Wednesday, March 20, 2013

160 lagi Pemuda berjaya direkrutkan dalam Briged Aman mampu atasi keganasan Unit Amal Pas


Seramai 160 lagi pemuda berjaya direkrutkan untuk menjadi anggota Briged Aman Dun Sungai Rapat, ini menjadikan keseluruhan jumlah anggota Briged Aman ketika ini berjumlah 201 orang.

Walaupun ramai lagi yang berminat untuk menyertai Briged Aman Dun Sungai Rapat tetapi berbagai kriteria telah ditentukan agar yang terpilih ini benar-benar menepati semangat seorang anggota Briged Aman.

Minggu lepas Adun Sungai Rapat YB Dato Hamidah berjaya merekrutkan seramai 41 anak muda untuk menjadi anggota Briged Aman.

Matlamat utama penubuhan Briged Aman ini adalah untuk menghadapi ancaman keganasan yang telah dan akan dicetuskan oleh pembangkang melalui unit amal mereka dalam menghadapi perjalanan pilihanraya ke-13 dan sepanjang kempen untuk PRU13 nanti.

Inilah merupakan satu-satunya  pasukan khas keselamatan yang berjaya ditubuhkan oleh satu-satunya Adun Barisan Nasional dalam Malaysia.

Anggota Briged Aman mampu boleh dikerahkan bila-bila masa sahaja tidak kira waktu dan ketika apabila tenaga mereka diperlukan dan mereka akan terus bergerak.

Jika sebelum ini unit Amal Pas bangga dengan keganasan mereka mengganggu pengundi wanita ketika mahu membuang undi tetapi pada PRU13 nanti pengundi wanita akan diiringi oleh anggota Briged Aman sepanjang proses pembuangan undi.

3 comments:

  1. tahniah kak midah...

    ReplyDelete
  2. Saya pun nak join Kak Midah

    ReplyDelete
  3. Hoooooii pukirapat nak provok apa mana ada ganas unit amal.kalau sekadar nak laga2kan rakyatmsia tak payah la jujur la pada bangsa sendiri

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.