Monday, December 31, 2012

16 Bekas Tentera telah Diperguna Untuk Membantu Penipuan Keling Deepak




Sekumpulan bekas anggota tentera dipergunakan kononnya mereka ini dihalang daripada melihat dokumen Boustead Holdings Bhd berhubung pengambilalihan sebuah syarikat milik peniaga permaidani Deepak Jaikishan dan juga pembelian tanah daripada sebuah syarikat milik ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah.

Seramai kira-kira 20 orang bekas pegawai tentera daripada NGO mewakili bekas anggota tentera - PAHLAWAN dan KERABAT - diperguna berhimpun di ibu pejabat Boustead di Jalan Raja Chulan di Kuala Lumpur sejak jam 1 petang ini.


Mereka ini sepatutnya lebih risau dan seterusnnya perlu mendapatkan dokumen perjanjian tanah sebanyak 10,526 ekar yang dibedal oleh cina DAP Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham kerana dokumen itu lebih penting berbanding dokumen Deepak yang sudah bangkrup.

Dokumen perjanjian penyerahan tanah rakyat Kelantan kepada cina DAP lebih penting kerana ini melibatkan khazanah rakyat miskin di negeri Kelantan.

Veteran ini hanya membuang masa melayan Rafizi yang menjadi talibarut Anwar Ibrahim semata-mata untuk menjatuhkan kredibiliti Dato Seri Mihd Najib.

Setakat 16 orang tentera bangang ini tidak mewakili lebih 300,000 pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera sebagai ahli tabung amanah anggota tentera yang memiliki pegangan dalam Boustead.

Lebih baik 20 orang bekas tentera ini buat perkara yang lebih berfaedah daripada diperbodohkan oleh Rafizi Ramli hanya kerana pemberian sekit wang saku.

Ngeh Minta Kerajaan Tarik Balik Projek Yang diberi kepada Ahli UMNO


Demi untuk mengelak daripada beliau dituduh rasuah atau penyelewengan terhadap tanah rakyat Kelantan Ngeh Koo Ham kini mula menuding jari kepada UMNO pula.

Ngeh meminta supaya semua projek yang diberikan kepada ahli, pemimpin Umno perlu ditarik balik, jika mahu beliau menarik balik semua tanah yang diberikan oleh kerajaan Pas sebanyak 10,526 ekar kepada dirinya dan Nga Kor Ming.

Semalam Ngeh Koo Ham menuding jari menyalahkan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kerana diberi banyak projek oleh kepimpinan UMNO, oleh itu tidak salah juga jika kerajaan Pas Kelantan memberi kepada beliau banyak projek demi untuk mengimbangi kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Jika pemimpin UMNO kata Syed Mokhtar banyak berjasa kepada orang Melayu dan Islam beliau juga banyak berjasa kepada parti Pas yang juga ramai orang Melayu, kata Ngeh Koo Ham.

Dalam menjawab dakwaan Ngeh itu, YB Dato Hamidah menafikan semua projek kerajaan diberikan kepada pemimpin UMNO kerana "semua rakyat Malaysia berpeluang menikmati projek dibawah kerajaan Barisan Nasional termasuk pemimpin Pas, DAP dan PKR kerana semua tender yang dibuat tidak langsung mensyaratkan ahli Umno sebagai keutamaan, jelas YB Dato Hamidah. 

"Jika itulah yang didakwa oleh Ngeh, patutkah semua ahli dan pemimpin Umno tidak berhak langsung untuk menimati kehidupan yang selesa dalam negara Malaysia?, kata YB Dato Hamidah lagi

"Rakyat cuma meminta Ngeh Koo Ham jelaskan darimana datangnya sumber kewangan sejumlah RM31juta untuk membeli saham syarikat Upayapadu Sdn. Bhd.", kata YB Dato Hamidah

"Kenapa Ngeh susah sangat untuk menjelaskan kepada rakyat. kerana beberapa pemimpin Pas mempertahankan beliau mengatakan Ngeh sememangnya kaya sebelum menceburi dalam alam politik lagi, itu kata pemimpin Pas, rakyat hendak dengar penjelasan dari mulut Ngeh Koo Ham sendiri," kata YB Dato Hamidah ketika ditemui dalam majlis penyerahan bantuan beg sekolah kepada 150 orang kanak-kanak di Dewan Orang Ramai Kampung Pengkalan Baru, Simpang Pulai.

Sebelum itu YB Dato Hamidah telah menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada 120 orang kanak-kanak di kawasan Kampung Sungai Terap.

Sumbangan beg sekolah ini adalah inisiatif YB Dato Hamidah sebagai Adun Sungai Rapat demi untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibubapa menjelang musim Persekolahan.


Gempar!!! Video Sivakumar Pula Kini Tersebar?


Difahamkan satu video berunsur lucah yang menyerupai Adun Tronoh V. Sivakumar kini sudah mula tersebar. Video tersebut telah diwar-warkan oleh beberapa blog dan mereka akan menyebarkannya pada petang ini.

Dalam masa Sivakumar mendakwa bahawa beliau berjaya mendedahkan video lucah Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Dato' R. Ganesan dan dalam masa yang sama beliau juga mempunyai video yang sama sebagaimana yang didakwanya.

Rakyat puji sikap Dato R. Ganesan kerana bertindak serta merta membuat laporan polis diatas tuduhan liar itu dan hari ini kita akan lihat pula bagaimana tingkahlaku V. Sivakumar apabila videonya didedahkan adakah seperti Anwar Ibrahim yang tidak berani membuat laporan polis.

Menurut sebuah blog video Sivakumar akan ditayangkan jam 3 petang ini...tungguuuuu!!

Info: Kem tentera Paling Unik di dunia


Terletak di Sweden, Muskö merupakan kemudahan ketenteraam bawah tanah terbesar di dunia. Ia digunakan sebagai Pangkalan Angkatan Laut Sweden.

Info Ringkas:

- Pangkalan tentera Musko dibina di bawah gunung batu granit, yang dikatakan mustahil untuk dihancurkan oleh meriam, bom penghancur bunker malahan bom berskala nuklear sekalipun.

- Musko digunakan untuk pembuatan kapal Fregat, Kapal Perusak dan kapal selam mempunyai dermaga terpanjang mencapai 350 meter.

- Terdapat juga tempat membaiki kapal, kedai makan, berek, mall, bilik mesyuarat dan pelbagai lagi, semuanya di bawah gunung.

- Selain itu, ia juga mempunyai sebuah hospital khas untuk tentera dengan kapasiti 1000 buah katil.

Sunday, December 30, 2012

Isu beri tanah: Inilah Punca Kerja Jahat Puak Pakatan Haram sukar diambil Tindakan


Isu penyelewengan tanah di negeri Kelantan sudah memasuki hari ke-12 daripada pendedahan tetapi sehingga kini Suruhanjaya Pencegah Rasuah(SPRM) gagal menyiasatnya. 

Rakyat Malaysia menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu pemberian tanah bernilai puluhan juta ringgit di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP Perak.

Kenapa SPRM mengambil terlalu lama untuk menyiasat penyelewengan terbesar di Malaysia yang melibatkan tanah rakyat Kelantan seluas 10,526 ekar bernilai 30juta lebih.

Rakyat kini perlu tahu apakah Nik Aziz buat sehingga tanah rakyat Kelantan sebegitu luas terlepas ke tangan pemimpin cina DAP selama 70 tahun.

