Tuesday, January 1, 2013

Kerajaan BN Tetap bantu Rakyat Walaupun Rakyat tidak dijanjikan bulan dan Bintang


Bezanya antara kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan Pakatan Rakyat dalam mendekati rakyat.

"Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan yang hipokrit, namun Barisan Nasional tetap memberi bantuan kepada rakyat mengikut kemampuan kerajaan," kata YB Dato Hamidah Osman.

"Tetapi kerajaan Pakatan Rakyat dalam setiap ceramah mereka, mereka sering menjanjikan kepada rakyat bulan dan bintang, Air percuma, elektrik percuma, tol percuma, bayaran pendidikan percuma, pendek kata  hampir kesemuanya adalah percuma,"ujar YB Dato Hamidah lagi.

"Bila mereka sudah dapat memerintah sesebuah kerajaan contohnya di negeri Selangor, apa yang mereka janjikan dalam manifesto mereka sewaktu memerlukan undi rakyat sudah tidak boleh dipakai lagi, senang cerita semuanya terbatal dengan sendirinya.

“Contohnya sebanyak lapan janji langsung tidak dilaksanakan oleh kerajaan PKR Selangor antaranya ialah memberi bantuan RM50 sebulan untuk pendidikan pra-sekolah; bantuan golongan muda mendirikan rumah tangga termasuklah memberikan elaun kepada ibu tunggal dan suri rumah di negeri ini.

“Selain janji tidak ditunaikan, terdapat empat program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri di bawah manifesto tersebut turut tidak sempurna selain mendakwa wujudnya kelemahan yang ketara seperti bantuan RM75 untuk setiap anak ke nurseri, hadiah RM1,000 anak negeri yang mendapat tawaran universiti, bantuan biasiswa pelajaran dan juga tabung permulaan RM100 untuk setiap anak kelahiran Selangor, kata YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat ketika ditemui semasa majlis sumbangan beg sekolah kepada anak-anak yang besekolah di Dewan Datuk Ahmad Said Kampung Sungai Rokam.



Sejumlah 170 buah beg sekolah telah diberikan kepada anak-anak yang akan menghadapi musim persekolahan di sekitar Kampung Sungai Rokam.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.