan BN pimpinan Najib yang begitu bertanggungjawab dan prihatin terhadap keperluan rakyat.

Adun DAP hasut PIBG buat bantahan terhadap kerajaan


Ahli Dewan Undangan Negeri Senawang dari DAP, P Gunasekaran dikatakan telah menghasut hampir 100 ibu bapa dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk membuat demonstrasi menuntut kerajaan dengan segera memperuntukkan sebidang tanah untuk tujuan pembinaan sebuah bangunan sekolah yang baru.

Sejurus tamat waktu persekolahan pada pukul 12.30 tengahari semalam (Jumaat) ibu bapa kepada pelajar di sekolah tersebut berhimpun di padang di hadapan sekolah tersebut.

Penasihat Alumni Bekas Murid SJKT Kuala Pilah yang juga pemimpin DAP tempatan, Kevin Karu memberitahu bahawa SJKT Kuala Pilah dibuka pada tahun 1954 dengan keluasan kawasan sekolah hanya suku ekar.

“Masalah utama dihadapi di sekolah ini ialah kawasan sekolah ini terlalu sempit, ruang bilik darjah sangat kecil dan tidak menepati skala luas (standard) sebuah bilik darjah.

Pengerusi PIBG SJKT Kuala Pilah, P Ganes pula berkata sekolah tersebut sudah menerima peruntukkan RM1.5 juta daripada sebuah syarikat swasta Genting Berhad di bawah entiti ‘The Community Chest’ pada September 2011 untuk mendirikan bangunan sekolah yang baru.

Alif Aziz di kejarkan ke Hospital kerana diserang sakit jantung


Hasrat Aliff Aziz untuk mengadakan persembahan bersempena PJ Half Marathon 2012 yang dianjurkan oleh Star Publication pada pagi ini tidak kesampaian apabila penyanyi kelahiran Singapura itu dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada.

Pengurusnya, Adlina berkata, Aliff disahkan mengalami sesak nafas yang menyebabkan kesakitan pada bahagian dada ketika dibawa ke Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) di sini sebelum dirujuk ke Hospital Serdang.

"Pihak KJMC mengesahkan dia mengalami sesak nafas namun diarahkan untuk merujuk kepada pakar kardiologi di Hospital Serdang supaya dapat membuat pemeriksaan lanjut terhadap kesakitan yang dialaminya.

"Alhamdulilah keadaannya kini stabil dan masih menunggu di bilik kecemasan hospital," katanya.

Dalam pada itu, Adlina memberitahu dia tidak pasti sama ada Aliff akan ditahan di hospital atau pun sebaliknya dan ia bergantung kepada pemeriksaan pakar nanti.

"Harap-harap tiada apa yang serius menimpa dirinya dan berharap semua peminatnya dapat mendoakan kesihatan Aliff," katanya.

Sementara itu, Ekskutif Acara Star Publication, Juliana Kristini memberitahu, Aliff yang tiba di Stadium Kelana Jaya pada pukul 7.20 pagi sepatutnya mengadakan persembahan selepas berakhirnya acara itu kira-kira 8 pagi.

Bagaimanapun kata Juliana, Aliff mengadu sakit dada sebelum pihaknya memanggil pasukan bantuan perubatan yang disediakan untuk melihat kondisi penyanyi lagu Jangan Ganggu Pacarku itu.

"Dia baru sahaja tiba di lokasi dan tiba-tiba mengadu sakit pada bahagian dadanya dan apabila pasukan perubatan merawatnya mereka mengarahkan Aliff dibawa ke hospital kerana mereka mengesyaki dia mengalami serangan jantung," ujarnya.

Selain Aliff, penyanyi Ayu Damit turut mengadakan persembahan pada acara itu.


Mstaronline

GERAKAN masih relevan sebagai parti komponen BN



GERAKAN masih lagi parti relevan kepada rakyat dan negara walaupun mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum lalu.

Presiden parti itu Tan Sri Koh Tsu Koon berkata, GERAKAN menerusi slogan "Satu Hati" perlu meneruskan perjuangan dan berkhidmat untuk rakyat, menyuarakan harapan dan kebimbangan serta menyokong setiap tuntutan mereka yang berasas.


"Apa saja yang wujud di antara kita, marilah kita sama-sama menggerakkan jentera di peringkat akar umbi untuk mendekati rakyat dan meyakinkan mereka untuk mengundi calon GERAKAN dan parti komponen BN yang lain," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Parti Gerakan, di Menara PGRM di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Tsu Koon berkata, Pulau Pinang tetap menjadi jantung hati GERAKAN dan akan tetap bekerjasama dengan rakyat di negeri itu dalam mengubah nasib dan hala tuju mereka ke arah yang lebih harmoni.

Beliau berkata, GERAKAN juga menggalakkan penyertaan muka baru yang mempunyai ideologi bernas untuk membawa parti terbabit terus mara ke hadapan di samping menyuntik perubahan besar di kalangan ahli dan parti.
"Jika kita benar-benar bersatu hati, rakyat tentu akan memberi peluang kepada kita untuk memecah angka kosong, malah lebih daripada itu," katanya.

Depa ingat kita tak tau kata depa tak tau



Negeri Kedah jadi carca marba dibawah pemerintahan Pas. Selangor penuh maksiat sejak PKR memerintah. Semuanya Allah nak beri rakyat buka mata dan lihat sendiri bagaimana mereka ini memerintah setelah diberi peluang.

Pas diperguna, lebih banyak DAP dan warga Singapura berhimpun bantah Rapid di Pengerang



Perhimpunan kumpulan peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor yang dirancang bagi membantah projek petrokimia Rapid dijadual bermula sekitar jam 10 pagi tadi memperlihat parti Pas dipergunakan di barisan hadapan.


Tetapi lebih ramai penyokong DAP dan warga Singapura berbanding penyokong Pas. Apa maknanya ini semua?

Penyokong DAP dan warga Singapura , mendakwa mereka tidak dirunding dan bimbang projek besar bernilai RM60 bilion itu akan menjejaskan alam sekitar, kesihatan dan punca ekonomi mereka.

Mereka akan berkumpul di dua lokasi – sejauh kira-kira satu kilometer dari tempat perhimpunan, sebelum berarak ke Dataran Sungai Rengit di Pengerang.

Ini merupakan satu gangguan dari warga Singapura untuk memberi sokongan kepada pemimpin DAP bagi mengambialih Malaysia.

Kalau Najib berani hadir pada isnin ini, tapi dia sendiri pun lari...ini buktinya


Bajet 2013: Inilah perangai sebenar seorang Ketua Pembangkang yang hipokrit di Parlimen. Akibat tidak tahan kononnya bajet 2013 terlalu menyindirnya beliau meninggalkan sesi pembentangan dan seterusnya lepak di kantin sehingga pembentangan belanjawan selesai.


Kemudian dia pula mencabar Dato Seri Najib untuk mendengar ceramah politiknya pada hari Isnin. Siap mengugut lagi. Apa jenis perangai si BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim) ini.


Anwar Janji jika dia jadi PM 20 pemimpin PKR dalam Kabinet


Seramai 20 pimpinan kanan PKR dijangka mewarnai jemaah menteri Kerajaan Pusat yang baru sekiranya berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), janji  Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kepada kepimpinan PKR pada Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre, semalam.

Beliau berkata lagi kononnya kepimpinan baru negara itu semakin menampakkan bayangan dengan sebahagian kecil pimpinan kanan mungkin diangkat sebagai menteri dan timbalan menteri mengikut tradisi yang wujud di dalam hierarki kepimpinan politik tanah air.

“Secara tradisi pimpinan kanan iaitu peringkat presiden sehingga pengurusan parti merangkumi timbalan, lima naib presiden, setiausaha, bendahari, ketua penerangan, pengarah pilihan raya, pengarah strategik, pengarah komunikasi, ahli majlis pimpinan.

Janji Anwar ini ketika membuat perjumpaan dengan pemimpin PKR tetapi jika perjumpaan dengan pemimpin DAP dan Pas lain pula bunyinya. Itulah Anwar yang sering berjanji berbagai supaya yang menerima janji itu akan terasa seronok untuk memilihnya jadi PM.

Seperti kata Datuk Zulkifli Nordin Anwar pernah menjanjikan kepada 4 orang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri termasuk Lim Kit Siang.

Skandal gambar Kate berterusan


Hanya dua minggu lalu, dunia dikejutkan dengan penyebaran gambar separuh bogel isteri Putera William, Kate Middleton oleh majalah Perancis.

