Friday, March 8, 2013

Genjatan Senjata hanya Helah Pemberontak Untuk lari ke Filipina - Penganalisis Perang



Tindakan kerajaan Malaysia menolak rayuan waris Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III supaya pasukan keselamatan negara yang menggerakkan Operasi Daulat menggencat senjata adalah satu tindakan yang terbaik.

Walaupun pengganas berkata untuk mengelakan daripada banyak nyawa terkorban tetapi itu dilihat seolah-olah satu helah untuk mereka lari semula ke pulau-pulau di Filipina.

Jika mereka khuatir banyak nyawa akan terkorban mereka perlu mengambil tindakan menyerah diri kepada kerajaan Malaysia bukannya meneruskan perjuangan dalam keadaan yang lemah.

Kerajaan Malaysia sebelum ini telah berunding lebih 3 minggu dengan pengganas sebelum terjadinya peperangan, oleh itu peraturan hak-hak asasi manusia sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dengan begitu baik sekali.

Tiada sesiapa pun perlu mempertikaikan hak asasi manusia kepada pengganas yang yang tidak pernah mematuhi peraturan ini sehingga membunuh anggota keselamatan dengan begitu kejam sekali. 

Tindakan kerajaan Malaysia adalah tegas dan wajar dengan memberi kata dua samada pengganas akan serah diri tanpa syarat atau mereka akan diperangi habis-habisan.

Kemungkinan besar pengganas Sulu mendapat dana daripada daripada individu tertentu dalam Malaysia sendiri kerana pengganas dilihat mempunyai kemudahan dan peralatan peperangan yang agak canggih.

Oleh itu dengan tindakan mengektradisi Jamalul Kiram III ke Malaysia untuk dibicarakan mungkin akan terbongkar siapa dalang disebalik pencerobohan ini.

Apa pun tahniah kepada pasukan keselamatan yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi untuk mempertahankan bumi Malaysia daripada pengkhianat bangsa yang kini masih bebas.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.