3

Anwar Menang Mudah Terhadap Utusan, Apakah Hakim VT Singham Berat Sebelah

By Sungai Rapat on Monday, January 21, 2013 with 2 comments



Terlalu mudah Anwar Ibrahim menang kes samannya terhadap Utusan Malaysia apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan memihak kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah RM50 juta ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu. Baru setahun perbicaraan berlalu keputusan sudah pun dibuat, cepat sekali.

Hakim Datuk V T Singham mengarahkan kos sebanyak RM45,000 dibayar kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.


Bila diselidik, hakim VT Singham kerap dan terlalu suka untuk menjadi hakim apabila berkaitan dengan politik dan kes bunuh yang kronik. Terdapat beberapa kes yang cukup meragukan dimana pembunuh tidak dipanggil untuk bela diri langsung dan kes terus dibuang begitu sahaja. Jika demikian keputusan hakim siapa yang membunuh orang yang sudah mati. hakim ini juga kerapa bermain dengan kesalahan teknikal dalam membuat keputusannya.

Apakah ada konspirasi Hakim Datuk VT Singham terhadap kerajaan Barisan Nasional kerana mempertahankan kalimah Allah untuk digunakan dalam bible penganut Agama Kristian?


Apakah ini sahaja cara untuk membantu Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Keputusan ini juga membuatkan nama Anwar Ibrahim yang hampir tenggelam dengan isu kalimah Allah kini mula mendabik dada.

Utusan wajib memfailkan rayuan sehingga ke Mahkamah yang terakhir sekali demi keadilan kepada Utusan Malaysia.

Ada sesuatu tang tidak kena dengan hakim VT Singham dan keputusannya.

Punyalah banyak Hakim dalam Makamah Tinggi VT Singham juga yang mengadili Anwar Ibrahim


HAKIM MAHKAMAH TINGGI
NAMADAERAH
ABANG ISKANDAR B. ABANG HASHIMKUALA LUMPUR
ABDUL AZIZ B. ABD RAHIMKUALA LUMPUR
ALIZATUL KHAIR BINTI OSMAN KHAIRUDDINKUALA LUMPUR
AMELIA TEE HONG GEOK ABDULLAHKUALA LUMPUR
ANANTHAM KASINATHERKUALA LUMPUR
AZAHAR B. MOHAMEDKUALA LUMPUR
AZIAH BINTI ALIKUALA LUMPUR
BALIA YUSOF BIN HJ WAHIKUALA LUMPUR
GHAZALI B. CHAKUALA LUMPUR
HADHARIAH BT SYED ISMAILKUALA LUMPUR
HAMID SULTAN B. ABU BACKERKUALA LUMPUR
HANIPAH BT MOHAMMED HASHIMKUALA LUMPUR
HARMINDER SINGH DHALIWALKUALA LUMPUR
HAS ZANAH  BT MEHATKUALA LUMPUR
HASNAH BT MOHAMMED HASHIMKUALA LUMPUR
LAU BEE LANKUALA LUMPUR
LEE SWEE SENGKUALA LUMPUR
LIM YEE LANKUALA LUMPUR
MAH WENG KWAIKUALA LUMPUR
MARY LIM THIAM SUANKUALA LUMPUR
MOHAMAD ARIFF B. MD YUSOFKUALA LUMPUR
MOHAMAD ZABIDIN B. MOHD DIAHKUALA LUMPUR
MOHD SOFIAN BIN ABD RAZAKKUALA LUMPUR
MOHD ZAWAWI BIN SALLEHKUALA LUMPUR
NALLINI PATHMANATHANKUALA LUMPUR
NOOR AZIAN BT SHAARIKUALA LUMPUR
PRASAD SANDOSHAM ABRAHAMKUALA LUMPUR
ROHANA BT YUSUFKUALA LUMPUR
ROSILAH BINTI YOPKUALA LUMPUR
TENGKU MAIMUN BT TUAN MATKUALA LUMPUR
V.T. SINGHAMKUALA LUMPUR
VARGHESE A/L GEORGE VARUGHESEKUALA LUMPUR
YEOH WEE SIAMKUALA LUMPUR
ZABARIAH BT MOHD YUSOFKUALA LUMPUR
ZURA BT YAHYAKUALA LUMPUR

Kes-kes yang dihakimi oleh VT Singham cukup meragukan:

  1. Kes saman fitnah RM10 juta oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy terhadap seorang wartawan The Star dan syarikat akhbar 
  2. Kes Bunuh seorang pemudah dimana Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V T Singham, melepas dan membebaskan Azman Ismail, 25, atau `Man Datuk, anak bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ismail Shahbodin dan empat rakannya daripada tuduhan membunuh seorang pelajar kejuruteraan mekanikal pada 2003 tanpa dipanggil membela diri.

  3. Empat rakannya itu ialah Mohd Shafiq Azren Salleh, 24 (Boy TC); Mohd Hafiz Ibrahim, 23 (Tony); Mohd Faizal Radzali, 26 (Jambu) dan Mohamad Rizal Abu Hassan, 23 (Adik).

    Mereka dituduh bersama seorang lagi yang masih bebas (Mohd Nizam Ariffin atau Tok Mat Crane) membelasah, menendang dan memijak Mohd Hosni Fadzli Mohd Amin, 21, di Ikhwan Auto, No 19, Hala Rapat Baru 20, Kawasan Perindustrian Ringan Kinta di Ipoh, antara jam 3 hingga 10 pagi, 22 Disember 2003, sehingga menyebabkan mangsa mati.

    Tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
  4. Hishammuddin memfailkan saman pada 26 April 2011  melalui Tetuan Zul Rafique & Partners kerana mendakwa Anwar telah mengeluarkan kata-kata fitnah itu semasa wawancara dengan media selepas membuat laporan polis pada 22 Mac lepas di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dimana Hakim VT Singham juga menjadi hakimnya.


Category: politik

POST COMMENT

2 comments:

Anonymous said...
January 21, 2013 at 7:16 PM

Meme dah agak dah verdict mcm tu :)..kenapa ya? Hehehhe

Anonymous said...
January 21, 2013 at 8:18 PM

Gua agak mesti ada yang tak kena nih.......

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda