Thursday, March 21, 2013

Benarkah Nik Aziz sakit Dalam Perut?




Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke hospital malam tadi selepas mengadu 'sakit perut'.

Malah, beliau yang dijadual mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini gagal berbuat demikian berikutan keadaan kesihatannya itu.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini hari ini enggan menjelaskan di mana Nik Abdul Aziz dirawat dengan alasan tidak mahu beliau diganggu.

"Semalam beliau masuk hospital, ada sakit perut sikit, saya tidak pasti (jika Nik Abdul Aziz sudah keluar hospital), semalam itu ya, saya tidak pastilah sekarang," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yacob.

Nik Aziz sebelum ini dilaporkan sering mengalami masalah kesihatan berikutan umurnya yang sudah mencecah 82 tahun.

Komen : Teringat doa 'pecah perut' oleh beliau.

4 comments:

  1. Maunya tak sakit perut... Tu baru dengar je papagomo nak keluarkan video al-jub, beloum tengok lagi. Kalau dah tengok... tak tau la.


    http://mycybertrooper.net.ms/

    ReplyDelete
  2. Betul juga ...mamat ni pernah arahkan Allah swt rosakkan perot orang lain..

    Astaga...jangan perot mamat ni terburai macham di Lahad Datu sudah la..

    Takot jd balasan....

    ReplyDelete
  3. Di doakan agar TUAN GURU NIK AZIZ cepat sembuh dari sakit perut akibat salah doa. Bila dah sihat bolehlah BERTAUBAT x doa sakit perut lagi.

    CIKGU PENCEN
    MALIM NAWAR

    ReplyDelete
  4. Elok Pok Nik minta maaf secara terbuka kerana keceluparan mulutnya menuduh org Islam sbg kafir kerana ramai yg turut berkecil hati dgn perbuatannya kpd sesama Islam yg berlainan ideologi.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.