3

Pas Kelantan Tetap Mempertahankan Koo Ham Walaupun Rakyat Kelantan Marah

By Sungai Rapat on Thursday, January 3, 2013 with 0 comments


Pentadbiran kerajaan Pas negeri Kelantan tetap akan mempertahankan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dalam meluluskan tanah kepada syarikat milik beliau, Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. bagi melaksanakan projek pembalakan sebanyak 10,526 ekar.


Walaupun kerajaan Pas Kelantan mempertahankan Ngeh tetapi ramai pemimpin Pas yang lain diam membisu

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan itu menegaskan, tanah seluas 4,000 hektar(10,526 ekar) di Gua Musang bukan hak Pas, kerajaan Pas tidak ada kuasa dalam pemberian tanah di Relai, daerah Chiku Gua Musang, Kelantan

"Ini bukan satu projek yang kerajaan negeri bagi saya. Sebaliknya ini projek tanam semula pokok balak. Dua syarikat yang diminta (melaksanakan projek tersebut) sebelum ini gagal.

"Kami ambil alih (syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd.) untuk tanam balik," katanya 



Kata Ngeh lagi Kelantan tidak ada syarikat yang mampu untuk melaksanakan projek tersebut.

Semalam sekumpulan rakyat negeri Kelantan yang terlibat dalam ladang rakyat memarahi kepimpinan menteri besar yang dijenamakan 'tok guru' kerana sanggup merampas tanah mereka kemudian diserahkan kepada Ngeh dan Nga.

Category: politik

POST COMMENT

0 comments:

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda