3

Seramai 4429 Daripada 35,863 Guru di Perak dikenalpasti Berkiblatkan Anwar Ibrahim

By Sungai Rapat on Tuesday, February 5, 2013 with 1 comment




Seramai 4429 guru daripada 35,863 guru di dalam negeri Perak dikesan sering menghadiri ceramah pembangkang terutama ceramah Anwar Ibrahim.

Guru-guru ini juga sering berpura-pura apabila berhadapan dengan pemimpin tertinggi kerajaan yang kononnya mereka adalah penyokong kuat kerajaan.

Guru-guru ini juga dikenalpasti bergiat aktif dalam politik termasuk menghasut guru-guru lain disekolah, sering menghadap blog, facebook dan twiteer untuk membantu pakatan pembangkang dan ada yang terlibat secara langsung memberikan ceramah diseluruh negeri Perak bersama pakatan pembangkang.

Statistik terkini yang diperolehi daripada pergerakan wanita Umno setakat bulan Disember 2012 mendapati 4429 orang guru-guru ini termakan hasutan pembangkang dan dikenalpasti cuba menghasut guru-guru lain untuk menyertai pakatan pembangkang ditempat mereka mengajar.

Jabatan Pelajaran Negeri Perak kini bimbang bukan kerana guru-guru ini menyertai pembangkang tetapi masa mereka dihabiskan hanya untuk berpolitik bukannya melaksanakan amanah yang dipersetujui oleh mereka tanpa memikirkan masa depan pelajar-pelajar..

Jika benar-benar mereka mahu bergiat aktif dalam politik JPN Perak perlu menyarankan mereka agar meletak jawatan dengan segera kerana masih ramai lagi calon guru diluar sana sedang menanti pofesion ini.

Guru-guru adalah sebagai penjawat awam tetapi menyokong pembangkang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan apa sahaja usaha dilakukan kerajaan dan mereka ini wajar meletakan jawatan dan teruskanlah berpolitik bersama Anwar Ibrahim.

Ada juga diantara guru-guru ini berstatus pengetua di salah sebuah Sekolah Menengah Teknik hampir setiap hari secara terang-terangan menghasut guru-guru lain untuk menyokong pakatan pembangkang.


Dicadangkan supaya pihak yang bertanggungjawab turun ke padang dan temui guru-guru ini dan kenalpasti kenapa mereka bersikap sedemikian, apa yang mereka tidak puashati dengan kerajaan yang menaikkan elaun dan gaji mereka.

Category: politik

POST COMMENT

1 comments:

Anonymous said...
February 5, 2013 at 5:52 PM

Apa yg x puashati lg kamu tu mkn gaji kerajaan letak jawatan je nak tengok lagit tinggi rendah

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda