Wednesday, October 31, 2012

Jual aset PKNS: Sultan Selangor Murka?




AL-KISAH baginda Sultan Selangor yang memerintah negeri makmur dan kaya Selangor Darul Ehsan dikatakan teramatlah mengambil berat mengenai nasib PKNS. PKNS ialah sebuah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang dipertanggungjawabkan membina rumah-rumah mampu milik khususnya untuk orang miskin bandar, terutamanya orang Melayu.

Itulah asas penubuhannya sejak puluhan tahun lalu. Orang Melayu yang berhijrah ke bandar dan tinggal di pinggir KL ditawarkan menghuni rumah-rumah murah PKNS.

Ada yang tinggal di flat-flat, ada di rumah-rumah teres. Ruang niaga juga dibina bagi memberi peluang orang-orang Melayu berniaga kecil-kecilan. 

Dengan membangunnya Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor, rumah-rumah PKNS didirikan di merata seksyen. Ia memberi kemudahan kepada orang Melayu tinggal.

Orang-orang Melayu tidak mampu tinggal di banglo-banglo mahal di Petaling Jaya atau Bukit Damansara atau Subang Jaya maka terbinalah rumah-rumah PKNS di kawasan Datuk Keramat di Kelana Jaya, di Ampang, Shah Alam serta di seluruh negeri Selangor Darul Ehsan.

Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ayahanda baginda Sultan sekarang amat gembira dengan perkembangan itu. MAsjid biru yang diberi nama almarhum dibina dan dikelilingi tasik indah. Bagunan SUK yang juga diberi atas nama almarhum didirika di atas bukit. Shah Alam bagaikan bandar raya atas kayangan.

Almarhum kemudian mangkat dengan amannya(Al-Fatihah)

Kini anakanda almarhum mengambil alih takhta bersemayam.

Istana Bukit Kayangan dan Istana Mestika menjadi saksi bertapa majunya bandar raya Shah Alam, satu-satunya bandar raya paling tersusun dan terancang orang Melayu yang dibangunkan PNKS.

Tiada mana-mana bandar raya seumpamanya di Malaysia yang begitu berjaya seperti Shah Alam, selain Putrajaya.

Selama 50 tahun tiada masalah yang timbul dalam pentadbiran kerajaan Selangor juga PKNS. Tiada juga terdengar kekecohan pada Yayasan Selangor (YS). Tanah dan aset-aset PKNS dan YS sangat banyak di merata lembah kelang dan cukup strategik. Sebahagian besar tanah itu dibeli oleh entiti-entiti tersebut mahupun dikurniakan oleh Sultan Selangor.

Nilai hartanah kedua-dua entiti ini cukup mahal. Ia termasuklah mercu bangunan Yayasan Selangor di tengah-tengah kawasan Bukit Bintang. Kononnya bangunan itu dulu cuba disunting DAP untuk dijadikan ibu pejabat parti. Namun cubaan itu dikatakan gagal.

Semangat Menteri-Menteri Besar Selangor terdahulu yang diterajui oleh pimpinan UMNO tetap utuh untuk mempertahankan entiti-entiti ini.

Nasib Melayu bandar jangan sama sekali diperjudikan. Para pemimpin dahulu sangat menitikberatkan soal geopolitik orang Melayu dan ketompokan kawasan pilihan raya orang Melayu. Ia bagi memastikan 'survival' politik Melayu terus kekal di kawasan-kawasan pinggir Kuala Lumpur.

Shah Alam kini yang menjadi kubu geopolitik paling kukuh oleh Melayu telah berubah. Sejak Selangor diperintah secara face to face oleh DAP, banyak perubahan telah berlaku. MBnya sekarang ialah Melayu tetapi kuasangan dipegang oleh tangan-tangan DAP. Pas dan para pemimpinnya pula hanya menang berceramah dan bersorak.

Para pemimpin DAP telah berada dalam lembaga pengarah entiti-entiti Selangor itu. Mereka ada dalam lembaga pengarah PKNS, dalam SACC(pusat Konvensyen Shah Alam yang dibina di zaman Dr. Khir Toyo) dan dalam entiti yang lain.

Mereka sudah tahu kekuatan dan kelemahan entiti-entiti itu.

Baru-baru ini al-kisah dimaklumkan bahawa KBDYMM baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah memanggil Pengurus Besar PKNS, Othman Omar, yang popular sebagai OO, untuk menghadapnya.

Baginda amat mengambil berat soal PKNS sebagaimana almarhum ayahanda baginda telah bertanya mengenai perkembangan perbadanan itu dan kepentingan orang Melayu.

Al-kisah baginda menasihatkan supaya PKNS dipelihara dan dikekalkan falsafah penubuhannya. Kuota Bumiputera harus dipertahankan. Itu ingatan Tuanku Sultan.

OO pun dengan penuh yakin berkata semuanya baik-baik belaka Tuanku. Semuanya OK Tuanku!

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba meletup berita dalam akhbar, yang menurut puak-puak Pas akhbar-akhbar itu hanya menjual fitnah, bahawa lima aset PKNS akan dijual.

Ia termasuklah Kompleks PKNS di Shah Alam yang menjadi ikon bandar raya itu. Kompleks PKNS adalah umpama Kompleks Pekan Rabu Alor Star. Para pelawat ke bandar raya itu pasti akan wajib singgah di situ. Kononnya Kompleks itu dijual dengan harga RM85 juta.

Aset-aset lain yang kononnya akan dijual ialah Menara PKNS Petaling Jaya dengan harga RM90 juta; Shah Alam Mall (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan wisma Yakin (7 juta).

Pacal yang hina pastinya akan  beranggapan Tuanku Sultan sudah tentu akan  murka mendengar kisah ini.

Apa sudah jadi, OO kata semuanya OK. kini KO pula?

Jika dijual apa akan jadi kepada PKNS? Apa akan jadi kepada peniaga Melayu di kompleks-kompleks itu? Sudah tentu pembeli baru aset-aset itu akan menaikkan sewanya? siapa yang akan membelinya?

Jika dijual, walaupun kepada anak syarikat PKNS sendiri, adakah falsafah asal PKNS akan dicairkan dan kepentingan orang Melayu tidak dikisahkan lagi?

Adakah kelemahan sudah diketahui dan ini caranya untuk melunturkannya?

Benarkan sebuah syarikat ditubuhkan untuk membeli aset-aset itu. benarkan ia dijual kepada Private Real Estate Company (PREC)

Al-kisahnya pihak-pihak yang mahu membeli aset itu telah meminta diserahkan geran-geran supaya transaksi boleh diteruskan dan ditukar nama.

Tapi di dalam PKNS bukan semuanya seperti 'puak-puak itu'.

Ada pihak dalam PKNS yang masih bersemangat waja. Mereka melambat-lambatkan transaksi itu. Pemberian geran-geran itu untuk transfer dilengah-lengahkan. Mereka amat bimbang dengan penjualan ini. Mereka amat bimbang apa akan jadi akhirnya kepada PKNS?

Hati mereka ialah sewaja para pemimpin terdahulu. Sewaja semangt roh Tuanku Sultan dan Almarhum Tuanku Sultan. Sewaja MB-MB terdahulu, termasuk semangat waja pengasas PKNS yang juga bekas MB selangor, Allahyarham Tan Sri Harun Idris.

Satu sumber dalaman PKNS, yang bersemangat dan berhati waja membuat pendedahan yang lebih dasyat kepada Utusan Malaysia hujung minggu lalu.

Kerajaan Selangor naungan DAP dikatakan bukan mahu jual lima sahaja aset PKNS, tetapi kesemuanya.

