Thursday, February 14, 2013

Banner kaum India Di Rampas dan di Koyak, Rela Dipukul oleh Unit Amal Pas



Banner protes kaum India terhadap Anwar Ibrahim dirampas dan di tores menggunakan pisau dan kaum India Sungai Rapat dihalau daripada laluan Anwar Ibrahim lalu menunjukkan Unit Amal Pas sudah jadi unit pengganas Pas dan wajib ditentang. banner menunjukkan bantahan kaum India terhadap Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai pengkhianat kaum India seperti trsgedi Kampung Buah Pala. Anwar berjanji tapi Anwar juga memungkiri janji.
'Tiba-tiba saya didatangi dua orang bermotosikal dan memukul kepala saya'
Tidak habis dengan itu unit Amal Pas menaiki motosikal kemudian memukul Rela yang menjaga di tapak ceramah Ummi Hafilda, kata saksi.

Menurut saksi lagi Unit Amal Pas terlalu marah sebab ramai pengunjung yang datang dan singgah di tapak ceramah Ummi Hafilda dan bukannya tapak ceramah Anwar Ibrahim.

Keganasan yang sengaja ditimbulkan oleh pakatan pembangkang membuatkan ramai hadirin yang sepatutnya singgah di tapak ceramah Pas terus ke ceramah Ummi Hafilda.

Perancangan awal yang dipersetujui oleh Pas Pengkalan Pegoh iaitu ceramah berunsur perdebatan antara Anwar Ibrahim dan Ummi Hafilda di Padang bolasepak Kampung Pengkalan Pegoh tetapi perancagan itu ditukarkan pada saat-saat akhir oleh PKR Gopeng kerana tidak mendapat restu daripada Anwar Ibrahim.

Ditapak ceramah Ummi Hafilda menyaksikan lebih ramai pengunjung berbanding tapak Anwar Ibrahim.

Sudah sampai masa UMNO/BN perlu menubuhkan unit keselamatannya sendiri kerana senario politik kini terlalu berbeza pakatan pembangkang menggunakan unit Amal mereka membuat tindakan sesuka hati mereka mengikut arahan ketua mereka dan pihak polis pun tidak lagi mereka hormati.


2 comments:

Anonymous said...

Salam. Saya pernah tengok ceramah Anuar dan Umi di Jerangau Dungun. Anuar dgn lantangnya bercakap diatas pentas PAS. Tetapi bila Umi mula berucap ramai peyokong PAS/PKR beredar kepentas dimana Umi berucap lk 50 meter sj. Anuar terus terencat dan tercabar kelu menjawb segala tuduhan Umi. Akibat tak tahan dgn Umi lalu dia pendekkan ceramahnya lalu berlalu. Syabas Umi. Teruskan gasak siAnuar itu. Biar semua tahu dirinya itu.

Anonymous said...

mane banner yang koyak? tak ade pun. tu ker gambo mangsa kena pukul, sengih semacam jer yang nampak kat dahi kesan-kesan jerawat ade la, tak de pun kesan pukulan? sahih ker berita ni. kenape tak lapor pada polis...

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.