Semalam, majalah gosip Denmark, Se og Hør menyiarkan lebih banyak gambar yang memalukan bakal Permaisuri Britain berkenaan yang dirakam oleh paparazi ketika pasangan terbabit bercuti di Provence, Perancis.


Tetapi kali ini, ia lebih teruk, gambar yang disiarkan termasuk menunjukkan Kate tanpa seluar dalam.

Gambar itu disiarkan majalah terbabit selepas ia mengiklankan janji untuk menunjukkan isteri William berbogel sepenuhnya minggu lalu.

Pengarang Se og Hør, Kim Henningsen memberitahu Belfast Telegraph sebelum ini: “Ia gambar unik seorang selebriti Kelas-A. Kami adalah majalah gossip paling unggul di Denmark dan sudah menjadi tugas saya untuk menyiarkannya.



“Jika keluarga diraja Britain ingin menyaman, kami terima dan kami akan menanganinya.”

Majalah Perancis, Closer yang mula menyiarkan gambar separuh bogel Kate sudah menerima arahan mahkamah supaya tidak menyiarkannya lagi.

Malah, tiga hakim Perancis mengarahkan majalah itu menyerahkan setiap salinan digital gambar itu serta diarah membayar kos perundangan.

Bagaimanapun, ramai yang menyifatkan keputusan itu sebagai kemenangan tidak bermakna untuk William dan Kate kerana ketika itu, lebih 500,000 naskhah majalah itu sudahpun terjual.

Tambahan pula, keputusan itu hanya membabitkan Closer.

Dalam pada itu, majalah gosip Amerika Syarikat, Gawker, semalam turut menyiarkan gambar seperti yang terkandung dalam Se og Hør.


Harian Metro

Benarkah gadis Cina Singapura ini buat bajet untuk Anwar?


Sesiapa yang melihat penyediaan bajet PR kali ini pasti dapat merasakan perbezaan yang ketara. Nampak kali ini, Anwar hendak menekankan agenda meruntuh, demonization beberapa agensi kerajaan yang dibina oleh kerajaan.

Meruntuh sahaja? Apa sebenarnya yang Anwar inginkan? Apa program baru yang Anwar nak tawarkan.

Rupa-rupanya, ada budak baru yang membuat kerja bajet PR tahun ini. Rafizi dan Tony Pua pun tidak mampu memberikan input yang diharapkan.

Katanya, orang baru yang lebih menarik perhatian Anwar mempunyai pemikiran yang sangat lateral dan mempunyai idea yang sangat baru.

Tricia Yeoh!
Tricia Yeoh – adalah permata baru dalam PKR. Sekarang ini menjadi Research Officer TS Khalid Ibrahim (RM18000.00 sebulan); Tricia sudah mula digunakan Anwar di peringkat yang lebih tinggi, Level Nasional.

Tricia ini memang mempunyai minda ‘samarata’ – egalitarian. Semua mesti sama rata. Tak boleh ada perkauman dan sebagainya.

Pemikiran seperti Tricia Yeoh ini memang kena dengan fahaman politik Anwar sekarang. Gung-ho liberalism. Liberalkan semua perkara.

Anwar sendiri sudah memaklumkan kepada TS Khalid, bahawa Tricia perlu berada di dalam Parlimen untuk PRU yang akan datang ini. Salah satu kawasan Parlimen – urban seat di Selangor akan menjadi milik Tricia Yeoh. Anwar mahu budak muda ini diberikan peluang yang lebih luas.

Tapi Anwar tidak tahu satu perkara, dalam pada Anwar percaya dengan kebijaksanaan Tricia – satu bab daripada bajet (mengenai perumahan); sebenarnya disediakan oleh orang lain.

Tricia yang tidak faham sangat mengenai property – beliau telah sub-con penyediaan bajet ini kepada seorang lowyer rank legal officer HDB Singapura.Sebab itu, Anwar tidak ada modal lain, kecuali menggunakan model HDB Singapura.

Ada juga manusia cari rezeki begini?


Keutamaan mereka ialah hiburan dan mendapatkan wang dengan cara mudah. Itu cara hidup segelintir pasangan suami isteri di ibu kota yang ‘sekepala’ menjalani kehidupan yang disifatkan golongan terbabit amat bahagia biarpun diselubungi noda.

