3

Haji Hadi Lebih Suka Syirik Daripada melukakan hati Anwar Ibrahim

By Sungai Rapat on Wednesday, February 6, 2013 with 2 comments




Presiden Pas, Hadi Awang didesak menarik balik perjanjian yang telah dibuat bersama parti komponen Pakatan Rakyat (PR) berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH di dalam Bible Bahasa Melayu.

Jika tidak Hadi Awang hanya lebih sukakan syirik terhadap Allah daripada melukakan hati Anwar dan cina DAP.

Menurut Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat Hadi Awang sepatutnya menyatakan pendirian selepas dapat kata sepakat dalam Majlis Syura Ulama.

Sebelum ini, kepimpinan tertinggi Pakatan Pembangkang yang dianggotai oleh ulamak terkenal seperti Anwar Ibrahim, Mat sabu, Lim Kit Siang mencapai kata sepakat bahawa penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan.

Tetapi bolehkah ulamak Mat Sabu memastikan pihak Kristian tidak melakukan salahguna terhadap Kalimah Allah.

Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan mengingatkan Pas bahawa mempertahankan Islam lebih penting daripada pertahankan pakatan itu, dan itu adalah wajah sebenar Pas. Jika Pas sudah bertukar wajah maka umat Islam tidak lagi mempercayai Pas.

Hadi Awang perlu teliti semula apa yang telah dilakukan olehnya kerana apa sahaja kenyataan yang dibuat mewakili kenyataan parti PAS.

Jika mengikut kenyataan Datuk Dr. Haron Din mana-mana umat Islam yang menyokong dan membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut Agama Kristian maka jatuh kufur.

Category: politik

POST COMMENT

2 comments:

Anonymous said...
February 6, 2013 at 12:23 PM

Siapa tuhan mrk ?
A. jesus
B. dsai, ks,lks,tgna
C. parti
D. kerusi
' mrk mengambil org org alim mrk dan rahib rahib mrk sbg tuhan tuhan selain Allah swt,...' At Taubah 31.

Anonymous said...
February 6, 2013 at 2:10 PM


Lim Guan Eng telah mencetuskan isu penggunaan kalimah Allah pada hari sambutan krismas yang lalu. Yang menjadi perhatian sekarang ini adalah, apakah motif beliau berbuat demikian, kita harus sedar bahawa hingga ke hari ini kita masih lagi mempertikaikan dan meragukan ikutan agama Lim Guan Eng yang sebenarnya. Begitu juga agama yang diikuti oleh bapa beliau iaitu Lim Kit Siang .kerana di dalam biodata mereka tidak dinyatakan ikutan agama mereka dan ianya tetap menjadi tandatanya. Kita percaya bahawa mereka ini sebenarnya tidak mengikut sebarang agama pun. Bagitu juga niat sebenar Karpal Singh yang bukan beragama Kristian. Beliau adalah seorang yang beragama Sikh yang tidak ada sebarang kaitan dan kepentingan di dalam agama Kristian. Adakah agama Sikh juga hendak menggunakan kalimah Allah sebagai tuhan mereka? Dan adakah ini sebahagian daripada perjuangan DAP untuk menuntut hak supaya agama Kristian diberi hak menggunakan kalimah Allah didalam Bible mereka yang berbahasa melayu bagi tujuan mengembangkan agama Kristian di negara ini.
Adakah ini salah satu perjuangan yang di persetujui dan dikehendaki oleh semua ahli DAP? Persoalannya sekarang adalah, berapa peratus ahli DAP yang beragama Kristian? Bagaimana pula dengan ahli DAP yang beragama Islam, Hindu Budha, Sikh dan lain? kenapa dalam isu ini mereka dipinggirkan. Kita difahamkan bahawa ada diantara ahli DAP seperti Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia, Richard Francis Sosay dan lain-lain yang beragama kristian menentang keras apabila isu ini dimainkan terutama dari mereka yang tiada kaitan dengan agama Kristian itu sendiri seperti Lim Guan Eng dan Karpal Singh? Kita percaya ini adalah sebahagian daripada usaha dan agenda politik DAP dan PKR untuk mendapatkan dana dari luar negara. Kita tahu dan ianya sangat jelas bahawa ada pihak dari luar negara yang mempunyai dana yang banyak untuk tujuan mengembangkan agama Kristian di seluruh dunia. Cuma kita berharap pihak PAS tidak mengharapkan dana yang sama untuk memastikan tujuan mereka ke Putrajaya menjadi kenyataan. Jika kenyataan ini benar maka jelas sekali yang perjuangan mereka ini bukan untuk negara Malaysia dan bukan untuk rakyat Malaysia tetapi adalah untuk nafsu serakah mereka sendiri dengan menjadikan parti sebagai sandaran dan pengikut mereka sebagai peralatan..
Dari
Musang Berjanggut,

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda, adalah lebih baik kita komen secara positif, membina dan manfaat kerana komen kita akan dibaca oleh ribuan rakyat Malaysia.