Rakyat Kelantan dan Malaysia yang sayangkan negara Malaysia perlu tahu:

  1. Bagaimana kelulusan dibuat adakah secara rundingan terus atau perbicangan antara pemimpin Pas dan DAP
  2. Jika benar Nga dan Ngeh membeli dipasaran terbuka, dimana yang dimaksudkan pasaran terbuka, kalau setakat diportal yang langsung tidak ada ada orang membacanya bukanlah pasaran terbuka.
  3. Jika benar Nga dan Ngeh membeli atau memajak tanah tersebut berapa nilai pajakan setahun atau Ngeh dan Nga dapat percuma daripada kerajaan Pas dibawah perintah Nik Aziz.
  4. Adakah tidak ada lagi syarikat bumiputera yang berminat untuk memajak tanah rakyat Kelantan tersebut sehingga memilih Nga dan Ngeh 
  5. Apakah tiada kaitan dengan kepentingan politik Pas dan DAP semasa menubuhkan kerajaan rejim DAP Perak selama 11 bulan.
  6. Apakah menteri besar Nik Aziz tidak terlibat langsung dalam kerja-kerja menggadaikan tanah kepada cina DAP
  7. Dimanakah Nga dan Ngeh mendapatkan duit untuk memajak dan seterusnya menanam pokok kelapa sawit.
  8. Bagaimanakah dengan kayu balak dalam tanah tersebut yang telah gondol, siapa yang bedal?

Banyak transaksi yang berlaku menimbulkan banyak keraguan dan memerlukan siasatan segera bagi mengetahui perkara sebenar di sebalik pemberian tersebut.

Dua pemimpin DAP yang didakwa terlibat ialah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya, Nga Kor Ming.

Selain Koo Ham dan Kor Ming, SPRM wajar menyiasat Nik Aziz yang merupakan individu bertanggungjawab terhadap hal ehwal tanah di Kelantan.

Rakyat Malaysia berharap agar SPRM tidak melihat Nik Aziz sebagai Tok Guru mengajar AlQuran tetapi sebagai menteri besar dan terlibat dalam parti Pas yang menjadi penyokong kuat kepada cina DAP.


Walaupun Pengarah SPRM Perak mempunyai hubungan baik dengan pembangkang terutamanya pemimpin parti Pas yang sentiasa memberi peluang kepada parti Pas untuk membuat kunjungan mesra dan memberi hadiah lagi kepada pengarah SPRM Perak, tetapi itu rakyat Perak tidak mahu sentuh kerana itu hal peribadi pengarah SPRM Perak dengan pihak pembangkang.
Pengarah SPRM boleh duduk berbincang pula dengan pembangkang
Difahamkan juga pemimpin pembangkang ada buat presentation kepada Pengarah mengenai apa pun rakyat tidak mahu tahu kerana itu urusan peribadi Pengarah SPRM Perak dengan Pembangkang.

Yang paling rakyat risau Pengarah SPRM Perak termakan hasutan dari pihak pembangkang yang mengatakan kononnya mereka terlalu baik.
Pengarah SPRM Perak menerima hadiah daripada pemimpin pembangkang
Demi rakyat, demi tugas, pengarah SPRM Perak perlu bertindak segera menyiasat penyelewengan terbesar tanah orang Melayu di Kelantan, jangan sampai rakyat sendiri yang menjadi SPRM turun padang menyiasat bagi pihak SPRM.

Ironinya wajarkah sebagai seorang Pengarah SPRM Perak menerima hadiah daripada pertubuhan politik tertentu yang terlibat dalam kes penyewengan dan rasuah dan masih dalam penyiasatan?

Senario inilah yang membuatkan SPRM 'membakulsampahkan' segala tuduhan yang dibuat ke atas pemimpin Pakatan Rakyat

Adun Sungai Rapat ada cara tersendiri untuk dekati rakyat


Adun Sungai Rapat YB Dato Hamidah Osman mempunyai cara tersendiri untuk dekati masyarakat terutamanya pengundi dalam Pusat Daerah Mengundi(PDM) Dun Sungai Rakyat.


Setiapa kali musim persekolahan bermula ada sahaja buah tangan yang diberikan oleh YB Dato Hamidah kepada masyarakat dalam Dun Sungai Rapat. Sebentar tadi YB Dato Hamidah Osman telah menyumbangkan sejumlah 315 buah beg sekolah untuk PDM bagi zon Lahat sahaja. Zaon Lahat merangkumi Pegkalan Pegoh, Pengkalan Pegoh Seberang, Desa pakatan, Desa Pelancongan, Kg Seri Rahmat, Taman Seri Sayang, Flat Seri Connoly dan Kg Pengkalan Gate.

Difahamkan esok sejumlah 500 buah beg sekolah lagi akan disumbangkan kepada kanak-kanak dalam PDM Zon Batu Gajah dan Zon Simpang Pulai.

Yang paling menceriakan YB Dato Hamidah sendiri menyampaikan kepada kesemua 315 kanak-kanak bertempat di Flat Seri Connoly dekat Pengkalan.

Menurut YB Dato Hamidah, "sumbangan ikhlas ini telah dibincangkan bersama semua ketua-ketua kampung hanya 3 hari sahaja dan inilah sahaja cara untuk meringankan beban masyarakat yang mempunyai anak-anak yang bersekolah".

"Lepas ini setiap kanak-kanak yang bersekolah akan mendapat RM100 setiap, jadi tak perlu lagi membeli beg sekolah, wang tersebut bolehlah membeli kelengkapan persekolahan yang lain," kata YB Dato Hamidah lagi.

Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan beban ibu bapa dalam membuat persediaan awal anak-anak masing-masing mengikuti sesi persekolahan akan datang serta memberi motivasi kepada pelajar," kata Hamidah lagi.

YB Dato Hamidah Osman yang juga Exco kanan kerajaan negeri Perak mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar yang akan memasuki sesi persekolahan akan datang dan berharap agar mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tahun depan.

Ini menunjukkan kerajaan Barisan Nasional prihatin terhadap masalah rakyat.

Penerima sumbangan, Puan Zanariah, 42, yang juga seorang operator di sebuah kilang meluahkan rasa terima kasihnya kepada YB Dato Hamidah kerana prihatin dengan masalah kami yang mempunyai ramai anak-anak yang masih bersekolah.

Sekitar Majlis Sumbangan Beg Sekolah di Flat Seri Connoly









Hadi dicabar berdebat dengan penulis buku 'Kafirkah Aku'


Demi umat Islam, demi perpaduan umat Islam, demi rakyat yang sudah bercerai berai, tidak hadir kenduri jiran sebelah rumah  akibat daripada Amanat jijik Haji Hadi, mahukah Haji Hadi berdebat Saudara Zainon bekas pemimpin Pas Kedah.


Zainon banyak mendedahkan liku-liku perjuangannya dalam PAS sehingga dipecat dari parti Pas sendiri apabila beliau membongkar penyelewengan tabung mangsa Memali dalam bukunya, ‘Air Mata di Bumi Memali’ (2010).

Nama sebenarnya ialah Zainon bin Ismail. Berhenti sebagai guru semata-mata untuk membantu perjuangan PAS. Pernah berjuang bersama Mujahidin di bumi Afghanistan sekitar tahun 1988.

Merupakan ahli PAS seumur hidup dan pernah menjadi exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dari tahun 1991 hingga 1997.

Sangat taksub dengan Amanat Haji Hadi sehingga sanggup kafirkan saudara kandungnya sendiri, tidak makan daging dari sembelihan orang Umno.

Bukunya bertajuk “Air Mata di Bumi Memali” keluaran November 2010, menimbulkan kontroversi hingga diharamkan jualannya kepada ahli PAS.

Beliau terpaksa membuat laporan polis kerana diugut oleh samseng Pas kerana mendedahkan isu penyelewengan tabung mangsa Memali, iaitu tabung yang ditubuhkan PAS untuk membantu anak yatim dan balu mangsa Memali.

Kini beliau mencabar Haji Hadi, jika ras diri dah cukup ilmu Agama sila debat dengan saudara Zainon atau jika Haji Hadi tiada telor entahler?

Perisikan Singapura Ramal BN Menang Besar dalam PRU13


Politik adalah satu perkara yang kompleks, di mana bukan mudah bagi seseorang untuk memahaminya jika tidak benar-benar terlibat di dalamnya.


Singapura memang menjadi sebagai 'port' untuk pembangkang seperti cina DAP(Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming) untuk berbincang bagaimana hendak merampas tanah Melayu sebagaimana yang berlaku di Singapura. Anwar Ibrahim juga kerap kali menggunakan negara Singapura dan Indonesia untuk mengadakan mesyuarat sulit pakatan pembangkang termasuk PAS.

Dalam kerapa kali mereka turun ke Singapura, perisik Singapura tetap meramalkan UMNO/BN akan menang besar dalam PRU13 nanti kerana berbagai faktor seperti berikut:
  • Perdana Menteri yang bakal dilantik penuh dengan masalah moral yang tidak dapat dielakkan, orang Melayu dan cina tidak suka kepada pemimpin yang penuh bermasalah.
  • Kempen Pakatan Pembangkang yang dianggap kempen 'tong kosong' juga terus diperhatikan oleh pengundi
  • Parti yang kononnya mempertahankan Islam kini melacurkan Islam demi kepentingan politik mereka.
  • Penipuan demi penipuan telah dilakukan oleh pemimpin pakatan pembangkang umpamanya tragedi di kampung buah Pala, masih tersemat dihati pengundi India.
  • Perbicaraan saman oleh Anwar Ibrahim terhadap Nallakarupan juga dilihat penghijrahan besar pengundi kepada UMNO/BN, apabila semua perkara yang jijik yang dilakukan oleh bakal PM pakatan Pembangkang akan dinilai oleh pengundi. Saman terhadap Nallakarupan merupakan satu kesilapan besar buat Anwar dan pakatan pembangkang.
  • Kejujuran Dato' Sri Mohd Najib turun padang membantu rakyat dilihat sebagai faktor utama kemenangan besar UMNO/BN
  • Dalam isu tanah di negeri Kelantan dan isu NFC, Shahrizat Jalil walaupun tidak mempunyai sebarang kaitan dalam NFC tetapi meletakkan jawatan, ini membuktikan BN lebih jujur berbanding cina DAP apabila Ngeh mendapat tanah 10,526 ekar di Kelantan, dimana 100% pemegang saham dalam syarikat Upayapadu Sdn. Bhd adalah Ngeh Koo Ham yang juga pengerusi DAP/Pakatan pembangkang Perak.
  • Pakatan pembangkang telah merancang utuk mengadakan demonstrasi secara besar-besar sebaik sahaja keputusan PRU13 berpihak kepada UMNO/BN. Mereka akan menjadikan Malaysia seperti negara-negara di Arab, sehingga UMNO/BN tunduk kepada mereka. Ramai penyokong Pakatan Pembangkang yang diarah berbuat demikian kini mula berpaling tadah kerana mereka tahu pemimpin mereka tidak jujur.

Di dalam politik, jarang sekali ada sesuatu yang jelas, selalunya kabur atau berwana-warni. Walaupun ada yang menyatakan bahawa orang Melayu hebat dalam berpolitik, tetapi kehebatan berpolitik tanpa pengetahuan yang luas tidak mampu menjamin kemenangan mahupun ‘survival’ bangsa ini.

Hari ini, masih ramai dari orang Melayu yang berpolitik dalam gelap atau dalam tempurung. Kerana itu, mereka mudah terpengaruh dan terpedaya dengan hasutan musuh-musuh yang licik dan jauh lebih kehadapan.

Ramai dari kita yang tidak dapat memahami kaitan antara politik negara dengan rangkaian percaturan politik dunia.

Sedangkan, tangan-tangan negara yang kuat telah jauh menjangkau mencaturkan politik dunia seawal kurun ke-13 lagi. Jika sebelum itu, negara yang kuat hanya berminat untuk menyerang dan menakluk negara yang lemah secara langsung, tetapi mereka kemudiannya mempelajari cara lain yang lebih ‘selamat’ dan ‘kemas’ untuk menakluk, iaitu melalui percaturan politik.

Caranya ialah dengan menyamar sebagai kawan, melantik pemimpin boneka, memeras ugut dan menekan melalui pasaran atau mengarah dan memaksa tanpa perlu berbuat apa-apa.

Melalui cara inilah, negara-negara ini akhirnya muncul sebagai kuasa besar dunia.

Kita punya bukti mengenai campurtangan kuasa besar, Amerika Syarikat terutamanya, dalam politik dunia seawal tahun 1960-an. Beberapa bekas pemimpin mereka, termasuk bekas-bekas perisik yang terlibat di dalamnya telah pun mendedahkan perkara ini setelah dilanda penyesalan atau keinsafan.

Suka atau tidak, akibat kita gagal menguasai ilmu seperti mereka, maka kita kini berada dalam keadaan di mana kita tidak dapat mengelak dari mengiktiraf kepentingan kuasa-kuasa besar ini dalam politik negara.

Namun, kebijaksanaan, sifat amanah serta tanggungjawab yang tinggi dalam barisan kepimpinan negara, telah berjaya memastikan Malaysia terus kekal sebagai negara yang bebas, berdaulat serta aman, makmur dan maju.

Hari ini, kita berdiri teguh sebagai sebuah negara yang bermaruah dan berkredibiliti untuk bersikap lantang, menegur dan memberi pendapat kepada kuasa-kuasa besar dunia. Sedikit sebanyak, suara kita tetap didengar, dan adakalanya digeruni oleh mereka, selain dikagumi atau diteladani oleh negara-negara kecil lain.

Ini terbukti dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Phnom Penh, Kemboja yang baru lalu, di mana Datuk Seri Najib telah menuntut Amerika Syarikat bertindak segera menghentikan serangan Israel ke atas Gaza.

Apa yang membanggakan ialah, Presiden Obama bukan sahaja mengambil maklum teguran tersebut dan membuat panggilan telefon terus ke Israel bagi menyampaikannya, tetapi lebih dari itu, satu pertemuan empat mata telah dibuat dengan Dato’ Seri Najib. 

Pertemuan tersebut adalah satu-satunya pertemuan empat mata yang diadakan antara Obama dengan pemimpin ASEAN sekali gus, membuktikan bahawa Malaysia punya signifikannya yang tersendiri dalam politik dunia dan bahawa kepimpinan Malaysia diiktiraf dan dihormati oleh negara kecil dan besar.

Dalam pertemuan tersebut, pemimpin kuasa dunia itu telah menyampaikan pandangannya bahawa Amerika percaya yang BN akan kekal memerintah dan program transformasi Dato’ Seri Najib telah benar-benar berjaya.

Lebih menarik ialah pandangan yang sama juga disampaikan oleh kuasa besar ke-2 dunia, iaitu China. Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah menyatakan demikian secara terbuka di samping mengulangi keyakinannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib dan Malaysia, yang dianggap sebagai sahabat paling dipercayai di rantau ini.