“Isteri saya pernah kerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan saya beri keizinan kerana pendapatannya lumayan, boleh cecah sehingga lebih RM10,000 sebulan.

“Lagipun, saya minat hiburan dan suka lepak dengan kawan mendengar muzik,” kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 37.

Man yang mendakwa hanya bekerja sendiri berkata, dia dan isterinya, Liza, 28, baru berkahwin lima bulan lalu.

“Tapi, isteri saya baru saja berhenti kerja sebagai GRO sejak sebulan lalu kerana kini dia hamil lima minggu,” katanya.


Sumber: Harian Metro

Taikun Tawar RM200 Juta Jika Berjaya Kahwin Dengan Anaknya Yang Lesbian


Hong Kong – Semua bapa ingin melihat anak mereka berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

Tidak terkecuali seorang bilionair di Hong Kong, Cecil Chao Sze-tsung, yang ingin menyaksikan anak perempuannya, Gigi, berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

Namun hasratnya tidak kesampaian apabila Gigi, yang juga lulusan Universiti Manchester rupanya seorang lesbian dan dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan rakan sejenisnya, Sean Eav di Paris pada 4 April lalu.

Tidak mahu berputus asa, Cecil kini menawarkan ganjaran lebih Rm 200 juta kepada mana-mana lelaki yang berjaya mencuri hati anak perempuannya hingga ikatan mereka berakhir di jinjang pelamin.

Taikun hartanah itu melancarkan pencarian suami baru-baru ini.

“Saya tidak kisah sama ada lelaki itu miskin atau kaya, yang penting dia mempunyai sifat yang baik.

“Gigi adalah seorang wanita yang baik selain mempunyai rupa serta berbakat. Dia amat menyayangi ibu bapanya dan suka melakukan kerja-kerja kebajikan,’’ kata jutawan berkenaan.

Cecil berkata, wang berkenaan adalah sebagai tarikan kepada mana-mana lelaki untuk memikat anaknya, bukan dijadikan modal untuk memulakan perniagaan sendiri.

Namun beliau tidak akan memaksa anak perempuannya itu jika dia enggan mengawini lelaki berkenaan.

Gigi kini merupakan pengarah eksekutif di syarikat hartanah bapanya, Cheuk Nang.

Hasrat taikun berkenaan bagaimanapun mendapat kritikan dengan ramai yang menyifatkan tawaran tersebut umpama menjual anak sendiri.

Malah ada juga yang memintanya menerima anaknya itu seadanya walaupun dia seorang lesbian.

Benarkah wanita ini disumpah menjadi Batu di Paloh Johor



Video menunjukkan seorang wanita disumpah menjadi batu di Paloh Johor. 

Menurut sumber, kononnya seorang wanita yang telah curang terhadap suaminya disumpah menjadi batu di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Paloh, Johor. Wanita itu dikatakan telah ditukar menjadi batu ketika sedang asyik memadu asmara bersama teman lelakinya.

Dalam video tersebut, batu itu memang melihatkan bentuk badan seorang wanita yang sedang berbogel, lengkap dengan rambut yang panjang.

Apa pun jangan ikut perangai pemimpin Pakatan Rakyat yang suka buat maksiat bila didedah dikatakan pula memfitnah. Ini bermakna perkataan fitnah telah menghalalkan mereka melakukan maksiat sesuka hati mereka.

Cina DAP memang jenis Cina yang tidak tahu berterima kasih


Inilah muka-muka cina DAP yang tidak tahu berterima kasih. Mereka datang ke tanah Melayu pada asalnya sebagai buruh sahaja tetapi orang Melayu memberi peluang kepada mereka untuk meneroka, mengambil segala khazanah dibumi Malaysia ini tanpa was-was. Sehingga mereka menjadi kayaraya sampai mampu membuka premis OLD TOWN WHITE COFFEE dan akhirnya inilah balasan terhadap orang Melayu.

Lihat pula gambar di bawah ini betapa susahnya penduduk di negeri Cina untuk bersekolah, mereka terpaksa melalui berbagai laluan yang cukup mengerikan yang penuh dengan berbagai dugaan dan rintangan.

Ngeh dan Nga perlu sedar jika nenek moyang mereka tidak diambil bekerja di Malaysia mereka juga mengalami perkara ini.

Mari kita lihat cara kanak-kanak ini pergi kesekolah dengan melalui apa..???














Inilah sekolah mereka

Saturday, September 29, 2012

Ceramah Mat Sabu 121 di pekan Razaki, Sg Rokam semakin Nazak

Gambar diambil pada jam 11.10

Ceramah Mat Sabu 121 anjuran Pas Sungai Rokam semakin nazak apabila tidak sampai 100 penyokongnya hadir. Kebanyakan yang hadir adalah penyokong dari luar yang ingin melihat dan mendengar lawak Mat Sabu 121 sahaja.

Yang bertanda bulat adalah tikar yang diletakkan oleh penganjur di hadapan pentas tetapi tiada seorang pun yang ada.


Gambar di atas menunjukkan keadaan dalam khemah yang dikhaskan untuk tetamu yang masih kosong walaupun hanya satu sahaja khemah disediakan.

Fenomena inilah yang menjadikan Pas semakin terdesak akan bertindak liar kerana kekurangan penyokongnya.

Semasa tinjauan Sungai Rapat Online mendapati beberapa anggota yang ditugaskan untuk meneliti dan sentiasa memerhati kalau-kalau ada dikalangan pengunjung bukan penyokongnya.

Beberapa individu yang berbadan sasa ditempatkan disemua jalan masuk ke tapak ceramah Mat Sabu sambil memrhati kereta yang masuk. Keadaan ini tidak pernah dilakukan oleh UMNO ketika menganjurkan ceramah sebegini.

Pendek kata pasukan keselamatan mereka sentiasa memerhati dan jika ada pengunjung yang dikhuatiri bukan penyokong mereka , maka mereka akan terus mendekati dan menghalau atau mengugut akan bertindak memecahkan cermin kereta.

Begitulah betapa terdesaknya Pas sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan maruah mereka. Perkara ini wajar dilakukan oleh pihak UMNO semasa membuat sebarang ceramah.

MUTAKHIR: Kanak-kanak 12 tahun mati lemas di Sungai Perak




IPOH: Mayat kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan terjatuh di Sungai Perak berhampiran Kampung Temerlong Hilir, Lenggong, semalam, ditemui lima kilometer dari tempat kejadian, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharum berkata, mayat Mohd Aiman Zainuddin Abd Rahman, ditemui penduduk kampung pada jam 7 pagi.


"Mayat dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi dan menambah dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, mangsa sedang bermain dengan kawan-kawan berhampiran rumahnya dikatakan tergelincir dan dibawa arus deras sungai.

"Rakan-rakan Mohd Aiman cuba membantunya tetapi gagal dan memberitahu keluarga mangsa," katanya.

Polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat berusaha mencari sehingga 12 tengah malam tetapi gagal menemui mangsa.

Abdul Manab berkata, polis dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Gerik juga sedang berusaha mencari seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang ketika mandi di sungai sama berhampiran Kampung Kuala Rui, Gerik, petang tadi.

Remaja berkenaan, Shum Zu Zian, mandi di sungai jam 3 petang bersama seorang rakan dan dikatakan gagal berenang ketika dibawa arus deras dan tenggelam. 


"Rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan penduduk kampung berhampiran, manakala mangsa masih belum ditemui," kata Abdul Manab.

Siti Nurhaliza Mahu Kuruskan Badan nak lawan dengan Rozita Che Wan


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 33, mahu menurunkan berat badannya sehingga 55 kilogram (kg), walaupun sudah memiliki berat yang ideal iaitu 58 kg mungkin mahu menandingi Rozita Che Wan.


Sebelum ini Rozita Che wan dikatakan telah mempunyai hubungan dengan Datuk K , mungkin kerana kecantikan Rozita dan Datuk K memang suka pada orang yang lawa.

Sebenarnya Siti berkata, penurunan berat badan itu harus dibuat kerana enggan kelihatan besar apabila tampil di televisyen.

"Walaupun di luar orang nampak dah elok, kita tetap akan nampak empat kilogram lebih besar apabila muncul di televisyen.

"Buat masa ini saya sudah pun mula menjaga pemakanan dan bersenam untuk mendapatkan berat seperti yang diinginkan," katanya.

Siti ditemui pada majlis makan malam bersama rakan-rakan media, pereka fesyen dan jurusolek di kediamannya di Bukit Antarabangsa dekat sini.
Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa@Datuk K. 

