3

Bagaimana Majlis Tertutup, Gambar Boleh Terlepas Keluar?

By Sungai Rapat on Wednesday, January 9, 2013 with 1 comment


Persembahan tiga lelaki berpakaian seksi seperti wanita dalam majlis anjuran Polis Shah Alam pada 4 Januari lalu, berlaku tanpa dirancang, kata Polis

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata tarian dipersembahkan bukan yang ditempah penganjur Majlis Malam Mesra Sekalung Budi, Segunung Intan.
Majlis anjuran Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu bertujuan meraikan bakal pesara dan pegawai serta anggota berpangkat rendah yang akan bertukar.

Ia adalah majlis tertutup dan yang hadir hanyalah pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam sahaja yang hadir. Jadi apa masalahnya jika sekali pandang musuh sudah dapat diagak.


Jika demikian bagaimana tarian yang memualkan itu boleh terlepas kedalam Facebook. Apakah pihak polis terutamanya Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam sudah tidak mempunyai kejujuran lagi. Jika demikian bagaimana jika hal-hal rahsia besar negara terlepas ke tangan penjenayah.

"Apa yang berlaku adalah secara spontan tanpa izin penganjur",  kata Ketua Polis Derah Shah Alam yang tidak boleh diterima akal dan tidak munasabah langsung. 

Siapa penganjur majlis sebegini? banyak persoalan yang belum dirungkai oleh Polis Shah Alam.

Tetapi yang pastinya ada orang dalam samada penganjur, anggota polis sendiri atau pihak hotel yang mempunyai niat buruk terhadap imej Polis dan Kerajaan BN.

Pihak Polis wajar cari sampai ke lubang cacing siapa musuh dalam selimut selama ini yang sengaja menyebar gambar-gambar jijik ini.

Category: Jenayah

POST COMMENT

1 comments:

Anonymous said...
January 9, 2013 at 11:52 AM

Fasal bukan semua polis menjadi penyokong kerajaan....

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda