Tuesday, March 26, 2013

Anwar Tubuh Skuad Pancing Bekas teman rapatnya supaya Buat 'U' Turn


Sekumpulan individu yang dipercayai ada kaitan dengan Anwar Ibrahim meningkatkan usaha untuk 'memancing' bekas-bekas teman rapat Ketua Pembangkang itu agar membuat pusingan U sejak beberapa bulan lalu.


Difahamkan mereka bergerak cergas dengan membawa janji-janji manis termasuk menawarkan ganjaran wang yang lumayan seperti yang mereka buat kepada Mohd Azlan Lazim bapa kepada Mohd Saiful Bukhari.

Kini kumpulan itu dipecahkan beberapa kumpulan bagi mengejar bekas-bekas teman rapat Anwar Ibrahim termasuk Datuk Zulkifli Nordin, Ezam, Zahid Mat Arip, Anwar Ashaari, Datuk Eskay dan beberapa lagi individu yang boleh membantu mempertahankan Anwar Ibrahim.

Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong mengakui beliau pernah dihubungi pihak yang digelar sebagai 'kumpulan Anwar Ibrahim' untuk berjumpa di satu lokasi yang telah ditetapkan.

Beliau difahamkan perjumpaan tersebut bertujuan untuk memujuknya kembali ke pangkuan PKR sekali gus menguatkan sokongan kepada Anwar.

"Saya tidak tahu berapa jumlah wang yang mungkin ditawarkan kerana saya tidak pernah melayan pujukan mereka.

"Namun, saya percaya taktik serupa digunakan terhadap individu-individu lain yang pernah rapat dengan Anwar termasuk bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Datuk Eskay ditawarkan jutaan ringgit demi untuk membuat U turn bagi mempertahankan kredibiliti Anwar Ibrahim.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.