By Sungai Rapat
on
Saturday, February 16, 2013
with
1 comment

Kesemua ahli Pas perlu menyokong sepenuhnya keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah tidak boleh digunakan penganut agama lain selain umat Islam. Ini penting untuk memperlihatkan kepada masyarakat bahawa Pas masih relevan sebagai parti Islam.
Walau bagaimanapun, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed (gambar) berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa mengarahkan pihak luar(ahli Pas) mematuhi pendirian majlis itu berhubung perkara tersebut.
"Pendirian terkini Majlis Syura Ulama Pas dalam isu ini adalah jelas dan perlu disokong 100 peratus ahli-ahli Pas.
"Terpulang kepada pimpinan tertinggi pakatan pembangkang dan pemimpin Pas yang berkiblatkan Anwar Ibrahim mengubah pendirian yang diumumkan sebelum ini atau tidak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mahfodz yang juga Pesuruhjaya Pas Johor mengulas desakan pelbagai pihak yang meminta Pas menyatakan pendirian sama ada parti itu kekal dengan persetujuan bersama pakatan pembangkang berhubung penggunaan kalimah Allah atau akur dengan ketetapan Majlis Syura Ulama Pas.
Beliau menambah Majlis Syura Pas bersependapat bahawa membenarkan kalimah Allah untuk digunakan oleh penganut Agama Kristian dalam bible bahasa Melayu mereka adalah sesuatu perbuatan yang boleh mendatangkan kufur.
Terpulanglah kepada mana-mana pemimpin yang menggelar diri mereka Islam menerima atau tidak
Category:
politik
POST COMMENT
1 comments:
Semua tu tak da maknanya juga selagi Majlis Syura PAS tidak membuat ketetapan bahawa Amanat Haji Hadi adalah HARAM untuk di jadikan pegangan atau untuk di amalkan.
Post a Comment