Lajim Ukin Dipaksa membeli surat Cinta Azizah RM50,000.00


Apa ertinya Lajim Ukin dipaksa membeli surat cinta Azizah dengan harga RM50,000.00?


Sudah pasti ada satu helah Anwar bagi mengaburi mata rakyat mengatakan bahawa pakatan rakyat sudah tidak mempunyai dana untuk menghadapi PRU13 walhal  mereka sudah bersedia dengan dana lebih besar daripada Barisan Nasional.
Surat cinta dari cina doll
Anwar juga cuba mengaburi mata rakyat bahawa ahli Parlimen katak Lajim Ukin yang baru melompat dari UMNO ke pakatan rakyat mempunyai banyak wang.

Ini semua psywar yang UMNO/BN kena hadapi kerana ada juga rakyat akan terperangkap dengan psywar Anwar Ibrahim sekaligus akan bersimpati dengannya seperti yang terjadi semasa PRK di Permatang Pauh.

Gambar yang membuatkan demam Anwar tak kebah




Gambar di atas yang membuatkan demam Anwar terus tidak kebah dan menjadikan dendam Anwar terhadap Najib semakin membara, ikuti ulasan N9kini di Paroi:

PAROI, 29 Sept. – Seluruh rakyat di negara ini rata-rata amat senang hati dengan pembentangan Belanjawan 2013 yang bertemakan “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat, Janji Ditepati.”

Perdana Menteri, Dato’ Seri Utama Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, rakyat semakin tahu membezakan di mana janji yang ditaburkan oleh pihak pembangkang hanyalah janji semata-mata mahu meraih undi pada PRU-13 tetapi berbeza dengan janji yang dibuat oleh kepimpinan Barisan Nasional di mana ianya akan tetap ditunaikan.

“Tahun depan kita akan bagi lagi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2.0 kepada ketua isirumah dan golongan orang bujang. Kita lakukan ini demi kesejahteraan rakyat sekaligus menyindir mereka yang telah membuat perhimpunan bersih 2.0 yang tidak berapa bersih,” ujar beliau ketika berucap dalam Majlis Perasmian Program Jelajah Janji Ditepati dan PR1MA yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban, di sini, hari ini.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa kerajaan juga memandang serius kepada permasalah yang ditanggung oleh golongan muda dan baru berkahwin yang mahu membeli rumah buat pertama kali dengan harga yang berpatutan dengan gaji mereka.

“Oleh yang demikian, kerajaan telah melancarkan projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) di mana harga rumah di pasaran akan lebih rendah sebanyak 20-30 peratus,” jelas beliau.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan berkata, sebanyak 5,000 unit perumahan PR1MA akan dibina dalam masa dua tahun lagi di negeri ini iaitu di kawasan Seremban 2, North Seremban, Senawang dan Rasah.

Kata beliau, berdasarkan kehadiran lebih kurang 50ribu rakyat pada program ini telah membuktikan bahawa rakyat semakin teguh dan akan terus menyokong kepimpinan Barisan Nasional demi memartabatkan agama, bangsa dan tanahair.

Sejurus pelancaran, Perdana Menteri dan Menteri Besar melawat kedai-kedai pameran yang terdapat di sekitar kawasan Kompleks Paroi dan kemudian meninggalkan majlis untuk menuju ke khemah jamuan makan tengahari bersama rakyat di Bekas Tapak Kem Paroi, Seremban.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Dato’ Seri Rosmah Mansor, isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mat Ali Bin Hassan, Anggota Exco, Ketua-ketua Jabatan, Pemimpin Parti Komponen BN dan pemimpin masyarakat setempat.

3 ekor Melayu Bangsat bersama Dong Zong buat tuntutan


Tiga ekor pemimpin Melayu paling bangsat bersama Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) hari ini mengemukakan memorandum lapan tuntutan kepada kerajaan bagi menuntut beberapa masalah yang melanda Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) diselesaikan.

Tuntutan itu diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di bangunan Parlimen selepas mereka mengadakan perhimpunan di Padang Merbok.