Menurut sumber itu, sejak September lalu, PKNS telah menyerahkan pengurusan Kompleks PKNS Shah Alam kepada PREc dan di dalam perancangan meraka, kesemua aset komersialnya akan diberikan kepada anak syarikatnya itu,

Menurut sumber itu, alasan yang sering diberikan mengapa PKNS merancang untuk menyerahkan kesemua aset komersialnya kepada PREC adalah kerana kononnya pekerjanya selama ini tidak kompetitif hingga gagal memberi keuntungan berganda kepada syarikat.

Hairan, jika dikatakan tidak untung tahun lalu PKNS membayar lima bulan bonus kepada kakitangannya.

Saya berharap PKNS jangan terlalu ghairah mengejar keuntungan sehingga mengorbankan falsafah asalnya.

Persoalannya : Adakah wang penjualan itu yang dicairkan, kemudiannya akan disalurkan ke tabung-tabung politik?

Pilihanraya sudah dekat. wang kena pakai banyak.

Itu hanyalah pendapat umum yang dikutip oleh pacal yang hina ini.

Akhir kata, Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun. Sembah Patik Harap Diampun

Pacal yang hina ini mohon berundur diri.

Nik Aziz Enggan Berundur Sebab Nak Jadi Perdana Menteri



Menteri Besar Kelantan, datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telahpun mengesahkan keinginannya untuk terus menerajui kepimpinan PAS disamping tetap bersedia untuk bertanding lagi dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).



Kata Nik Aziz, soal kesihatannya bukanlah satu isu besar kerana yang penting ialah memiliki kekuatan minda dan ketajaman fikiran untuk terus berjuang. 

Entahlah setakat mana tajamnya pemikiran Nik Aziz kerana sejak 22 tahun memerintah Kelantan, hakikatnya beliau hanya lebih banyak berceramah politik siang dan malam berbanding kerja buat untuk kebajikan rakyat jelata.

Malah dalam banyak mesyuarat Exco Negeri yang penah dipengerusikannya, beliau lebih banyak mengangguk dan sesuka hati tandatangan itu ini tanpa mendalami dan memahami sesatu perkara berbanding menyumbang buah fikiran yang bernas yang bermanfaat untuk kebaikan rakyat.

Pendek kata, hadirnya Nik Aziz dalam Kerajaan PAS Kelantan hanya sekadar sebagai simbol keramat hidup untuk kepentingan politik PAS disamping memanaskan kerusi MB sahaja sambil makan gaji buta.

Dalam pada itu, keeengganan Nik Aziz untuk berundur dari dunia politik yang sudah mendarah daging dalam dirinya sejak lebih 4 dekad lalu itu juga sebenarnya tersirat satu matlamat lain.

Ada ura-ura mengatakan, wujud perancangan dari pihak tertentu dalam PAS untuk meletakkan Nik Aziz bertanding di peringkat Parlimen sebagai persediaan kononnya untuk menjadi Perdana Menteri gantian selepas Ketua Umum PKR.

Misal kata PR berjaya mengambil alih pemerintahan di peringkat pusat, Anwar Ibrahim dikatakan cuma akan menjadi PM untuk selama dua bulan sahaja, selepas itu pemimpin PR yang lain akan memaksa Anwar supaya meletakkan jawatan dengan ancaman pendedahan skandal peribadinya.

Bagi sesetengah pemimpin PAS, mereka melihat Nik Aziz sebagai calon yang serasi untuk menyatukan kelompok pemimpin dalam PR walaupun sebenarnya dari segi hal urus tadbir, beliau sebenarnya agak naif.

Selain Nik Aziz, calon lain yang dikatakan berada dalam posisi berhak untuk menyandang jawatan PM ialah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng. 

Mungkin ura-ura tersebut hanyalah sekadar gossip-gossip pilihanraya buat penyedap halwa telinga, namun bila dilihat pada nafsu duniawi Nik Aziz yang masih kemaruk untuk bergayut pada kuasa, tak mustahil memang benar orang tua haprak itu pun sebenarnya memang berhajat untuk menjadi Perdana Menteri.

Taufan Sandy : Liyana Jasmay & Juliana Evans Selamat


Dua artis popular tanah air iaitu Liyana Jasmay dan Juliana Evans yang kini menyambung pelajaran New York dan Michigan, Amerika Syarikat berada dalam keadaan selamat ketika bencana alam Taufan Sandy melanda negara itu.

Kedua-dua artis itu menerusi laman Twitter milik mereka menyatakan perasaan bimbang dan berkongsi pengalaman berhadapan dengan keadaan tersebut.

Menurut Liyana Jasmay yang sedang menyambung pelajaran jangka pendek dalam jurusan pengarahan lakonan di New York Film Academy, situasi di tempatnya sangat buruk dengan angin yang kuat.

Bagaimanapun, dia memberitahu berada dalam keadaan baik dan kawasan kediamannya terletak di zon selamat.

 

Antara petikan dari Twitter milik Liyana Jasmay


"Keadaan sangat buruk, Taufan Sandy dijangka akan melanda kawasan ini, namun rumah saya berada dalam zon selamat, saya harap semuanya akan selamat.

"Angin kuat, nak masak awal-awal takut bekalan elektrik terputus, sangat risau dan berdoa kepada Allah sahaja," tulisnya pada Isnin.

Namun tiada sebarang perkembangan terbaru dari Liyana menerusi kemas kini terakhir pada petang Isnin lalu memberitahu bekalan elektrik terputus.

Sementara itu, Juliana Evans juga turut mengemas kini status Twitternya dengan mengatakan kawasan kediamannya di sana berada dalam keadaan baik.

"Saya berada dalam keadaan selamat di sini, berdoa semoga semuanya selamat, Insya-Allah.

"Cuaca di sini agak teruk dan hujan, namun saya dengar taufan itu tidak melanda daerah Michigan, Alhamdulillahlah," tulisnya pada Rabu.

Juliana menyambung pengajian dalam jurusan Komunikasi Massa di Universiti Michigan.

 
Twitter milik Juliana Evans

Menurut kenyataan Wisma Putra yang dikeluarkan pada Selasa, kira-kira 1,200 pelajar Malaysia berada di kawasan terjejas.

Jabatan Pelajar (kedutaan) telah berhubung dengan Pejabat Pelajar Antarabangsa di universiti-universiti di kawasan itu untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil bagi memastikan keselamatan pelajar.

Bagaimanapun, Kedutaan Besar Malaysia di Washington dan Konsulat Jeneral Malaysia di New York melaporkan tidak menerima apa-apa laporan rakyat Malaysia dalam bahaya.

Wang hantaran deejay Hot FM Terengganu lesap


Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu mengalami detik cemas setelah disamun dua lelaki bersenjatakan pisau lipat di Jalan Pusara di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian 12.15 pagi tadi, mangsa Mohd Hermansani Aminudin, 29, yang memandu keretanya bersendirian dalam perjalanan untuk minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai di Jalan Kamaruddin di sini.

Menurut mangsa, ketika kejadian dia baru pulang dari sebuah bank untuk memasukkan duit hantaran perkahwinannya namun operasi bank ATM telah tutup.

Namun ketika melalui kawasan Jalan Pusara, beliau didatangi sebuah motosikal dan menjatuhkan motosikalnya di hadapan keretanya.

"Masa tu saya agak panik. Ingatkan saya yang langgar motosikal yang dinaiki dua lelaki itu, saya pun beranikan diri keluar dari kereta.

"Masa saya keluar dari kereta, seorang daripada mereka bertindak menyerang saya dengan menekan dada dan mengacukan pisau di perut manakala seorang lagi menggeledah kereta," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Hermansani berkata, akibat daripada kejadian itu, beliau kerugian kira-kira RM5,000 yang diletakkan di dalam 'dashboard' keretanya yang merupakan duit hantaran wang perkahwinan yang dijadualkan 10 November ini.

Menurutnya selepas menggeledah kereta kira-kira lima minit, kedua-dua lelaki berkenaan bertindak menolaknya ke belakang kereta. Bagaimanapun mangsa tidak mengalami kecederaan akibat kejadian itu.

