3

Kalimah: DAP dan PKR jangan soal, kerjasama hanya politik sahaja bukannya Agama - Harun

By Sungai Rapat on Sunday, January 20, 2013 with 3 comments


Dewan Ulama Pas menegaskan pendirian Pas berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian tidak perlu dipersoalkan oleh DAP dan PKR  kerana kerjasama yang dijalinkan hanya dalam soal politik dan bukannya agama.

Ketuanya, Datuk Harun Taib menjelaskan, selain persoalan politik Pas sertai pakatan rakyat hanya untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya sahaja, bukan yang menyentuh isu agama, Pas tidak perlukan DAP dan PKR kerana Pas boleh membuat keputusan bersendirian.


"Kalau dia (Karpal) nak rayu atau desak juga (supaya Pas kaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu), dia punya pasal lah, kita tetap dengan pendirian kita"

Harun menyatakan demikian ketika diminta mengulas gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.


PKR boleh buat keputusan berlainan atau sama dengan DAP tetapi Pas tidak seekali mengikut telunjuk DAP dan PKR, tegas Harun Taib.

Category: politik

POST COMMENT

3 comments:

Anonymous said...
January 20, 2013 at 9:22 PM

tapi tiga org lebai tu sanggup nak tukar asalkan dapat undi ape cite...

undi kan lebih penting dari akidah/murtad.. kata2 ular mak pas

Anonymous said...
January 20, 2013 at 9:25 PM

Datuk Harun wajib tinggalkan PAS! Sertai lah UMNO Parti Melayu Islam yg senantiasa memperjuangkan Islam, Org Melayu & rakyat Malaysia.

Angin Laut China Selatan said...
January 20, 2013 at 9:33 PM

Salam. Saya amat kagum dengan blog tuan dan saya telah pautkan blog tuan ke list blog saya. Saya juga amat berharap kira yuan dapat pautkan blog saya ke blog ruan. Tkasih

http://anginlautchinaselatan.blogspot.com/

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda