3

Tentera Asing Berjubah DiKesan Mendarat di Perairan Sabah

By Sungai Rapat on Friday, February 15, 2013 with 2 comments



Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengenal pasti terdapat sekumpulan warga asing disyaki dari Filipina yang memakai tanda celoreng dan berjubah telah melakukan pendaratan di kawasan perairan pantai Lahad Datu, Sabah semalam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mengarah Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tindakan segera diambil bagi menentukan pertahanan dan keselamatan negara berada pada tahap maksimum.

“Kita tidak mahu sebarang unsur pendedahan mengenai pertahanan negara berlaku di mana-mana kawasan di negara ini termasuk di Lahad Datu, Sabah,” katanya 

Zahid berkata, pihaknya meminta kerjasama daripada kerajaan negara tersebut untuk menyelesaikan perkara itu.

“Saya telah mengarahkan Panglima ATM mengeluarkan kenyataan rasmi dan terperinci mengenai kejadian itu dalam masa terdekat,” katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar malam tadi berkata, kumpulan tersebut menceroboh masuk disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Beliau berkata, pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.

"Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang," kata Ismail dalam kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan pada pukul 8.30 malam ini (tadi).

Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

Bagaimanapun setakat 10 malam tadi, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.

Pihak berkuasa juga tidak dapat memastikan sama ada kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan penahanan tiga lelaki termasuk bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat di sini, minggu lepas dan kematian seorang rakyat Malaysia Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, yang ditembak oleh pasukan keselamatan Filipina di Davao, selatan Filipina, 14 Disember lepas.

Sementara itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan hanya berkata "tunggu kenyataan daripada Ketua Polis Negara."

Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata, polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

Beliau berkata adalah terlalu awal untuk mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Saya belum terima apa-apa maklumat... ia di bawah siasatan polis Sabah. Jika warga asing itu telah ditahan pasukan tentera maka kesemua mereka akan diserahkan kepada pihak polis untuk disoal siasat," katanya.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut dan kemungkinan satu sidang media akan diadakan hari ini berhubung perkara itu.

Pada November lepas, seorang pengurus ladang kelapa sawit dan penolongnya dilaporkan diculik sekumpulan lima lelaki bersenjata dari sebuah ladang di kawasan pedalaman di bahagian pantai timur Sabah.

Selain insiden itu, pada September 1985, sebuah bank dan pejabat Malaysia Airlines (MAS) di Lahad Datu pernah dirompak oleh 26 lelaki dan seorang wanita, yang bersenjatakan M-16, pelancar grenade dengan kumpulan itu berpakaian ala tentera.

Dalam rompakan itu 11 orang awam terbunuh manakala seorang pengawal dan tiga orang awam cedera.

Category: Jenayah

POST COMMENT

2 comments:

Anonymous said...
February 16, 2013 at 12:31 AM

Salam..maaf tuan dlm gambar itu jemaah tabligh, tapi yang mendarat di Lahad Datu berpakaian ala tentera dan lengkap bersenjata..

Anonymous said...
March 1, 2013 at 7:17 AM

ade ke amik gambaq jemaah tabligh.... hahaha... lawak

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda, adalah lebih baik kita komen secara positif, membina dan manfaat kerana komen kita akan dibaca oleh ribuan rakyat Malaysia.