"Kejadian berlaku amat pantas dan saya tidak dapat mengecam suspek kerana kedua-duanya menutup muka dengan topi keledar," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun menggunakan senjata.

Rakyat Perlu Hargai Pemimpin Yang Amanah Dan Tepati Janji - Najib



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat menghargai pemimpin yang sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang diberikan serta menepati janji.

Beliau berkata pemimpin yang tidak pernah mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan wajib disokong oleh rakyat demi kesejahteraan negara.

"Kita (pemimpin yang) tidak pernah bercakap bohong, kita bercakap benar, jadi kita mesti faham bahawa apa yang kita lakukan itu memang menepati kehendak agama kita, menepati hadis Rasulullah SAW.

"Ini amanah yang kita galas, tidak pernah khianati dan setiap janji kepada rakyat kita tepati," katanya dalam ucapan pada majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Kedah di Pantai Merdeka di sini Rabu.

Kira-kira 15,000 orang menghadiri majlis anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

Yang turut hadir pada perhimpunan itu ialah ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Johari Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah.

Selain itu, Najib menegaskan tugas mengendalikan urusan sesebuah kerajaan bukan sesuatu yang mudah, bukan semata-mata ikut suka hati sendiri atau sekadar menyedapkan halwa telinga pengundi.

"Sebab itulah kita sebagai sebuah negara yang semakin hari semakin berjaya, ada perancangan yang jelas dan berjuang melakukan perubahan yang besar. Untuk mencapai sebuah negara maju, kita perlu kepada kemajuan yang seimbang dan tidak boleh meminggirkan mana-mana golongan.

"Kalau kita dengar pembangkang hendak mansuhkan hutang, hapuskan tol, naikkan gaji minimum, kurangkan harga minyak...semuanya sekali boleh sebabkan ekonomi kita runtuh dan jika itu berlaku, hasil kerajaan juga akan merudum," katanya.

Najib memberi contoh mengikut Islam "kalau meninggal dunia wajib lunaskan hutang, kalau kita tak sempat, waris kita kena selesaikan. Kalau mati tanpa melunaskan hutang, berat pada roh kita nanti...seksa nanti, tapi pembangkang senang-senang kata hapuskan hutang, itu bukan ajaran Islam". katanya. Menyentuh permintaan Pertubuhan Peladang Kedah supaya dilaksanakan projek lebuh raya sungai dari dari Empangan Pedu di bahagian utara Kedah hingga ke daerah Kuala Muda di bahagian selatan, perdana menteri berkata kerajaan tiada masalah melaksanakannya.

"Kita (kerajaan) boleh bagi...tapi kena bagi (Barisan Nasional) menang jugalah (pilihan raya umum ke-13). InsyaAllah masalah-masalah yang dihadapi golongan petani, penternak dan nelayan yang disebutkan, akan diambil perhatian," katanya.

Projek lebuh raya sungai itu dicadangkan bertujuan mengalihkan aliran air sungai yang bengkak-bengkok di beberapa daerah di Kedah, seperti di Pendang, bagi mengelakkan berlaku kerosakan tanaman padi akibat air sungai masuk ke kawasan sawah padi.

Sebelum ini, apabila tiba musim tengkujuh banyak padi yang rosak dan musnah, kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang besar hingga jutaan ringgit untuk diberikan kepada petani sebagai ganti rugi.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan kerajaan persekutuan di bawah beberapa insentif seperti insentif pengeluaran beras, insentif peningkatan hasil, elaun sara hidup nelayan dan insentif tangkapan ikan negeri kepada petani, penternak dan nelayan.

Najib menyifatkan golongan petani, penternak dan nelayan sebagai wira yang tidak didendang kerana usaha dan perjuangan mereka adalah di belakang tabir serta tidak menonjol.

"Golongan ini mempunyai jasa yang sangat besar kepada kita, kenapa saya kata bahawa golongan ini wira yang tidak didendang...yang sebenarnya golongan petani, penternak dan nelayan ini mempunyai jasa yang begitu besar kepada negara.

"Mereka memberi sumbangan yang cukup besar kerana nasi yang kita makan saban hari adalah hasil daripada daripada titik peluh petani, ikan yang dijadikan lauk adalah kerana para nelayan sanggup meniti gelombang, panas matahari terik samudera untuk beri bekalan ikan kepada kita semua, begitu juga ayam dan daging yang kita makan buah dan sayur sebagainya kerana titik peluh serta jasa dan kesungguhan mereka," katanya.

Oleh itu, katanya, golongan petani, penternak dan nelayan sentiasa mendapat perhatian kerajaan dan kerana itu di bawah Belanjawan 2013, sebanyak RM5.8 bilion diperuntukan kepada Kementerian Pertanian dan Asas Tani bagi pembangunan ekonomi golongan ini.

Isu Kedah Corp: Akhirnya laporan SPRM dibuat oleh Pemuda Gerakan


Pemuda Gerakan Kedah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea yang dijalankan anak syarikat kerajaan negeri Kedah, Kedah Corporation Berhad (Kedah Corp).

Laporan oleh Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang di ibu pejabat SPRM di sini hari ini mendesak SPRM menjalankan siasatan terhadap anak syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) itu yang kerugian RM13.49 juta dalam projek tersebut.

“Keraguan timbul apabila Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan bahawa terdapat pembayaran muhibah kepada vendor bagi kerja-kerja yang dilakukan di Papua New Guinea seperti meneroka tanah, melobi menteri, tuan tanah dan sebagainya.

“Berdasarkan laporan audit, sebanyak RM1.21 juta dibayar kepada pihak ketiga untuk melobi menteri bagi mendapatkan projek tersebut,” katanya kepada pemberita.

Laporan Audit Negara 2011 menyebut Kedah Corp mengalami kerugian selepas kegagalan pelaburan dalam projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea yang bernilai RM31.21 juta.

Laporan itu juga menyatakan Kedah Corp membuat pinjaman luar dari sebuah bank sebanyak RM135 juta bagi membiayai projek berkenaan

Hukum Hudud : Adakah PAS Ikhlas Memperjuangkannya?


Saban hari, pada ketika pilihanraya umum (PRU) ke 13 kian hampir (walaupun tidak dapat dipastikan lagi tarikh sebenar) PAS acap kali berdendang dihadapan para penyokong serta pengikutnya bahawa mereka konsisten akan melaksanakan hukuman jenayah berlandaskan hukum Islam iaitu hudud jika diberi peluang memerintah negara selepas PRU 13 nanti.


Sedar mahupun tidak, “cerita” hudud ini kerap “berkumandang” setiap kali PRU bakal tiba. Maka berbondong-bondonglah para pemimpin PAS “bertempik” siang dan malam mahu hukum hudud dilaksanakan. 

Sesuai atau tidak perlaksanaan hukum hudud ini dilaksanakan dinegara ini, kita letakkan ketepi terlebih dahulu. Persoalan yang ingin penulis nyatakan disini, betulkah para pemimpin PAS benar – benar ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud atau ia sekadar “gula – gula” menjelang PRU?

Maka dipersalahkan para pemimpin UMNO dan kerajaan kerana gagal untuk melaksanakan hukuman tersebut. Cuba kita amati bidang kuasa perlaksanaan hukum syariah. Adakah ia terletak dibawah bidang kuasa kerajaan pusat?

Pembaca boleh melihat sendiri negeri dibawah pimpinan PAS khususnya. Kita tidak perlu melihat negeri dibawah kuasa Parti Keadilan Rakyat mahupun DAP. Persoalannya sekarang, sudahkah hukuman ini dilaksanakan di negeri pimpinan PAS iaitu Kedah dan Kelantan?

Orang Dalam Terbabit Kes Menyamar Kerabat Diraja Kedah


Persatuan Kerabat DiRaja Kedah (PKDK) pada Selasa mengesahkan seorang anggotanya terbabit dalam kes sekumpulan orang yang menyamar kerabat diraja Kedah pada majlis di sebuah hotel di Pulau Pinang, 23 Oktober lepas.

