Sunday, March 17, 2013

5,000 sertai 1Milion Women Purple Walk peringkat Daerah Kinta






Lebih 5,000 kaum wanita terdiri daripada penjawat sektor awam, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar institusi pengajian tinggi menyertai Program 1Milion Women Purple Walk 2013 yang diadakan di Arena Square batu Gajah pagi tadi.

Program 1Milion Women Purple Walk 2013 yang diadakan ini adalah sebahagian program yang diadakan secara serentak diseluruh negara.

Serentak dengan itu YB Dato Hamidah Osman Exco Hal Ehwal Wanita bersama YBhg, Dato Jumry Sury pegawai Daerah Kinta melancarkan 
Program 1Milion Women Purple Walk 2013.

Sebagai simbolik pelancaran program berkenaan, YB Dato Hamidah Osman dan Pegawai Daerah juga turut bersama-sama dengan ribuan peserta berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer di kawasan berkenaan.

Selain itu, program yang bermula seawal jam 8 pagi itu turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik antaranya senamobik.

YB Dato Hamidah yang ditemui selepas program tersebut berkata, perhimpunan ini adalah untuk meraikan golongan wanita yang telah memainkan peranan besar dalam pembangunan negara.

Beliau berkata, ia juga untuk memberikan sokongan kepada golongan berkenaan supaya terus bersemangat untuk berada bersama-sama di barisan hadapan bagi memajukan negara.


Wanita turut bersama kerajaan dalam memastikan negara yang tercinta ini dalam keadaan aman dan peristiwa yang terjadi di Lahat Datu merupakan ancaman daripada musuh samada dari dalam dan luar negeri.

"Perkembangan ini membuktikan golongan wanita sangat selesa dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa memartabatkan golongan ini," katanya di sini hari ini.






0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.