'Mereka juga membangkitkan isu kelulusan penubuhan Sekolah Menengah Persendirian Cina di Segamat, masalah peruntukan di SJKC yang sedikit serta pelaksanaan mekanisme normal penubuhan SKJC dengan menyediakan tanah rizab sekolah

Terdahulu, kira-kira 500 ahli Dong Zong berhimpun di Padang Merbok bagi menyatakan sokongan terhadap kempen menyelamatkan bahasa Cina yang diketuai oleh pengerusinya, Dr. Yap Sin Tian.

Selepas berkumpul dan berucap pada perhimpunan itu, Sin Tian bersama 20 wakil Dong Zong kemudiannya berarak hingga ke bangunan Parlimen untuk menghantar memorandum kepada wakil Mohamed Nazri.

Kehadiran pertubuhan tersebut kemudiannya disambut mesra oleh Ketua Pembangkang paling haramjadah, Anwar Ibrahim.

Anwar bersiap akan serang Bajet 2013 di Dewan Rakyat Isnin ini



Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dijangka akan membuat ceramah politik selama 3 jam dan seterusnya menyerang belanjawan yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak Jumaat semalam.

Anwar adalah makhluk pertama akan diberi peluang oleh Speaker Dewan Rakyat untuk membahaskan belanjawan 2013 Isnin ini. Anwar akan menggunakan pentas ini sehabis mungkin untuk membentangkan ceramah politik mengutuknya terhadap belanjawan 2013 yang telah dibentangkan semalam.


Serangan awal telah pun dimulakan oleh Anwar dengan mencabar Perdana Menteri mengikut rentaknya hadir mendengar segala makiannya yang tidak berfaedah.

Anwar akan menggunakan segala kepandaiannya putarbelitnya demi untuk memperlihatkan bahawa dia sudah layak menjadi PM Malaysia.

Kata Anwar "Bajet Najib pertama kali bajet yang tak mula dengan beri senario ekonomi antarabangsa. Sebab apa relevan, sebab Malaysia negara perdagangan dan tak boleh lari daripada masalah luaran.

Anwar menyatakan rasa terlalu malu dengan sindiran terhadapnya dan akan membalas dendam pada hari Isnin ini.

Bajet 2013 kerajaan dari awal sampai akhir serang Pakatan Rakyat dan saya sampai saya rasa nak demam, kata Anwar

Tunggu hari Isnin pembalasannya, kepada pemimpin UMNO/BN yang lain diminta bersedia dengan serangan saya, kata Anwar

Anwar tidak pernah suka dengan pendirian Pas - Dedah Fairuz



Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairuz Khairuddin mendakwa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak pernah suka dengan pendirian Pas yang memperjuangkan dasar Islam.

Menurut Fairuz, kenyataan mengenai Anwar ini pernah didedahkan ketika beliau masih berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Fairuz meletakkan jawatan itu pada Mac 2009 dan kemudian keluar dari PKR.

"Hari ini saya mahu dedahkan yang selama ini, Anwar tidak pernah suka dan setuju dengan dasar Pas. Beliau anggap Pas ini tidak boleh diharap," kata beliau pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah" di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi Ideologi Politik: Adakah Menjadi Penghalang Kepada Penyatuan.

"Saya sendiri sedih kerana Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah menyanggah dan berkata tidak jika Anwar campur tangan dalam Pas," katanya.

Tambah beliau, cara pemikiran Anwar tidak seiring dengan Pas kerana sering berbeza pendapat dengan Pas berhubung dengan Islam.

"Ilmu agama Islam hanya 'celup-celup". Tidak sepatutnya Anwar bercakap mengenai Islam dengan ilmu yang cetek.

"Bila nak cakap tentang Islam, Anwar perlu teliti sama ada ia benar atau bertentangan dengan Islam," tegasnya.

Menurut Fairuz, pengalamannya bekerjasama dengan Anwar semasa berkhidmat satu ketika dulu membuatkan beliau "celik mata" dan membuatkannya sedar siapa Anwar sebenarnya.

"Pengalaman saya dulu sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu, benar-benar memberi pengalaman yang cukup bermakna buat saya," katanya.

