http://picyou.com/storage/production/temp_images/2053248/medium_2.jpg?1369010151
3

Sultan Kelantan Pakai Kereta Harga USD4.85Juta, Ada Nizar Meroyan?

By Sungai Rapat on Tuesday, January 8, 2013 with 6 comments



Koenigsegg CCXR ini dikatakan milik Sultan Kelantan (mungkin juga milik kerabat di raja Kelantan yang lain)... Harganya US $4,850,000.00 (Empat Juta Lapan Ratus Lima Puluh Ribu US Dollar)... Lebih mahal dari pada nombor plat yang dibida oleh Sultan Johor.



Sebelum ini WWW 1. Plat kenderaan yang dapat di bida oleh Tengku Mahkota Johor telah menjadi isu hangat yang sedang digembar-gemburkan oleh puak pembangkang. Katanya Sultan Johor ni guna duit rakyat untuk beli nombor plat ni yang berharga RM520,000. Nizar mempersoalkan tentang itu di dalam twitternya dan mengaitkan tentang penggunaan duit rakyat Johor. Satu dunia diaraknya twiteer itu.



Tetapi adakah Nizar dan pencacai PAS bising dan marah pada Sultan Kelantan seperti mana mereka maki Sultan Johor sebelum ini? 

Inilah antara komen Pecacai Pakatan Rakyat :

Setsuna F Zikri: bukan nak menunjuk tapi Tuanku dah banyak tolong rakyat .. tidak salah dia beli kereta ni sebab atas kemampuan masing-masing.
 Zaman Rasullullah SAW dulu kenderaan paling mahal ialah 'unta merah' a.k.a sama kereta Ferrari zaman tu dan menjadi haiwan tunggangan Saidina Ali ra, beliau banyak berjuang bersama Baginda Rasullullah tapi tak dok org ungkit pasal apa dia ada.

Rey Muin: Jgn penting kan dri snri je bro,,xkn raja nk naik kera myvi kot,,,,kita kne bersuykur kerana ade raja cm ni.....

Asimo Faiz :rakyat biasa bules pakai plat gtu ko? dop heran,sultan kelantan memey jiwa motorsport deh adik kakak,g mano2 pun drive sendiri,schumacher pun dop leh kejar...tuanku punya anak branak memey kaki keta...kalu dop silap,memey dio ada bisnes kereto mewah..biarla,tuanku pun berhak ada hobi sendiri.

Inilah sikap double standard pencacai PAS... Bila Sultan Kelantan atau kerabat di raja Kelantan memiliki kereta mewah, dipuji melambung... Bila Sultan-Sultan lain bermewah-mewahan dikatanya pembaziran duit rakyat... Adakah ini bukan satu PEMBAZIRAN??

Tujuan menyiarkan perkara ini adalah untuk mendedahkan sikap double standard pencacai PAS. Yang mana bila Sultan yang pro PR mereka akan puji melangit... Jika Sultan yang tak pro PR mereka akan maki habis-habisan.


Sungai Rapat Online tidak pertikai pun mana-mana Sultan nak pakai kenderaan begini kerana untuk menjaga status mereka. Disini terserlah sikap hipokrit sebenar pemimpin Pas dan penyokong mereka.

Category: politik

POST COMMENT

6 comments:

Anonymous said...
January 8, 2013 at 11:47 PM

Rm4.5juta je..cer google

wasim46 said...
January 9, 2013 at 12:12 AM

takpe kelantan rakyatnye kaya raya ada ladng rakyat ada projek diraja tu pasal highway takat pakai duit sedekah je memang semua ni berkat keje kuat tok garu nik ajis tu pun wat keje sambil cuti sakit kalau dio betul betul sihat ambo raso projek keretapi laju dah lama siap.ambo nok tunggu sultan ambo yg zuhud ni komen pasal isu Allah pulak...

Anonymous said...
January 9, 2013 at 12:13 AM

ambo bangge dgn sifat zuhud yang Sultan Klate miliki ......

wasim46 said...
January 9, 2013 at 12:29 AM

tahun ni ambo nok jemput sultan ambo yg zuhud ni sembelih lembu kat kg ambo sebab baginda pandai sembelih lembu.

Anonymous said...
January 9, 2013 at 12:57 AM

Hangpa kat atas ni tau kah apa makna zuhud? Nik aziz tak ajar ke apa makna zuhud? Atau pakai lebai dan serban itu maksud zuhud?
Jual nama Allah kpd kristian tu apa pulak maksudnya? Serah tanah rakyat kpd kafir harbi yu apa pulak sengalnya?
Pas ni banyak buat benda tak betul lah....

Anonymous said...
January 10, 2013 at 3:07 PM

kena ni sll nampak kat area jln ampang n klcc...

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda