Tuesday, March 12, 2013

Briged Aman Sungai Rapat Siap Sedia Hadapi ancaman Skuad Amal Pas


Satu organisasi keselamatan yang dinamakan Briged Aman telah ditubuhkan dengan rasminya oleh YB Dato Hamidah Osman pada Ahad yang lepas mendatangkan kegusaran keseluruhan pemimpin Pas di kawasan Dun Sungai Rapat.


Apa tidaknya Briged Aman membuatkan pemimpin Pas di kawasan Sungai Rapat tidur tidak nyenyak kerana mereka sudah dapat membayangkan Briged Aman ini akan dapat menyaingi  setiap ancaman yang bakal dilakukan oleh Skuad Amal mereka.

Sejak Pas memasuki era baru iaitu terjun ke dalam satu lubang dosa besar bersama bersama Anwar Ibrahim, perangai skuad Amal pun terus bertukar daripada bersopan santun menjadi lebih biadap dan bersifat kurang ajar mengganggu setiap penyokong Barisan Nasional untuk pergi mengundi. Bukan itu sahaja mereka akan merampas kamera yang merakamkan ceramah mereka seperti yang terjadi di tapak ceramah Pas di kampung Sungai Rokam.

Bukan itu sahaja skuad amal pas dijadikan samseng oleh pemimpin mereka bagi menakut-nakutkan pengundi BN untuk keluar mengundi.

Mengambil pendekatan itu YB Dato Hamidah mengambil inisiatif sendiri menubuhkan Briged Aman bagi mengimbangi kejahatan yang dilakukan oleh Skuad Amal Pas.


Mungkin berita ini akan menyebabkan pemimpin cicak mengkarung Pas 'panas punggung' dimana sebenarnya ramai anak-anak muda ingin menyertai Briged Aman ini tetapi YB Dato Hamidah terpaksa menapis pemilihan kepada yang benar-benar memenuhi kriteria sahaja.

Briged Aman ini akan ditempatkan di semua 14 pusat Daerah Mengundi(PDM) dan akan diketuai oleh 14 orang bekas Komando dari Kem Sungai Udang bagi memastikan pengundi Barisan Nasional dapat mengundi dengan lebih aman tanpa diganggu oleh Skuad Amal.


Briged Aman telah diberi tunjuk ajar bagaimana hendak menghadapi suasana provokasi yang akan dilakukan oleh pemimpin dan skuad amal Pas ketika pilihanraya ke-13 nanti.

Dengan tertubuhnya Briged Aman ini diharap dapat membantu pihak Polis bagi mengawal ketenteraman awam ketika mengundi nanti.



Gambar di atas adalah entri ketakutan yang dibuat oleh blogger kencing manis/ketua cicak mengkarung Pas Sungai Rokam yang cuba memperlekehkan Briged Aman ini.

Anak panah yang ditunjukkan itu bukannya ahli Briged Aman Dun Sungai Rapat tetapi sebagai jurulatih dan pemimpin setempat yang hadir memberi sokongan bersama YB Dato Hamidah Osman semasa pentauliahan permulaan 41 ahli Briged Aman.



9 comments:

  1. caya la kak midahh......

    ReplyDelete
  2. Jom sokong Briged Aman Kak Midah

    ReplyDelete
  3. Saya bangga dengan Briged Aman ini.

    Dari: Anak Kampong Sungai Rapat di perantauan.

    ReplyDelete
  4. Buatlah yang terbaik wahai Briged Aman, kami sentiasa dibelakang anda

    ReplyDelete
  5. Teruskan..terbaik! Sokongan dari KL (anak perantau).

    Pakatan bertambah gusar & gelabah dh...

    -Zas-

    ReplyDelete
  6. Cikgu kencing manis kata ADUN tengin. Sapa yangn tengin?? Kamula Al hussein. Kebenaran depan mata tapi masih nak jadi pecacai PAS.

    PAS parti cap teloq. Kawan dia seronok masuk dalam dia bergolek di luar saja. Macam tu la bila DAP suruh (ini kata bekas ahli DAP, Razali Rahman) ahli PAS bergolek depan istana dan nizar diberi RM25,000 sebagai upah. Cina DAP takut nak demo. Melayu PAS jadi barua.

    ReplyDelete
  7. Tranformasi pemuda

    ReplyDelete
  8. Tahniah YB. Teruskan usaha pertahankan DUN Sungai Rapat. Buktikan pada mereka yang kita mmg berani perjuangkan kuasa Melayu dan Islam.

    ReplyDelete
  9. Saya sebagai salah seorang ahli Briged Aman tidak gentar menghadapi ancaman daripada skuad anal Pas

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.