Wednesday, February 20, 2013

Ceramah Ustaz Kazim dan Solat Hajat berjaya dilaksanakan



Ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias berjaya memukau lebih 2000 hadirin. Dua buah khemah besar yang disediakan penuh sesak, ini menunjukkan penduduk Kampung Pengkalan Pegoh sudah muak dengan ceramah politik yang berbentuk hasutan, maki hamun dan caci mencaci.

Ustaz Mohd Kazim Elias mengupas siapa yang perlu kita sayang dalam hidup kita.

Menurut Ustaz Mohd Kazim Elias, sejak akhir-akhir orang Islam lebih suka bertelingkah sesama sendiri sehingga memboikot kenduri, kematian dan majlis doa selamat individu tertentu yang difikirkan tidak menyokong mereka.

Hampir setiap hari umat Islam lebih gemar memfitnah sesama sendiri seolah-olah mereka tidak akan dikenakan apa-apa balasan oleh Allah SWT.

Menurut Ustaz Mohd Kazim juga ada pemimpin Islam yang suka mengkafir sesama Islam sendiri sehingga boleh menentukan siapa yang masuk syurga dan siapa yang masuk syurga. Apa hak kita untuk mengkafirkan orang lain selagi umat Islam itu mengucap Dua Kalimah Syahadah kita tidak boleh mengkafirkan dirinya.

Pemimpin Islam yang suka mengkafirkan orang lain termasuk menentukan syurga dan neraka seolah-olah dirinya sendiri adalah maksum sedangkan dirinya sendiri belum tentu samada ke Syurga atau ke Neraka.

Berpolitik biarlah pandai bukan hanya dengan ceramah memaki hamun kemudian dipilih. Kita perlu lihat pemimpin yang bagaimana yang sesuai untuk mewakili kita. Adakah pemimpin yang hanya pandai bercakap atau pemimpin yang selalu turun padang membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Pilihlah pemimpin dengan penuh keikhlasan bukan kerana dendam, pilihlah pemimpin yang senang didekati dan senang membantu rakyat. Tengok track rekodnya dahulu sebelum memutuskan memilih pemimpin, kata Ustaz Kazim lagi.

Program ceramah Ustaz Kazim adalah sebahagian daripada program Solat Maghrib, Solat Hajat, Zikir Munajat yang di Imamkan oleh Imam jemputan iaitu Imam besar Masjid Abbad di Mekah yang diadakan di masjid Ibnu Salam Pengkalan Pegoh.

Program ini telah dianjurkan oleh YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat dengan dibantu oleh Ketua Kampung Pengkalan Pegoh dengan kerjasama JKKK Kg Pengkalan Pegoh serta AJK Masjid Ibnu Salam.

YB Dato Hamidah Osman mengucapkan tahniah kepada ketua Kampung Pengkalan Pegoh, JKKK Kg Pengkalan Pegoh serta AJK Masjid Ibnu Salam yang memberi kerjasama yang jitu sehingga berjaya melaksanakan program ini.

1 comments:

Anonymous said...

Bro Video Ceramah Ustaz Kazim sikda ker?

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.