Memahami signifikan pandangan kuasa besar terhadap keputusan pilihanraya sesebuah negara ialah dari segi kehebatan perisikan mereka, iaitu elemen asas yang meletakkan mereka sebagai kuasa besar. Perisikan mereka jarang tersilap dalam membuat perkiraan. Untuk itu, kita perlu faham bahawa ‘kesilapan’, jika ada dalam kamus perisikan mereka, sepertimana tersilap mengebom penempatan awam dan bukan kubu tentera di Iraq, kemungkinan besar bukan satu kesilapan tetapi disengajakan.

Dan apabila kuasa besar menyatakan yang BN menang besar, maka kemungkinan perisikan mereka silap memberi maklumat adalah amat tipis sekali. Justeru, pembangkang mungkin perlu lupakan sahaja hasrat untuk menawan Putrajaya dalam PRU kali ini.

Selain kuasa besar, turut menyatakan keyakinan bahawa BN akan memenangi PRU kali ini ialah Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono serta Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Kedua-dua pemimpin jiran ini amat ‘dekat’ dengan politik Malaysia memandangkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adalah satu personaliti yang tidak asing lagi bagi mereka. Indonesia, bagaikan negara kedua Anwar yang digunakan sebagai pentas untuk meluahkan segala kebenciannya terhadap negaranya sendiri. Singapura pula adalah tempat di mana beliau sering masuk ‘perangkap’ sepertimana yang didedahkan oleh laman Wikileaks.

Dengan itu, kita pasti pemimpin-pemimpin ini bukan bercakap ‘di atas angin’ tetapi berdasarkan maklumat risikan, pemerhatian dan fakta-fakta jelas.

Nampaknya eloklah Anwar, Kit Siang, Karpal, Nik Aziz, Hadi Awang semuanya duduk dan fikirkan semula strategi mereka, ataupun pakatan mereka atau lebih baik lagi, nasib mereka selepas pilihanraya ini.

Surat Terbuka Kepada Rakyat Negeri Perak: Apa Yang Terjadi Akhir Ini Adalah Rahmat Allah SWT



Sungai Rapat Online telah membaca satu surat terbuka khas untuk orang negeri Perak daripada seorang pensyarah Kanan Universiti tempatan, surat ini juga mampu membuka minda pengundi Melayu yang masih mengganggap cina DAP adalah jujur untuk mempertahankan tanah Melayu seperti dibawah:


Assalammualaikum wbt kepada semua saudara senegeri Teman,

Sesungguhnya, apa yang terjadi dalam sehari dua ini dimana terbongkarnya rahsia kekayaan dan keupayaan kewangan YB Ngeh Koo Ham sehingga beliau mampu untuk menyediakan RM31 juta untuk membeli dan memiliki (secara langsung dan tidak langsung) syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (UPSB) seterusnya pengusahaan tanah pajakan dari Yayasan Islam Kelantan (YIK) seluas 10,526 ekar, adalah satu rahmat dari Allah SWT; satu petunjuk kepada ‘kita’ menjelang PRU13 nanti.

Di sini, Teman tidaklah akan menghujahkan yang tindakan YB Ngeh Koo Ham itu adalah salah dari segi undang-undang dan begitu juga dengan tindakan YIK. Sebaliknya, Teman akan membincangkan perkara-perkara yang zahir dan sahih sahaja. Perkara-perkara yang zahir dan sahih yang Teman maksudkan adalah seperti berikut:

1) Pembelian saham (seterusnya pertukaran hak-milik) UPSB kepada YB Ngeh Koo Ham kerana beliau sendiri mengaku akan perkara ini.


2) Walaupun proses pertukaran hak milik ini berlaku pada tahun ini (2012), tiada apa yang boleh mengubahkan hakikat bahawa UPSB memang telah mendapat pajakan tanah dari YIK seluas 10,526 ekar sejak 2006 lagi seperti yang dijelaskan oleh Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan dalam artikel Harakah baru-baru ini.

3) Dan selepas pertukaran 2012 ini, UPSB dimiliki hampir seratus-peratus oleh seorang individu yang bukan bumiputra dan fakta ini datang secara semulajadi hasil dari fakta 1) dan 2)

Apakah kaitan fakta-fakta di atas dengan rahmat dan petunjuk Allah yang Teman nyatakan diawal penulisan ini? Apa yang Teman maksudkan ialah Allah telah memberikan petunjuk bahawa ‘kita’ (Melayu, Muslim dan Bumiputra) belum lagi mampu bersaing ‘atas tanah yang rata’ lalu mesti bagi ‘kita’ mengekalkan dulu apa yang ‘kita’ ada dengan memastikan kerajaan UMNO/BN terus memerintah, sementara ‘kita’ menyiapkan diri terlebih dahulu.

Bukanlah niat Teman hendak menjadi pesimistik tetapi apa yang YB Ngeh Koo Ham telah lakukan, hakikat dimana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dari segi undang-undang (kesalahan moral mungkin), cuma menyerlahkan lagi kebijaksanaan dan keupayaan ‘mereka’ dari pelbagai segi termasuk kekuatan pemikiran, modal dan rangkaian yang ‘kita’ masih lagi terlalu jauh untuk memilikinya.

Apa yang lebih membimbangkan, selain memiliki keupayaan-keupayaan ini, tiada ternampak pula bibit-bibit keinginan untuk ‘mereka’ berkongsi dengan ‘kita’ dan membantu serta memberi tunjuk ajar kepada ‘kita’. Ini dibuktikan dengan pembolotan hak milik UPSB oleh ‘mereka’ hampir seratus peratus. 

Turut membimbangkan adalah bagaimana entiti-entiti ‘kita’ seperti YIK terus-terusan dieksploit oleh ‘mereka’ dalam mendapatkan projek-projek yang berskala besar. Memanglah ‘kita’ boleh berterus-terusan memberikan alasan ‘kita’ belum mampu, belum cukup pandai dan lain-lain maka ‘kita’ perlu serahkan projek itu kepada ‘mereka’ tetapi bukankah ini juga bermaksud ‘kita’ perlukan lebih masa untuk menyiapkan diri, lalu mesti bagi ‘kita’ mengekalkan dulu apa yang ‘kita’ ada dengan memastikan kerajaan UMNO/BN terus memerintah, seperti yang telah Teman nyatakan di atas.

Jika dilihat dari perspektif ini, rahmat Allah SWT kepada rakyat negeri Perak telah turun seawal 2009 lagi dengan pertukaran semula kerajaan negeri Perak ke tangan BN. Kalau tidak cuba ‘kita’ bayangkan apa yang YB Ngeh Koo Ham dan ‘mereka’ boleh capai dalam tempoh empat tahun yang telah berlalu (2008 sehingga kini). Sedangkan dengan kehilangan kuasa pun beliau boleh membeli saham UPSB dan menguasai pengusahaan tanah YIK, inikan pula jika ‘mereka’ berkuasa dahulu.

Dan cuba bayangkan, apa yang ‘mereka’ boleh lakukan jika ‘mereka’ menang dalam PRU13 yang akan datang seterusnya berkuasa untuk empat atau lima tahun lagi diwaktu tiada langsung bibit-bibit bukti yang ‘mereka’ ingin berkongsi dengan ‘kita’. 

Satu perkara yang selalu ‘kita’ lupa, selepas PRU12 memanglah jawatan Menteri Besar Perak diberikan kepada PAS kerana diwaktu itu DAP tiada calon Melayu tetapi perkara ini tidak akan berlaku lagi kerana DAP telah belajar dari kesilapan terdahulu. Dikhabarkan, DAP akan meletakkan calon-calon Melayu di Perak untuk membolehkan ‘mereka’ menduduki kerusi Menteri Besar jika ‘mereka’ menang kelak. Bayangkan apa yang akan terjadi.

