Monday, January 28, 2013

Penyokong Kuat Radhi Zainon Berpaling Tadah, Radhi ugut untuk lakukan sesuatu


Radzi Zainon semakin buntu dalam mendapatkan undi simpati daripada warga Dun Sungai Rapat, apabila YB Dato Hamidah Osman berjaya menjadikan pentas ceramahnya di rumah penyokong kuat pakatan pembangkang sendiri.

Sudah beratus ceramah Radhi Zainon buat, beribu risalah mereka edarkan, beratus hasutan juga telah mereka dilakukan namun pengundi Dun Sungai Rapat tetap tidak menyebelahi mereka. Bukan itu sahaja malah penyokong mereka pun sudah ramai yang menyokong YB Dato Hamidah.

Ini memberi tamparan yang cukup hebat buat Radhi Zainon yang ditelah dicalonkan oleh pakatan rakyat Gopeng sebagai calon Dun Sungai Rapat pada PRU13.

Malam tadi Sungai Rapat Online sempat bertemu dengan penyokong Pakatan Pembangkang yang berpaling tadah beliau tidak mahu namanya disebut berkata,"saya sudah muak dengan pakatan pembangkang yang selalu berjanji tetapi satu pun tidak ditunaikan". Lebih-lebih lagi pemimpin Pas seperti Radhi Zainon yang banyak menipu dan hanya memberi gambaran baik sahaja sedangkan ceramahnya penuh dengan hasutan dan memaki hamun.

Beliau kini sudah serik untuk membantu pakatan pembangkang termasuk Pas kerana mereka sudah banyak menyeleweng daripada perjuangan asal mereka.

Pagi tadi SRO difahamkan,beliau menerima panggilan telefon dari Radhi Zainon sendiri dengan nada mengugut utnuk melakukan sesuatu jika beliau masih menyokong YB Dato Hamidah Osman.

Menurut YB Dato Hamidah, ceramah yang dilakukan adalah dalam skala kecil-kecilan dalam kesemua Pusat Daerah mengundi(PDM). YB Dato Hamidah hanya mensasarkan dalam 20-50 orang sahaja yang  hadir. Tetapi semakin banyak ceramah semakin mendapat sambutan

Malah menurut YB Dato Hamidah lagi, ramai penyokong Pakatan Pembangkang menelefon beliau merelakan rumah mereka dijadikan pentas ceramah untuk Barisan Nasional.


Ini menunjukkan penyokong pakatan pembangkang sudah muak dengan pembohongan Radhi Zainon yang sanggup membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Pegoh Aman.


3 comments:

Anonymous said...

tahniah YB....

Anonymous said...



Sefahaman diantara Musang Berjanggut TG Nik Aziz dengan Bishop bawa ketenangan
Harakahdaily, 28 Jan 2013

Musang berjanggup Tuan Guru Sesat Nik Aziz rangcak berbincang dengan Bishop Katolik Sebastian Francis dan keduanya kelihatan tersenyum puas dengan maksut yang tersirat.
Dalam pertemuan mesra tersebut sudah pasti kalimah Allah untuk bibble berbahasa melayu tidak terlepas daripada perbincangan dan persetujuan pun pasti telah dibuat tetapi tidak dihebahkan kepada umun untuk menjaga hati pengundi dan ianya tetap menjadi rahsia diantara Nik Aziz dan Bishop Katolik Sebastian Francis sehingga selesai pelaksanaannya pilihanraya nanti.
Inilah rupa Tuan Guru Musang berjanggut sesat yang di agungkan oleh pengikutnya pernah bermatian untuk menjual kalimah Allah kepada orang Kristian untuk di bayar dengan undi bagi menggantikan nama Jesus kepada Allah. Walau bagaimanapun beliau terpaksa membuat pusingan U setelah menerima tentangan hebat daripada ahli Pas itu sendiri demi menjaga masa depan kepentingan politik beliau. Mungkin hasil daripada perbincangan tersebut memberi petunjuk kepada Bishop Katolik Sebastian Francis bahawa perlaksanaan penggunaan kalimah Allah untuk tuhan orang Kristian hanya akan diteruskan selepas pilihanraya nanti dan akhirnya Dato Harun Din dan pengikutnya hanyalah merupakan Si Mangkuk Ayung di dalam Pas.

Anonymous said...

Terbaikkk..teruskan yb

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.