Wednesday, March 27, 2013

Bukti Anwar Ibrahim Sebagai Dalang Lanun Sulu, Sudah Semakin Terdedah


Selepas sebuah agensi asing melaporkan tentang Anwar Ibrahim sebagai dalang serangan lanun-lanun Sulu ke Lahad Datu pada 1 Mac 2013, maka bermulalah operasi Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengalihkan perhatian rakyat Malaysia daripada insiden di Lahad Datu itu. 


Anwar Ibrahim dan konco-konconya cuba menggambarkan kononnya UMNO dan Barisan Nasional sudah terlalu FOBIA dengan nama serta kelibatnya, sehinggakan apa-apa sahaja yang berlaku dalam negara, semuanya diatas namakan ANWAR IBRAHIM.

Namun, pokok takkan bergoyang kalau tidak ada tangan yang menggoncangnya. Sama seperti lagu yang didendangkan oleh Anwar Ibrahim, ‘TANYA SAMA POKOK’. Apabila diselidiki dan diperhalusi, ‘POKOK’ pun menjawab, Anwar adalah dalangnya yang sebenar.

Usaha para konco dan penjilat jubur Anwar untuk mengalihkan serta memutarbelitkan isu berhubung pembabitan Anwar Ibrahim dalam kes pencerobohan dan kejahatan lanun Sulu yang diketuai oleh Nur Misuari dan Jamalul Kiram III, tidak lagi DIRESTUI ALLAH TAALA. 

Bahkan rahsia itu lebih cepat bocor dan bobos sehinggakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli terpaksa menggunakan kaedah keji dengan menjadikan PAPAGOMO sebagai bahan sasaran dengan klip video seks sejenis melibatkan Anwar Ibrahim.

Harapannya agak mudah iaitu video seks sejenis tersebut diharapkan mampu menarik perhatian orang ramai dan orang ramai akan dibajai dengan pemikiran, kononnya klip video tersebut adalah satu lagi cubaan untuk memalukan Anwar Ibrahim. Rafizi Ramli menjangkakan isu klip video seks sejenis akan diperdebatkan dengan sehebat-hebatnya sehingga isu Lahad Datu boleh dilupakan begitu sahaja.

Gagal!

Itu yang boleh diperkatakan tentang taktik pengalihan isu terbaru oleh Anwar Ibrahim dengan bantuan Rafizi Ramli.

Satu lagi isu cuba dialihkan oleh Rafizi ramli penjilat jubur Anwar iaitu pengundi hantu Wan Muhammad Azri yang kononnya blogger papagomo namun gagal kerana itu bukan soal pokok pun.

Sebaliknya cerita sebenar dan kronologi kaitan antara Anwar Ibrahim dengan lanun-lanun Sulu tersebut, mulai timbul di permukaan dan terdedah perlahan-lahan dan semakin jelas. Sekaligus menunjukkan perlunya mewujudkan sebuah SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA berhubung pembabitan Anwar dan Pakatan Rakyat dalam serangan lanun ke atas wilayah Malaysia.

Sel13.com akan menyusun kronologi bagi memudahkan gambaran para pembaca berhubung pembabitan Anwar Ibrahim dan konco-konconya seperti Tian Chua, Sivarasa Rasaiah dan Azmin Ali.

16 Julai 2012, Anwar Ibrahim bertemu Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan dan perbincangan telah dibuat lebih satu jam.

17 Julai 2012, sekali lagi Anwar Ibrahim bertemu Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Bagaimanapun, pertemuan kali kedua berlangsung kurang dari satu jam.

18 Julai 2012, Anwar Ibrahim telah membuat bayaran RM20 juta kepada Lajim Ukim untuk meninggalkan UMNO. Pada tahun 1994, Anwar Ibrahim telah membayar RM3 juta kepada Lajim Ukim untuk meninggalkan PBS.

12 sehingga 13 Oktober 2012, Anwar Ibrahim sekali lagi ke Lahad Datu untuk mengadakan pertemuan dengan kumpulan lanun Kiram.

18 Oktober 2012, sekali lagi Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Nur Misuari. Perbincangan kali ini lebih serius dan lebih fokus.

2 November 2012, Anwar Ibrahim memulakan SPIN dengan lagu ‘SABAH NAK HILANG’.

1 Disember dan 7 Disember 2013, Anwar sekali lagi cuba mempengaruhi minda rakyat dengan lagu ‘SABAH NAK HILANG’.



17 Januari 2013, Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara tidak sah di Laut Sulu.

29 Januari 2013, Anwar meyakinkan rakyat Sabah yang ‘SABAH NAK HILANG’.

7 Februari 2013, Anwar Ibrahim menghantar Tian Chua dan R.Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah besar wang. Pergerakan mereka diintip oleh Perisikan Tentera Filipina. Anwar turut berjumpa sekali lagi dengan Nur Misuari. Pertemuan antara Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari telah direkod dan gambar-gambarnya telah dirakamkan oleh Perisikan Tentera Filipina.

Philippine Military Intelligence telah mengesahkan kehadiran Sivarasa Rasaiah dan Tian Chua di Manila, Filipina pada tarikh berkenaan, iaitu dua hari sebelum pendaratan lanun-lanun Jamalul Kiram III di Lahad Datu.

8 Februari 2013, R.Sivarasa dan Tian Chua bertemu dengan kelompok-kelompok MNLF dan menyerahkan wang berjumlah besar kepada mereka. Wang berkenaan sebagai UPAH untuk kelompok MNLF yang menyokong Nur Misuari bagi mengucar-ngacirkan Sabah menjelang pembubaran Parlimen yang dijangka pada 1 Mac 2013. Sebelum ke Lahad Datu, lanun-lanun Sulu itu telah menyerahkan sejumlah besar wang kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar upah oleh ‘SESEORANG’. Mereka meneka istilah INDIVIDU PENTING PEMBANGKANG MALAYSIA itu merujuk kepada Anwar Ibrahim.

9 Februari 2013, lanun-lanun Sulu itu mendarat dan menyerang wilayah Malaysia. Pada tarikh yang sama, Tian Chua dan Sivarasa Rasaiah tiba di KLIA.

Media-media antarabangsa seperti REUTERS, INQUIRER MANILA TIMES, THE PHILIPPINE, ABC, CBN, WIKILEAKS dan Kedutaan Amerika Syarikat di Manila telah mengesahkan tentang ‘PEMBABITAN PEMBANGKANG DARI MALAYSIA’. Individu pembangkang itu dikenalpasti sebagai Tian Chua, R.Sivarasa dan BAPA PENGKHIANAT NEGARA – Anwar Ibrahim.

16 Februari 2013, Nurul Izzah, anak kepada Anwar Ibrahim memperlekehkan dan menghina PGA.

19 Februari 2013, lanun-lanun Sulu menaikkan bendera Kiram di sekitar Kampung Tandou dan Kampung Tanjung Batu di Lahad Datu. Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R.Sivarasa mengadakan sidang media berhubung pencerobohan lanun Sulu.

28 Februari 2013, lanun-lanun Sulu dimaklumkan, Parlimen Malaysia akan dibubarkan. Serentak dengan itu, serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan Malaysia. Dua orang pegawai dan anggota polis ditembak mati. Anwar berharap, PEPERANGAN akan tercetus di Lahad Datu dan kerajaan akan mengisytiharkan DARURAT di Sabah. Apabila DARURAT diumumkan di Sabah, PRU13 hanya akandiadakan di Semenanjung. Hari yang sama, Anwar dengan penuh gembira, menyanyikan lagu ‘SABAH NAK HILANG’ di khalayak ramai.



1 Mac 2013, INQUIRER.NET, THE MANILA TIMES, REUTERS, Kedutaan Amerika Syarikat di Manila dan WIKILEAKS menyebut, ‘TOKOH PEMIMPIN PEMBANGKANG’ dengan nama jelas, ANWAR IBRAHIM, terlibat dalam pencerobohan di Lahad Datu. Sumber yang dipetik adalah dari Perisikan Tentera Filipina. Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes dan kematian dua orang anggota polis di Lahad Datu sebagai SANDIWARA UMNO.

22 Mac 2013, dua orang lanun Sulu yang berjaya ditangkap hidup-hidup, Atik Husin dan Holanda telah memberikan pengesahan di Mahkamah Tawau bahawa mereka telah dibayar upah dan wang oleh seseorang semasa di Filipina lagi.

4 Mac 2013, media antarabangsa ABS. CBN melaporkan lanun-lanun Sulu telah diundang oleh ‘TOKOH PEMBANGKANG MALAYSIA’ yang dinamakan sebagai ANWAR IBRAHIM.



7 Mac 2013, Anwar Ibrahim membayar Azlan Mohd. Lazim dengan jumlah yang dipercayai RM1 juta supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Urusan berkenaan diproksikan oleh Anwar Ibrahim kepada Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani. Pada tarikh yang sama, Nur Misuari menyatakan kegembiraannya yang Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar Ibrahim menerui Facebook.

10 Mac 2013, Azzamuddie Kiram, ketua penceroboh sudah mati dibunuh oleh empat orang pengawal elitnya. Pada tarikh yang sama, sebuah lagi media antarabangsa, GLOBAL RESEARCH mendedakan ‘Anwar Ibrahim’ adalah dalang di sebalik pencerobohan di Lahad Datu.

11 Mac 2013, pasukan tentera Filipina berjaya menahan 38 orang lanun Kiram yang telah melarikan diri dari Lahad Datu. Bersama-sama mereka ditemui sejumlah senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tajam seperti parang dan pisau.

12 Mac 2013, sekali lagi WIKILEAKS mendedahkan ‘ANWAR IBRAHIM’ terlibat dalam pencerobohan di Lahad Datu.

13 Mac 2013, Azmin Ali terpaksa mengakui bahawa Anwar Ibrahim memang ada menghubungi Nur Misuari.

15 Mac 2013, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan protes dan demonstrasi di Kedutaan Malaysia di Manila.

16 Mac 2013, Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai BUKTI-BUKTI KUKUH pembabitan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan lanun-lanun Sulu di Lahad Datu.

20 Mac 2013, tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar Ibrahim akhirnya mengakui, dia ada menemui Nur Misuari.



21 Mac 2013, beberapa orang lanun Sulu telah didakwa di Mahkamah Tawau. Kesemua mereka mendedahkan kepada mahkamah bahawa mereka telah diupah, dibayar dan dijanjikan bayaran menyerang serta menceroboh Lahad Datu.

22 Mac 2013, maklumat dari Kunak dan Lahad Datu menyatakan, keluarga lanun Kiram di Filipina menuntut gantirugi dari TOKOH PEMBANGKANG MALAYSIA, atau lebih tepat lagi ‘ANWAR IBRAHIM’ (butiran maklumat akan menyusul selepas diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu).

Sesuatu yang menarik ialah, butir-butir pertemuan antara Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari pada pertengahan 1990-an iaitu ketika Anwar Ibrahim menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tidak disertakan.


Sumber: Sel13

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.