3

Haron Din Tetap menyatakan 'Kufur jika sokong Penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian'

By Sungai Rapat on Tuesday, January 8, 2013 with 3 comments


Pakatan Rakyat berbincang pagi tadi sanggup tidak mengundang Dr Haron Din dan Ketua Dewan Ulamak Pas Datuk Harun Taib dalam mesyuarat menentukan pengunaan Kalimah Allah oleh kafir.

Difahamkan Anwar Ibrahim memberi arahan agar mereka tidak mengundang Datuk Dr Haron Din dan Datuk Harun Taib ke mesyuarat itu.

Sebelum ini Datuk Harun Din tetap dengan pendiriannya bahawa kalimah Allah tidak boleh dibuat main apatah lagi untuk meraih undi simpati daripada penganut Kristian.

"Umat Islam sokong penganut Kristian menggunakan kalimah Allah itu adalah kufur", kata Haron Din 




Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menegaskan, mana-mana umat Islam yang menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Jika yang menyokong itu Nik Aziz sekalipun dia adalah kufur.

Tokoh ulama itu berkata, melalui kaedah yang dipakai dalam ilmu akidah, tindakan bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh agama Kristian itu membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai tuhan sebagai Triniti iaitu terdiri daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.

“Dalam Islam, Allah adalah Esa (satu). Kalau ada yang menyekutukan Allah dengan Triniti, maka berlakulah syirik yang membawa kepada kufur. Kalau kita reda dengan yang kufur, kita jatuh kufur sama,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa laman blog termasuk milik pemimpin politik yang menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Category: politik

POST COMMENT

3 comments:

Anonymous said...
January 8, 2013 at 8:28 PM

DATUK DR HARON DIN WAJIB KELUAR PAS DAN BERJUANGLAH BERSAMA SAMA ATUK HASSAN ALI..PAS DAH MAKIN TERPESONG..

RESEPI TRADISI MELAYU said...
January 8, 2013 at 9:06 PM

Betul2 sangat. . Kami masyarakat bawahan sangat berharap cendikiawan Islam bersatulah dan teruskanlah yang hak bukan atas dasar kepentingan yang lain.

Anonymous said...
January 9, 2013 at 2:00 AM

Salam krpada DATO HARON DIN, DATO AZAMUDDIN DATO TUAN IBRAHIM. Sedarlah banyak mana lagi yang DATO2 nak tanggong dosa2 yang dibuat oleh pemimpin PAS ini. Keluar lah segera dari Pas. Jgn lah disebabkan terus berada dalam kelompok yang salah ini meyebabkan Dato2 dihumban kedalam Neraka nanti. Teruslah jadi tokoh Agama jangan jadi tokoh politik yang meyesatkan. AllahuAkbar.

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda, adalah lebih baik kita komen secara positif, membina dan manfaat kerana komen kita akan dibaca oleh ribuan rakyat Malaysia.