Thursday, March 14, 2013

Dua helikopter Agusta Westland AW109 tiba di padang markas Operasi Daulat


Dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109 tiba di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Helikopter jenis peninjau dan pengangkut menggunakan enjin berkembar serta mampu memuatkan lapan penumpang itu diperlukan bagi mengukuhkan lagi kekuatan pasukan keselamatan dalam usaha menggempur pengganas sejak pencerobohan dikesan 12 Feb lepas.

Ia susulan pengumuman Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, semalam bahawa kekuatan dari segi aset dan anggota Operasi Daulat perlu ditambah untuk terus menggempur penceroboh militan khususnya di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk.

Zulkifeli berkata langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut atau di darat.

Selain helikopter itu, 12 kereta perisai berantai jenis Adnan dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia juga dijangka tiba di sini secara berperingkat.

Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh, manakala lapan anggota polis dan dua tentera gugur di pihak Malaysia.

3 comments:

  1. Fuh mcm airwolf la.... jgn kena RPG dah la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta2 jangan la kena rpg....

      Kalau kens juga..takdir...

      Kita beli baru dlm 500 buah lagi la. Islam memang suroh kokohkan persenjataan negara...

      Delete
  2. Bila kita menyentuh kagagalan APMM, TLDM dan agensi penguatkuasaan yang lain daripada mengawal perairan dipantai timur Sabah daripada dibolosi oleh bot bot pancung dan lansa militan bersenjata dari selatan Filipina, kita akan kelihatan vokal dan kritikal terhadap Kerajaan. Tapi ini lah realitinya. Ini ada lah kegagalan yang sangat memalukan. Akibatnya, beberapa buah kampung diSabah telah ditawan oleh pihak militan, selain daripada membunuh 10 anggota keselamatan dan mencincang mayat mereka. Agbimuddin bukan hanya telah memaksa kita menelan air liur, tetapi juga telah mengaibkan pasukan keselamatan Malaysia dimata dunia. Soalaan saya ia lah, berbaloi kah Malaysia mempamirkan kekuatan ketenteraan dengan mengunakan jet pejuang, kereta kebal, kereta perisai, unit unit komando dengan jeket armor, peralatan yang canggih, 6/7 battalion tentera dan polis dan yang terbaru helikopter tempur Westland untuk menentang Agbimuddin dan bala tenteranya yang hanya beberapa kerat, yang bukan hanya rata rata buta hurup tetapi kebanyakannya mengunakan selipar jepun ? APMM harus memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah gagal menjalankan tugas yang diamanahkan. APMM sangat sangat sangat MENGECEWAKAN!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.