Video lucah Mat Sabu: Edar sendiri kemudian tuduh UMNO/BN taktik terkini penyokong DAP



Seperti biasa apa sahaja yang berlaku di semua tempat sudah tentu disalahkan orang lain. Yang pastinya UMNO/BNlah dijadikan sasaran, tambahan pula kelembapan beberapa pemimpin UMNO untuk bertindak balas maka ini akan memberi peluang kepada mereka untuk berkata apa sahaja tanpa dijawab oleh sebarang pemimpin UMNO/BN

Kalau sebelum ini mereka suka tuduh UMNO akan mengganggu ceramah mereka sedangkan UMNO tidak tahu apa-apa pun, ini bertujuan untuk menaikkan semangat penyokong mereka dari luar bagi memenuhi setiap ceramah mereka.

Pernah sebelum ini mereka sanggup menghantar SMS fitnah semata-mata bagi memburuk-burukkan UMNO dimata masyarakat sedangkan semuanya adalah fitnah klik disini




Selepas itu mereka juga pernah memfitnah bahawa UMNO akan ganggu dalam majlis ceramah Mahfuz di Batu Gajah, dengan matlamat yang sama iaitu untuk menaikkan semangat penyokong Pas dari luar termasuk Manjong, Manjoi, Parit dan ada datang dari Kuala Kangsar, Kedah  bila mendengar bahawa UMNO akan ganggu ceramah pemimpin mereka. Klik disini

Taktik kotor inilah yang kerap digunakan oleh Pas sejak akhir-akhir ini iaitu sejak mereka menyokong kenyataan Ngeh Koo Ham dengan menghina umat Islam. Sejak itulah tapak-tapak ceramah mereka hampir kosong hanya yang tinggal beberapa penyokong Pas yang tua sahaja. 

Pada hari ini terjadi lagi di Kg Sungai Rokam dalam beberapa blog Pas di Sungai Rokam kecoh kononnya ada orang telah mengedar VCD lucah Mat Sabu dengan Normah di bilik 121 Hotel Perdana Kota Bharu.
Bekas Ketua Kampung Kg Melayu zaman Rejim Cina DAP Perak 11 bulan
Beberapa ketua kampung 'expired' zaman rejim pemerintahan Cina DAP Perak 11 bulan cuba membohongi masyarakat kampung kononnya ada orang tertentu walaupun tidak menyebut UMNO tetapi merujuk kepada UMNO Sungai Rokam telah mengedarkan VCD lucah Mat Sabu 121.

Untuk pengetahuan UMNO Sungai Rokam merupakan sebaik-baik manusia jika nak dibandingkan dengan Pas Sungai Rokam. Ketua Pas Sungai Rokam pun merupakan seorang bekas guru yang pernah mencabul pelajarnya kemudian diberhentikan oleh Jabatan Pelajaran Perak serta merta. tanya orang Kampung Sungai Rokam sendiri kalau nak tahu selanjutnya!!!!!!!!

Pas Sungai Rokam yang diketuai oleh bekas guru ini mendakwa kononnya ada orang mengedarkan VCD di medan Selera Kg Sungai Rokam iaitu di belakang Dewan Sungai Rokam.

Untuk pengetahuan tempat yang disebutkan adalah 'port' penyokong Pas dan DAP Perak tiada seorang pun penyokong BN teringin duduk bersembang di 'port' mereka itu. Jika ada pun hanya bebrpa pelanggan cina yang berkiblatkan DAP Perak.

Bagaimana pulak mereka mendakwa ada banyak cd berlonggok atas meja mereka?

Haaaaaa......Inilah salah seorang  pelanggan tetap gerai di situ yang dikatakan kononnya terserempak dengan longgokan cd diatas salah satu meja makan di situ.

Pelakon.........Ini adalah seorang pengganggur yang kerjanya adalah untuk mengintip apa sahaja kerja yang dibuat oleh UMNO/BN di Sungai Rokam. Dia ni juga dikatakan pengintip kepada DAP Perak. Dia ini  dibekalkan prepaid untuk menghubungi samada pemimpin Pas, DAP atau PKR bagi memaklumkan sebarang perkembangan aktiviti UMNO/BN.

Pada akhir sekali sebenarnya Pas Sungai Rokam nak buat gempar bahawa pada malam ini Mat Sabu Normah 121 akan datang berceramah di Kampung Sungai Rokam dengan tajuk "Bau Normah masih ada lagi"

Ekoran itu takut orang tak datang dan ini akan memalukan penganjur maka mereka buat fitnah ini.

Pas dan fitnah tidak dapat dipisahkan...oleh itu awas wahai orang kampung.