Wednesday, February 20, 2013

Haron Din wajar Memisahkan diri Daripada Parti yang sudah Kufur

Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din perlu tampil mengeluarkan dirinya dan ahli Pas yang tidak bersetuju penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian dalam Bible Bahasa Melayu kerana beliau antara pimpinan Pas yang lantang bersuara menentangnya.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sebagai orang yang tinggi pengetahuan agama, Haron Din wajar memisahkan diri daripada parti itu jika didapati ia menyimpang dari akidah dan dianggap kufur olehnya.

Katanya, Haron Din wajar berbuat demikian kerana beliau juga telah mengambil ketetapan bahawa isu kalimah boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya diteruskan sebagaimana diputuskan Majlis Sura Ulama Pas.

"Beliau menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh, Majlis Syura Ulama Pas iaitu sebuah badan tertinggi dalam parti juga memutuskan atas dasar akidah, bukannya politik.

"Haron Din selama ini yang menyedarinya tidak betul, jadi beliau perlu pimpin ahlinya untuk keluar," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Pakatan Rakyat (PR) yang tetap berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible Bahasa Melayu dengan menggantikan perkataan God.

Keputusan berkenaan dibacakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu sebelum Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan menentang penggunaannya.

Mengulas lanjut, keadaan ini sebagaimana Nabi Muhammad SAW yang memimpin umatnya meninggalkan Makkah ke Madinah apabila gagal kerjasama dengan golongan musyrikin.

Katanya, beliau menyedari kesusahan yang dialami Haron dalam menentang hal ini secara bersendirian.

"Kita perlu memberikan sokongan kepada beliau. Tengok bagaimana Ustaz Nasha (bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa) melaluinya berseorangan," katanya.

Sementara itu, mengulas berkenaan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berulang kali memperkatakan PR tetap dengan pendirian 8 Januari itu, beliau yang juga seorang peguam pernah mengendalikan kes qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan sebagai pengamal undang-undang, "Karpal jangan mengajar rakyat langgar undang-undang".

“Sebagai peguam, ingin saya ingatkan Karpal Singh bahawa adalah satu kesalahan bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah mengikut Enakmen Syariah negeri-negeri yang dibuat berdasarkan Perkara 11 (4) Perlembagaan.

“Untuk Selangor, Enakmen Jenayah Syariah menetapkan 32 perkataan termasuk Allah, wahyu, rahmat dan lain-lain yang tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.

“Jadi Karpal sebagai peguam sepatutnya tidak mengajar orang melanggar undang-undang,” katanya.

4 comments:

Anonymous said...

Kasihan dengan pengikut tegar Pas, mereka berhujah berdasarkan sokongan yang membuta tuli terhadap pemimpin mereka. Mereka ini tidak dapat membezakan antara parti dan agama. Kita semua faham bahawa persetujuan yang dibuat oleh Haji Hadi Awang pada 8hb Jan 2013 adalah satu kesilapan yang besar yang tidak boleh dimaafkan dan tidak mudah ditarik balik. Haji Hadi Awang harus bertanggungjawap sepenuhnya diatas kesilapan tersebut, beliau telah meletakkan Kalimah Allah ditempat yang sungguh hina kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama yang dilaknati Allah. Tapi masih ada saranan dari orang Islam sendiri untuk menghentikan perjuangan mempertahankan kalimah Allah. Ini adalah satu golongan yang telah sesat yang seharusnya bertaubat. Islam sejati sanggup mati kerana Allah dan sanggup mati untuk mempertahankan agama Allah SWT. Datuk Harun Din telah menyatakan mereka yang menyokong kalimah Allah digunakan oleh orang Kristian adalah KUFUR dan bagitu juga pendapat ulama’ yang lain. . Selagi DAP dan PKR tidak menarik balik tuntutan mereka untuk menggunakan kalimah Allah di dalam bible berbahasa Melayu maka selagi itulah perjuangan Islam untuk mempertahankan kalimah Allah tidak akan berakhir. Ini bukan atas dasar politik tapi ini adalah perjuangan agama.
Yang menjadi persoalan sekarang mengapa Dato Harun Din bagitu sayang dengan jawatannya di dalam Pas, Walaupun nyata kepinpinan atasan Pas masih tidak mahu menarik balik secara secara nyata dan tegas di atas persetujuan yang telah di buat pada 8hb jan 2013. Malah Nik Aziz sanggup melutut pada Kapal Singh bagi menjaga hati DAP dan sanggup melutut kepada ketua agama Kristian untuk mendapat sokongan orang Kristian. Dimana kesetiaan mereka kepada Allah SWT. Kalau Anwar Ibrahim mungkin kita boleh faham, kerana banyak rahsianya di tangan Karpal Singh. Tidak hairan jika Anwar Ibrahim menjadi pecacai kepada Karpal Singh. Yang menjadi persoalannya sekarang ialah Dato Harun Din. Jika Dato Harun Din meninggalkan PAS, sudah tentu akan membuka mata ramai orang Islam dan dapat menyelamatkan ramai orang Islam dari terjerumus menjadi KUFUR. Tapi jika Dato Harun Din masih lagi setia menyokong kepinpinan PAS yang telah KUFUR maka Dato Harun Din juga turut menyumbang kepada kekufuran. Ingatlah harta dunia hanya sementara, dan kita tidak boleh lari dari alam kekal dan seterusnya bertanggungjawap diatas segala tindakan kita di dunia. Semoga mereka ini bertaubat.