Bayangkan juga darjah kerakusan ‘mereka’. Walaupun YB Ngeh Koo Ham mampu menyediakan duit puluhan juta untuk pembelian saham dan walaupun ‘mereka’ terus mendapat projek-projek dan tanah-tanah berskala besar, ‘mereka’ masih terus melaungkan slogan ‘DEB tidak adil’, ‘agihan kekayaan dan peluang tidak sama rata’ dan lain-lain lagi. Ini semua sepatutnya membuatkan ‘kita’ berfikir, apa yang ‘mereka’ mahukan lagi?

Mungkin ada yang berhujah PAS dan PKR akan mengimbangi kuasa dan keupayaan DAP jika mereka berkuasa kelak. Tetapi sejarah yang ada, bukti-bukti yang ada tidak menunjukkan ini akan berlaku. 

Bukti-bukti yang ada adalah sebaliknya dimana entiti-entiti kita seperti YIK terus dieksploit, bukan secara salah dari segi undang-undang, tapi dari segi ketidakmampuan ‘kita’ sendiri. Ini belum lagi ‘kita’ bincangkan isu-isu lain seperti perlaksanaan negara Islam dan hudud.

Akhir kata, Teman mengharapkan saudara-saudara senegeri Teman (Orang Perak Ler) akan memikirkan sedalam-dalamnya perkara-perkara yang berbangkit dalam sehari dua ini. Tidakkah ia satu petunjuk dari Allah SWT tentang kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku selepas PRU13 ini? 

Jika Allah telah merahmati ‘kita’ pada tahun 2009 dahulu, kenapa tidak Dia terus merahmati ‘kita’ sehingga kini dengan terus memberikan petunjuk dan pedomanNya agar ‘kita’ terus selamat dan sejahtera? Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Negeri Perak semua.


DR AIRIL YASREEN MOHD YASSIN
Pensyarah Kanan,
Fakulti Kejuruteraan Awam,
UTM, Johor Bahru.


Orang Melayu perlu sedar taktik halus yang dimainkan oleh pemimpin cina DAP Perak, adakah mereka hendak membela orang Melayu yang masih miskin?

Jika memerintah adalah bantuan-bantuan kepada bumiputera akan dilaksana sebagaimana kerajaan UMNO/BN lakukan?

Ingat kata-kata orang Melayu Singapura: Jangan sesekali mempercayai pemimpin cina untuk memimpin kita kerana mereka baik hanya pada hari pertama sahaja, hari kedua, orang Melayu mula ditindas sehingga tidak dapat bangun untuk mengambil semula negara mereka.

Ngeh Koo Ham Teruskan hina umat Islam dan al-Quran, sedangkan Pas bersedia untuk membela



Tindakan terbaru Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menyamakan al-Quran dan Bible berhubung penggunaan kalimah Allah dalam laman sosial Twitternya kelmarin, bukan setakat menghina umat Islam malah menghina kitab suci al-Quran.

Sehubungan itu, aktivis Pas, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mahu pihak berkuasa mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada kerana Koo Ham ternyata telah menyentuh sensitiviti umat Islam.

Bukan itu sahaja, beliau turut menyifatkan perbuatan Koo Ham itu sebagai satu bukti jelas bahawa DAP sememangnya mempunyai agenda selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memperkatakan perkara sama.

“Ini bukan kali pertama Koo Ham membuat kenyataan yang menghiris hati umat Islam. Telah beberapa kali beliau lakukan. Oleh itu kita mahu pihak berkuasa bertindak atas kelancangannya itu.

Saturday, December 29, 2012

Cukup-cukuplah Nik Aziz, Hadi... Hentilah Menipu Rakyat



MASYARAKAT Melayu hari ini dilihat memang banyak berubahnya berbanding zaman tradisi dan sebelum merdeka. Apatah lagi dengan facebook, twitter, whatsApp...dan macam-macam lagi sehinggakan kita yang menganjak ke pertengahan 40-an ini pun agak 'kebingungan'.

Itulah, kadang-kala kita rakyat Malaysia 'kebingungan' juga dengan gelagat segelintir pemimpin parti politik yang asal ado, 'belasah aje' ikut suka mereka sahaja.

Dan lebih dahsyat lagi, mereka sama ada lupa (ini pasti tidak boleh diterima dek akal) atau sengaja enggan mengaku yang kesejahteraan, keamanan malah kemajuan negara yang turut sama dinikmati oleh mereka adalah hasil kepimpinan dari bangsa Melayu sendiri. Kalau bangsa Melayu tidak boleh dibanggakan, manakan mungkin negara kita mampu mencapai kecemerlangan hinggakan menjadi antara negara contoh di dunia.

Kalau kita berkahwin pada 1990 dan dikurniakan rezeki 'bunting pelamin', anak kita sudah besar panjang dah. Kalau seorang individu menguasai sebuah pemerintahan kerajaan negeri pada tahun sama, sudah 22 tahun lah dia berada di pejabatnya. Itu sudah tempoh yang cukup lama itu untuk membawa perubahan kepada sebuah negeri.

Tetapi ternyata si polan ini gagal. Kalau 22 tahun dulu air paipnya keruh, sekarang air paipnya tetap keruh. Kalau 22 tahun dulu kadar pengangguran tinggi, sekarang pun kadar penganggurannya tetap tinggi. Kalau 22 tahun dulu negeri itu mundur, sekarang ternyata ia tetap mundur. Malah semakin jauh ditinggalkan ke belakang. Itulah kalau masih ada persepsi tidak mahu mengaku kelemahan diri atas alasan 'kami kaya dengan tanah...anda di negeri lain...ado.'

Ramai menganggap si polan ini hanyalah jaguh mengumpul khalayak. Tetapi bukan dalam memajukan taraf hidup mereka. Namun, ramai juga enggan memperakukan suara hati diri sendiri, dek 'takut' tidak ke 'syurga' olahan parti berkenaan. Senjata si polan ini cuma ketaksuban sesetengah pengikutnya yang membabi-buta.

Di kala Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menjadi teras kepimpinan era sekarang - khususnya empat tahun kebelakangan ini - indeks prestasi si polan tadi tidaklah terkandung sebarang angka mengagumkan.

Menggunakan semaksimumnya agama demi untuk survival politik merupakan perkara yang cukup menjengkelkan!. Tetapi inilah agaknya yang dibanggakan oleh 'si polan'. Sepatutnya agama dijadikan panduan kehidupan, bukan aset untuk mengumpul pengikut dan pengaruh.

Dan suatu ketika kerana sudah lebih 20 tahun memerintah tak berbuat apa pun, 'alih- alih' dek demam pilihan raya umum yang kian hampir, sudah menggelabah tak bertempat. Lantas bergendanglah dia ke merata negeri. Mencanang mahu dibina satu lebuh raya yang di'promosikan' sebagai 'lebuh raya rakyat'. Kosnya bukan sedikit, RM1.8 bilion menghubungkan Lebuh Raya Kuala Krai- Kota Bharu (anggaran kos ketika ini). Dinamakan "lebuh raya rakyat" dengan harapan rancangan itu "dekat dengan jiwa" rakyat, maka lantas ditadahkan tangan meminta sumbangan rakyat.

Wah! memang hebat rancangan bina lebuh raya itu. Ada laluan untuk binatang buas lagi. Tetapi apa sudah jadi dengan sebuah jambatan yang penulis fahamkan dikenali jambatan Palekbang-Kampung Cina yang dijanjikan pada 1996. Ia tak terusik lagi. Kalau tak percaya, pergilah kita tinjau batu asas untuk membina jambatan Palekbang- Kampung Cina. Batu asasnya masih ada di situ. Tapi tulisannya yang tertera nama projek, sudah tak ada lagi.

