Saturday, January 26, 2013

Setelah 2 minggu cuba menghilangkan diri, Akhirnya mengaku juga Porsche itu miliknya


Setelah blogger pro-kerajaan berhempas pulas membuktikan bahawa pesuruhjaya Pas Kelantan memiliki kereta jenis Porshe Cayman mewah akhirnya barulah pesuruhjaya Pas kelantan mengaku kereta itu memeng miliknya.


Semasa pendedahan sebelum ini sinarharian ridak sedikit pun mengambil ini sebagai artikel tetapi untuk menutup segala kelemahan pembangkang akhirnya SinarHarian pun tampil membuat artikel untuk mempertahankan Pesuruhjaya ini. Syabas Sinarharian!!!

Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin menjelaskan sebuah kereta mewah Porsche Cayman yang didaftarkan atas namanya adalah milik anaknya yang memiliki perniagaan sendiri.

Hashim berkata, perkara itu diperkatakan selepas beberapa blog mendedahkan beliau memiliki kereta berkenaan.

“Ini adalah tindakan individu tertentu kononnya sengaja menimbulkan isu pembelian kereta mewah Porsche Cayman bagi memburukkan nama saya selaku pemimpin tertinggi Pas di Perlis.

lain kali kalau nak berbohong pun biar kena pada tempatnya rakyat Malaysia bukannya bodoh untuk mempercayai kereta mewah itu orang lain yang punya.

Jika Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin bawa kes ini ke Mahkamah sekalipun, mahkamah tetap mengatakan En Hashim Jasin yang punya bukannya anak En Hashim.

Hashim, yang juga Adun Sanglang mungkin tidak gusar kerana isu berkenaan kerana disebalik lebai putih dan jubah putih gerenti rakyat akan percaya 100% kata-kata En Hashim.

Kita tahu Pas/pakatan rakyat selama ini mendesak kerajaan agar membatalkan semua permit import (AP) kepada individu dan mereka juga mendesak kerajaan agar membuat tendersemua permit import (AP).

Tetapi dengan muka yang tak tahu malu mereka menggunakan permit tersebut untuk kegunaan peribadi mereka....tahniah Pas kerana berjaya mengelirukan rakyat.

4 comments:

Anonymous said...

Perniagaan apa yang anak YB jalankan tu sampai boleh bayar bulanan & roadtax Porsche? Sekadar bertanya.

Anonymous said...

ada hati gak family org kuat pas pakai keta mewah nooo.....pakai ap lagi pulak tu.

dewi_sue said...

Porsche bawa ke syurga....

Anonymous said...

"mengata dulang paku serpih, mengata orang rupanya dia yg lebih"...cakap tak serupa bikin...cakap berdegar2 tapi tahi sangkut di gelegar... itulah pembangkang tak kira DAP.Pkr atau Pas...tenguk diri sendiri sebelum menuduh dn fitnah orang lain!

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.