Yang DiPertuanya, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata PKDK tidak terlibat dengan majlis tersebut anjuran Pertubuhan Amal Kebajikan Islamiah Malaysia DiRaja (PAKIM DiRaja) bagi menyampaikan selendang pentauliahan ahli jawatankuasa yang dilantik.

Katanya PKDK perlu menunggu polis selesai menyiasat sebelum boleh membuat kenyataan dan saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

"Sebelum serbuan dibuat, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi menghubungi saya untuk mengesahkan maklumat yang diperolehi.

"Saya menyokong penuh tindakan polis mengambil tindakan tegas supaya kes-kes seperti ini dapat dibanteras," kata Tengku Zainol Rashid pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.

Dalam kes itu, 13 lelaki disyaki menyamar sebagai kerabat diraja Kedah ditahan dan 11 dari mereka direman dua hari bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun sembilan dari mereka kemudian dibebaskan dan dua masih ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu Tengku Zainol Rashid berkata PKDK yang ditubuhkan pada 1997 kini mempunyai kira-kira 900 ahli.

Tambahnya, seramai empat ahli telah digantung keahlian kerana mengutip derma untuk organisasi tersebut.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak terlibat dalam penjualan kad keahlian dan tidak pernah mengeluarkan kad untuk ahli.

"Ahli dikenal pasti melalui nombor keahlian sahaja," katanya.

Katanya kad hanya dikeluarkan oleh pejabat Sultan Kedah untuk gelaran "Yang Teramat Mulia" (YTM) untuk anakanda atau cucunda sultan yang telah memerintah kedah manakala gelaran "Yang Mulia" adalah untuk cicit tetapi tiada kad untuk gelaran tersebut.

Nik Aziz Tetap Berdegil Tidak Mahu Bersara


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pihak yang meminta beliau berundur, sebagai ‘orang menganggur’ yang tidak ada pekerjaan melainkan suka membuat kacau.

Nik Abdul Aziz turut menyifatkan pihak berkenaan sengaja melemparkan tuduhan mengenai tahap kesihatannya sebagai alasan untuk mendesak beliau supaya berundur atau meletakkan jawatan.

Kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak akan melayan sebarang desakan untuk berbuat demikian melainkan datang daripada orang Pas sendiri.

“Tak segar (tak sihat) macam mana, saya segar, tak ada apa, orang tuduh saya orang menganggur tak ada benda dia buat bising macam-macam, puak-puak menganggur.

“Kalau soalan (desakan berundur) daripada orang Pas insya-Allah saya layan, tapi kalau daripada orang UMNO lebih lagi daripada orang UMNO buangan pula, tak apalah," katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat negeri 2012 di Dewan Teratai Kompleks Kota Darulnaim di sini.


Tuesday, October 30, 2012

Laporan Kewangan Negeri Pakatan Luar tabie Mencurigakan



Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini meminta Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang untuk menjelaskan jumlah hasil pendapatan kewangan yang diperoleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran pakatan luar tabie secara terperinci kerana angkanya meragukan. 

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata sebagai contoh di Pulau Pinang, laporan kewangan Laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2011 negeri itu dipercayai bukan jumlah yang sebenar.

"Dakwaan kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini yang mengatakan bahawa hutang negeri itu turun kepada kepada RM600 juta adalah tidak tepat kerana jumlah RM600 adalah hutang yang dipindahkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk urusan berkaitan bekalan air di sana," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. 


Turut hadir Ahli Parlimen BN dari Ledang, Hamim Samuri, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Lain-lain Ahli Parlimen BN turut menyokong pendapat Shamsul dan menyatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan laporan kewangan di semua kerajaan negeri di bawah pentabiran pembangkang.

"Difahamkan, kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang telah mengubah wang dari Akaun Amanah Disatukan dan mentakrifkannya sebagai hasil kewangan sebenar yang dicatat kerajaan negeri, tetapi sebenarnya wang Akaun Amanah adalah untuk kegunaan seperti memperbaiki jalan, memperbaiki kemudahan awam dan pelbagai perkara yang berkaitan," katanya.

Setiap kerajaan negeri mempunyai Akaun Amanah Disatukan, dana akaun itu akan diperoleh kerajaan negeri atau daripada kerajaan pusat, ia adalah satu daripada Akaun Kumpulan Wang Disatukan di mana semua penerimaan dan pembayaran wang amanah diakaunkan mengikut kehendak akta amanah, suratcara amanah, arahan amanah, undang-undang atau perjanjian," katanya.
Katanya terdapat tiga jenis hasil diperoleh kerajaan negeri iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai dan hasil atau bantuan kewangan diterima dari kerajaan pusat.
Shamsul berkata mereka (Ahli Parlimen BN) akan membuat permohonan kepada Ketua Audit Negara untuk mendapatkan maklumat itu pada masa yang terdekat ini untuk mengetahui perkara yang sebenar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata, kerajaan negeri di bawah pentabiran pembangkang menggunakan pndekatan 'perakaunan kreatif' iaitu memutarbelit fakta.

"Pendekatan creative accounting ini adalah supaya mereka (pembangkang) digambarkan dalam Laporan Ketua Audit Negara sebagai kerajaan negeri yang menguruskan kewangan dengan baik," katanya.

Katanya, kerajaan negeri akan memindahkan dana dari Akaun Amanah negeri dan mencampurkannya dengan akaun kerajaan negeri seterusnya mengisytiharkan sebagai hasil kewangan yang diperolehi mereka tetapi sebenarnya wang itu tidak dijana secara sendiri.

Upin Ipin berjaya ceriakan Hari kanak-kanak di Wad kanak-kanak Hospital Permaisuri Bainun Ipoh


Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, YB Dato Hamidah Osman telah meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia di Wad Kanak-kanak Hospital Permaisuri Bainun Ipoh Perak.

Seiring dengan tema Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan 2012, "Karisma Kanak-Kanak: Serlahkan Potensimu" memperlihatkan kewujudan kanak-kanak adalah pelengkap kepada perkembangan bangsa, kata YB Dato Hamidah Osman ketika ditemui di majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak sedunia di Hospital  Permaisuri Bainun Ipoh.

Beberapa acara telah disusun dengan rapi bagi memeriahkan sambutan Hari kanak-Kanak ini dan diakhiri dengan lawatan YB Dato Hamidah Osman ke wad kanak-kanak di tingkat 6 bagi menyampaikan cenderahati kepada semua kanak-kanak yang sedang dirawat di wad kanak-kanak.

Maskot Upin Ipin telah dibawa khas dari Kuala Lumpur bagi menceriakan lagi Hari Kanak-Kanak Sedunia di Hospital Permaisuri Bainun. ramai kanak-kanak teruja dan terkenjut dengan kehadiran Upin Ipin ini.







Cuepacs dan Pemuda UMNO satu hati gesa tangguh AES, rancang kaji selidik seluruh negara


Cuepacs dan Pemuda UMNO sersatu hati turut menggesa kerajaan supaya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguhkan ekoran desakan yang diterima daripada kakitangan awam yang jumlahnya lebih 1.3 juta orang dan ahli UMNO sendiri.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya menerima pelbagai aduan daripada kakitangan penjawat awam yang berulang-alikdari rumah ke tempat kerja, termasuk mereka yang bergegas atas arahan majikanmasing-masing.


Manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya mengenal past banyak kelemahan terhadap sistem berkenaan walaupun ianya bertujuan mengurangkan kadar kemalangan maut.

“Bukan tak setuju. Mungkin pada dasarnya ia satu cadangan yang baik tapi kami sebulat suara tuntut kerajaan tangguhkan AES dan kaji semula pelaksanaan tersebut,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda di sini pada Selasa.