dari
Musang Berjanggut

Xpas said...

Seorg ulama' yg kelihatannya jujur tidak semestinya tidak melakukan kesilapan. Sejarah hidup Imam Ahli Sunnah, Imam Abu Hassan Al Asha'ari sendiri sbg contoh. Mulanya beliau yg terpengaruh dgn mazhab muktazilah akhirnya menyedari kesilapan, bertaubat dan mengistiharkan taubatnya. Pengistiharan taubatnya adalah disebabkan beliau seorg ulama' yg ada pengaruh dan pengikutnya, agar pengikutnya membetulkan aqidah yg telah tersilap. Kisah seorg ulama' tabi'in yg mengalami proses yg sama juga boleh dijadikan iktibar. Mazhab muktazilah yg menolak keimanan pelaku dosa besar, zahirnya sgt logik dan bersesuaian dgn ayat ayat Al Quran, sehinggalah ulama' tabi'in berkenaan bertemu dgn seorg Sahabat r.a. yg telah dipanjangkan usianya oleh Allah swt yg memberi penjelasan. Sahabat berkenaan menyatakan, mrk juga membaca ayat yg sama, tetapi tidak berpendapat spt mana pendapat muktazilah, sdg ketika itu Ar Rasul saw ada bersama mrk !

Anonymous said...

Segala tindak tanduk peminpin tertinggi PAS memang tidak menghairankan,kerana kita sedar Nik Aziz dan Haji Hadi Awang adalah tokoh Musang Berjanggut. Mereka berpakaian dan berwatak seperti orang alim, tapi sebenarnya mereka ini hanyalah musang berjanggut berbulu ayam. Cara mereka berfikir adalah sama seperti musang. Mereka inilah yang telah mengajar pengikut mereka untuk menjadi kufur dan sesat dengan mengatakan Al-Quran itu buku politik dan menghina Rasullah SAW setaraf dengan mamat-mmat kampong. Malah mereka inilah yang sanggup menjual kalimah Allah kepada orang Kristian DAP untuk diletakan di tempat yang hina iaitu kristian yang dilaknati Allah SWT untuk tiket ke Putrajaya. Walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada seluruh umat Islam di Malaysia termasuk ahli PAS itu sendiri. Kita yakin jika PR menang pilihan raya nanti, sudah pasti persetujuan yang di buat pada 8hb Jan 2013 akan terlaksana kerana ianya adalah legal. Ianya hanya boleh di mansuhkan jika DAP,PKR dan PAS membuat kenyataan bersama untuk menbatalkan perjanjian tersebut.

Dari
Musang Berjanggut

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.