You are here:
Home »
politik
»
PAS Bukan Lagi Parti Islam Bila Bukan Islam dicalonkan dalam PRU13
By Sungai Rapat
on
Saturday, January 26, 2013
with
1 comment

PAS sedia meletakkan calon dari kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata calon bukan Islam akan dipilih dalam kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang juga merupakan sayap parti itu.
DHPP didakwa mempunyai keahlian seramai 35,000 orang di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.
Tuan Ibrahim berkata Majlis Syura telah membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket parti itu.
"Ini kali pertama dalam sejarah kita calonkan DHPP. Kerusi itu (yang mereka tandingi) memang kerusi PAS maka mereka akan bertanding atas lambang parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Markas PAS Kuala Ibai, di sini, Jumaat.
Dalam PRU-12 pada 2008, PAS Johor meletakkan calon wanita bukan Islam, Kumutha Raman, pemegang ijazah undang-undang dari Britain, bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram dalam kawasan Parlimen Johor Baharu.
Bagaimanapun, calon berkenaan tewas kepada Maulizan Bujang dari Barisan Nasional (BN).
Category:
politik
POST COMMENT
1 comments:
masa kempen calon iniorang PAS tak boleh takbir, kena tempik kalimah ... PUTRAJAYA !!!
Post a Comment