By Sungai Rapat
on
Monday, January 28, 2013
with
0 comments
Warung Che Azmi Taman Sri Sayang Pengkalan Barat iaitu betul-betul hadapan Markas Pas hari inimenjadi tumpuan apabila lebih 100 orang penduduk sekitar kawasan Pengkalan Barat hadir untuk bertemu dengan YB Dato Hamidah Osman.
Walaupun senarai calon masih tidak dikeluarkan selaku Adun Sungai Rapat, YB Dato Hamidah meneruskan agendanya dalam program Sarapan Pagi yang kini sudah menjelajah 9 tempat demi untuk mendekati dan membantu rakyat tanpa mengira bangsa.
Rata-rata penduduk yang datang dalam program YB Dato Hamidah mengakui keberkesanan program bertemu rakyat sebegini.
Untuk rekod dalam tahun 2012 sahaja sejumlah 12 program sarapan pagi di 12 kampung seluruh Dun Sungai Rapat telah dilaksanakan oleh YB Dato Hamidah. Mengambil pendekatan dan keberkesanan itu YB Dato Hamidah meneruskan program ini, malah menambahkan program ini hingga ke kawasan yang agak terpencil.
Difahamkan beberapa penyokong Pas turut hadir dalam program ini kerana melihat program inimendatangkan kebaikan kepada penduduk jika dibandingkan dengan ceramah Pas yang memaki hamun.
POST COMMENT
0 comments:
Post a Comment