Wednesday, January 23, 2013

Yusuf Qardawi Puji Keberanian Najib Menjejakkan Kaki Dibumi Palestine




Menurut Fatwa ulama tersohor dunia Sheikh Yusuf Al-Qardhawi "Membebaskan tanah milik Islam daripada mereka yang menakluk atau menyerangnya adalah merupakan satu Jihad. Jihad ini merupakan suatu yang wajib dan mulia, pertamanya ke atas warga negara berkenaan. 

Sekiranya warga negara tersebut tidak mampu untuk melawan, maka Muslim dari negara jiran wajib membantu. Sekiranya ini masih tidak mampu juga untuk melawan, maka semua Muslim di dunia ini mesti membantu".

Keberanian YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjejakkan kaki bagi membantu penderitaan masyarakat Palestine dipandang mulia kerana jarang-jarang pemimpin Islam berani dan mampu melakukannya, kata Sheikh Yusuf Qardawi.

Palestin adalah bumi kepada Kiblat pertama umat Islam, bumi Isra' dan Mi'raj, bumi kepada Masjid al-Aqsa dan daerah yang dimuliakan ALlah. Penakluk bumi ini merupakan musuh besar kepada umat Islam, dan mereka didokong oleh negara yang terkuat ketika ini, Amerika, juga komuniti Yahudi dari seluruh dunia termasuk pemimpin yang mengaku Islam pada hakikatnya membantu Israel membunuh masyarakat Palestine.

Jihad wajib dilancarkan kepada mereka yang merampas tanah dan menghalau pemiliknya, menumpahkan darah, mengkhianati kehormatan, memusnahkan rumah-rumah, membakar ladang-ladang, dan memusnahkan bumi berkenaan. 

Jihad merupakan kewajipan yang paling terdahulu dari kewajipan-kewajipan yang lain, merupakan tugas paling utama umat Islam. Muslim mesti melaksanakan jihad, pertamanya kepada pemilik tanah berkenaan, kemudian jiran-jirannya, dan akhirnya seluruh umat Islam. Kita mesti bersatu menentang penjajah. Kita bersatu di dalam Islam, termasuklah kesatuan dalam iman kepada Shari'ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. 

Seperti yang difirmankan oleh Allah SWT: "Sesungguhnya, inilah agama kamu, agama yang satu." (Qur'an, 21:92). Allah swt juga berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang mukmin itu bersaudara." (Qur'an, 49:10). 


2 comments:

Jijan Mali.... said...

NAk tunggu apa Anwar Al-Jubs Wal-Liwati nak spin pasal komen Yusuf qardawi ni. Tak kan nak cakap UMNO dah suap Ulama' tersohor ni.

Anonymous said...

Anwar akan kata Yusof Qardawi sdh telepon dia tanya kenapa Anwar tak ikut serta sebab Qardawi lebih suka jika Anwar yg datang...

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.