Tuesday, January 22, 2013

Bilik Gerakan BN Jelutong Diroboh oleh Kroni DAP, Akibatkan Kerugian RM150,000


Wanita Barisan Nasional (BN) Jelutong mahu pihak yang bertanggungjawab merobohkan bilik gerakan BN Jelutong pada Ahad lepas memberi penjelasan berhubung tindakan mereka.

Timbalan Pengerusinya, Senator Datuk Saripah Aminah Syed Mohd berkata, tindakan itu yang dilakukan tanpa notis pemberitahuan menyebabkan kerugian sekitar RM150,000.

"Kita beri mereka yang sepatutnya bertanggunggjawab dalam hal ini selama seminggu untuk tampil beri penjelasan... jika tidak ada juga kita akan minta nasihat peguam untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak bilik itu di sini Selasa.

Saripah Aminah yang juga Ketua Wanita Umno Jelutong, berkata mereka kehilangan tiga unit mesin jahit, dua alat pendingin hawa serta kabinet fail dalam kejadian itu.

Bilik ini yang beroperasi sejak 1998 dimanfaatkan bagi pelbagai aktiviti termasuk kelas jahitan serta kelas tuisyen percuma untuk 20 pelajar miskin dari kawasan sekitar, katanya.

Menurut Saripah Aminah, kejadian itu berlaku ketika pihaknya masih berunding dengan pemilik tanah iaitu Duta Mas Permai Sdn Bhd, sama ada syarikat tersebut mahu memberi pampasan atau premis baharu kepada mereka.

"...tetapi belum pun sempat capai keputusan, bangunan sudah dirobohkan," katanya.

1 comments:

Anonymous said...

Apa punya bahlol penyokong penyokong fanatik ni tak kiralah pati mana mana pun. Hampa pikiyag la, pru cuma lima tahun sekali, apa pasai kerana tu kita nak begaduh. Balik sana dengan balik sini penuh adik beradik, kawan kawan, jiran jiran. kerana calon yang tak kena mengena dengan kita kita nak begadoh, pii...rah. Sampai masa aku mengundi dah

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.