Tuesday, January 1, 2013

Sayangi Jantung Anda, Hindari Stress, jangan merokok, bersenam selalu


MALANG memang tidak berbau. Begitulah yang berlaku terhadap pengerusi ketua-ketua kampung Dun Sungai Rapat Haji Alang Abdul Rahman yang terjatuh sewaktu di pejabat Pusat Khidmat Dun Sungai Rapat.


Sewaktu mula-mula beliau dimasukkan ke hospital beliau didapati koma beberapa hari makan hanya menggunakan tiub sahaja, apa lagi untuk bercakap sudah tentu sukar bagi beliau.

Sewaktu terjatuh di pejabat dipercayai kepala beliau terhentak ke atas lantai hingga menyebabkan berlakunya pendarahan kecil di kepala.

Bila memasuki umur 64 tahun sudah tentu banyak perkara perlu difikirkan apabila berlakunya pendarahan dikepalanya.

Kini demi semangat yang kental dan diringi usaha serta doa akhirnya kesihatan Haji Alang semakin pulih, kini mampu bercakap, mengenali orang lain, boleh memandu kereta dan mampu berlawak lagi.

Jadi apa yang saya nak nyatakan disini setiap penyakit pasti ada ubatnya, sayangilah diri anda terutama melibatkan jantung

  • Jika anda mempunyai simpton awal penyakit jantung ataupun pernah mengalami serangan jantung ringan, jangan abaikannya. Anda sangat memerlukan nasihat dari doktor yang terlatih. Ini dapat menyelamatkan jantung dari mengalami kerosakan yang lebih teruk. 
  • Namun jika gejala serangan jantung mulai terjadi, sangat penting untuk segera mencari bantuan perubatan. Risiko kematian terbesar dari serangan jantung adalah dalam jangkamasa satu jam setelah terjadi serangan jantung. Tindakan yang cepat dan tepat dari pakar perubatan dapat menyelamatkan otot jantung dari mengalami kerosakan yang tidak dapat diperbaiki. Semakin banyak otot jantung yang terselamat, semakin efektif jantung akan kembali mengepam setelah serangan.
  • Melihat kepada pentingnya organ jantung ini kesihatan tubuh manusia dan kelangsungan hidup, maka segeralah perbaiki gaya hidup anda agar sentiasa sihat. 
  • Mulailah menikmati makanan yang sihat, bergizi dan rendah kolestrol.
  • Hindari dari MEROKOK dan STRES. 
  • BERSUKAN secara teratur. 
  • Amalkan gaya hidup yang sihat mulai hari ini dan sayangilah JANTUNG anda.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.