Diam tak diam, bukan parti itu bina jambatan sebaliknya parti saingannya pula yang membina jambatan di sebuah kampung (kalau tak silap penulis bernama Kampung Sireh) untuk mengurangkan kesesakan bandar Kota Baru.Itu baru soal pembangunan untuk diperleceh parti berkenaan.

Bab agama lagi dahsyat. Tak ada langsung rasa simpati dengan keluarga yang berpecah- belah hanya kerana hasutan politik dan sebuah 'amanat'. Tidakkah si polan tadi berasa berdosa kerana sanggup bersama mereka yang memusuhi Islam. Dan hanya kerana dendam kesumat menafikan sungguh-sungguh parti pesaing yang terbukti berjaya memajukan bukan sahaja umatnya tetapi kaum-kaum lain.

Dan menyebabkan orang Melayu terluka dan tersiat hati mereka apabila sanggup pula melakukan penghinaan terhadap bangsanya sendiri. Dan tidak berbangga dengan Melayu. Dan apabila 'disentap' parti sekutu', semua maklum dan rasanya hampir semua orang tahu apa jawapannya setiap kali 'dipukul' oleh 'penyerangnya' soal hudud yang hendak sangat dipraktiskan. Kita tidak tahu sampai bila titik noktahnya si polan ini mahu membohongi diri sendiri, umat Melayu dan kaum-kaum lain.

Berterus-teranglah.Kepada pengikut sendiri. Beritahulah kebenaran '... ini adalah modal untuk parti dapat undi, bukan kami betul-betul nak laksanakan pun". Kalau penyokong parti pesaing tanya, ini alasan dia - perlembagaan tak benarkan, kalau parti sekutu tanya ini alasan dia - 'si dia' tak faham. Kalau orang parti sekutu yang satu lagi tanya, ini jawapannya - 'tak nak pemimpin dia pun kena'.

Kalau tidak mahu tarik 'amanat' yang memusnahkan persaudaraan sesama Islam itu, tak mengapalah. Tapi...tapi....tapi tak perlulah beri bermacam alasan. Cukup-cukuplah Nik Aziz. Cukup-cukuplah Hadi.

Menggigil Kepala Lutut Anwar Bila Lihat Senarai Saksi yang dikemukakan oleh Nallakarupan


Menggigil kepala lutut Anwar Ibrahim apabila melihat senarai saksi yang akan dikemukan oleh Dato' Nallakarupan dalam perbicaraan saman yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim terhadap Nallakarupan.


Selain Norlaila, saksi pembela yang paling Anwar geruni adalah Shamsidar Taharin iaitu isteri kepada Azmin Ali iaitu Timbalan Presiden PKR.

Orang yang banyak tahu mengenai hubungan sulit antara Shamsidar Taharin dan Anwar Ibrahim adalah Nallakarupan. Hampir setiap kali apabila Anwar mahu mengadakan hubungan sulit bersama Shamsidar, maka Nallakarupanlah yang pergi mengambil dan menghantarnya menggunakan kereta Daimlernya.

Disamping itu juga rakan-rakan Nallakarupan yang pernah bersama Anwar Ibrahim ketika dulu seperti Senator Ezam Mohd Nor, Anuar Shaari dan Ummi Hafilda, Datuk Seri Zahrain Hashim, Datuk Zulkifli Nordin dan N Gobalakrisnan, Ruslan Kassim, bekas ahli pengasas PKR, Ng Lum Yong, Bekas Naib Ketua Pemuda Zahid Md Arip akan bersama dengan Dato' Nallakarupan.

Melihat kepada perkembangan ini Anwar Ibrahim tiada pilihan selain melakukan demonstrasi jalanan agar hakim menggugurkan Shamsidar Taharin sebagai saksi bagi pihak pembela.

Jika Shamsidar menjadi saksi, sudah tentu soalan dalam seluar Anwar akan banyak terkeluar. Jadi setelah tiada pilihan Anwar dan Azmin memilih untuk merusuh pada 12 Jan 2013 nanti.

Ngeh Mengaku Pas mahu dia jadi kaya macam Umno kayakan Syed Mokhtar AlBukhary



DAH tak dapat lagi ditahan-tahan sikap anti Melayu pemimpin DAP ini ya, sehingga bila nak mempertahankan diri dari tuduhan korup pun, Ngeh Koo Ham cuba mengaitkan perkara itu dengan jutawan Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari.

Seolahnya, adalah menjadi satu kesalahan besar untuk orang Melayu jadi Jutawan.


Bagi Ngeh, DAP memaksa kerajaan Pas untuk mengkayakan Ngeh dan Nga sebagaimana Umno lakukan kepada Syed Mokhtar Al- Bukhary. Bagi Ngeh pengorbanannya kepada parti Pas juga perlu diambilkira sebagaimana pengorbanan Syed Mokhtar terhadap umat Islam.

Ngeh hari ini dipetik media tempatan sebagai berkata, “Kalau hendak tanya dan belajar bagaimana dapat duit banyak, tanyalah mereka yang lebih berjaya seperti Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dan billionair lain”.

Apa hal pulak nama Syed Mokhtar dikait dalam rasuah Ngeh menerima tanah dari kerajaan Kelantan atas balasan melantik Nizar jadi MB Perak? Kononnya, dia (Ngeh) bukan penjawat awam sehingga menjadi kesalahan untuk menjadi kaya, habis, Syed Mokhtar tu penjawat awam ke?

Betullah seperti yang dihebohkan kebelakangan ini, cina DAP ini sedang menyasarkan jutawan Melayu untuk diserang kerana DAP percaya hanya cina sahaja yang layak menjadi kaya di negara MALAYsia ini. Gamaknya tak cukup kaya lagi cina di negara ini, sehinggakan satu-satunya jutawan Melayu yang tersenarai di kalangan cina-cina yang lain itu juga yang disebutnya.

Apa Ngeh tak sebut nama jutawan cina yang lain, macam Robert Kuok, Lee Kim Hua, Lee Shin Cheng, Teh Hong Piow, Quek Leng Chan dan lain-lain, kenapa hanya Syed Mokhtar? Walhal, depa semua tu lebih kaya dari Syed Mokhtar pun.

Dalam masa yang sama, penulis rasa Ngeh cuba nak mengalih perhatian masyarakat dari masalah sebenar dia dengan cuba menimbulkan isu perkauman seperti ini. Ngeh tahu, dia pasti sangkut sebab semuanya sudah jelas bahawa ‘penganugerahan’ tanah lebih 4,000 hektar itu berlaku betul-betul berlaku selepas Nizar dilantik sebagai Menteri Besar Perak.

Yang bongok saja percaya perkara itu kebetulan.

Ngeh tak usahlah nak kelentong kononnya nama dia digunakan dalam kedua-dua syarikat tersebut untuk mewakili ‘sekumpulan besar pelabur’ yang lain, siapa nak percaya temberang murah macam itu.

Kalau orang UMNO bagi alasan macam ini, bertan-tan sindiran dan sumpah seranah yang ditujukan kepada individu tersebut.

Bagilah alasan yang masuk akal sikit, nama saja graduate dari universiti tersohor, Universiti Malaya tapi kualiti Ngeh memang jelas nampak hampeh, sebijik macam budak sekolah tadika.

Begitu juga dengan surat sokongan yang dijadikan alasan pembelaan. Apa kaitan surat sokongan pada 2005 itu dengan Ngeh ambil alih syarikat yang terima tanah beribu-ribu hektar dari Nik Aziz.

Sumber memaklumkan penulis, trasnkrip perbualan Nik Aziz dan Ngeh pada suatu malam dibulan Mac 2008 adalah berbunyi seperti berikut


.”Latok Ngeh, kalau gua bagi lu tanah atas lu punya nama, nanti nampak sangat loor..ini ada satu company sudah ada libu-libu hektar Kelantan punya tanah, lu ambil alih ini company (guna proksi), serupa macam gua bagi lu tanah jugalah, boleh ka latuk? Bole aa, nanti itu Nizar kasi angkat jadi Menteli besar Perak ya.

Oh ya, penulis suka nak sebutkan disini, Upayapadu Sdn Bhd ini hanyalah diversion saja sebab Ngeh hanya pegang 40% saham saja dalam syarikat itu. Yang seboleh-bolehnya cuba nak disorokkan sekarang ialah syarikat Efektif Kirana yang memiliki 51% saham dalam Upayapadu Sdn Bhd.

Syarikat inilah yang dimiliki 99% oleh Ngeh, 1% lagi oleh 2 yang lain.

Sebab itu Nga Kor Ming (sepupu Ngeh), buat-buat diam taknak masuk campur, sebab pembabitan dia hanya dalam Upayapadu, sedangkan yang control Upayapadu ialah Efektif Kirana yang dimiliki Ngeh sepenuhnya.

tendang

Pas Pusat Arah Salleh Man Cari Penyokong Pas yang hina Father Lim Guan Eng Sampai Ke Lubang Cacing


Pas Pusat memberi arahan supaya Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Saleh Man mencari siapa penyokong Pas yang terlibat dalam demonstrasi menghina Father Lim Guan Eng hingga ke lubang cacing.

Pas agak terkejut apabila ada penyokong Pas sanggup membuat demonstrasi membantah Father Lim Guan Eng menggunakan Kalimah Allah dalam bible mereka yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat semalam.


Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Salleh Man terus menggigil apabila terdapat bendera Pas turut membantah penggunaan kalimah Allah dalam bible oleh "Father Lim Guan Eng".

Menurut Salleh Man, Pas tidak sepatutnya membantah penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana pemimpin pakatan termasuk Pas telah bersetuju Kalimah Allah boleh digunakan oleh semua termasuk Kristian.

Pas Pulau Pinang akan menggerakkan siasatan bagi mengesan penyokongnya yang terlibat, jika didapati terlibat mereka berdepan dengan penyingkiran sebagai ahli Pas.

Kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut juga memberi satu tamparan hebat buat Pas.

Bagi Pas, Father Lim Guan Eng merupakan individu yang paling mulia dan tidak boleh disentuh.

21 Jan 2013 Hari Yang cukup Menakutkan Anwar. Kenapa?


Mahkamah Tinggi telah menetapkan 21 Jan untuk keputusan kes saman fitnah yang difailkan Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak, berhubung satu artikel temuramah Anwar dengan British Broadcasting Corporation (BBC) yang didakwa menyokong gerakan homoseksual.


Pada hari tersebut juga akan menentukan halatuju politik Anwar Ibrahum sendiri dalam politik. Jika Mahkamah mendapati Utusan Malaysia tidak bersalah maka Anwar akan mengahadapi keperitan dalam politik.

Hakim Datuk V T Singham seperti dilaporkan Bernama menetapkan demikian selepas mendengar peguam plaintif dan defendan membuat penjelasan terhadap beberapa persoalan.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berkata masyarakat mempunyai hak untuk mengetahui apa yang diperkatakan oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mengenai Anwar dan Utusan menyiarkannya demi kepentingan awam.

Beliau berkata sekiranya Anwar tidak berpuas hati dengan artikel tersebut, Anwar sepatutnya memfailkan saman terhadap Dr Hasan, bukannya Utusan.

Sementara itu, peguam N. Surendran yang mewakili ketua pembangkang itu berkata artikel tersebut disiarkan dengan niat jahat dan Utusan tidak mengambil inisiatif untuk menghubungi Anwar bagi mendapatkan penjelasan.


Pada 12 Jan, ketika Anwar berada di Mumbai, beliau telah ditanya wartawan BBC News dengan soalan berbunyi, “Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?

Anwar menjawab, ““Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami, orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum.

“Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula…kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan”.

Pada 17 Januari, Utusan menyiarkan komen Datuk Dr Hassan Ali bertajuk “Tolak Anwar – Hasan” yng mengulas ucapan Ketua Umum PKR dengan wartawan Barat itu.

Pada 20 Jan, Anwar menyaman Utusan sebanyak RM150 juta di atas penyiaran berita tersebut.

Hassan Ali ketika dipanggil menjadi saksi pada 13 September berkata kepada mahkamah bahawa wawancara Anwar di BBC membawa maksud menyokong kegiatan homoseksual.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam N.Surendran yang mewakili Anwar, Hassan berkata maksud sokongan itu perlu dibaca secara keseluruhan dan bukannya memilih ayat-ayat tertentu.

Surendran: Anwar telah mengatakan “We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women”. Berdasarkan pendapat anda, adakah ayat ini menunjukkan Anwar tidak menyokong homoseksual?

Hasan: Yang Arif saya membaca keseluruhan ayat. Ayat pertama dan ayat kedua (but we should not be seen to be punitive and consider the archaic law as relevant) tidak dapat berdiri dengan sendirinya dan ia tidak memberi maksud homoseksual tidak diterima.

Surendran: Kalau kita lihat ayat kedua, adakah anda setuju ‘archaic law’ adalah undang-undang lapuk?
Hasan: Saya tak setuju sebab kelapukan tidak pernah berlaku dalam undang-undang Islam.

Surendran: Berdasarkan kenyataan “We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women” adakah Anwar menyokong institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan?

Hasan: Ya setuju.

Surendran: Dalam ayat ketiga “We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain”. Adakah ayat itu menunjukkan Anwar menyokong homoseksual?

Hasan: Ya

Surendran: Anda pasti dengan jawapan itu?
Hasan: Ya

Surendran: Saya cadangkan kepada anda ayat ini tidak sokong homoseksual tapi sokong perkahwinan.

Hasan: Saya tak setuju

Hasan juga turut disoal balas oleh seorang lagi peguam Anwar, Latheefa Koya berkenaan dengan aktiviti homoseksual di tempat persendirian bukan merupakan satu jenayah jika dibandingkan dengan di khalayak umum.

Hassan menjawab, dalam hukum Islam dosa tetap dianggap satu jenayah tidak kira ia dilakukan secara sembunyi atau terang-terangan.

Latheefa: Adakah anda tahu perbezan antara dosa dengan jenayah.

Hasan: Saya tak pasti.

Latheefa: Saya cadangkan kepada anda sesuatu kegiatan yang dilakukan dalam Islam boleh dianggap sebagai dosa tetapi sekiranya tidak dilakukan di hadapan khalayak ramai, ia tidak boleh dijadikan sebagai jenayah. Adakah anda setuju?

Hasan: Tidak setuju. Sama ada di tempat awam atau tertutup, kalau itu tidak dibolehkan (berdosa), maka ia tetap tidak dibolehkan.

Semasa pemeriksaan semula oleh peguam mewakili Utusan Malaysia berkata perkataan ‘review archaic laws’, ‘punitive’, ‘punishment not relevant’ dan ‘public spehere and domain’ membawa maksud kegiatan homoseksual boleh dihalalkan, Hasan berkata pada bacaannya ia bermaksud menghalalkan kegiatan homoseksual.

Anwar Arah AMK dan Balaci Pas buat Demo Sekat Shamsidar Daripada menjadi Saksi utama Nallakarupan


Anwar Ibrahim dan Azmin Ali telah merancang satu perhimpunan jalanan secara besar-besaran bagi memastikan isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah.

