3

Tak Sampai 3 Hari Bantuan Permulaan di terima oleh Mangsa Kebakaran

By Sungai Rapat on Tuesday, February 26, 2013 with 0 comments



Tidak sampai pun 3 hari bantuan permulaan bencana telah dapat disampaikan kepada dua keluarga malang yang mengalami kebakaran itu.

YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat sudi turun ke lokasi kebakaran untuk menyampaikan  bantuan segera daripada pejabat Daerah Kinta di bawah Majlis Keselamatan Negara.

Kebakaran telah berlaku pada 23 Feb 2013 dan telah memusnahkan dua buah kuarters berkembar JKR kelas 'G' yang diselia oleh Jabatan Penerbangan Awam(DCA) Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh Perak.

Satu keluarga yang telah kehilangan tempat tinggal telah ditempatkan sementara waktu di 'homestay' Masjid Sungai Rokam iaitu sementara mencari rumah sewa lain yang lebih sesuai untuk keluarga tersebut.

Setakat ini tiga bantuan sudah diserahkan kepada dua keluarga mangsa kebakaran iaitu bantuan peribadi Adun Sungai Rapat diterima pada hari kejadian, Bantuan makanan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) juga pada hari berlaku dan kini bantuan daripada Majlis Keselamatan Negara(MKN) sejumlah RM1000.00 setiap keluarga.

Category: sungai rapat

POST COMMENT

0 comments:

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda, adalah lebih baik kita komen secara positif, membina dan manfaat kerana komen kita akan dibaca oleh ribuan rakyat Malaysia.