Friday, January 25, 2013

Bantuan Persekolahan Bukannya Rasuah Kerana Sudah Dirancang lebih Awal




Dalam belanjawan 2013 lalu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meluluskan peruntukan RM540 juta pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid tahun 1 sehingga ke tingkatan 5 tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar.

Hari ini bertempat di Sekolah Kebangsaan Rapat Jaya, YB Dato Hamidah Osman  menyampaikan kepada 192 orang pelajar SK Rapat Jaya 88 keluarga.

YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat di dalam ucapannya pula berkata, bantuan dari belanjawan 2013 untuk rakyat ini sahaja menelan perbelanjaan hampir RM8 bilion banyaknya.

Beliau hadir bagi menyampaikan amanah Perdana Menteri kepada pelajar-pelajar seperti yang dijanjikan.

Katanya, “Ini dikatakan bantuan.. ia bukannya rasuah. Jika rasuah, awal-awal lagi tidak dicadangkan di dalam belanjawan 2013 “

Apabila Perdana Menteri mendapati, kerajaan mampu menghulurkan bantuan ini sekali lagi, maka pada tahun ini ianya diteruskan.

“Inilah keprihatinan pemimpin utama yang memikirkan kesejahteraan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Oleh itu marilah kita sama-sama bersyukur..” ujar beliau.

Ibu bapa dinasihatkan agar ambil tahu pendidikan anak-anak di sekolah kerana hanya dengan pendidikan sahaja menjamin masa depan generasi ini.

Beliau turut menafikan pihak yang menyatakan bantuan khas dari kerajaan ini berbentuk rasuah. Bantuan seumpama ini jarang ada di negara luar dan mungkin tidak ada.

“Kita perlu bersyukur, sebelum ini kerajaan membantu dari segi bantuan kepada barangan keperluan, seperti petrol, gula, minyak, gas dan sebagainya. Tetapi kebanyakan daripada kita, tidak merasainya.”

“Apabila di beri bantuan khas seumpama ini, kita dapat melihat rakyat sedar bahawa kerajaan prihatin ke atas rakyat. ” tambah beliau lagi.

Turut hadir, Ketua Kampung Kampung Rapat jaya Tambahan En Ismail dan beberapa pemimpin masyarakat setempat.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.