“Kadang-kadang keadaan jalan dilihat selamat, cukup sekadar memasang papan tanda had laju, tanpa perlu adakan AES disebabkan keadaan yang 'clear' tanpa sebarang punca kemalangan.

“Seperti waktu balik kampung sempena perayaan baru-baru ini, dari Kuala Lumpur ke Melaka memamakan masa hampir enam jam disebabkan pemandu yang berhati-hati dengan perangkap had laju (AES) itu, ini membuang masa," katanya lagi.

Pembangkang Terdesak Cuba Lagakan Pemimpin BN


Pembangkang semakin cemas dan terdesak sehingga sanggup menggunakan tektik kotor dengan cuba melaga-lagakan dikalangan pemimpin BN sebagai `modal’ terakhir untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, YB Dato’ Hamidah Osman berkata, pembangkang terpaksa menggunakan taktik kotor ini kerana mereka sudah tidak ada cara lain untuk meraih sokongan rakyat melainkan menabur fitnah dan cuba melaga-lagakan dikalangan pemimpin BN.

``Pembangkang terpaksa menggunakan taktik kotor ini untuk menghadapi pilihanraya umum pada kali ini kerana mereka terdesak akibat semakin kehilangan keyakinan dan sokongan rakyat ,’’ katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan alat tulis kepada 160 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Pinji Mewah dekat sini hari ini.

Hamidah mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai dakwaan kebocoran maklumat kesiapsiagaan BN bagi men ghadapi pilihanraya umum akan datang kononnya dimiliki pembangkang sebagai gimik politik pembangkang.

Tengku Mansor berkata, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sedang menyiasat berhubung dakwaan kebocoran maklumat kesiapsiagaan BN bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang kononnya dimiliki pembangkang.

Beliau berkata, pihaknya juga telah menghantar surat kepada semua parti komponen BN supaya berhati-hati dan menganggap dokumen-dokumen yang diedarkan sebagai rahsia.

Hamidah seterusnya meminta pihak Lembaga Disiplin Parti supaya mengambil tindakan tegas terhadap anggota parti yang terbukti cuba mengkhianati dan mensabotaj parti.

Katanya, sekiranya benar perkara ini berlaku perbuatan mereka ini boleh dikategorikan sebagai mengkhianati dan mensabotaj parti.

Sehubungan dengan itu beliau meminta semua ahli terus memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi mereka kepada parti terutama disaat-saat parti sedang membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13.




Majlis Pelancaran Pasport Pelancongan Pelajar



Majlis Pelancaran paspot pelancongan pelancongan pelajar telah disempurnakan oleh YB Dato Hamidah Osman Exco pelancongan negeri Perak di Hotel MH sebentar tadi. Tujuan paspot ini dilaksanakan adalah untuk memudahkan pelajar mengenalpasti kawasan yang menarik dalam negeri Perak

Kumpulan Kristian Kuasai DAP




Suatu ketika dulu, ramai kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang begitu teruja dan terpesona dengan kepimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah menyamakan Setiausaha Agung DAP itu sebagai setaraf dengan Khalifah Umar Al-Khattab.

Sehinggakan ada segelintir pemimpin PAS yang secara sedar mendoakan kesejahteraan kepimpinan Guan Eng di Pulau Pinang semasa Khutbah Jumaat dibacakan. 

Pelik? Tiada peliknya. Bagi PAS kepentingan undi dan kuasa duniawi amat penting dan kerana itu amat dihargai nilai persahabatannya dengan kafir harbi DAP berbanding persaudaraan sesama Islam.

Dalam pada PAS begitu teruja dengan 'kehebatan khalifah' Guan Eng, selang beberapa ketika kemudiannya beliau dinugerahkan dengan gelaran sebagai Father Joseph dari Gereja St. Anne, Bukit Mertajam sebagai perhargaan di atas sumbangan dana kepada gereja tersebut.

Penganugerahan gelaran Father Joseph kepada Guan Eng itu sebenarnya tidaklah mengejutkan, walaupun selama ini beliau sering berahsia berkaitan status agamanya. 

Namun bagi penyokong PAS yang acapkali memuja muji Guan Eng konon bakal mengulangi kegemilangan Khalifah Umar Al-Khattab, tak sedikit yang terpinga-pinga apabila mengetahui rupa-rupanya Guan Eng adalah seorang penganut Kristian yang amat taat pada agamanya.

Mungkin ini dapat menjawab persoalan kenapa tiba-tiba sahaja perarakan Maulidur Rasul tidak lagi diadakan di Pulau Pinang. Barangkali ini semua adalah gara-gara betapa 'mesranya' Setiausaha Agung DAP itu dengan gaya kepimpinan ala khalifahnya yang selama ini di puja oleh PAS agaknya.

Selain Guan Eng dan isterinya, Betty Chew, ramai lagi pemimpin DAP yang sedang menonjol tika ini rata-ratanya beragama Kristian, antaranya Terresa Kok, Ronnie Liew, William Leong, Ngeh Koo Ham @ James, Nga Kor Ming @ David, Tony Pua dan Hannah Yeoh.

Sebahagiannya dari mereka diketahui umum cukup keras dalam mencuit hak umat Islam termasuklah pernah mempertikaikan azan subuh, bacaan Al-Quran, tulisan jawi pada papan tanda jalan, mendesak penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan kitab Kristian dan gereja serta beberapa isu sensitif yang lain.

Selain itu, dikalangan pemimpin PKR pula seperti Xavier misalnya serta beberapa yang lain juga pernah mencetuskan kontroversi termasuklah menyampaikan 'tazkirah' di ruang utama solat surau.

Malah beberapa orang dari mereka juga merupakan orang kuat gereja yang pernah terbabit secara tidak langsung dalam usaha memurtadkan orang Islam.

DAP tetap DAP, sementelah lagi kini DAP sudah dikuasai kumpulan pemimpin yang beragama Kristian yang agak vokal mempertikaikan hak agama dan umat Islam, tidak mustahil mereka akan semakin berani mempolemikkan pelbagai isu sensitif berkaitannya.

Manakala PKR pula walaupun dikuasai oleh Anwar Ibrahim, namun kebanyakan hala tuju politiknya terlalu dekat dengan unsur Kristian termasuklah cukup sinonim dengan budaya candle light virgil serta pernah menamakan seorang penganut Kristian, Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak.

Jelas sekali kerjasama dan persahabatan PAS dengan DAP tidak pun berjaya mengubah kepercayaan Guan Eng ataupun menyebabkan DAP semakin berlembut dengan Islam ataupun membawa PKR semakin dekat dengan Islam.

Sebaliknya yang berlaku, PAS pula semakin liberal dengan pendiriannya sehinggakan terikut-ikut rentak DAP serta PKR dengan melupakan terus semua perjuangannya untuk mendirikan Negara Islam dan menegakkan hukum hudud ala PAS.

Dr Asri menerima cabaran Ulamak Pas Berdebat dengannya dalam isu pimpinan Ayatollah



Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersedia untuk berdebat dengan mana-mana ulamak haprak Pas dalam Dewan Ulama Pas Pusat berhubung isu pimpinan Ayatollah.

Penyokong dan ulamak haprak Pas perlu  membincangkan isu dibangkitkan secara “matang dan ilmiah.” tak perlu buat-buat kecoh.

“Jika ada apa-apa wacana ilmiah yang berbincang secara matang, saya sudi untuk pergi. Tetapi, ia perlu dibuat secara perbincangan yang matang,” katanya

Beliau tiada masalah untuk menghadiri wacana yang dimaksudkan sekiranya tarikh penganjuran tidak bercanggah dengan urusan-urusan beliau selain jemputan disampaikan secara profesional.

Justeru, ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini berharap wacana yang dirancang oleh Dewan Ulama Pas itu tidak berakhir dengan ketegangan.

Monday, October 29, 2012

Artikel Jijik dari Media Perak, Media Pakatan Luar Tabie


Dari dulu lagi Sungai Rapat Online mengesyaki penubuhan Media Perak oleh Pemimpin Pakatan Luar Tabie Perak Nizar DAP mempunyai satu strategi jahat iaitu untuk melaga-lagakan pemimpin tertinggi UMNO di Perak.

Media ini pun telah ditulis oleh budak Sungai Rokam yang hanya main serkap jarang terhadap kemelut politik dalaman UMNO.

Agak malang apabila semua fakta yang ditulis oleh Media Perak Media Pakatan Luar Tabie ini semuanya salah sama sekali berdasarkan imaginasi kotor selaras dengan penyokong pakatan luar tabie mereka.

Diharap ada pihak yang bertanggungjawab seperti Setiausaha Akhbar membuat laporan polis terhadap Media Perak ini secepat mungkin untuk mengelakkan Media banggang ini bebas melakukan apa sahaja ikut kepala hotak mereka sahaja.

PAKATAN RAKYAT RANCANG HAPUS AGENDA MELAYU DI SELANGOR


Antara kelemahan utama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ialah hampir ketiadaan langsung agenda bagi memartabatkan bangsa Melayu di negeri itu.

Sebut sahaja mana-mana bidang kehidupan yang menyentuh orang Melayu samada perniagaan, aspek sosio-ekonomi malah agama sekali pun, rakyat akan tertanya-tanya apakah program-program pro-Melayu yang telah dirancang mahupun dilaksanakan sepanjang 4 1/2 tahun Pakatan Rakyat memerintah di negeri terkaya di Malaysia itu.

Malah amat menyedihkan sekali apabila Selangor melantik pula Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi yang sepatutnya membela orang Melayu terutamanya golongan susah dan miskin.

Namun dengan pengalaman serta ketokohan Anwar sebagai bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun juga gagal menyelamatkan nasib orang Melayu.

Anwar bagaikan tunggul kayu mati yang hanya berperanan sebagai penghias serta tidak mempunyai apa-apa fungsi yang boleh membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat Selangor.

Kini nasib orang Melayu di tanah air mereka sendiri akan lebih tertekan dan akhirnya akan merempat apabila Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim bercadang untuk menjual lima aset bangunan kepunyaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Antara aset PKNS yang bakal menjadi mangsa kerakusan Pakatan Rakyat ialah Wisma Yakin yang begitu terkenal sebagai ikon perniagaan orang Melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sejak awal tahun 1970an lagi.

Siapa tidak kenal Wisma Yakin yang menjual serba anika pakaian dan aksesori budaya Melayu seperti baju Melayu, songkok, samping, kain pelikat, butang baju dan sebagainya.

Kelas peniaga Melayu kecil dan menengah berjaya diwujudkan di Wisma Yakin kerana dasar pro-Melayu yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional selama ini.

Turut menjadi mangsa lagi ialah Kompleks PKNS Shah Alam yang akan dijual pada harga RM85 juta, PKNS Bangi (RM42 juta), PKNS Petaling Jaya (RM90 juta) dan SACC Mall (RM97 juta) dengan nilai keseluruhan yang bakal diraih berjumlah RM321 juta.

Begitu hebat pentadbiran Pakatan Rakyat dengan slogan 'Harapan Baru Untuk Malaysia' sehingga orang Melayu akhirnya akan kehilangan semua aset-aset mereka sedikit demi sedikit yang telah dibina dengan penuh penat lelah di bawah Barisan Nasional sejak zaman merdeka lagi.

Antara objektif utama PKNS yang ditubuhkan oleh kerajaan BN sejak 45 tahun lalu ialah peranannya sebagai satu agensi pembangunan sosio-ekonomi Selangor selain menjadi, agensi utama pembangunan hartanah kerajaan negeri, pemegang amanah bumiputra, agensi utama melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dalam menyusunkan semula struktur masyarakat dan pembasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Bumiputera bandar dan luar bandar. 

Jika diteliti jasa lebih empat dekad PKNS di, kejayaan terbesarnya adalah kemunculan Selangor sebagai negeri yang termaju dan terkaya di Malaysia dari segi pembangunan industri, perumahan dan perbandaran.

Di bawah Pakatan Rakyat semua kejayaan yang telah dicapai bagi pembangunan sosio-ekonomi rakyat Selangor khususnya orang Melayu akan hancur dan musnah.

Maka tidak silap dikatakan bahawa antara agenda penting kerajaan Pakatan Rakyat apabila mengambil alih pentadbiran di Selangor ialah mensasarkan institusi-institusi yang mempunyai kepentingan Melayu.

Faktor mengapa ini berlaku ialah kehadiran parti rasis DAP sebagai sekutu PKR dan PAS.

Sementara PAS sudah menjadi keldai DAP akan membawa apa sahaja beban mengikut kemahuan parti rasis Cina itu, PKR pula menjadi pak turut kerana sokongan amat diperlukan oleh Anwar untuk mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Yang menjadi mangsa sudah tentunya orang Melayu kerana DAP tidak sesekali akan membenarkan orang Melayu berjaya dan cemerlang di negeri itu.

Lihat bagaimana agenda Pakatan Rakyat Selangor di kawal dan dirancang oleh DAP dengan restu Anwar apabila kerajaan negeri merampas tanah seluas 323.7 hektar kepunyaan Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah pada tahun 2010.

Tanah tersebut dirampas oleh Pakatan Rakyat hanya kerana YBK menolak nafsu Khalid supaya beliau dilantik sebagai pengerusi yayasan itu.

Rampasan tanah itu telah membantutkan usaha kerajaan pusat untuk membina kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah sekali gus menafikan hak beribu-ribu anak Melayu meneruskan pengajian mereka. 

Mujur keadilan dapat ditegakkan apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan tanah itu dikembalikan semula kepada YBK.

Agenda melemahkan orang Melayu melalui bidang pendidikan juga dikesan di UNISEL, sebuah universiti milik kerajaan negeri Selangor yang mengalami kerugian berjumlah RM54 juta dalam tempoh tiga tahun sejak Pakatan Rakyat memerintah bermula dari tahun 2008 sehingga 2010.

Sebagaimana anak-anak Melayu di nafikan pendidikan dengan ketiadaan kampus cawangan UiTM di Serendah, beribu-ribu pelajar Melayu yang kini menuntut di UNISEL akan menerima nasib yang lebih malang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Pengurusan yang lemah dan tidak berjaya, ditambah lagi dengan agenda politik kotor Pakatan Rakyat untuk menjadikan UNISEL sebagai medan latihan kader-kader pembangkang, institusi pengajian tinggi yang dulunya dipandang tinggi dengan pencapaian akademik yang membanggakan, kini akan turut sama dikorbankan demi memuaskan hati DAP.

Hakikatnya lebih lama Pakatan Rakyat memerintah di Selangor, lebih dahsyat kemusnahan agenda Melayu akan dilakukan dan semua ini dilakukan di depan mata PKR dan PAS yang kononnya mendakwa sebagai pelindung Melayu.

Bekas MP PKR dakwa kerajaan Selangor anti-Hindu


Ahli parlimen (MP) bebas N. Gobalakrishnan menuduh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor sebagai anti-Hindu kerana meluluskan projek pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue berhampiran dengan tempat beribadat penganut Hindu di Batu Caves.

Dalam sidang media di Parlimen pagi tadi, MP Padang Serai tersebut berkata kenyataan oleh Ahli dewan undangan negeri (Adun) Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar mencerminkan sikap sebenar kerajaan negeri yang jelas anti-Hindu.

“Dr Xavier berkata tempoh hari bahawa kerajaan negeri tidak boleh ‘give in’ terhadap permintaan pihak kuil yang membantah projek tersebut.

“Apakah maksud Xavier untuk berkata begitu? Adakah ini bermaksud yang beliau mementingkan hal-hal lain daripada kepentingan rakyat yang patut didahulukan?,” kata Gobalakrishnan.

Gobalakrishnan juga mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Selangor yang tidak melantik ahli mesyuarat kerajaan negeri (exco) dikalangan mereka yang menganut agama Hindu.

“Jika terdapat exco beragama Hindu pastinya projek ini akan dihalang. Sememangnya penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua umum PKR adalah anti-Hindu,” tambah beliau lagi.

Sabtu lalu, exco negeri Selangor Ronnie Liu telah mendedahkan mendedahkan dokumen lengkap “Kebenaran Merancang” yang diluluskan pada 30 November 2007 selepas persidangan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC).

Ronnie juga menuduh pemimpin Gerakan, senator A. Kohilan Pillay semalam sebagai satu pembohongan kerana menafikan “Kebenaran Merancang” adalah kelulusan kepada pemaju untuk laksanakan pembangunan.

Ratusan penganut agama Hindu dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) menyertai himpunan di perkarangan Batu Caves bagi menyatakan bantahan ke atas pembinaan kondo tersebut yang dikatakan akan memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit itu.

Bekas menteri kerja raya, Datuk Seri Samy Vellu yang hadir atas jemputan pihak jawatankuasa kuil turut sama menyertai dan memberikan ucapan dihadapan kira-kira 300 orang ramai yang hadir pagi semalam.

Dalam himpunan sama, Kohilan bertindak menunding jari dengan menuduh pihak kerajaan Pakatan Rakyat sekarang yang bertanggungjawab meluluskan projek kondo tersebut.

Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves ini dianggap sebagai sensitif memandangkan kawasan tersebut merupakan tumpuan masyarakat Hindu beribadat dan meliputi sejumlah 170,0000 kaum India yang merupakan kumpulan utama pengundi di kawasan bandar Selangor.

Gambar tidak pernah berbohong, Pas buat ceramah syok sendiri


Blog YDP Pas Batu Gajah En Ismail menuduh gambar ini bukan diambil ketika ceramah anjurannya di Taman Jutaria adalah satu pembohongan, cuba lihat background di belakang.

Mereka  menggunakan rumah seorang ahli UMNO yang masih aktif iaitu En On bin Ibrahim yang kecewa kerana pernah bergaduh dengan ketua Cawangannya . En On Ibrahim ini adalah bekas Tentera laut yang kini bekerja dengan Perak Entrepreneur and Skills Development Centre (PESDC) iaitu anak Syarikat kerajaan negeri Perak. Itu pun dapat atas pertolongan pemimpin UMNO sendiri.

 Untuk pengetahuan, di Taman Jutaria yang penyokong Pakatan Luar Tabie hanya En On ini sorang sahaja. Penonton yang hadir malam tadi semua dari orang luar seperti dari Pengkalan Barat, Pengkalan pegoh, Taman Song Choon dan ada dari Kampar.

Gambar tidak boleh labon seperti Nizar labon depan penyokongnya. Ketika gambar ini diambil Nizar tengah meracau tak tentu hala depan penyokongnya.

Jika inilah standard Pas/pakatan Luar Tabie punya ceramah, jangan syok sendiri kerana yang datang adalah orang-orang yang sama sahaja.

Program Salam Sayang di rumah Pemangku Ketua Kampung Pengkalan Gate berjaya


Satu program yang dinamakan "Salam Sayang" telah diadakan di rumah Pemangku Ketua Kampung Pengkalan Gate En Nasharuddin pada 28 Okt 2012 di anggap berjaya.


Program Salam Sayang ini dihadiri oleh hampir 200 orang penduduk tempatan termasuk kaum lelaki. Menurut penganjur Program Salam Sayang Wanita UMNO Gopeng Puan Lali Zaitun, ini merupakan Salam Sayang yang ke 43 dalam Dun Sungai Rapat sahaja. Wanita telah menggerakkan jenteranya untuk mengadakan Salam Sayang bukan sahaja diseluruh Dun Sungai Rapat malah di Dun Teja dan Dun Simpang Pulai.

Salam Sayang pada kali ini agak istimewa kerana YB Dato Hamidah Osman sendiri turun untuk menyampaikan ceramah ringkas.

"Marilah kita renungkan sejenak kebelakang bagaimana keadaan kehidupan orang Melayu ketika baru bermulanya Malaysia Merdeka.

Adakah kehidupan sekarang sama dengan kehidupan masa Ibubapa kita dahulu?, jika jawapannya tidak kenapa kita harus tukar kerajaan", kata YB Dato Hamidah Osman

"Menukar kerajaan tidak semudah seperti menukar baju dan kita sewajarnya harus berhati-hati dalam membuat keputusan tersebut, kata YB Dato Hamidah lagi


Beliau berkata, pihak pembangkang boleh berkata apa juga yang mereka mahu mengenai soal menukar kerajaan tetapi akhirnya kita sebagai pengundi yang akan menentukannya.

“Rakyat mempunyai hak untuk menentukan kerajaan manakah yang menjadi pilihan mereka. Tetapi saya hanya mempunyai satu permintaan sahaja…tolong gunakan undi anda dengan bijaksana apabila tiba masanya,” kata YB Dato Hamidah lagi.

Menurut beliau, kita perlu bertanya kepada diri mereka sendiri apakah perlu untuk menukar kerajaan sekarang dimana kita hidup aman damai kepada kerajaan yang belum tentu arah tujunya lagi?

“Anda kena bertanya kepada diri anda sendiri, jika Pakatan Rakyat dipilih mengantikan Barisan Nasional, apakah segala-galanya akan bertambah baik? Bolehkah Pakatan berkhidmat lebih baik dari Barisan? Jika tidak, mengapa perlu tukar?” tanya beliau.

YB Dato Hamidah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng berasa syukur kerana Salam Sayang yang dirancangnya berjalan dengan lancar disemua tempat. Oleh itu objektif yang telah dirancang bersama pemimpin wanita UMNO Bahagian dianggap berjaya.

Ubah: Daripada Kepimpinan Islam kepada Kepimpinan Kristian



Nampaknya DAP begitu bersungguh-sungguh dalam perancangannya untuk menawan Malaysia seperti yang telah didedahkan oleh bekas Pemimpin Tertinggi DAP.


Mereka telahpun menggerakkan beberapa perkara yang telah mereka rancang dengan penuh teliti.

Hari ini mereka melancar secara besar-besaran Treler merah, yang dilancarkan di Seremban oleh setiausaha agungnya Lim Guan Eng itu dihiasi gambar enggang besar - UBAH- yang juga maskot DAP berserta tulisan "Ubah! Bersihkan Malaysia", bermakna bersihkan kepimpinan Islam pilih kepimpinan Kristian.

Lim Guan Eng sengaja meletak nama trak tersebut dengan nama dream machine, Ia membawa maksud trak ini akan memberi kami harapan dan akan membantu merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk mengubah kerajaan yang ada sekarang kepada kerajaan yang telah dirancang oleh DAP dan Kristian.

Mungkin inilah Yang Nizar katakan pemimpin DAP sudah menerima Hukum Hudud


Malam tadi Nizar bukan main lantang berceramah di Taman Jutaria Batu Gajah dengan mengajak penonton menyokong parti Pakatan Luar Tabie kerana katanya Pemimpin DAP kini sudah menerima Hudud berbanding MCA.


Entah pemimpin DAP mana yang bagitau dia pun tidak diberitahu. 

Apakah ini satu pembohongan lagi dari Nizar Jamaluddin?

Yang rakyat tahu apabila pemimpin DAP baca ayat Quran dan Hadis Rasulullah SAW dengan matlamat untuk menarik perhatian umat Islam dan melayu demi keuntungan politik mereka...PAS sambut dengan TAKBIR.!