Ahli Dewan Negara Dato' Nallakaruppan mendakwa, rancangan mengenai ‘Himpunan Shamsidar’ itu dijadual berlangsung pada 12 Januari depan iaitu beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan aktiviti biseksual.

“Mereka hendak mengadakan demonstrasi jalanan bagi mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah. Kenapa tidak mahu Shamsidar menjadi saksi?

“Saya kira semua rakyat akan berpeluang mendengar pendedahan yang bakal berlaku apabila Shamsidar naik ke kandang saksi untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Semalam, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.

Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang termasuk Shamsidar bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Jelas Nallakaruppan, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar melibatkan kepentingan awam dan Shamsidar perlu tampil menjadi saksi bagi membuktikan kebenaran di mahkamah.

“Anwar adalah seorang pemimpin politik yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri, sudah tentu ia melibatkan kepentingan awam. Saya berharap isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga dapat hadir ke mahkamah untuk mendengar sendiri pengakuan daripada semua saksi yang akan saya kemukakan," katanya.


Perbicaraan akan datang pasti menyeronokkan kerana semua saksi mempunyai pengalaman yang cukup berbeza ketika bersama Anwar.

Norlaila Merupakan Salah Seorang Saksi yang Paling Anwar Geruni



Nalla dalam pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang merangkumi lelaki dan wanita bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Antara yang dinamakan di dalam dokumen tersebut ialah Shamsidar Taharin, Norlaila Abdul Majiddan Soma Rodrigo @ Anne.


Dalam banyak-banyak saksi Norlaila merupakan saksi yang paling digeruni kerana beliau tahu keseluruhan tentang Anwar samada dari luar mahu pun dari dalam.

Inilah yang cukup memeningkan kepala Anwar Ibrahim kerana Nallakarupan merupakan salah seorang rakan karib yang menyediakan semua itu kepadanya.

Keputusan Anwar menyaman Nallakarupan merupakan satu keputusan yang paling bahaya lebih-lebih lagi masa depan politiknya. Samalah juga jika Anwar menyaman Dato' Eskay, banyak saksi yang tidak diketahui oleh rakyat akan timbul.

Kini rakyat sudah tahu kenapa Anwar tidak berani sama Eskay walaupun Eskay mendedahkan 'alat sulitnya' kepada seluruh dunia.

Friday, December 28, 2012

Fahaman Kristian Sudah Menular dalam Pas


Apakah niat perjuangan Pas selama ini sehinggakan fahaman kristian yang diamalkan oleh pemimpin cina DAP kini telah menular ke dalam Pas sendiri.

Apakah ini cara Pas melakukan penyelesaian mengambul amalan orang kafir sendiri. 

Seburuk-buruk Umno pun mereka tidak pernah mensalibkan Nik Aziz, Anwar Ibrahim atau Haji Hadi. Inilah yang dikatakan orang Melayu tidak cerdik berpolitik mengikut telujuk kafir demi untuk mendapat sedikir kuasa.

Tahniah Pas anda telah melakukan yang cukup terbaik amalan kaum kafir.

AWAS!!! Rakyat diluar sana yang akan mengundi pada PRU13 nanti sedang melibat perangai buruk anda!!!

Ladang Nga dan Ngeh Bersaudara Telan Kampung Orang Asli



Orang Asli di Kampung Parik hanya mampu menitiskan air mata sahaja apabila melihat berpuluh-puluh lori balak melintas di hadapan rumah mereka.

Semua ini adalah angkara pemimpin DAP Perak Ngeh Kor Ham dan Nga Ko Ming yang mendapat 'sedekah' hasil kerjasama politik dengan parti Pas.

 Kampung Parik adalah antara beberapa perkampungan Orang Asli di sepanjang Sungai Nenggiri dalam kawasan skim penempatan semula Kuala Betis di Gua Musang, Kelantan, terletak pada kelompok terluar penempatan yang sama, hanya 30-minit perjalanan dari pekan Kuala Betis.

Tidak lebih satu jam perjalanan dengan kenderaan pacuan empat roda dari bekas tapak sekatan tersebut, terletak Gua Cha- satu penempatan neolitik yang menurut Orang Asli adalah tapak nenek moyang mereka.

Sebelum tanah di'sedekahkan' kepada pemimpin cina DAP mereka hidup dalam aman sentosa, mereka bebas  menjalankan amalan nenek moyang mereka menanam buah-buah kayu, sayur-sayuran kemudian mereka mampu menjana pendapatan sehingga RM5000.00 sebulan bagi menyara kehidupan mereka.

Tetapi kini semua itu hanya tinggal kenangan kerana keseluruhan tanah mereka telah 'disedekahkan' oleh menteri besar yang berhati mulia yang dijenamakan sebagai 'Tok Guru' kepada dua pemimpin bersaudara cina DAP Perak.

Jika Umno yang lakukan bolehlah diajak seluruh balaci Pas untuk membuat demontrasi besar-besar tetapi disebabkan tok guru maka penyokong Pas pun melihat hanya dengan sebelah mata sahaja.

Mana Anwar Nak Lari: Semua Mangsa-mangsa Liwatnya tampil bantu Nallakarupan



Mahkamah Tinggi membenarkan Presiden Parti India Malaysia Senator Datuk S.Nallakaruppan dan dua lagi mengekalkan hampir semua penyataan dalam pembelaan bagi kes saman fitnah RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mereka.




Nalla dalam pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang merangkumi lelaki dan wanita bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Antara yang dinamakan di dalam dokumen tersebut ialah Shamsidar Taharin, Norlaila Abdul Majiddan Soma Rodrigo @ Anne.



Masya Allah depa boleh kata "Insya Allah, tak busy ... boleh". Boleh meliwat? 

Selain itu ada juga nama Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan, Dr Munawar Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi, Hairani Mat Nafees dan seorang bernama Rashid.


Meminggir ... ya Sukma

Vazeer Meera membuat keputusan sedemikian dalam permohonan Anwar yang difailkan pada 2 Ogos lalu untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan Nalla dan Utusan.

Nalla dan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd serta Ketua Pengarang Kumpulan akhbar itu Datuk Abdul Aziz Ishak mengemukakan pembelaan justifikasi, perlindungan bersyarat serta komen yang adil, dan mereka bergantung kepada sebahagian pendapat majoriti dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan bagi kes liwat Anwar pada 1998.

Dalam penghakimannya, Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera hanya membenarkan Anwar membatalkan pembelaan justifikasi yang dikemukakan defendan.

Sementara itu, Peguambela Nalla, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu pihaknya tidak akan memanggil individu-individu yang disebut namanya seperti Shamsidar Taharin dalam pembelaan kelak, sebaliknya anak guamnya itu akan memberi keterangan berdasarkan apa yang dilihat.

Tambah peguam tersebut, sekiranya plaintif ingin menyangkal apa yang dinyatakan oleh Nalla itu maka Anwar yang perlu memanggil individu-individu terbabit untuk menafikannya.

Pada 26 Mac lepas, Anwar memfailkan saman terhadap defendan berhubung perkataan Nallakaruppan, yang didakwa fitnah dan mencemar nama baiknya, yang disiar di muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac.

Penyataan tuntutan Anwar mendakwa perkataan berunsur fitnah yang terkandung dalam artikel itu adalah palsu, tidak berasas dan disiar dengan niat jahat.

Selain ganti rugi am sebanyak RM100 juta, Anwar menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Mahkamah Tinggi menetapkan 18 Jan untuk pengurusan kes saman itu – Agendadaily