Friday, January 25, 2013

Ketepikan Fahaman Politik Demi Agama Islam







YB Dato Hamidah turut hadir dalam ceramah Maulidurrasul di Surau An-Naim Kg Seri Rahmat


Sebentar tadi berlangsungnya sambutan Maulidurrasul 1434H di Surau An-Naim Kampung Seri Rahmat dekat Batu Gajah. Difahamkan majlis ini telah dianjurkan oleh penyokong kuat Pas yang berada di kampung Seri Rahmat.

Tak kiralah siapa yang menganjur pun asalkan mereka orang Islam sama macam kita juga 
(1) Mengucap Dua kalimah Syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat


Saya agak tertarik kerana YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat, Ketua Kampung Seri Rahmat dan Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Rahmat turut hadir bersama-sama penyokong Pas yang lain dan mampu duduk sebari dengan mereka.

Sudah lama saya terlalu teringin melihat kerjasama sedemikian kerana siapa lagi yang akan mempertahankan Agama Islam, jikalau bukan umat Islam sendiri. Bangsa lain hanya mahukan umat Islam berpecah-belah supaya senang mereka menakluki negara Malaysia dimana Agama Rasminya adalah Agama Islam.

Agak menarik kupasan yang dibuat oleh penceramah iaitu Al-Fadhil Ustaz Dato' Sheikh Mohamah Nor Bin Mansor Al-Hafiz mengenai kelahiran Nabi Muhammad SAW pada tahun Gajah.

Diakhir ceramahnya beliau menyentuh sedikit tentang isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di Malaysia.

Ternyata beliau langsung tidak menyokong Kalimah Allah digunakan didalam bible penganut Agama Kristian.

Baginya penggunaan nama Allah oleh agama Kristian itu membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai tuhan sebagai Triniti iaitu terdiri daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.

“Dalam Islam, Allah adalah Esa (satu). Kalau ada yang menyekutukan Allah dengan Triniti, maka berlakulah syirik yang membawa kepada kufur. Kalau kita reda dengan yang kufur, kita jatuh kufur sama,” katanya.

Kemudian beliau menasihati semua umat Islam agar bersatu, jangan terlalu fanatik terhadap politik dan yang paling penting jangan kita sesekali menjatuhkan hukum kafir kepada umat Islam lain kerana menurut ulamak dari Universiti AlAzhar selagi umat Islam itu mengucap dua kalimah Syahadah kita tidak sesekali boleh menjatuhkan kafir kepadanya.

Jadi jelas umat Islam kini sudah banyak dipesongkan oleh individu tertentu yang tamakkan kuasa dengan harapan agar kesatuan umat Islam dapat dipecah-belahkan dan akhirnya umat Islam terpaksa mengikut telunjuk mereka.

Saya meneliti penyokong Pas sebenar tidaklah sefanatik seperti penyokong Anwar dalam Pas. Penyokong Pas yang sebenar, mereka lebih banyak mendiamkan diri disamping meneruskan program-program Pas seperti biasa. tetapi sejak Pas dimasukkan ke dalam golongan cina DAP dan PKR yang mempunyai pemimpin seperti Anwar Ibrahim, Pas terus diperguna untuk kepentingan mereka yang tamakkan kuasa. 

Cuba kita lihat bagaimana wajah Haji Hadi yang agak keliru dengan arahan Anwar untuk membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam biblenya. Mat sabu punya kelihatan 'slamber' seolah-olah dah tahu Haji Hadi akan dianiaya oleh Anwar Ibrahim.

Apakah orang ini yang kita nak harapkan untuk jadikan pemimpin Islam?

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.