Monday, March 11, 2013

Blogger Pas Gopeng Tersalah Fakta 'Attack' YB Dato Hamidah Osman


Oleh kerana terlalu marah sangat dengan YB Dato Hamidah semua perkara yang terjadi dalam negeri Perak nak disalahkan YB Dato Hamidah. Mungkin kerana calon Pas Sungai Rapat Radhi Zainon sudah panas punggung dengan aktiviti YB Dato Hamidah terlalu kerap berjumpa dengan masyarakat dalam Dun Sungai Rapat.



Begitulah yang berlaku kepada seorang blogger Pas iaitu Mohd Nuruddin Bashah yang menjadi blogger tetap Pas Gopeng telah tersalah fakta. 

Muhammad Nuruddin juga adalah seorang daripada Unit Penerangan MTD Sungai Rapat yang pernah beberapa kali memfitnah YB Dato Hamidah Osman dengan isu tanah kubur, isu setinggan dan terkini isu penggunaan bangunan tadika.




Gambar di atas yang dimuat turun dalam blog Batu Gajah Mari Online. Untuk pengetahuan Muhammad Nuruddin Bashah gambar di atas adalah bilik gerakan pusat daerah mengundi Taman Bersatu N44 yang terletak dikawasan Dun Simpang Pulai dan dan bukan terletak dalam Dun Sungai Rapat adalah N43.




Bangunan di atas pula terletak dikawasan Kampung Seri Kinta dan dalam Bahagian Ipoh Timor , terletak dalam Dun Pasir Pinji N29 bukannya dalam kawasan Dun Sungai Rapat.

Kepada Muhammad Nuruddin kalau nak serang biarlah berfakta jangan ingat masyarakat Dun Sungai Rapat tidak peka dengan fitnah kamu itu.

Rakyat kini sudah sedar Pas sekarang bukan seperti Pas 30 tahun lalu, Pas sekarang sanggup menjual apa sahaja demi untuk berkuasa bersama Anwar Ibrahim.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.