Bila tindakan DAP itu dipertikai...PAS melompat bangun menghentam pihak yang mempertikai. Pada PAS, DAP itu sentiasa suci, benar dan perlu dipertahankan walau dengan bercerai nyawa sekalipun.

Bila kita lihat semula, sebenarnya PAS yang terikut dengan cara DAP yang lebih Kristian. Berapa ramaikah ahli DAP yang sudah masuk Islam sehinggakan PAS terlalu membela parti Musibat ini??

Setelah Berjaya Menghadiah Bas Mewah Kepada Anwar,Akhirnya Khalid diumumkan kekal di Bandar Tun Razak


Sebagai balasan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kerana berjaya menghadiahkan sebuah bas mewah kepada Anwar Ibrahim, akhirnya Khalid gagap diumumkan akan bertanding semula di Bandar Tun Razak iaitu kawasan yang boleh menang buat PKR.


Ini membuatkan Azmin Ali berputih mata, kempunan kerana sebelum ini Azmin disebut-sebut akan bertanding di Bandar Tun Razak. Perebutan ini berlaku apabila cubaan Azmin untuk menyingkirkan Khalid Gagap daripada pilitik pakatan luar tabie setelah Setiausaha politik Khalid Fekah membidas kenyataan Azmin.

Anwar juga dikatakan berpuashati dengan tugas yang dijalankan oleh Khalid sebagai menteri besar kerana apa sahaja yang disuruh oleh Anwar Ibrahim, Khalid tidak pernah menghampakannya sehingga penjualan harta PKNS yang bernilai lebih RM300 juta.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sehingga kini terus bermasam muka kerana arahan Azmin kepada Khalid supaya memecat Fekah tidak diikuti oleh Khalid.

Kebajikan Kaum India tetap dijaga Sempena Sambutan Deepavali - YB Dato Hamidah


Kebajikan kaum India tetap dijaga apatah lagi dalam menyambut Hari Deepavali yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.


Oleh yang demikian sejumlah 1000 kotak makanan yang mengandungi makanan kering telah disumbangkan iaitu 700 kotak di Dun Sungai Rapat, DUN Teja 150 kotak dan DUN Simpang Pulai 150 kotak, kata YB Dato Hamidah ketika ditemui di majlis penyampaian kotak yang berisi makanan kepada hampir 400 kaum India di sekitar DUN Sungai Rapat di Dewan Taman Desa Pinji dan Dewan Carsem.

"Ini menunjukkan kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum termasuk kaum India", kata YB Dato Hamidah lagi.

"Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah berjanji perkara yang tidak boleh ditunaikan sepertimana yang pembangkang lakukan. Kerajaan akan berjanji kepada perkara-perkara yang munasaah boleh dilaksana atau ditunaikan",kata YB Hamidah.


"Jika kita lihat kembali apa yang kerajaan Pakatan Rakyat telah berjanji kepada kaum India seperti perkampungan Tradisional Buah Pala di Pulau Pinang, Pakatan Rakyat berjanji akan memberi geran hakmilik jikalau kaum India mengundi dan memenangi parti DAP di Pulau Pinang.

Maka berpusu-pusulah kaum India Kampung Buah Pala mengundi parti DAP dan apabila menang maka kerajaan Pulau Pinang telah menghadiahkan jentolak untuk menolak kesemua perkampungan Buah Pala. Kini Kampung Buah Pala hanya tinggal kenangan sahaja", kata YB Dato Hamidah lagi.

Oleh itu kata Dato Hamidah jangan ulangi kesilapan lalu yang hanya membawa keburukan kepada kaum India.










Sokonglah Pas kita akan bina negara Islam bersama DAP- kata Nizar di Taman Jutaria

Beehun Sup Utara pun dah naik sejuk tiada siapa yang nak makan
 Kali ini pendekatan yang diambil oleh Pas dan pakatan luar tabie agak berbeza kerana mereka berjaya memanggil peniaga behun sup utara, laksa, peniaga tomyam, peniaga kitab dan CD Mat Sabu mengelilingi tapak ceramah mereka agar dilihat meriah.

Sekali pandang memang meriah macam 'Funfair', tetapi apabila saya masuk duduk bersama penonton alamak ramainya seperti gambar di bawah.


Gambar tidak menggunakan Flash tak nak mengganggu ribuan penonton sedang menonton Nizak melalak

Gambar di atas di ambil ketika Nizar Jamaluddin tengah dok meracau macam orang dalam gambar juga. Video inilah yang dimainkan selalu pada setiap kali ceramah iaitu kelihatan seorang bekas Ketua Pemuda Bahagian Kampar yang mengamuk macam orang gila kerana kononnya tak dapat pasir. saya tak nak ulas panjang mengenai Samuri ini kerana satu dunia tahu siapa dia biar Ketua Bahagiannya melayan Samuri.

Penonton kelihatan naik muak kerana diulang benda yang sama, pembohongan yang sama juga ditayangkan. Nizar mengibaratkan bekas Ketua Pemuda Kampar Samuri sama macam orang UMNO yang lain. Sorrylah.... orang lain tak jadi gila macam dia.

Bagi UMNO pula kalau Nizar rasa nak sangat ambik Samuri ambiklah! UMNO pun dah tak hingin lagi nak layan orang gila yang lebihkurang sama dengan Nizar.

Nizar kata kalau rakyat sokong parti Pakatan Luar Tabie, PTPTN akan dihapuskan tanpa menyatakan apa rasionalnya dan apa buktinya persediaan yang dibuat oleh pakatan luar tabie jika PTPTN dihapuskan?

Nizar masih mengulangi lagi pembohongannya bahawa Menteri Besar YAB Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah menjual rumah Perak di Pulau Pinang.

Hoi Nizar dengan orang bodoh bolehlah ko tipu, perkara ini telah pun dijawab oleh rakan blogger PCT dengan terperinci dan saya pasti penonton yang hadir pun dah tahu jawapannya. 

Sebenarnya bukan Menteri Besar menjual rumah Perak yang terdapat di Pulau Pinang tetapi telah menyerahkan pengurusan Rumah tersebut kepada sebuah syarikat agar rumah tersebut berfungsi lebih teratur.


Beginilah sesaknya kereta parking untuk mendengar pembohongan Nizar

Kedaan gambar di atas pula diambil kawasan parking ketika kemuncak ceramah...menunjukkan banyak giler kereta tersusun rapi.

Yang paling menarik diakhir ceramahnya Nizar mengajak hadirin yang tak seberapa ini seperti berikut "marilah kita menyokong Pas kerana rakan pemimpin DAP telah berjanji dengan saya dan rakan-rakan pemimpin tertinggi Pas bahawa mereka akan benarkan Pas membina negara Islam" dan disambut oleh Radhi Zainon, takbirrr...... alamak adakah karpal Singh sudah berjanji dengan Nizar sahaja untuk membenarkan Pas melaksanakan negara Islam? Kalau begitu kenapa slogan Pas hanya tinggal Negara kebajikan sahaja?

Kesimpulan yang boleh Sungai Rapat Online berikan pada ceramah Pas dan pakatan luar tabienya adalah seperti berikut:

  • Keseluruhan ceramah yang dikeluarkan dari mulut Nizar Jamaluddin hanya direka sahaja untuk menyedapkan telinga pendengar.
  • Matlamat Nizar hanya satu, bohong merupakan satu ibadah buatnya yang penting adalah agar dapat melahirkan persepsi buruk terhadap UMNO .
  • Standard bekas menteri besar dapat membawa penonton tak sampai 300 orang sahaja ...tak percaya lihat gambar di bawah



Ramaikan?
Satu pertanyaan kepada Pas dan Pakatan Luar Tabie di Sungai Rapat....awas orang melayu sudah mula meluat dengan kerenah pemimpin Pas yang asyik mengikut punggung pemimpin DAP sahaja dan tunggu kebangkitan orang Melayu pada PRU13 nanti.