Sunday, March 24, 2013

BN Tidak mengajar Anak Muda Menjadi Biadap Sebagaimana pembangkang - YB Dato Hamidah


"Sebagai parti yang diterajui oleh orang Melayu Barisan Nasional(BN) tidak pernah mengajar anak-anak bersifat biadap, kurang ajar dan tidak menghormati orang tua berbanding dengan parti pembangkang.

Jika kita lihat anak-anak muda yang menyertai pembangkang bagaimana perangai mereka apabila berjumpa dengan orang tua-tua, ada diantara mereka sanggup menghina orang tua demi untuk menjaga parti pembangkang.

Bukan itu sahaja mereka diarah untuk koyak banner, patahkan tiang dan campakkan bendera parti Barisan Nasional seperti yang berlaku di kawasan Kampung Pisang, apakah itu budaya yang diterap oleh pembangkang terutamanya Pas yang sering menyifatkan parti mereka lebih Islam daripada orang lain yang Islam,kata YB Dato Hamidah ketika merasmikan seminar Keusahawanan dan karnival Sukan di Arena Square pada Ahad 24 Mac 2013 sebentar tadi.

"Kita sebagai parti yang hendak diterima oleh masyarakat sepatutnya Pas mengajar anak-anak muda yang menyokong mereka dengan budi pekerti yang baik, bersopan santun dan elok perangainya tetapi terbalik pula parti yang dianggap Islam lebih teruk berbanding parti lain, kata YB Dato Hamidah lagi.


"Matlamat seminar Keusahawanan dan karnival sukan ini adalah untuk selain untuk merapatkan talisilaturrahim antara anak-anak muda kita juga mahu budaya sihat, saling hormat menghormati, bersopan santun dikalangan anak-anak muda seluruh Dun Sungai Rapat,kata YB Dato Hamidah.

Dalam Program selama sehari ini selain melibatkan diri dalam sukan, anak-anak muda juga akan didedahkan dalam semangat untuk berniaga kerana pihak koperasi telah membawa beberapa Francaisor untuk mencari anak-anak muda yang berminat untuk berniaga dalam bidang Francais.

4 comments:

  1. Nak buat macam mana, dah bos2 Pakatan Haramjadah pun buas2 belaka, tentunya macai2 pun dua kali lima.

    Tapi ingat, Allah swt nampak apa yang kita lakukan, samada kebaikan mahupun kemungkaran. Dan sekarang ni segala dosa yang dilakukan akan dibayar tunai di dunia sebelum dihukum di akhirat.

    ReplyDelete
  2. Moral melayu teruk dan biadap tetapi diluar sana kaum lain bertepuk tangan dan senyum sebab agenda mereka berjaya dalam menjadikan sesama melayu bertelingkah dan bergaduh kerana berlainan fahaman politik. Kenapa kita tidak bergabung demi Islam dan Melayu?Melayu boleh jadi kuat dan berkuasa kerana Malaysia adalah tanahairku.

    ReplyDelete
  3. Kasihan umat islam sentiasa dipergunakan oleh kafir laknatullah...marilah kita bersatu, jika kita bersatu banyak faedah yang akan kita dapat

    ReplyDelete
  4. lembu yg langgar jatuh bendera2 tu,

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.